Wednesday, October 16, 2013

Masalah solat tidak khusyuk... seorang lagi klien yg mempunyai masalah yg hampir sama tapi punca yang berbeza

Sekali lagi seorang lelaki berjumpa saya untuk mendapatkan rawatan minda kerana tidak khusyuk dalam solat... masalah yang sama tapi punca yang berbeza2...

Seperti biasa saya akan bawa dia masuk ke bilik terapi minda dan emosi kalis bunyi.. di bilik ini anda akan rasa lebih selamat dan selesa untuk berkongsi cerita dengan saya..

Dalam perbualan ini akhirnya saya dapatkan punca sebenar dimana waktu ini tiada pembohongan yg akan wujud kerana kata2 dan luahan ini adalah datang dari hati cerita yg benar sebenar2nya. Punca nya adalah masalah yang terlalu banyak sehingga takala mengangkat takbir di minda dan hati hanya nampak masalah yang berserabut....

Satu persatu masalah di rungkaikan, satu persatu saya bimbing dia menggunakan POWER MINDA yang telah tuhan anugerah kan kepada setiap manusia dalam keadaan separa sedar. Dia kini sudah dapat cara dan jalan penyelesaian. Sekarang hati sudah tenang, tiada rasa sakit, tiada rasa sedih..

beruntung nya hadir ke sessi terapi minda ini... bukan sahaja dapat merawat masalah tidak khusyuk dalam solat tapi dalam mencari jalan penyelesaian masalah yang berserabut di kepala.. hebat bukan...

Klien ini keluar dengan senyuman yang panjang menarik nafas yang lega.... Dan yang paling penting dapat solat dengan tenang.. dan seperti biasa bagi mereka yang menjalani terapi ini pasti akan merasa mengantuk yang teramat kerana minda anda bekerja kepenatan melebihi buat kerja berat..

Subhanallah... sungguh hebat kuasa Allah.. sempurna nya seorang manusia di anugerahkan minda yang hebat...

No comments:

Post a Comment