Monday, October 21, 2013

SKIM CEPAT KAYA... BERTUAH ATAU MALANG??




Sebelum ini ada ramai yang datang berjumpa saya mengajak saya untuk membuat pelaburan... Godaan kata2nya amatlah menarik minat bagi mereka yang mengejar kemewahan... Siapa yang tak mahu hidup mewah bukan? Dengan kereta mewah, rumah besar, duit berlambak siapa yang tak mudah terpengaruh..

Sedikit tips untuk di kongsi bagaimana kita berwaspada daripada terjebak dengan skim cepat kaya ini..

Awas Jerat Skim Cepat Kaya Yang Bertopengkan Skim MLM

Skim cepat kaya adalah satu skim di mana sejumlah wang didepositkan atau dilaburkan akan dijanjikan pulangan yang tinggi dan lumayan. Lazimnya, pulangan yang dijanjikan lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen.
Terdapat pelbagai jenis skim cepat kaya, antara yang terkenal ialah Skim Pak Man Telo dan Swiss Cash. Malah terdapat juga beberapa syarikat multi-level marketing (MLM) pada hari ini yang modus operandinya menyerupai skim cepat kaya tetapi menggunakan label MLM untuk mengelirukan para pengguna.
Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar menjauhi sebarang pelan atau skim yang menjanjikan pulangan yang terlalu tinggi (bagus) untuk dipercayai kebenarannya (too good to be true).
Ciri-ciri skim cepat kaya
1.            Promosi memfokuskan kepada mencari dan mendapatkan downline.
2.            Pembayaran bonus berdasarkan kepada pencarian downline.
3.            Kontrak bertulis kepada ahli tidak disediakan.
4.            Pembelian wajib produk/perkhidmatan dikenakan sebagai syarat permulaan untuk mendapat
               bonus.
5.            Dikehendaki membeli produk dengan harga yang tidak munasabah atau pembelian pakej produk
               diberikan bonus.
6.            Polisi bayaranbalik (refund) atau polisi beli balik (buy back) tidak disediakan.
7.            Penarikan diri sebagai ahli tidak dibenarkan.
8.            Dibenarkan membeli lebih daripada satu keahlian.
9.            Struktur pembayaran bonus ditetapkan lebih awal mengikut susunan hirarki.
10.          Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat adalah tidak berkualiti, tidak halal dan
                tidak selamat.
Pada kebiasaannya antara ayat-ayat yang digunakan untuk mempromosi skim cepat kaya adalah seperti berikut:
“Anda tidak perlu menjual barang untuk mendapatkan ganjaran/pulangan.”
“Dijamin tiada risiko dan anda akan mendapat wang anda kembali.”
“Anda hanya perlu mengepos kepada orang dan kemudiannya orang tersebut akan mendepositkan wangnya ke dalam akaun anda.”
“Beli atau labur sekarang, ambil barang kemudian.”
KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 25-26 Februari 2006 telah memutuskan bahawa:
Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam
Oleh itu, sebarang perniagaan jualan langsung (MLM) yang mempunyai ciri-ciri skim cepat kaya sebagaimana yang dinyatakan di atas adalah bertentangan dengan bentuk perniagaan jualan langsung (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan dan dengan itu bercanggah dengan ketetapan hukum syarak.
Disediakan oleh:
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Dengan kerjasama:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

dipetik dari http://www.islam.gov.my/muamalat/artikel/awas-jerat-skim-cepat-kaya-yang-bertopengkan-skim-mlm

Bagaimanakah untuk mengesan Skim Cepat Kaya?
 Aktiviti pengambilan deposit secara haram
- Orang berkenaan (individu, syarikat atau organisasi) menerima,
mengambil atau menyetujuterima deposit daripada orang awam tidak
mempunyai lesen di bawah seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi
Kewangan 1989;
- Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit dengan atau
tanpa faedah atau pulangan (faedah atau pulangan pelaburan dijanjikan
untuk dibayar dalam suatu tempoh masa dan dalam bentuk wang atau
nilaian wang, sebagainya); dan
- Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit pokok apabila
pembayaran balik dituntut atau pada suatu masa atau mengikut hal
keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat
bayaran itu dan orang yang menerimanya, dengan apa-apa balasan
berupa wang atau nilaian wang (pembayaran pelaburan pokok
adakalanya dimasukkan sekali dalam faedah atau pulangan tetap yang
dijanjikan).
Skim Urusniaga Mata Wang Haram
Urus niaga mata wang asing dengan seseorang, selain daripada seorang
yang diberi kuasa, yang tidak mendapat kebenaran oleh Pengawal
Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW sering:
- Menawarkan kepada pelabur atau orang awam peluang untuk berurus
niaga mata wang asing dengan syarikat induk (yang kononnya
mempunyai lesen sah untuk berurus niaga mata wang asing di luar
negara);
- Memudahkan urus niaga mata wang asing dengan menyediakan akses
kepada laman web syarikat induk dan kemudahan urus niaga melalui
internet;
- Menggaji lepasan siswazah sebagai eksekutif pemasaran dan
mempengaruhi mereka supaya membuat ahli keluarga mereka membuat
pelaburan;
- Mengarahkan pelabur-pelabur untuk mendeposit wang pelaburan sama
ada ke dalam akaun bank syarikat induk atau akaun bank pihak ketiga;
dan;
- Mempengaruhi pelabur-pelabur untuk menambah jumlah pelaburan
("panggilan margin") atau menghadapi risiko kehilangan pelaburan
mereka


Bagaimanakah untuk melindungi diri daripada terjebak dengan skim
seperti ini?
- Ingatlah pada kata hikmat ini - Sesuatu yang menguntungkan tetapi
seakan terlalu mustahil untuk diterima akal, berkemungkinan besar
merupakan satu penipuan;
- Berurusan hanya dengan institusi kewangan berlesen dan peniaga mata
wang asing yang di beri kuasa;
- Semak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa yang berkaitan;
- Jangan gopoh atau membiarkan diri dipaksa untuk melabur;
- Berhati-hatilah dengan pelaburan yang dibuat melalui internet;
- Berwaspada dengan sebarang peluang pelaburan yang tidak bertulis; dan
- Jika suatu pelaburan telah dibuat, simpan kesemua dokumen yang
berkaitan dengan pelaburan dan komunikasi dengan selamat

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda menjadi mangsa skim
seperti ini?
Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti pengambilan wang
secara haram atau urus niaga mata wang asing secara haram atau anda sendiri
adalah mangsa kepada aktiviti atau skim haram seumpamanya tersebut, sila hantar
maklumat lanjut atau aduan anda beserta dengan dokumen berkaitan kepada Bank
Negara Malaysia seperti berikut:
Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Faksimili: 03-26987467
E-mel: upkinfo@bnm.gov.my
atau menghubungi nombor telefon seperti berikut:
03-2691 5090
03-2698 4163
03-2691 0824
03-2692 6482

03-2694 2143

No comments:

Post a Comment