Sunday, October 13, 2013

MANDIAN HYDROTHERAPY ICE... APAKAH KHASIAT NYA? MENGAPA AIS? SEGALA PERSOALAN TERJAWAB DI SINI



5 kebaikan mandi ais yang perlu anda tahu

Mungkin anda semua pembaca top5 dah biasa dengan mandi air panas. kan.. kan..?? tapi anda pernah tak cuba mandi ais? ( top5 pun sebenarnya tak pernah cuba jugak  ) Apa kebaikan yang anda dapat bila mandi ais? Kali ini saya akan berkongsi 5 khasiat utama mandian ais in


Untuk pengetahuan anda semua wahai pembaca top5, mandi ais adalah merupakan cara paling cepat untuk memulihkan otot yang cedera. Anda perasan tak kalau pemain bola tu cedera, tengok esok lusa dah boleh main balik dah. Kalau kita orang biasa ni cedera, kadang-kadang sebulan dua pun belum tentu elok. Ini disebabkan salah satu cara pemulihan yang dilakukakn oleh kebanyakan atlit ialah dengan mandi ais.

Selain daripada itu, mandi ais juga dapat mengurangkan rasa kesakitan sebanyak 20%. Lagi sekali kalau kita kaitkan dengan bola ( top5 memang peminat setia bola u’ooollllsss..haha) anda perasan tak bila pemain cedera atas padang, unit perubatan akan cepat-cepat letak ais, ini kerana adalah untuk mengurangkan kesakitan supaya pemain boleh bermain semula. ( tak kanla nak suh pemain tu mandi ais pulak kan, kalau macamtu sampai tahun depan pun tak habis-habis perlawanannya, jadi untuk sementara letak ais adalah cara berkesan)

Ha…. ni pulak berita gembira untuk sesiapa yang pasang impian nk kuruskan badan tu. Pakar juga menyatakan bahawa mandi ais adalah cara terbaik untuk membakar lemak. Ini kerana kalori yang dibakar melalui haba kebanyakannya datang dari lemak. Adakah anda pernah lalui dimana apabila anda sudah melakukan senanam, tetapi masih tidak mendapat hasil yang anda mahukan. Ini kerana mungkin ketika anda lakukan senaman, hanya kalori lain yang terbakar dan bukannya datang dari lemak.

Untuk lelaki pula, mandi ais juga dikatakan mampu meningkatkan kadar hormon testosteron mereka. Hormon testosteron ini mampu memberi kekuatan atau tenaga yang luar biasa terhadap seseorang. Rawatan mandi ais juga adalah lebih baik sekiranya dibandingkan dengan rawatan steroid yang akan memberi banyak kesan sampingan di kemudian hari.

Dan akhir sekali, kebaikan mandi ais juga adalah dapat membantu untuk menyihatkan lagi kulit serta membantu rambut anda kelihatan lebih bersinar. Jadi, kepada pembaca top5 yang ingin mencuba tu, selamat mencuba ok

Harga Mandian Rm 160

Hubungi:
Myra De Beaute  011-32647462
Myra Alternative Solutions 010-4076340

No comments:

Post a Comment