~ Rahsia Dan Kelebihan DiDalam Ais
" Zat didalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh
mana-mana saintis mahupun manusia". Jangan ingat minum ais itu tidak elok
terus menerus untuk kesihatan. Sebenarnya ada juga kebaikan didalam
keburukannya.
Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit
kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika
(daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar
bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang
sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti
dan pergerakan bumi pada paksinya.
Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang
sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. Orang yang tidur dalam
udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang
baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah
lagi jangka panjang.
Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan
memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh
menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan
mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga
akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa
sebagai tenaga pencegah berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat
pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh
mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma,
kembali sedar.
Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan
fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit
sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini
dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang
biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai
penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air
sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah
kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia
cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang
menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan
tulang . Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang
dan melemahkan struktur tulang.
Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu
yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan
mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti
oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur
spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang
amat lembut lagi mengharmonikan.
Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan
kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang
berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia
memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas
dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan
amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk
air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
Kebaikan penggunaan air sejuk atau ais dalam kehidupan
seharian:
1. Menolong pesakit insomnia yang sukar tidur.
2. Mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan
pada seseorang itu.
3. Mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti
pengsan, gila dan koma kembali sedar.
4. Baik untuk atlit sukan yang kekejangan atau bengkak otot.
Mandi ais boleh menguatkan tulang.
5. Mandi ais boleh menawarkan penyakit pesakit yang
mengalami gangguan jin.
6. Wajah wanita yang rajin melakukan mandian ais akan
terserlah serinya.
7. Mandi ais mengembalikan kesegaran tubuh agar sentiasa
aktif dan produktif.
8. Amalan minum seteguk air sejuk pada awal pagi akan
menguatkan perut.
https://www.facebook.com/MyraAlternativeSolutions/
Pelanggan yang inginkan rawatan sila walk-in ke pusat
rawatan kami
Myra AlternatiVE Solutions di NO 5 JLN KERANJI, TAMAN KEBUN
TEH, JOHOR BAHRU..
# Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi MYRA
ALTERNATIF ditalian 018-5826340/ 07-3315204 /010-4076340
Perunding Aura Dan Terapis Hidroterapi Ais
No comments:
Post a Comment