Sunday, October 27, 2013

MENGHAPUSKAN PHOBIA, KEGERUNAN DAN KETAKUTAN ANDA




Phobia (Fobia) memang tidak asing lagi bagi kita sungguhpun kita sekarang hidup dizaman serba moden ini. Dan menurut majalah Forbes, ada sembilan buah perkara yang biasa ditakuti oleh orang ramai;

1.      Takut dengan binatang/serangga seperti kumbang, pepijat, tikus-mondok, ular, kelawar,
2.      Takut dengan keadaan ketinggian (tempat-tempat tinggi dan sebagainya),
3.      Takut dengan air (seperti perasaan lemas dan cemas),
4.      Takut dengan Pengangkutan Awam (seperti terjerat didalam terowong, peledakan bom dan sebagainya),
5.      Takut dengan Guruh dan Sambaran Petir,
6.      Takut dengan Tempat Tertutup (seperti terkandas didalam lif, dimasukkan didalam peti, terkunci didalam bilik dan sebagainya),
7.      Takut dengan Jambatan atau Terowong (seperti menyeberang sungai atau tasek melalui jambatan gantung),
8.      Takut dengan Keramaian (seperti didalam rapat umum, manusia berduyon-duyon didalam perarakan atau temasya),
9.      Takut dengan Berhujah atau berceramah (Public Speaking) didepan khalayak ramai.




Dan menurut kajian Anxiety Disorders Association bahwa di Amerika Syarikat sahaja ada seramai 19 juta penduduknya menderita phobia khusus (seperti menyeberang jambatan gantung dan terowong), 15 juta penduduknya menderita phobia social (seperti public speaking), dan 2 juta menderita agrophobia (seperti tempat-tempat yang pernah mereka alami serangan panic.) Ini adalah angka yang sangat besar kalau dibandingkan dengan ramai nya penduduk setempat disini.
Penderitaan ketakutan dari phobia ini memanglah tidak resourceful bagi sesaorang itu untuk memajukan diri, sungguhpun ketakutan itu adalah sifat yang dikurniakan oleh Allah swt pada kita sebagai satu benteng diri daripada dilanda bahaya. Oleh sebab ketakutan berphobia berpunca dengan beberapa sebab yang telah dialami oleh sesaorang itu melalui pengalaman fizikalnya sendiri ataupun melalui gambaran dari kaca TV ataupun dari kata-kata atau cerita-cerita dan bahan-bahan akhbar, keadaan ketelanjuran ini telah menjadikan sebab utama diri kita mengalami tekanan yang berpunca dengan cara pemikiran yang tidak harmoni, tidak sehat, yang mana ia akan menjejaskan emosi dan perasaan sesaorang itu, sebagaimana yang telah diterangkan mengenai sistem NLP serangkai, iaitu  ‘minda-tubuh-emosi’. Apabila minda disibukkan dan dipaparkan dengan perkara yang kurang sehat, bahan kimia yang berkaitan akan dikeluarkan dari hypothalamus yang terkandung diotak kita, langsung disalurkan keseluruh badan kita melalui urat-sarap dan akhir sekali dirasai oleh seluruh badan kita. Sekiranya ia memikirkan perkara yang menakutkan, kimia yang disalurkan akan menyebabkan seluruh badan bergentar dan penafasan menjadi pendek dan jantung berdenyutan dengan lebih pantas dari biasa. Itulah akibat sampingannya. Ini tidak dapat kita elakkan sekira kita gagal untuk menguasai pemikiran dan bisikan hati pada sesuatu yang toxic yang melanda pemikiran kita. Tentu sekali ianya menghambat saorang itu dari menjalankan kehidupan yang normal dan sehat.
Menggunakan Pemisahan (‘Dissociation’) untuk membina Keyakinan
Ketakutan adalah normal. Perasaan kebimbangan yang dialami ini menjadikan kita mengelak dari mangambil risiko dan mengelak dari memotivasikan diri kita untuk merubah sesuatu.
Walaubagaimanapun, kadangkala orang menjadi takut dengan suasana atau perkara yang benar-benar bahaya, samada perkara itu atau yang berkaitannya. Inilah yang selalu di katakan dengan Phobia. Phobia adalah asal perkataan Yunani yang bermaksud ketakutan. Ini termasuk, sebagai contoh, ketakutan berhujah/bercakap/berceramah dihadapan khalayak ramai, ketinggian, petir, guruh dan ribut, melawat doktor, terbang didalam pesawat kapalterbang, memandu dilebuhraya, berjumpa dengan pegawai atasan, membuat panggilan penjualan, temuduga bagi pekerjaan, dan berurusan dengan mertua. Fikirkanlah salah satu keadaan ini dan sudah pasti anda akan berjumpa dengan saorang yang memperolehi ketakutan terhadap nya. Kalau kita fikirkan tentang ketakutan ini semua, kita dapat merasa bahwa tidak semua ketakutan ini rational. Sekiranya anda secara mental membesar-besarkan bahaya keadaan itu atau menjadi tergugat dengan keadaan itu, manakala orang lain tidak merasai sepertimana yang anda merasainya, anda mungkin mengalami satu phobia/ketakutan yang tidak rational.
Penyelidikan di Universiti Vermont mendapati bahawa 1 dari 10 rakyat America mengidap atau mengalami ketakutan yang serious. Menurut penyelidik ini juga, phobia kanak-kanak tidak berpanjangan dan selalunya hilang dengan masa, tanpa rawatan. Ini mungkin sama dengan pengalaman kita dengan anak-anak kita; pada satu masa ia takut dengan kegelapan, pada masa yang lain pula mereka takut pada orang yang tidak dikenali; dan pada masa yang lain lagi pada binatang seperti seekor anjing.
Tidak seperti ketakutan kanak-kanak, phobia orang dewasa tidak hanya hilang begitu saja. Sungguhpun 1 dari 10 orang di Amerika Syarikat itu mengalami ketakutan yang serious, kita semua ada ketakutan yang menghidari kita dari membuat sesuatu pekerjaan itu dengan terbaik. Itu menyebabkan kemajuan kita terhambat kebelakang. Sama ada ketakutan dengan public speaking, atau takut dengan bertemuduga atau dengan membuat panggilan penjualan, semua orang merasa yang ketakutannya itu terlalu besar dan tidak terkawal sungguhpun bahaya sebenarnya tidak lah begitu rupa.

Oleh sebab tiap orang pernah merasakan ketakutan pada satu ketika didalam hidupnya, anda tentu sekali biasa dengan perasaan kebimbangan(anxiety), panik, atau tidak selesa. Apa yang mungkin anda tidak mengetahui adalah bahwa anda sendiri memperolehi kebolehan untuk menangani perasaan phobia atau ketakutan itu, tapi malangnya ianya belum digunakan dengan cara bersesuaian bagi diri anda sebab mungkin anda sendiri tidak sadar kebolehan itu dan tidak tahu bagaimana hendak menggunakannya

Hubungi pihak kami untuk proses terapi menghapuskan phobia, kegerunan dan ketakutan anda..

Datin Hjh Norhayati Hj Ramlan
010-4076340

No comments:

Post a Comment