Tuesday, June 18, 2013

Saya Tak Boleh Sembahyang

Seorang lelaki yang datang dari Utara Negeri Johor datang berjumpa dan menceritakan bahawa dia tak boleh solat, tidak khusyuk, tidak fokus.. Setelah di soal siasat, rupa2 nya dia menjadi fobia tiap2 kali nak solat kerana terdengar maki hamun boss nya yg dahulu yg melarang dia untuk bersolat.. Akhirnya terbawa2 sehingga dia gagal untuk solat setiap kali dia angkat takbir untuk solat... Akhirnya dia mendapat info dari internet dan dapat no telefon saya bg temu janji untuk rawatan minda... berjumpa perawat profesional minda & emosi itu lah yang dia cari2 selama menghadapi fobia ini...

Menggunakan beberapa teknik dan kaedah hipnoterapi & nlp selama lebih kurang 2 jam akhirnya saya sedarkan dia kembali... dan kali ini die seperti seolah2 orang sedang bangun dari tidur...

Suka saya menggalakkan klien saya solat bg mereka yang belum solat.. dah menjadi kebiasaan saya, saya menyuruh dia solat.. Alhamdulillah tanpa disedari dia dapat solat dengan sangat khusyuk... kesan serta merta dari sessi yang dia jalani sebentar tadi.. Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah s.w.t

Kesan dari rawatan terapi minda dan emosi ini akhirnya dia boleh solat & khusyuk dalam solat... Moga dia menjaga kewajipan yg tergalas di bahu nya sebagai seorang Muslim...

Skrg bertanya lah pada diri, adakah kita menjaga waktu solat kita dgn baik..?? Adakah anda juga perlu mendapatkan rawatan ini...?? 

No comments:

Post a Comment