Pernahkah kita
terfikir apakah tujuan sebenar kita diciptakan ke dunia ini. Sedangkan dari
sebesar-besar gunung hingga ke sekecil-kecil semut pun ada tujuannya
tersendiri, inikan kita yang sempurna dan indah ciptaan-Nya. Maha Suci Allah
yang tidak lengah(lalai) pada ciptaan-Nya.
Tidak pernah
terdetikkah untuk apa kita dijadikan? Adakah manusia sekadar penghias dunia
semata-mata. Atau lebih kepada PEROSAK DUNIA?
Maka apakah kamu mengira bahwa kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada
maksud) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?.
(Al-Mu'minun:115).
Jelas bahawa setiap
satu ciptaan itu ada tujuannya. Seorang tuan rumah pun akan memarahi pembantu
rumahnya, (bibik) jika dia tidak tahu tujuan dia diambil
bekerja. Apatah lagi kita manusia ciptaan Allah yang menikmati pelbagai nikmat
kurniaanNya.
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah
kepadaku.
(az-Zariyat: 51)
Allah s.w.t telah
berfirman dengan jelas tentang tujuan ini di dalam ayat Al-Quran. Sedarkah kita
dengan tugas kita ini???
Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku
ingin menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata " Apakah kau
hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan
kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, "
Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Al-Baqarah:30)
Maha suci Allah
menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Betapa berat dan besar
amanah, tugas yang perlu kita pikul. Khalifah berperanan mengurus dan mentadbir
bumi mengikut hukum Allah yang telah ditetapkan . Adakah KERJA, keras
kita selama ini hanyalah berusaha untuk mencari kejayaan demi kesenangan
sendiri menepati kehendak TUAN
KITA INI?.
Adakah Pengarah
sebuah syarikat pembinaan akan merasa gembira dengan kerja-kerja pekerjanya
yang membina HOTEL, walaupun
ditugaskan membina deretan rumah kedai?.
Katakanlah (Muhammad), "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang
mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku
tidak termasuk orang-orang musyrik."
(Yusuf:12)
Kita juga berperanan
untuk menyambung jejak langkah Rasulullah S.A.W menyeru manusia mencari
keredhaan Allah S.W.T. Malulah kita kepada sang semut yang kerdil andai
mereka lebih cekap dan effisyen dalam menjalankan tanggungjawabnya. Setelah
beraneka rahmat dikurniakan kepada kita dari sihat tubuh badan hingga kepada
kebijaksaan dalam pembelajaran, adakah kita masih mahu lari dari tanggungjawab
kita ini?.
Andai satu hari nanti segala jenis PINJAMAN, yang kita miliki seperti kekayaan, kesihatan dan kebijaksaan ditarik adakah kita tidak malu merayu meminta agar ianya dikembalikan?. Sedangkan sebelum ini kita tidak pernah peduli tentang TUJUAN ia dipinjamkan kepada kita.
No comments:
Post a Comment