Wednesday, June 26, 2013

Kesian.....

Saya seorang yg mudah kesian sblm ini... apabila mendengar cerita dari seseorang dgn emosi yg sgt tinggi.. Wayang minda kesedihan client terakam di minda saya kerana terdetik perasaan kesian itu... Bukan mudah ya utk menjadi seorang therapist... ia adalah satu kerjaya yg sangat mencabar.... Tp itu bukan bermakna tiada cara utk mengatasinya... 

Apa yg saya lakukan, saya sendiri melakukan terapi dgn sifu utk melerailan rasa kesian yg melampau itu.. Teknik itu sangat berkesan & terkesan...

Akhirnya slps tido mlm dgn lena, esok nya saya bangun dgn gembira... Sangat gembira!! Tiada lg di bayangi crite sedih dan wayang minda sedih itu....

Betapa hebatnya terapi minda & emosi ini... Mungkin anda juga pernah mendengar atau menjadi tempat luahan hati atau cerita sedih rakan2.. Dan ada tika anda terbayang, teringat, terngiang2 di telinga, tercetus rasa sedih di hati itu makna nya anda perlukan terapi ini.. Kerana kesan daripada emosi ini ia terhinggap di jasad kita hingga meninggalkan rasa sakit... Ini adalah pengalaman hebat pd saya yg saya hendak kongsi bersama...

Jumpa lah pakar2 seperti kami utk menyelesaikan tekanan, rasa sakit, sedih, trauma, fobia, fears atau apa2 saje yg melibatkan emosi... Kami sediaembantu anda.....

Saturday, June 22, 2013

Gagal?!?!

Apabila terjadi kegagalan, tanya pada diri apa kesilapan yg kita lakukan..??? Bagaimana ia nya terjadi.. ??

Tanpa kita sedar kita telah mengizinkan perkara itu terjadi pada diri kita... Kesilapan kita adalah kerana meletakkan diri kita perkara yg kedua atau ketiga.. Ada kala nya tiada dalam senarai langsung...

Sayangi Diri... Jaga kesihatan diri.. Jaga hati diri sendiri.. 

Sejauh mana kita dapat memuaskan hati orang?? Apa yg kita mahukan dari org lain? Apa yg kita nak org berkata ttg diri kita? Adakah kita suka dgn tanggapan itu?

Apa yang penting kita sayangi diri kita... " love your self.. Do what you love.. Love what you do.."

Jadi lah diri kita yg kita suka.. Buat apa yg kita suka.. Suka apa yg kita buat.. Itu akan membuat diri kita bahagia dan berjaya!!!





Tuesday, June 18, 2013

NAK KURUS!!

"Berat badan saya dah melampau.. Selera saya terlalu tinggi.. Nampak apa pun semua berselera.. Saya tidak pernah tolak apa2 makanan"

Soalan saya:  Jadi, apa yg boleh saya bantu?

" saya nak hilangkan selera makan saya pada nasi, chocolate & ice cream"

Saya: bagus! Saya akan bantu Cik. Adakah Cik benar2 serius utk menghilangkan selera makan pada nasi, chocolate & ice cream?

" iyer.. Saya benar2 serius. Bantulah saya.."

Saya: apakah makanan yg membuat Cik tidak selera makan atau loya??

" saya tak boleh tengok makanan basi, berbau dan berbuih2... ia meloyakan dan Saya rasa nak muntah"

Saya: good... Saya hanya perlukan Cik fokus dan dengar semua arahan saya dengan jelas.. 

Dalam hati saya, saya suka menyahut cabaran ini & saya tak sabar nak tgk dia kurus!!! Sbb sblm ini saya telah melihat bagaimana Sifu saya melakukan terapi seperti ini di depan saya... Hehehehe

Terapi berjalan lancar... Tiba2 wanita itu terasa loya hendak muntah!! Hm... Itu tanda nya terapi itu berjaya...

Selesai sahaja terapi saya tunjukkan nasi pada nya... Hm... Die tak mahu pandang dan terasa nak muntah melihat nya...

Di akhir sessi saya menasihatkan kaedah pemakanan yg sihat.. Dan cara utk mendapatkan hasil yg baik dari terapi ini tanpa memudaratkan diri nya... 

Sekiranya dia ingin mendapatkan rawatan susulan terapi bagi mendapatkan bentuk badan yang cantik die boleh datang semula berjumpa dengan saya...
 

Saya rasa seperti di anak tiri kan oleh ibu bapa saya

Seorang anak meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ibu bapanya kpd saya... Dia terasa seperti di anak tiri kan.. Layanan yg sgt berbeza dgn adik beradik yg lain...

Kepakaran saya adalah memberi jalan kpd minda nya utk Re-parenting buat anak ini...

Dia perlu mengikut setiap arahan yg diberikan dan keputusan yg terbaik yg akan kita achive adalah dgn kerjasama yg sgt baik di berikan oleh klien...

Alhamdulillah.. Walaupun dihujani air mata akhirnya dia tersenyum gembira...
Begitu berkuasanya minda utk mengubah senario itu....

Dia kini menjadi seorang yg kuat semangat dan positif.. Dan dia juga beritahu saya yg dia kini di sayangi ibu bapa dan mendapat perhatian seperti yg dia ingin mahukan...

Tahniah kpd diri nya.. Hanya meluang kan masa 1-2 jam bersama saya, apa yg dia ingin kan, apa yg dia mahukan tercapai.....

Saya malu utk pandang lelaki

Seorang wanita muda bertudung labuh sangat manis berjumpa dengan saya.. Suara yg lembut, sangat berhemah dan pemalu orang nya.. 

Setelah beberapa minit berbual dia berkata yang dia sangat malu dan tidak yakin dan tidak berani utk berbual dengan lelaki.. Nasihat saya awak perlu berani kerana kita perlu mengenal betil2 dengan orang yang kita kawan supaya kita boleh menilai..

Tugas saya di sini adalah menanan sikap keberanian dlm diri nya..

Sessi terapi berjalan dengan baik..

Alhamdulillah.. Setelah selesai saya telah memanggil seorang sahabat lelaki utk berbual dan secara x sengaja saya hanya mahu menguji keberkesanan terapi tadi.. Dia sudah hilang rasa malu kerana saya nmpk muka nya ketika berbual dia boleh mengangkat muka dan bertentang mata dgn sahabat saya itu.. Berbeza dgn sblm ini dia memaling wajah nya ketika berbual dgn mana2 lelaki..


Kenapa saya tidak tegas??

Seorang guru datang berjumpa saya... Dia mencurahkan perasaan nya kepada saya. Die menganggap diri nya lemah kerana sukar menjadi seorang yang tegas.. Jadi saya bertanya kan kepada nya apa yg dia mahukan dari saya? Dia mahu saya jadikan diri nya seorang yg tegas...

Hm... Menarik dan bg saya ia mmg lah kepakaran saya utk menjadikan seperti yg dia mahukan...

Ia nya sangat mudah dan dia perlu betul2 bersedia dan perlu hanya mengikut arahan saya..  Sessi terapi berjalan dengan baik..

Alhamdulillah.. Skrg dia sudah tahu mengapa dia perlu menjadi tegas.. 

Dia melangkah keluar dgn satu sikap yg baru & azam yg baru.. Menjadi seorang yg lebih tegas dlm membuat satu keputusan..

Dan ia telah menyelesaikan semua rasa tidak puas hati nya  selama ini yang tidak mencapai tahap keputusan yg di buat sebelum ini...

Lega.., lega.. Lega.. Itu yg dia rasakan... Terapi minda & emosi ini sangat membantu...

Saya tidak yakin berkomunikasi dlam bahasa inggeris

Seorang jejaka dtg berjumpa saya.. Katanya dia tidak berani berbual & berkomunikasi dalam bahasa inggeris.. Setelah berbual2 saya dapati dia seorang yg pemalu.. Bkn kerana tidak pandai tp malu dan kurang keyakinan diri...

Tugas saya adalah utk menghilangkan rasa malu dan tambahkan keyakinan dirinya... Seperti biasa, dia perlu mengikut arahan saya satu persatu..

Di dalam situasi ini saya menggunakan teknik 6 pattern reframing. Bertanyadi bahagian otak kreatif bagaimana untuk menjadi seorang yang berani berbual dan berkomunikasi dalam bahasa inggeris.

Alhamdulillah die memberi kerjasama yg baik.. Setelah selesai menjalani terapi dia tersenyum lebar dan nampak lebih bersemangat.. Ucapan terima kasih dan signal tangan menunjukkan bagus kpd saya.. 

Saya ikut dan perhatikan nya dari jauh, dan saya terdengar dia telah mula bercakap bahasa inggeris ketika berkomunikasi...

Wow!! Satu perubahan serta merta.. Alhamdulillah....

Saya Nak Jadi Mcm Dr. Azizan

Wow... Hebat!!! Apa yg menyebabkan awak ingin menjadi seperti Dr. Azizan?? Jawapan nya : kerana saya ingin menjadi seorang yg berani dan berpengaruh sepertinya tatkala die berada di atas pentas...

Bagus!! Saya akan jadikan dia seperti Dr. Azizan.. Dan dia hanya perlu mengikut arahan saya... 

Alhamdulillah... Dia memberi kerjasama yang baik sepanjang progress itu berlangsung...

Bila saya mengakhiri progress itu die seperti tidak mahu membuka mata nya kerana dia telah melihat diri nya adalah Dr. Azizan... Hebat bukan?!?! 

Kini die lebih berani dan lebih yakin untuk memberi ucapan di atas pentas..semoga dia lebih berjaya dan terus berjaya...


Saya Tak Boleh Sembahyang

Seorang lelaki yang datang dari Utara Negeri Johor datang berjumpa dan menceritakan bahawa dia tak boleh solat, tidak khusyuk, tidak fokus.. Setelah di soal siasat, rupa2 nya dia menjadi fobia tiap2 kali nak solat kerana terdengar maki hamun boss nya yg dahulu yg melarang dia untuk bersolat.. Akhirnya terbawa2 sehingga dia gagal untuk solat setiap kali dia angkat takbir untuk solat... Akhirnya dia mendapat info dari internet dan dapat no telefon saya bg temu janji untuk rawatan minda... berjumpa perawat profesional minda & emosi itu lah yang dia cari2 selama menghadapi fobia ini...

Menggunakan beberapa teknik dan kaedah hipnoterapi & nlp selama lebih kurang 2 jam akhirnya saya sedarkan dia kembali... dan kali ini die seperti seolah2 orang sedang bangun dari tidur...

Suka saya menggalakkan klien saya solat bg mereka yang belum solat.. dah menjadi kebiasaan saya, saya menyuruh dia solat.. Alhamdulillah tanpa disedari dia dapat solat dengan sangat khusyuk... kesan serta merta dari sessi yang dia jalani sebentar tadi.. Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah s.w.t

Kesan dari rawatan terapi minda dan emosi ini akhirnya dia boleh solat & khusyuk dalam solat... Moga dia menjaga kewajipan yg tergalas di bahu nya sebagai seorang Muslim...

Skrg bertanya lah pada diri, adakah kita menjaga waktu solat kita dgn baik..?? Adakah anda juga perlu mendapatkan rawatan ini...?? 

Bagaimana Hendak Cepat Mati

Pengalaman mengalami trauma hidup sangat dahsyat.. Pengalaman masa lampau mengganggu hidup nya.. ada diantaranya di Rogol, kurang mendapat kasih sayang keluarga, di hina oleh suami @ isteri, di caci oleh keluarga sendiri mahupun mertua.. Hidup nya tertekan & terus tertekan...

Pn.Asmah (bukan nama sebenar) menjalani kehidupan yang sangat tertekan..
Apa sahaja yg di lakukan ia mengganggu mental & emosi diri nya.. Akhirnya die berjumpa pakar rawatan minda & emosi di atas nasihat seorang kawan... Keadaan sebelumnya membuat dia bertambah teruk Sehingga dia terganggu dgn suara2 ghaib dan bayang2 makhluk halus..

Sebelum ini dia berjumpa dgn pakar sakit jiwa, akhirnya dia di masukkan ke dalam hospital sakit jiwa dan di tahan serta di beri ubat pelali..
Tapi masalah & tekanan yg mengganggu tidak pudar sedikit pun malah dia menjadi tertekan dan lebih tertekan... Dia perlu berkelakuan baik utk keluar dari wad tersebut.. Akhir nya dia berjaya keluar dari wad itu dgn syarat...

Tuhan masih menyayangi nya.. Membuka kan pintu hati utk dia mendapatkan khidmat nasihat pakar rawatan minda & emosi.. Tapi kali ini datang dgn hasrat untuk MATI.. Bagaimana hendak cepat Mati...

Akhirnya jalan penyelesaian di dapati.. Kini dia lebih percaya & yakin dgn kelebihan yg ada pada diri.. Dia ingin teruskan kehidupan kerana melihat kelebihan yg ada pada diri nya..

Berjumpalah pakar sebelum terlambat.. Ada byk kebaikan yg dapat kita buat di dalam dunia ini.. Masih ada byk lagi kebahagiaan dan kejayaan yg akn kita dapat & nikmati., mungkin kita tidak nampak & kita tidak sedari.. Tetapi dgn bantuan pakar anda akan dpt melihat & merasainya...