Dari aspek perubatan moden, hysteria atau kerasukan adalah disebabkan oleh gangguan mental seseorang atau dipanggil "mental disability'' yang akhirnya membawa kepada halusinasi atau ''halusination''. Mereka yang mengalami histeria sering kehilangan kawalan diri yang melampau dan keadaan ini akan membuat pesakit akan menjerit, meracau dan ada juga yang boleh bertindak ganas.
Daripada perspektif perubatan islam, kerasukan dikaitkan dengan keadaan seseorang yang mengalami gangguan jin atau iblis. Menurut pengalaman pesakit yang pernah dirawat kerasukan, mereka ternampak pelbagai perkara yang menakutkan hinggalah mereka tidak sedarkan diri dan meracau-racau. Ada juga yang mendakwa mereka berasa sejuk dan panas pada bahagian badan, fikiran bercelaru, hati Dari sudut pandangan Islam, para Ulama berbeza pendapat dalam menafsirkan maksud hadis tentang syaitan yang dirantai ketika bulan Ramadhan.
Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan dari al-Halimiy yang dimaksudkan dengan syaitan yang dirantai itu ialah para syaitan tidak dapat menggoda umat Islam sepertimana di luar bulan Ramadhan disebabkan umat Islam melaksanakan ibadah berpuasa yang berperanan melemahkan syahwat. Di bulan ini juga umat islam sibuk dengan aktiviti-aktiviti kerohanian seperti membaca al-Quran dan berzikir.
Menurut pendapat Imam Nawawi Rahimahullah di dalam syarahnya menyebut bahawa ianya hanyalah satu ‘majaz’ atau kiasan untuk menunjukkan betapa syaitan sudah tidak mampu untuk melaksanakan tugasnya seperti biasa. Ini kerana, puasa yang dilakukan oleh orang-orang Islam akan menyempitkan saluran darah yang menjadi laluan syaitan dan akan berkuranglah nafsu yang merajai hati manusia selama ini. Oleh kerana itu, syaitan tidak dapat menjalankan tugasnya dan keadaan ini menyebabkan dirinya bagaikan di'rantai'. Namun beliau tidak menolak bahawa syaitan benar-benar dirantai.
Menurut pandangan Imam As-Syafie pula, “hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas , kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan Ramadhan”.
Kesimpulan daripada pendapat-pendapat tersebut, jin dan syaitan masih lagi dapat mengganggu manusia dibulan ramadhan ini. Keteguhan iman serta amalan ibadah seseorang yang sebenarnya dapat membelenggu jin, menghindari daripada hasutan kejahatan serta tipu dayanya.menjadi tidak keruan yang akhirnya membawa kepada tidak sedarkan diri dan seterusnya dirasuk.
Puasa adalah suatu ibadat ‘tazkiyah al-nafs’, iaitu proses penyucian jiwa dan nurani daripada segala penyakit rohani. Ia dapat meningkatkan nilai taqwa di sisi Allah SWT. Nilai ketaqwaan inilah yang dapat menghindarkan kita daripada gangguan makhluk-makhluk halus. Apabila kita berpuasa jiwa kita menjadi kuat sehingga dapat menakluk nafsu. Ini adalah kerana apabila lemah kekuatan badan, kita dapat mengawal lidah, hati (fikiran) dan anggota-anggota tubuh badan kita dari melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat. Puasa memiliki fungsi untuk menghidupkan hati atau jiwa yang lemah diperkudakan nafsu. Kerana nafsu merupakan sasaran syaitan yang ampuh dalam usaha merosak dan menyesatkan umat manusia.
Berikut surah-surah amalan bagi mengelakkan diri dari gangguan kerasukan:-
Berikut surah-surah amalan bagi mengelakkan diri dari gangguan kerasukan:-
- Surah Al Baqarah ayat 165 hingga 186
- Surah Al A’raaf ayat 146 hingga 159
- Surah Al Baqarah ayat 244 hingga 255
- Surah Al Mukminun ayat 105 hingga 118
Jadikanlah Ramadan sebagai bulan untuk meningkatkan amal ibadah kita kepada Allah SWT dan istiqamah dilakukan dibulan-bulan yang lain juga. Begitu pula dengan amalan berpuasa, jadi ia sebagai rutin hidup kita. Selain dapat mengamalkan sunnah, kita juga dapat memelihara kesihatan tubuh badan kita daripada pelbagai jenis penyakit dan terhindar dari kerasukan! Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment