Wednesday, October 30, 2013

TERAPI DIRI PRODUK GARAMKELEBIHAN GARAM BUKIT UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN



Skrub Garam Crystal Salts diperbuat daripada Garam Kristal dari Gunung Himalaya yang terkenal dengan sifat dan khasiat penyembuhannya. 

Komposisi garam bukit ini dianggap sangat luarbiasa dengan kandungan magnesium, kalsium, silika, natrium dan potassium yang paling tinggi berbanding dengan garam air laut. 

Sifat menyerap garam adalah faktor yang penting dalam rawatan kanser yang merupakan penyakit dasar.

Skrub Crystal Salts di sediakan dengan pelbagai ramuan dan haruman seperti:


Haruman Sidr (Rose),
Himalayan Crystal Salts - dikisar halus

Wangian menambahkan lagi keberkesanannya terutama sekali pada bahagian otak sebagai rangsangan.


Skrub Crystal Salts Terapi Diri berfungsi sebagai:
penyerap, pembersih dan pelerai tenaga negatif dari gelombang jarak jauh seperti gelombang mikro dan radiasi yang menghasilkan unsur-unsur free radical dan seterusnya merosakkan sel-sel.

Memperbaiki metabolisma sel dan menyumbang kepada baikpulih dan pembiakan sel baru yang sihat.

Bercas ion negative, garam mengimbangkan dan mengekalkan daya magnetik dan graviti tubuh.

Mencegah infeksi pada kulit dan sangat baik untuk merawat masalah kulit seperti enzema dan psoriasis.

Melegakan penyakit-penyakit dan masalah tulang seperti radang sendi, rheumatism, athritis dan sakit sendi.

Melancarkan peredaran darah dan membantu merawat sistem saraf.

Merangsang kelenjar pinial yang merembes hormon melatonin dan memberi kesan penyeimbangan kepada bahagian medula (otak) yang mengawal rentak jantung, tekanan perasaan dan tekanan darah dan adrenalin.

Ia meleraikan sel-sel yang mati dan rosak dan hampir mati yang telah dirakam dengan memori penyakit lama. Sebelum memori ini dipindahkan kepada sel-sel baru, sel-sel ini perlu dilulurkan daripada kulit untuk mencegah penyakit dari berulang.

Menyelaraskan sistem haid yang tidak menentu dan segugut. Kitaran haid dan juga darah haid akan kembali kepada normal dalam dua atau tiga bulan apabila digunakan secara berterusan.

Menarik air berlebihan yang terperangkap dalam lemak dan juga membantu dalam pembakarannya. Tubuh akan menjadi langsing dengan penggunaan yang berterusan.


Apabila dilumur pada bahagian abdomen, Skrub Garam ini dapat membantu pesakit yang mengalami masalah busung kerana masalah hati.



SALAH SATU TESTIMONI KAMI:


CARA2 PENYEDIAAN MANDIAN GARAM BUKIT DAN AIS





Untuk penghantaran sila hubungi 


010-4076340


NLP & HIPNOTERAPI membantu dalam membuat keputusan

               Antara sedar tau tidak adakala seseorang melakukan kesilapan dari segi cara berfikir dan juga dalam membuat keputusan menyelesaikan masalah. Sehingga keputusan, tindakan itu memerangkap diri sendiri terjebak dalam masalah yang lebih besar.




              Tuhan telah menganugerahkan kita sesuatu yang tak ternilai harga nya iaitu "minda."  Minda yang mempunyai kuasa yang sangat luas dalam memikir, mncipta, mengawal dan mendorong anggota tubuh. Tapi mengapa masih ada yang melakukan kesilapan walaupun di kurniakan oleh Allah minda yang sempurna?


                Sikap gopoh, gangguan emosi, malas berfikir adalah faktor kepada kesilapan dan kegagalan. Bagi mereka yang mungkin merasa buntu akan mencari pakar kaunseling atau pakar terapi minda dan emosi untuk membantu. Itu adalah jalan dan keputusan yang paling bijak.


                 Menggunakan kaedah NLP dan Hipnoterapi, pakar terapi akan membantu, mendorong minda seseorang dalam keadaan separa sedar di mana ada kuasa minda anda akan memberi jawapan dan dorongan kaedah atau tindakan yang bakal anda lakukan mengikut kemampuan anda sendiri. dan sessi ini akan membuatkan anda rasa kagum dengan KUASA MINDA anda sendiri dimana dalam keadaan sedar anda tidak mampu memikir sehingga berada di tahap itu.
                 Secara tidak langsung, kita mengaktifkan minda kita untuk berfikir dan berfungsi sepenuhnya.. kita menjadi lebih matang lebih bersedia berhadapan dengan apa saja dugaan dan halangan.
                   Pengalaman awal tika Myra Alternative Solutions beroperasi respond yang datang dan tak putus2 adalah dari bangsa Cina. Dimana mereka ini lebih terdedah dan lebih terbuka untuk melalui proses terapi minda ini. sedangkan bangsa melayu masih tertanya2 apa itu terapi minda..
                 Tapi masih blom terlambat untuk bangsa Melayu mengambil kesempatan dalam melalui sessi terapi ini. Apabila pakar2 terapi merupakan bangsa melayu sendiri ianya akan berlangsung dengan lebih mudah..
                 Berapakah bayaran bagi setiap sessi terapi minda dan emosi ini?


                    

Sunday, October 27, 2013

SAKA



MENGENAL GANGGUAN...
15 Tanda Ada Saka..


Iaitu tanda-tanda seseorang itu ada saka...tak kira
saka keturunan atau dari berbagai punca lain...

1.Wanita yang tak dapat mengandung sedangkan Pihak Hospital mengesahkan tak ada masalah...

termasuk suaminya juga sihat...

2.Wanita yang sering keguguran tanpa sebab yang munasabah...

...ia mungkin dapat anak...atau tak ada yang bertahan lama...atau selang seli...selamat dan
keguguran....atau...semuanya gugur semasa dalam kandungan....jika anak meninggal samada dalam umur bulan atau tahun...biasanya kerana demam panas...

3.Ibu-ibu yang sentiasa mengalami gejala gangguan jin semasa mengandung...seperti sakit ganjil...
perangai ganjil seperti suka makan daun pokok benda-benda kotor mengidam benda-benda najis atau benda yang tak ada dan sebagainya badan rasa panas kandungan ter-lalu aktif atau gerakannya sangat lemah...

selalu mimpi ganjil atau buruk atau selalu nampak orang-orang asing atau makhluk
ganjil samada dalam keadaan sedar atau di antara tidur dan jaga...atau dalam mimpi..dan biasanya yang datang itu sentiasa 'orang' atau makhluk yang sama...

4.Dan bagi ibu-ibu mengandung yang sering mengalami gejala gangguan jin maka kemungkinan besar anak dalam kandungan bakal dapat jin saka bermula saat lahirnya malah sering juga jin saka tertunggu-tunggu anak yang bakal lahir untuk dijadikan tuan atau 'rumah barunya'...

5.Anda mengalami gejala gangguan jin sejak lahir atau sejak kecil...

6.Tapak tangan sentiasa rasa panas walaupun anda tak demam iaitu jika anda tekapkan tapak tangan kekulit anda tapak tangan itu terasa panas membahang biasanya menunjukkan tapak tangan itu ada bisa...
kadang-kadang ada 'ilmu jin'...

7.Selalu pening atau sakit kepala tanpa sebab munasa-bah kadang-kadang ia ada 'jadual waktu' datang...
kadang-kadang tak menentu masa biasanya ubat hospital tak berkesan untuk menghilang pening atau sakit...
peningnya seperti pening orang tak cukup tidur walaupun jadual tidur anda cukup dan tak bermasalah juga anda tak ada masalah tekanan darah tinggi atau
tekanan darah rendah...

kadang-kadang peningnya datang 'bersama' perangai-perangai buruk seperti panas baran...malas...
dan sebagainya...

8.Anda ada kebolehan dan kepandaian seperti mengurut meramal menguba 'jurus' silat
atau mungkin bercakap tanpa henti kerana idea datang seperti hujan sampaikan anda sendiri mungkin rasa hairan kerana anda 'sangat pandai' berkata-kata...

samada anda belajar dalam mimpi atau mendengar bisikan tok guru ghaib atau tanpa belajar tau-tau saja dah tau walaupun anda tak tau macamana anda boleh tau...

anda mungkin boleh menggunakannya bila-bila masa anda suka atau masa-masa tertentu atau dalam masa kecemasan saja dan sebagainya...

9.Anda selalu rasa diekori didampingi atau dijaga oleh makhluk yang tak kelihatan  dan anda tak rasa takut ada juga orang yang boleh nampak pendampingnya...dan ada juga yang tak nampak cuma dapat rasa kehadirannya atau orang lain yang nampak...contohnya seperti bayang hitam mengekori anda...

10.Sering didatangi oleh makhluk-makhluk yang sama samada secara sedar atau dalam masa tak sedar diri...
diantara tidur dan jaga atau dalam mimpi ia mungkin berupa lelaki, perempuan tua atau muda
atau makhluk ganjil... ia mungkin datang setiap hari atau malam...atau bila-bila masa saja...

11.Anda dilihat berada pada lebih dari satu tempat dalam satu masa...contohnya...anda di pejabat...tapi dalam masa yang sama anak anda nampak anda di rumah... atau orang rumah mendengar anda mengetuk pintu depan beberapa minit atau saat sebelum kereta anda memasuki halaman rumah..
atau anda di bandar...tapi ada orang mendengar suara anda di dalam bilik berkunci...

12.Anda tak dapat bertahan lama berada ditempat yang jauh anda asyik rindu nak pulang kampung tanpa sebab yang munasabah... kalau dah teruk merindu mulalah ada yang kerasukan...
mengamuk tak tentu pasal...nampak itu dan ini...diserang jin...dan sebagainya...

atau mereka-reka cerita 'tunjuk sebab'...'kenapa saya mesti balik kampung dan keluar dari sekolah asrama penuh...' untuk diceritakan kepada ibu bapa...supaya tak disuruh balik ke- sekolah...

13.Anda selalu kerasukan...atau mudah kerasukan...

14.Anda sangat sensitif terhadap orang lain yang ada gangguan ada saka...kena sihir...ada amalan pendinding diri dan sebagainya... anda mungkin rasa pening...sakit kepala...kepanasan...jatuh
sakit...marah atau benci tak tentu pasal...atau sebagainya...

15.Anda dapat merasa sesuatu (alamat buruk) sebelum anda tahu ada keluarga atau rakan...atau orang sekampung yang meninggal...

...atau sebelumnya anda biasa bermimpi aneh atau menakutkan...
2 Tanda Penyakit kerana Gangguan Saka
Iaitu penyakit yang berpanjangan...


Samada penyakit itu berterusan sepanjang masa dan tak sembuh oleh rawatan hospital.

atau...

Penyakit yang sama datang hilang datang hilang dan begitulah ia berterusan (penyakit yang sama berulang-ulang)...
5 Tanda Saka Dalam Keluarga (Keturunan)...
Iaitu saka keturunan...


1.Mimpi buruk pada malam yang sama dalam satu keluarga...


2.Mempunyai masalah atau penyakit yang sama dalam kalangan satu keluarga...

...samada yang masih hidup atau ada kalangannya yang sudah meninggal dunia...

3.Seseorang mula sakit apabila salah seorang keluarganya meninggal dunia...

...dan gejala penyakitnya sama dengan keluarga
yang sudah meninggal...

4.Penyakit yang datang serentak dalam kalangan ahli keluarga...

...atau penyakit yang seolah-olah bergilir-gilir
datang di antara ahli keluarga...

5.Saling membenci di antara ahli keluarga tanpa sebab yang munasabah...

atau...mungkin bermusuhan walau dengan sebab yang kecil...atau sebab-sebab yang sengaja di ada adakan...

atau...tak dapat dipisahkan tanpa sebab-sebab yang munasabah...

13 TANDA SAKA DALAM RUMAH...
iaitu 13 tanda jin saka tinggal bersama manusia dalam sebuah rumah...


1.Anda selalu rasa tak tenteram bila berada dalam rumah...dan anda sendiri tak tahu apa sebabnya...

2.Bagi orang yang lemah semangat...ia merasa takut berseorangan dalam rumah...tanpa sebab yang munasabah...

3.Selalu terjadi pertengkaran...pergaduhan...atau perasaan benci membenci dalam kalangan serumah...

...perkara kecil pun boleh membawa kepada pertengkaran besar...malah mungkin juga dendam kesumat...

4.Selalu ada orang sakit dalam rumah...samada orang yang sama atau berganti-ganti. samada orang tua, dewasa atau kanak-kanak...

...dan penyakitnya ada gejala yang boleh mengaitkan ia dengan gangguan jin...

5.Rumah itu cepat 'berhantu' jika ditinggalkan kosong iaitu mungkin ada bunyi-bunyi ganjil atau kegiatan seperti ada manusia di dalam rumah itu malah mungkin suara memanggil orang yang lalu di depan rumah...

...atau jelmaan-jelmaan jin samada secara jelas atau bayang serta kelibat-kelibat makhluk aneh...

...atau mungkin orang yang melintas akan nampak 'seseorang' yang berdiri di jendela...dan sebagainya...

6.Malah jika lebih berat...semasa didiami manusiapun berbagai perkara ganjil berlaku seperti suara berbisik berbual-bual atau berbagai bunyi asings eperti bunyi pintu terbuka tertutup bunyi orang melangkah dan sebagainya terutamanya diwaktu malam...

7.Ada pada bahagian tertentu dalam rumah itu di mana anda merasa panas terhidu bau busuk ataubau aneh merasa seram tanpa sebab...
malah kadang-kadang sakit atau merasa serangan benda halus ketika anda melintas...atau berada pada tempat berkenaan...

...ia sangat jelas jika dalam rumah itu ada tempat khas seperti bilik contohnya yang menjadi tempatpemujaan jin...walau apa pun tujuannya...

...atau menjadi tempat simpanan sesuatu benda sihir iaitu apa saja benda yang didampingi atau dijaga jin... contohnya tangkal...senjata lama...batu...kayu...cincin dan sebagainya...

...kadang-kadang bilik yang berkunci tiada orang... tiba-tiba kelihatan terang benderang dari luar seolah-olah lampu dipasang dan ada bunyi atau suara ganjil...

8.Ada kanak-kanak yang selalu kencing malam walaupun berbagai ikhtiar dibuat untuk mencegahnya...suka berbuat nakal dan selalu mimpi aneh atau mengigau...dan sebagainya...

9.Anda sukar tidur diwaktu malam...rasa resah gelisah tanpa sebab...atau selalu terjaga diwaktu malam...

...atau ada juga orang yang merasa ramai 'orang' dalam bilik menumpang dan menemaninya tidur...

10.Kalau orang luar yang berdamping atau didampingi jin masuk ke dalam rumah...ia mungkin merasa pening gelisah takut malah ada juga yang jatuh sakit tiba-tiba atau pitam atau rasa diserang sesuatu yang tidak kelihatan...

11.Isi rumah merasa sukar mengerjakan ketaatan...terutamanya mengerjakan solat...

12.Timbul berbagai masalah antara suami isteri seperti selalu bertengkar cemburu buta atau yang sering terjadi marah tak tentu pasal pada pasangan...

13.Selalu ada kelibat bayang hitam melintas pada pandangan ekor mata...atau mungkin juga jelmaan-jelmaan aneh..


Wallahualam

Ini adalah perkongsian dari beberapa pendapat... mengikut kaedah dan cara saya merawat tiada tanda2 akan dilihat tapi kewujudannya akan di ketahui apabila sessi rawatan berlangsung iaitu apbila mendapat persetujuan tuan badan sendiri.


Sekaligus perkongsian tentang tanda2 ini tidak dapat saya sahihkan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh.

Neuro Semantic International Conference






MENGHAPUSKAN PHOBIA, KEGERUNAN DAN KETAKUTAN ANDA




Phobia (Fobia) memang tidak asing lagi bagi kita sungguhpun kita sekarang hidup dizaman serba moden ini. Dan menurut majalah Forbes, ada sembilan buah perkara yang biasa ditakuti oleh orang ramai;

1.      Takut dengan binatang/serangga seperti kumbang, pepijat, tikus-mondok, ular, kelawar,
2.      Takut dengan keadaan ketinggian (tempat-tempat tinggi dan sebagainya),
3.      Takut dengan air (seperti perasaan lemas dan cemas),
4.      Takut dengan Pengangkutan Awam (seperti terjerat didalam terowong, peledakan bom dan sebagainya),
5.      Takut dengan Guruh dan Sambaran Petir,
6.      Takut dengan Tempat Tertutup (seperti terkandas didalam lif, dimasukkan didalam peti, terkunci didalam bilik dan sebagainya),
7.      Takut dengan Jambatan atau Terowong (seperti menyeberang sungai atau tasek melalui jambatan gantung),
8.      Takut dengan Keramaian (seperti didalam rapat umum, manusia berduyon-duyon didalam perarakan atau temasya),
9.      Takut dengan Berhujah atau berceramah (Public Speaking) didepan khalayak ramai.




Dan menurut kajian Anxiety Disorders Association bahwa di Amerika Syarikat sahaja ada seramai 19 juta penduduknya menderita phobia khusus (seperti menyeberang jambatan gantung dan terowong), 15 juta penduduknya menderita phobia social (seperti public speaking), dan 2 juta menderita agrophobia (seperti tempat-tempat yang pernah mereka alami serangan panic.) Ini adalah angka yang sangat besar kalau dibandingkan dengan ramai nya penduduk setempat disini.
Penderitaan ketakutan dari phobia ini memanglah tidak resourceful bagi sesaorang itu untuk memajukan diri, sungguhpun ketakutan itu adalah sifat yang dikurniakan oleh Allah swt pada kita sebagai satu benteng diri daripada dilanda bahaya. Oleh sebab ketakutan berphobia berpunca dengan beberapa sebab yang telah dialami oleh sesaorang itu melalui pengalaman fizikalnya sendiri ataupun melalui gambaran dari kaca TV ataupun dari kata-kata atau cerita-cerita dan bahan-bahan akhbar, keadaan ketelanjuran ini telah menjadikan sebab utama diri kita mengalami tekanan yang berpunca dengan cara pemikiran yang tidak harmoni, tidak sehat, yang mana ia akan menjejaskan emosi dan perasaan sesaorang itu, sebagaimana yang telah diterangkan mengenai sistem NLP serangkai, iaitu  ‘minda-tubuh-emosi’. Apabila minda disibukkan dan dipaparkan dengan perkara yang kurang sehat, bahan kimia yang berkaitan akan dikeluarkan dari hypothalamus yang terkandung diotak kita, langsung disalurkan keseluruh badan kita melalui urat-sarap dan akhir sekali dirasai oleh seluruh badan kita. Sekiranya ia memikirkan perkara yang menakutkan, kimia yang disalurkan akan menyebabkan seluruh badan bergentar dan penafasan menjadi pendek dan jantung berdenyutan dengan lebih pantas dari biasa. Itulah akibat sampingannya. Ini tidak dapat kita elakkan sekira kita gagal untuk menguasai pemikiran dan bisikan hati pada sesuatu yang toxic yang melanda pemikiran kita. Tentu sekali ianya menghambat saorang itu dari menjalankan kehidupan yang normal dan sehat.
Menggunakan Pemisahan (‘Dissociation’) untuk membina Keyakinan
Ketakutan adalah normal. Perasaan kebimbangan yang dialami ini menjadikan kita mengelak dari mangambil risiko dan mengelak dari memotivasikan diri kita untuk merubah sesuatu.
Walaubagaimanapun, kadangkala orang menjadi takut dengan suasana atau perkara yang benar-benar bahaya, samada perkara itu atau yang berkaitannya. Inilah yang selalu di katakan dengan Phobia. Phobia adalah asal perkataan Yunani yang bermaksud ketakutan. Ini termasuk, sebagai contoh, ketakutan berhujah/bercakap/berceramah dihadapan khalayak ramai, ketinggian, petir, guruh dan ribut, melawat doktor, terbang didalam pesawat kapalterbang, memandu dilebuhraya, berjumpa dengan pegawai atasan, membuat panggilan penjualan, temuduga bagi pekerjaan, dan berurusan dengan mertua. Fikirkanlah salah satu keadaan ini dan sudah pasti anda akan berjumpa dengan saorang yang memperolehi ketakutan terhadap nya. Kalau kita fikirkan tentang ketakutan ini semua, kita dapat merasa bahwa tidak semua ketakutan ini rational. Sekiranya anda secara mental membesar-besarkan bahaya keadaan itu atau menjadi tergugat dengan keadaan itu, manakala orang lain tidak merasai sepertimana yang anda merasainya, anda mungkin mengalami satu phobia/ketakutan yang tidak rational.
Penyelidikan di Universiti Vermont mendapati bahawa 1 dari 10 rakyat America mengidap atau mengalami ketakutan yang serious. Menurut penyelidik ini juga, phobia kanak-kanak tidak berpanjangan dan selalunya hilang dengan masa, tanpa rawatan. Ini mungkin sama dengan pengalaman kita dengan anak-anak kita; pada satu masa ia takut dengan kegelapan, pada masa yang lain pula mereka takut pada orang yang tidak dikenali; dan pada masa yang lain lagi pada binatang seperti seekor anjing.
Tidak seperti ketakutan kanak-kanak, phobia orang dewasa tidak hanya hilang begitu saja. Sungguhpun 1 dari 10 orang di Amerika Syarikat itu mengalami ketakutan yang serious, kita semua ada ketakutan yang menghidari kita dari membuat sesuatu pekerjaan itu dengan terbaik. Itu menyebabkan kemajuan kita terhambat kebelakang. Sama ada ketakutan dengan public speaking, atau takut dengan bertemuduga atau dengan membuat panggilan penjualan, semua orang merasa yang ketakutannya itu terlalu besar dan tidak terkawal sungguhpun bahaya sebenarnya tidak lah begitu rupa.

Oleh sebab tiap orang pernah merasakan ketakutan pada satu ketika didalam hidupnya, anda tentu sekali biasa dengan perasaan kebimbangan(anxiety), panik, atau tidak selesa. Apa yang mungkin anda tidak mengetahui adalah bahwa anda sendiri memperolehi kebolehan untuk menangani perasaan phobia atau ketakutan itu, tapi malangnya ianya belum digunakan dengan cara bersesuaian bagi diri anda sebab mungkin anda sendiri tidak sadar kebolehan itu dan tidak tahu bagaimana hendak menggunakannya

Hubungi pihak kami untuk proses terapi menghapuskan phobia, kegerunan dan ketakutan anda..

Datin Hjh Norhayati Hj Ramlan
010-4076340

Khasiat Selawat Syifa'




Selawat Syifa Dalam Rumi
(BISMILLAAHIRRAHMAANIRRAHIIM. ALLAAHUMMA SALLI ‘ALAA SAYYIDINAA MUHAMMADIN THIBBIL QULUUBI WA DAWAA-IHAA  WA ‘AAFIYATI ABDAA NI WA SYIFAA IIHA. WA NUURIL ABSHAARI WA DIYAAIHAA  WA ‘ALAA AALIHII WA SHAHBIHII WA BARIK WA SALLIM).


KHASIAT SELAWAT SYIFA’
1. Menyembuhkan pelbagai jenis penyakit
Baca 21x dan hembus dalam air. Minum air tersebut dan sapu di tempat yang sakit.
2. Meransang minda kanak-kanak
Baca dan hembuskan ke kepala anak semasa mereka tidur. Boleh juga baca pada kismis dan beri anak makan sehari 3 biji.
3. Melembutkan hati yang sedang marah atau merajuk
Baca 3 kali dan tarik nafas dalam2. Ulang sebanyak 3 kali. Boleh juga hembus perlahan2 pada orang yang sedang marah.
4. Memupuk kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak, memupuk rasa cinta di antara suami dan isteri.

Amalkan sebagai zikir ketika sedang menyapu rumah dan ketika memasak makanan untuk keluarga anda.

Saturday, October 26, 2013

TIPS MENGHADAPI TEKANAN





Masalah demi masalah timbul, tekanan pihak ketiga, masalah keluarga, masalah rakan2 dan masalah diri sendiri boleh mengakibatkan seseorang itu hilang kewarasan dan pertimbangan. Tekanan adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupakan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasangan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Tekanan seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.

Tika situasi ini berlaku  apa yang perlu lakukan? Jika anda menghadapi tekanan yang agak berat anda di nasihatkan untuk berjumpa pakar sebelum tekanan menguasai emosi dan minda serta hilangnya pertimbangan.

Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

Pengurutan
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.
Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.
Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.

Tips kaedah  Islam:-
Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.


Atasi stres anda. Hidup dengan sihat dan ceria.


Datin Hjh Norhayati Hj Ramlan




Friday, October 25, 2013

Untuk temujanji Clinical Theraphy, sila hubungi PAKAR kami ditalian :-


Update <24/10/2013>
Salam sukses, kaya dan berjaya

" Kawal EMOSI anda mulai sekarang. Kerana anda sendiri yang bertanggungjawab keatas KAWALAN EMOSI pada diri anda. Hargai diri anda sebelum anda menghargai orang lain."

Smartexcel Konsultant menyediakan KEPAKARAN dalam MERAWAT KESAKITAN EMOSI yang 'melanda diri' anda, rakan taulan anda, sanak saudara anda melalui TERAPI MINDA NEURO LINGUISTIC PSYCHOLOGY (NLP) dan HIPNOTERAPI.

Bilik CLINICAL THERAPHY kami bersiap sedia menerima KUNJUNGAN anda
yang mahu 'MENYELESAIKAN CABARAN DIRI' mulai sekarang.
"KESELAMATAN EMOSI KLIEN ADALAH KEUTAMAAN KAMI'

Untuk temujanji Clinical Theraphy, sila hubungi PAKAR kami ditalian :-

Pakar Rawat Emosi Untuk Lelaki.
(1) 019-2044036 (Mohd Mustaqiim Asmuji, Professional Hipnoterapist-IACT)
(2) 019-3897580 (Mr Khaeril Anuar Darus, Professional Hipnoterapis - IACT)
(3) 012-2350404 ( Dr Ben Fadzil, Business Forensic, Psychologist & Professional Hipnoterapis-IACT)
Pakar Rawat Emosi Untuk Wanita.
(1) 012-7116340 (Datin Hjh Norhayati, Certified NLP Therapist Practitioner)
(2) 013-3976632 (Hjh Noraisah Bt Hj Ramlan, Certified NLP Therapist Practitioner)

(3) 010-7717366 (Puan Anis, Certified NLP Therapist Practitioner)

Tuesday, October 22, 2013

KORSET PALING MURAH DAN BERBALOI2


klik di sini untuk order : https://www.facebook.com/myra.spa

"KORSET PALING MURAH DAN BERBALOI2.." ini adalah komen pelanggan yang pernah membeli korset ini yang juga berpengalaman membeli macam2 jenis korset sama ada yang mahal sehinggalah yang murah..

Testimoni pelanggan yang mencuba selalunya dah tak mahu buka bila dah cuba.. sbb dah nampak shape badan yang cantik bila sarung korset ini...

Selesa sbb tak nampak bonggolan ikatan korset di pinggang bila pakai.. senang cerita pakai korset tapi tak nampak mcm pakai korset yang pentingi PINGGANG RAMPING wooo.. sbb, pin nya di bahu.. ha.. tak nampak lah mcm pakai korset.. dah la perut ada sikit terbonjol di tambah plak nak sangkut hoop kat perut makin teballah perut.. bila jalan nampak sangat pakai korset TERUTAMA BILA PAKAI BAJU YANG MELEKAT DI BADAN..

Ada klien yg kata tgh pening cari korset sbb nak pakai baju kebaya... bila dah cuba.. " eh, seluar saya longgar lah!.. nampak nya saya boleh lah pakai kebaya..."

Keluaran terbaru Reshape Lingerie EC1.. kini di pasaran .. HANYA RM 199 Dapatkan segera di Myra De Beaute Spa.. SIZE L 29"-32" SIZE XL 33"-36" SIZE XXL 37"-40"..
EC1 DIPERBUAT DRPD BAHAN SERAT ELASTIC NYLON DAN SPANDEX YANG AMAT HALUS, LEMBUT DAN FLEKSIBILITI SUPAYA TIDAK PANAS, MENYERAP PELUH DAN SELESA DI PAKAI. JAHITAN KEPINGAN YANG BANYAK AKAN MENOLAK LEMAK DARI BAWAH KE ATAS SUPAYA MENGEMBALIKAN OTOT-OTOTKE TEMPAT ASALNYA. INI AKAN MEMBUAT SUATU POTONGAN BADAN YANG CANTIK DAN MENARIK DALAM JANGKA MASA YANG PENDEK TAPI MENGEKALKAN BENTUK ITU BAGI JANGKA MASA YANG PANJANG

-MELANGSINGKAN BADAN
-MENGEMPISKAN PERUT YANG BUNCIT
-MENGECILKAN PINGGANG 2CM-4CM
-MENGANGKAT PINGGUL KE TEMPAT ASAL
-MENGECILKAN BAHAGIAN PEHA
-TIDAK PANAS, MENYERAP PELUH
-TIADA BATANG KERANGKA BESI
-MUDAH DI PAKAI DAN MUDAH APABILA KE TANDAS

HANYA RM199 INCLUDING POSTAGE.. TAWARAN SAH SEHINGGA BULAN NOVEMBER INI

Monday, October 21, 2013

SKIM CEPAT KAYA... BERTUAH ATAU MALANG??




Sebelum ini ada ramai yang datang berjumpa saya mengajak saya untuk membuat pelaburan... Godaan kata2nya amatlah menarik minat bagi mereka yang mengejar kemewahan... Siapa yang tak mahu hidup mewah bukan? Dengan kereta mewah, rumah besar, duit berlambak siapa yang tak mudah terpengaruh..

Sedikit tips untuk di kongsi bagaimana kita berwaspada daripada terjebak dengan skim cepat kaya ini..

Awas Jerat Skim Cepat Kaya Yang Bertopengkan Skim MLM

Skim cepat kaya adalah satu skim di mana sejumlah wang didepositkan atau dilaburkan akan dijanjikan pulangan yang tinggi dan lumayan. Lazimnya, pulangan yang dijanjikan lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen.
Terdapat pelbagai jenis skim cepat kaya, antara yang terkenal ialah Skim Pak Man Telo dan Swiss Cash. Malah terdapat juga beberapa syarikat multi-level marketing (MLM) pada hari ini yang modus operandinya menyerupai skim cepat kaya tetapi menggunakan label MLM untuk mengelirukan para pengguna.
Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar menjauhi sebarang pelan atau skim yang menjanjikan pulangan yang terlalu tinggi (bagus) untuk dipercayai kebenarannya (too good to be true).
Ciri-ciri skim cepat kaya
1.            Promosi memfokuskan kepada mencari dan mendapatkan downline.
2.            Pembayaran bonus berdasarkan kepada pencarian downline.
3.            Kontrak bertulis kepada ahli tidak disediakan.
4.            Pembelian wajib produk/perkhidmatan dikenakan sebagai syarat permulaan untuk mendapat
               bonus.
5.            Dikehendaki membeli produk dengan harga yang tidak munasabah atau pembelian pakej produk
               diberikan bonus.
6.            Polisi bayaranbalik (refund) atau polisi beli balik (buy back) tidak disediakan.
7.            Penarikan diri sebagai ahli tidak dibenarkan.
8.            Dibenarkan membeli lebih daripada satu keahlian.
9.            Struktur pembayaran bonus ditetapkan lebih awal mengikut susunan hirarki.
10.          Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat adalah tidak berkualiti, tidak halal dan
                tidak selamat.
Pada kebiasaannya antara ayat-ayat yang digunakan untuk mempromosi skim cepat kaya adalah seperti berikut:
“Anda tidak perlu menjual barang untuk mendapatkan ganjaran/pulangan.”
“Dijamin tiada risiko dan anda akan mendapat wang anda kembali.”
“Anda hanya perlu mengepos kepada orang dan kemudiannya orang tersebut akan mendepositkan wangnya ke dalam akaun anda.”
“Beli atau labur sekarang, ambil barang kemudian.”
KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 25-26 Februari 2006 telah memutuskan bahawa:
Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam
Oleh itu, sebarang perniagaan jualan langsung (MLM) yang mempunyai ciri-ciri skim cepat kaya sebagaimana yang dinyatakan di atas adalah bertentangan dengan bentuk perniagaan jualan langsung (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan dan dengan itu bercanggah dengan ketetapan hukum syarak.
Disediakan oleh:
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Dengan kerjasama:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

dipetik dari http://www.islam.gov.my/muamalat/artikel/awas-jerat-skim-cepat-kaya-yang-bertopengkan-skim-mlm

Bagaimanakah untuk mengesan Skim Cepat Kaya?
 Aktiviti pengambilan deposit secara haram
- Orang berkenaan (individu, syarikat atau organisasi) menerima,
mengambil atau menyetujuterima deposit daripada orang awam tidak
mempunyai lesen di bawah seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi
Kewangan 1989;
- Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit dengan atau
tanpa faedah atau pulangan (faedah atau pulangan pelaburan dijanjikan
untuk dibayar dalam suatu tempoh masa dan dalam bentuk wang atau
nilaian wang, sebagainya); dan
- Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit pokok apabila
pembayaran balik dituntut atau pada suatu masa atau mengikut hal
keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat
bayaran itu dan orang yang menerimanya, dengan apa-apa balasan
berupa wang atau nilaian wang (pembayaran pelaburan pokok
adakalanya dimasukkan sekali dalam faedah atau pulangan tetap yang
dijanjikan).
Skim Urusniaga Mata Wang Haram
Urus niaga mata wang asing dengan seseorang, selain daripada seorang
yang diberi kuasa, yang tidak mendapat kebenaran oleh Pengawal
Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW sering:
- Menawarkan kepada pelabur atau orang awam peluang untuk berurus
niaga mata wang asing dengan syarikat induk (yang kononnya
mempunyai lesen sah untuk berurus niaga mata wang asing di luar
negara);
- Memudahkan urus niaga mata wang asing dengan menyediakan akses
kepada laman web syarikat induk dan kemudahan urus niaga melalui
internet;
- Menggaji lepasan siswazah sebagai eksekutif pemasaran dan
mempengaruhi mereka supaya membuat ahli keluarga mereka membuat
pelaburan;
- Mengarahkan pelabur-pelabur untuk mendeposit wang pelaburan sama
ada ke dalam akaun bank syarikat induk atau akaun bank pihak ketiga;
dan;
- Mempengaruhi pelabur-pelabur untuk menambah jumlah pelaburan
("panggilan margin") atau menghadapi risiko kehilangan pelaburan
mereka


Bagaimanakah untuk melindungi diri daripada terjebak dengan skim
seperti ini?
- Ingatlah pada kata hikmat ini - Sesuatu yang menguntungkan tetapi
seakan terlalu mustahil untuk diterima akal, berkemungkinan besar
merupakan satu penipuan;
- Berurusan hanya dengan institusi kewangan berlesen dan peniaga mata
wang asing yang di beri kuasa;
- Semak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa yang berkaitan;
- Jangan gopoh atau membiarkan diri dipaksa untuk melabur;
- Berhati-hatilah dengan pelaburan yang dibuat melalui internet;
- Berwaspada dengan sebarang peluang pelaburan yang tidak bertulis; dan
- Jika suatu pelaburan telah dibuat, simpan kesemua dokumen yang
berkaitan dengan pelaburan dan komunikasi dengan selamat

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda menjadi mangsa skim
seperti ini?
Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti pengambilan wang
secara haram atau urus niaga mata wang asing secara haram atau anda sendiri
adalah mangsa kepada aktiviti atau skim haram seumpamanya tersebut, sila hantar
maklumat lanjut atau aduan anda beserta dengan dokumen berkaitan kepada Bank
Negara Malaysia seperti berikut:
Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Faksimili: 03-26987467
E-mel: upkinfo@bnm.gov.my
atau menghubungi nombor telefon seperti berikut:
03-2691 5090
03-2698 4163
03-2691 0824
03-2692 6482

03-2694 2143

20 tips berhenti merokok

Berapa kali anda berjanji pada diri anda sendiri bahwa anda akan berhenti merokok mulai esok? Jika anda masih membaca artikel ini, kemungkinan besar anda masih menimbang-nimbang untuk berhenti merokok. Biasanya kita membuat janji untuk berhenti merokok ketika kita mulai kehabisan nafas saat berjalan menaiki tangga, setiap kali tekak kita sakit, setiap kali kita membandingkan kondisi fisik kita dengan non-perokok kemudian kita menyedari bahwa kita tidak memadai dibanding mereka.
Untuk memperjelas, dan untuk menghindari salah faham, berhenti merokok adalah satu pilihan pribadi. Tidak ada yang boleh meyakinkan seseorang untuk berhenti merokok lebih baik dibanding dirinya sendiri. Artikel ini bukan kempen anti-merokok, tidak ada keperluan untuk itu dan semua orang di seluruh dunia tahu efek berbahaya dari merokok. Artikel ini ditujukan untuk memberikan beberapa tips berguna dan mudah diikuti yang dapat membantu seseorang memutuskan untuk berhenti merokok dan bagaimana untuk mencapainya.
Merokok adalah candu. Para ahli setuju bahwa keputusan untuk berhenti merokok diambil saat perokok benar-benar merasakan keinginan untuk perubahan. Ketika perokok merasa terancam oleh kebiasaan merokok bagi dirinya dan orang lain di sekitarnya dan ketika ia percaya bahwa menjauh dari nikotin akan membawa manfaat yang signifikan baginya, dan juga ketika ia merasa mampu mengatasi perubahan. Sederhananya adalah keputusan ada di pikiran kita dan harus ada ynag terlaksana. Setiap upaya dipengaruhi oleh cara dan larangan tertentu, serta JIKA TIDAK DATANG DARI KEINGINAN IA PASTI GAGAL.
Jadi jika anda telah mengambil keputusan, artikel berikut akan memandu anda tentang cara untuk berhenti merokok. Jika anda tidak merasa yakin bahwa anda ingin berhenti merokok, dapatlah kiranya anda menyimpan artikel ini untuk digunakan suatu saat nanti. Jika ia nya sukar juga boleh lah berjumpa saya untuk sessi terapi minda dan emosi dimana saya akan mengubah tabiat anda. bukan sahaja tidak mahu merokok bahkan baunya pun sudah membuatkan anda kembang tekak...

20 Tips Powerful Untuk Berhenti Merokok

1. Publikasikan keputusan anda untuk berhenti merokok
Biarkan teman-teman dan keluarga tahu keputusan anda untuk berhenti merokok. Dapatkan sokongan orang yg dekat dgn anda untuk selalu mengingatkan anda tentang target anda berhenti merokok dan manfaat kesehatan setiap kali anda merasakan keinginan yang kuat untuk merokok. Juga, yang sangat penting, mintalah teman dan keluarga untuk tidak merokok di depan anda dan tidak meninggalkan rokok di sekitar anda.
2. Tetapkan target waktu
Tetapkan target waktu selama 2-3 minggu dimulai saat anda mengambil keputusan untuk berhenti merokok. Pastikan bahwa tempoh masa ini tidak bertepatan dengan kondisi stres yang mungkin akan anda alami agar usaha anda berhenti merokok lebih mudah untuk dijalani. Cubalah secara bertahap mengurangi jumlah rokok yang anda hisap dalam beberapa minggu mendatang sampai akhirnya anda berhenti sama sekali pada target waktu yang sudah anda tetapkan.
3. Buat jadual
Atur jadual tertentu, yang tidak terlalu ketat atau terlalu pendek, untuk mentoleransi kemungkinan terjadinya “pelanggaran”, dimana anda memiliki keinginan yang kuat untuk merokok dan jangan kecewa jika anda tidak berhasil melakukannya dalam tiga hari pertama. Teruslah berusaha. Sedikit orang yang berhasil pada percobaan pertama mereka.
4. Mulai dengan cara yang mudah
Rakamlah dalam kondisi apa anda lebih sering merokok (kebosanan, kecemasan, persahabatan, kesepian, menonton televisi, bermain kartu, kopi, dll). Beri nilai 0 sampai 5 dengan kriteria 0 adalah “seperti kereta api” dan 5 adalah “hanya jika diperlukan”.
Cari saat di mana anda merokok “seperti kereta api”, dan berusahalah untuk mulai berhenti merokok secara bertahap. Dengan cara ini anda akan membuat awal yang baik dan juga meningkatkan kepercayaan diri anda untuk melanjutkan pada tahap untuk berhenti merokok sepenuhnya.
5. Hindari kebiasaan yang membuat anda merokok
Hindari alasan utama yang menyebabkan keinginan anda untuk merokok seperti kopi, alkohol, acara malam, berdebat dll. Jika anda tidak boleh melawan godaan, cobalah untuk bertukar kepada produk susu, buah-buahan dan sayuran lebih banyak, seperti telah ditunjukkan dalam survey bahwa makanan tersebut akan memberikan cita rasa yang kurang enak dalam merokok.
Juga hindari kebiasaan yang selalu anda kombinasikan dengan merokok seperti menonton tv, membaca majalah atau surfing internet.
6. Carilah kesibukan
Terutama di hari-hari awal anda mencoba, carilah kesibukan dengan hal-hal yang anda sukai dan cobalah untuk tidak meninggalkan banyak waktu untuk menyendiri sehingga terpikir keinginan untuk merokok. Juga, cobalah untuk mengalihkan keinginan tersebut dalam kegiatan yang intens, misalnya dengan melakukan beberapa kegiatan olahraga, berjalan atau bersepeda.
7. Tidur lebih banyak
Cobalah untuk tidur lebih banyak dari yang biasanya anda lakukan. Tubuh dan jiwa menjadi lebih penat karena usaha untuk berhenti merokok sehingga memerlukan istirahat lebih banyak. Disamping itu, jam tidur adalah saat dimana anda tidak berpikir untuk merokok.
8. Minum lebih banyak air
Cobalah untuk minum lebih banyak air. Air membantu dalam menghilangkan racun dari merokok yang telah terakumulasi dalam tubuh anda lebih cepat, sekaligus mengurangi keinginan Anda untuk merokok.
9. Kunjungi tempat tanpa asap rokok
Cobalah untuk menghabiskan berjam-jam sehari di tempat dimana merokok tidak diperbolehkan, seperti perpustakaan atau kedai buku. Jika anda mengambil istirahat untuk duduk minum kopi bersama teman-teman, pilihlah non-smoking area.
10. Buatlah tangan anda sibuk
Buatlah tangan anda sibuk. Telah terbukti bahwa salah satu alasan orang-orang tetap merokok adalah karena kebiasaan merokok mereka terhubungan dengan apa yang mereka lakukan dengan tangan mereka. Buatlah tangan anda memegang apa saja, kecuali rokok, seperti memegang pen, sekeping kertas, atau apapun yang dapat mengaburi diri anda, yang digunakan untuk membuat gerakan mekanis merokok (sebuah gerakan yang sama berulang-ulang ketika merokok).
11. Hindari godaan merokok setelah makan
Kebanyakan perokok cenderung untuk merokok segera setelah makan. Berdiri segera dari meja anda setelah makan untuk sikat gigi atau berjalan-jalan. Cobalah untuk tidak masuk ke dalam godaan merokok.
12. Jangan jatuh ke dalam “perangkap satu batang rokok”
Cobalah untuk menahan godaan untuk merokok “hanya satu batang”. Hal ini untuk memastikan bahwa sekali anda merokok satu batang saja maka anda akan merosakkan usaha anda untuk berhenti merokok, karena rokok berikutnya akan segera mengikuti.
Jika anda jatuh dalam perangkap, jangan menghukum diri anda terlalu keras. Cobalah untuk tidak membuat kesalahan yang sama lagi dan selalu ada dalam fikiran anda bahwa ini hanya kesalahan langkah sementara dalam upaya anda untuk berhenti merokok selamanya.
13. Coba gunakan pengganti nikotin
Jika anda merasa bahwa kurangnya nikotin menciptakan gangguan, atau jika dalam beberapa hari pertama anda tidak berhasil berhenti merokok, cobalah gunakan pengganti nikotin.. Ini akan membantu anda untuk menyingkirkan kebiasaan mencari rokok dan pada akhirnya akan membantu anda untuk berhenti merokok.
14. Cobalah akupunktur
Akupunktur adalah metod mengubati ketergantungan nikotin, tanpa rasa sakit dan aman. Dengan satu sampai lima kunjungan akan mengurangi intensitas gejala seperti tekanan psikologis, kecemasan, ketegangan, depressi, dan perasaan kosong yang disebabkan oleh penggunaan ubat jangka panjang seperti nikotin. Survey juga menunjukkan bahwa akupunktur meningkatkan vitalitas dan kesuburan serta membantu otak untuk berpikir jernih.
15. Beri penghargaan untuk diri sendiri atas upaya keras anda
Hadiahi diri anda sendiri untuk setiap hari tanpa rokok. Sebuah ide yang baik ke arah ini adalah dengan menggunakan wang tabungan karena tidak merokok untuk membeli sesuatu atau pergi berjalan-jalan.
16. Perhatikan diet anda
Pertimbangkan konsultasi pada ahli gizi dan mengikuti program gizi untuk beberapa bulan pertama, mengingat kesan perokok menyebabkan  tubuh mereka naik beberapa kg karena mereka cenderung makan/mengemil lebih banyak sebagai tindakan pengganti untuk tidak merokok.
17. Berpikirlah positif
Jangan anda berpikir berhenti merokok sebagai sebuah pengorbanan. Pikirlah bahwa anda akan mendapatkan lebih banyak manfaat dengan tidak merokok.
18. Terima kelemahan anda
Terima kelemahan anda, dan jangan mengecilkan diri anda karena anda merasa tergantung pada tembakau. Kenyataannya memang jika merokok tidak ada gunanya, maka tidak ada seorang pun yang akan merokok. Solusinya adalah dengan mampu secara bertahap menjejali otak anda dengan efek-efek negatif dari merokok dan pada akhirnya mampu merubah persepsi menjadi keuntungan-keuntungan karena berhenti merokok.
19. Merokok secara sadar
Maksudnya adalah ketika anda melakukan aktiviti-aktiviti dimana anda selalu kombinasikan dengan merokok, katakan “sekarang saya akan merokok”. Cara ini akan membantu anda secara perlahan-lahan melepas rokok dari kegiatan bersamaan lainnya, seperti mengemudi, surfing di internet atau berbicara di telepon. Menyadari merokok dalam jangka panjang akan membantu mengatasi masalah “merokok tanpa sadar”.
20. Berhenti merokok – Mulai dari sekarang
Anda sudah membaca cara untuk berhenti merokok dan anda juga memiliki kemahuan untuk melakukannya, mengapa tidak memulai usaha anda dari sekarang. Tetapkan target tempoh waktu anda dan ikuti langkah-langkah di atas. Berhenti merokok benar-benar bermanfaat untuk anda dan kesihatan anda.

Datin Yatie

Sunday, October 20, 2013

Kepentingan penjagaan wajah.. Produk Myra De Beaute (MDB) adalah produk yang terbaik cegah cancer kulit

Memiliki kulit yang cantik, halus dan putih bersih tanpa secalit noda menjadi perhatian mata yang memandang. Apabila ketawa atau malu, serta-merta pipinya bertukar kemerah- merahan sekalipun tidak mengenakan pemerah pipi.

Beruntunglah wanita yang memiliki kulit wajah cantik tanpa cela mahupun masalah. Tanpa perlu bersolek tebal, kejelitaan semula jadi terserlah hinggakan ramai menyangka dia lebih muda daripada usia sebenar.

Namun, tidak ramai di kalangan kita memiliki kulit sihat dan cantik. Meneruskan gaya hidup kurang sihat dan tidak tahu cara betul dalam penjagaan kulit wajah dan tubuh menyebabkan impian memiliki kulit cantik dan melambatkan proses penuaan cuma tinggal angan-angan.

Jika wajah anda lebih muda daripada usia sebenar, ia dianggap bonus. Andai wajah bersesuaian dengan usia, ia masih boleh diterima tetapi sungguh mengecewakan apabila orang mengandaikan usia anda lebih tua disebabkan wajah yang cepat dimamah usia.

Kebanyakan wanita Asia memiliki kulit berminyak yang mudah mengundang jerawat. Kehadiran ‘tetamu’ tidak diundang itu bukan saja mencacatkan wajah, malah menimbulkan parut yang lambat pudar hingga terpaksa ditutup dengan solekan tebal.

Bagi mereka yang memiliki kulit kering, masalah lain pula timbul. Walaupun tiada masalah jerawat atau tona kulit tidak sekata, kulit kering mudah kusam, berkedut atau jeragat jika tidak dijaga dengan baik.

Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Guru Ratnavelu, berkata penting untuk kita mengetahui beberapa perkara yang menjadi asas dalam usaha memastikan kulit sihat dan cantik serta melengahkan proses penuaan.

Menurutnya, kulit berminyak akibat pengeluaran sebum secara berlebihan yang menjadi punca jerawat. Jerawat masalah biasa dialami, terutama di kalangan remaja yang akhir baligh, akibat perubahan hormon tubuh.

“Kulit wajah umpama belon. Ketika usia muda, ia dipenuhi udara. Apabila usia semakin tua, kulit umpama belon yang tiada angin, kendur atau hilang ketegangan.

“Ramai wanita prihatin dengan penjagaan kulit wajah dan tubuh. Jika boleh, mereka mahu kelihatan awet muda dan berusaha melambatkan proses penuaan,” katanya.

Ini berbeza dengan golongan remaja yang kurang mengambil berat penjagaan diri, kecuali dinasihatkan ibu bapa supaya berbuat demikian.

Namun, mereka mula mengambil berat penjagaan kebersihan diri dan wajah apabila mula berkawan dengan berlainan jantina.

“Mereka mahu kelihatan menarik dan meminta pandangan ibu bapa atau doktor mengenai apa patut dilakukan untuk penjagaan diri dan wajah. Bagi menjaga kesihatan kulit tubuh dan wajah, kita perlu selalu membersihkan diri dan wajah,” katanya.

Dr Guru berkata, di negara bercuaca panas seperti Malaysia, tabiat mencuci muka perlu diamalkan bagi mengatasi masalah kulit berminyak.

Dalam membantu menjaga dan mengekalkan kulit sihat, krim pelindung matahari perlu disapu pada wajah bagi mengelak ia menjadi gelap dan kusam apabila terdedah secara langsung dengan sinaran matahari.

“Krim pelindung matahari SPF 50 sesuai digunakan untuk mereka yang sering berada di luar, misalnya bersukan, makan angin atau ketika di tepi pantai, manakala SPF 30 untuk mereka yang bekerja di dalam pejabat. Sesetengah krim pelindung matahari mempunyai minyak mineral yang membuatkan masalah jerawat bertambah buruk.

“Mereka yang mengalami masalah jerawat dinasihatkan tidak menggunakan krim pelindung matahari yang mempunyai kandungan minyak mineral.

“Ketika membeli produk di kedai barangan penjagaan diri, cari krim pelindung matahari yang tertulis ‘noncomedogenic’ iaitu istilah digunakan untuk krim atau losyen yang tidak menyekat liang roma,” katanya.

Penuaan intrinsik ialah kesan penuaan kulit dipengaruhi faktor dalaman fisiologi atau perubahan mengikut usia manakala penuaan ekstrinsik adalah proses kemerosotan disebabkan faktor luaran seperti radiasi, pendedahan cahaya matahari dan bahan kimia.

“Untuk mengetahui kesan penuaan intrinsik, perhatikan bawah lengan kita kerana kulit berkenaan biasanya cerah, licin dan lembut berbanding pada belakang tangan yang kering dan berkedut kerana terdedah kepada cahaya matahari.

“Petani lebih mudah mengalami kesan penuaan ekstrinsik melalui pendedahan cahaya matahari, menyebabkan kulit mereka kering dan berkedut.

“Pendedahan secara langsung kepada cahaya matahari banyak menyebabkan perubahan pada wajah, sebab itu kebanyakan petani memakai topi lebar dan baju lengan panjang.

“Di Australia, kejadian kanser kulit tinggi kerana mereka gemar berjemur di bawah sinaran matahari bagi mendapatkan kulit lebih gelap,” katanya.

Katanya, orang Asia nampak lebih muda daripada orang putih (Caucasus). Tabiat mat salih yang suka terdedah kepada cahaya matahari menyebabkan kerosakan kulit.

“Tambahan pula, jumlah melanin orang Asia yang lebih banyak menjadikan kulit lebih gelap berbanding orang putih, menyebabkan kita lebih tahan cahaya matahari.

“Untuk mengekalkan kulit cantik dan meremajakan kulit dari dalam, amalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang dan lebihkan buah-buahan. Kekalkan kecergasan tubuh dengan bersenam dan minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

“Orang Asia banyak mengambil makanan mengandungi karbohidrat, makanan menggemukkan dan berminyak. Ia tidak bagus untuk kesihatan dan jika mahu kekal sihat dan nampak muda, gaya hidup dan pemakanan perlu diubah.

“Elakkan stress, bersenam setiap hari dan tidur enam hingga lapan jam sehari. Mengurangkan pengambilan makanan berlemak dapat mengurangkan masalah sakit jantung.

“Ketika tidur malam, sapu pelembap antioksidan yang diperkaya dengan vitamin. Tidur malam ialah waktu terbaik untuk menyerap kandungan aktif pada produk penjagaan kulit.

“Bersenam setiap hari biarpun cuma untuk waktu singkat, membantu anda mencapai impian memiliki tubuh sihat dan bertenaga. Senaman secara rutin membolehkan peredaran darah menjadi lebih lancar dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda,” katanya.

Menurutnya, pengambilan minuman beralkohol dan merokok perlu dielakkan kerana tidak baik untuk kulit, mulut dan gigi. Merokok membuatkan seseorang nampak lebih tua daripada usia sebenar.

Bagi yang tidak merokok (perokok pasif), elakkan pendedahan pada asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi mempunyai risiko dua kali ganda untuk mendapat penyakit berbanding mereka yang merokok.

“Indeks jisim tubuh (BMI) perlu dikekalkan pada tahap ideal. Sebilangan kita suka makan banyak walaupun sudah kenyang, terutama ketika berjamu secara bufet. Ini menyebabkan faktor berat badan berlebihan. Sebaik- baiknya kita makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang,” katanya.

Untuk memiliki kulit cantik, amalkan makan buah- buahan. Anda juga boleh membuat sendiri jus buah, tetapi elakkan menambah gula. Perkara ini juga perlu dilakukan jika memesan jus buah ketika makan luar.

Rawatan muka di salun boleh membuatkan kita berasa lebih selesa, malah orang yang sentiasa gembira nampak lebih muda kerana kegembiraan yang terpancar di wajah antara rahsia awet muda. Ini berlainan dengan orang yang selalu stres yang kelihatan cepat tua.

“Semua orang berdepan stres, cuma kita perlu tahu bagaimana mahu menguruskannya supaya tidak mengganggu kehidupan dan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata, kini ramai lelaki mementingkan penjagaan diri dan wajah supaya tampil lebih menarik. Pertambahan usia meningkatkan kesedaran seseorang untuk menjaga penampilan diri, ditambah dengan pendapatan yang meningkat, membolehkan ia digunakan untuk memanjakan diri iaitu dengan penjagaan kulit.

Melasma atau bintik perang pada wajah biasa dialami mereka yang berusia 30 tahun ke atas. Ia perkara lazim berlaku di kalangan wanita Asia dan susah dirawat.

Antara faktor menyebabkan melasma ialah pendedahan kepada cahaya matahari, disebabkan pertambahan jeragat, pengambilan pil perancang dan perubahan hormon.

Rawatan laser atau penggunaan krim membantu mengatasi masalah bintik perang pada wajah tetapi masalah itu akan berulang jika kulit wajah tidak dijaga dengan baik dan tiada perlindungan daripada sinaran terik matahari





Dapatkan produk yang berkualiti tanpa bahan yang memudaratkan. Produk Myra de Beaute adalah produk yang terbaik syarikat kami hasilkan. kandungan setiap campuran bahan di dalam nya memenuhi dalam pembaikian tekstur kulit dan melindungi kulit dari pancaran UV..