Saturday, June 27, 2015
TONGGAK-TONGGAK NLP
4 TONGGAK UTAMA YANG PERLU DI KETAHUI DALAM MEMAHAMI NLP
1. HUBUNGAN MESRA ( RAPPORT)
Rapport merupakan anugerah paling utama yang terbit dari NLP. Ia nya berasal dari kata kerja perancis"rapporter" yang bermaksud kembalikan atau bawa balik sementara kamus inggeris mendefinasikan sebagai hubungan yang memahami. Ianya adalah bagaimana anda membina hubungan dua hala dengan orang lain. Keupayaan mengendalikan rapport yang baik membolehkan kita melakukan kerja dengan baik, mengurangkan tekanan, mempengaruhi atau meyakinkan orang lain, dan tentunya ini boleh melonjakkan kejayaan diri kita ke tahap yang lebih tinggi
2. KESEDARAN SENSORI
Kita mempunyai 5 deria yang menghasilkan kita sebarang maklumat. Ianya adalah penglihatan, pendengaran, sentuhan atau perasaan, rasa dan bau. FIkiran bertaut rapat dengan keadaan fisiologi. Proses pemikiran akan mengubah keadaan fisiologi
3. FIKIRAN PENYUDAH
Kehidupan kita di bentuk dari pilihan kepada keputusan yang kita buat. Bagi setiap pilihan dan keputusan yang di ambil ianya bergantung kepada apa yang kita fikir kehendaki akhirnya
4. PERLAKUAN FLEKSIBEL
Ini merupakan salah satu kelebihan yang kita miliki yang sepatutnya di gunakan sepenuhnya. Sekiranya sesuatu yang kita lakukan tidak membuahkan hasil yang kita inginkan maka adalah lebih baik kita melakukan cara yang lain pula.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bahasa melayu yang sungguh saya tidak mengerti .
ReplyDelete