Tuesday, July 28, 2015

Sibuk??



Sibuk...

Dulu kesibukkan saya dek komitmen keje sehingga sampai ibu pujuk2 ajak join apa-apa acara yg di atur.. Nampak sangat kekurangan saya dalam pengurusan masa..

Slps mempelajari ilmu NLP saya belajar utk lebih sayang pd diri saya sendiri. Saya mula rasional dalam setiap tindakan saya. Kurniaan Allah yg paling bernilia dan berharga iaitu minda utk berfikir dan membuat keputusan. Usah biarkan perkara lain menguasai diri kita..

Saya terinsaf seketika di dalam kesibukkan mengejar harta dunia saya lupakan harta yg paling berharga iaitu kasih sayang...

Sejak dari itu sesibuk mana pun saya, dlm sehari saya akan pastikan ada masa yg berkualiti bersama famili.. 24 jam cukup bagi mereka yg bersyukur..

Walaupun saya jauh di luar kawasan saya akan pastikan saya akn hubungi mereka setiap hari menggunakan handfree spjg memandu perjalanan pulang dr bekerja.

Sehinggakan saya sewa bungalow dpn rumah utk di jadikan pejabat bagi memudahkan saya bekerja dan pulang waktu makan.. 

Apa sahaja yg saya lakukan saya fikirkan kualiti masa dan kepuasan diri di dalam setiap tindakan.

Apakah yg penting di dalam hidup anda?.. Itulah yang kita utamakan dlm membuat keputusan dlm tindakan kita..

Bila kesibukkan di jadikan alasan utama dr berjumpa org yg tersayang, itu menandakan ada sesuatu yg lebih menarik untuk di utamakan...

Pilihan saya adalah apa sahaja yg membuat saya bahagia itu yg sy utamakan..

Monday, July 27, 2015

Khasiat Bertanggas




ARKIB : 20/05/2012

Bertangas pulih dara?

APAKAH yang dimaksudkan dengan bertangas? Benarkah ia dapat memulihkan dara wanita? 

Rina, Johor.

Soalan yang diutarakan amat menarik sekali. Mungkin jawapan yang saya berikan adalah pendapat saya sebagai pengamal perubatan moden. Saya tidaklah ingin menimbulkan apa-apa kontroversi kepada pengamal perubatan tradisional. Saya tidak menyangkal kebaikan perubatan tradisional yang telah diamalkan sejak turun-temurun. Alangkah baiknya jika kebaikan ini dapat dibuktikan secara kajian saintifik. Saya yakin sudah tentu pengamal perubatan moden akan mengamalkannya dalam perawatan harian mereka.

Buat masa ini, masih belum ada kajian secara klinikal yang dijalankan dan laporan yang dibuat adalah daripada pengalaman nenek-moyang kita turun-temurun. Saya sebenarnya kurang pasti sama ada ia boleh memulihkan dara seseorang wanita yang telah melahirkan anak ataupun tidak. Maksud pemuliharaan dara ini juga amat meluas. Saya agak yang dimaksudkan mungkin kemutan faraj yang masih dapat dikekalkan (masih ketat) walaupun telah menjalani proses kelahiran.

Namun begitu, ramai tak pasti untuk apa keperluan bertangas. Saya sendiri kurang mengetahui kebaikan bertangas dan juga tidak pernah mengamalkannya walaupun pernah melahirkan anak lima kali. Jawapan yang saya akan berikan adalah daripada bacaan saya dan juga perbincangan saya bersama pengamal perubatan tradisional.

Mandi wapBertangas ini sebenarnya adalah mandi wap. Bukan terhad kepada wanita sahaja dan juga bukan untuk kaum Melayu sahaja. Bertangas untuk wanita bagus dilakukan setiap kali selepas bersalin dan selepas haid. Mungkin ramai yang sangka ia hanya untuk selepas pantang bersalin, namun sebenarnya bagus untuk setiap kali selepas haid. Bertangas akan mengeluarkan peluh dan menyebabkan toksin keluar daripada badan. Bagi ibu bersalin, ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan kemutan faraj dan rahim. 

Rawatan bertangas terdapat dalam pelbagai cara dan ramuan. Biasanya terdapat dalam dua jenis iaitu bertangas kering dan basah. Bertangas kering juga dikenali sebagai bertangas herba. Ianya hanya menggunakan batu sungai yang dipanaskan dan diletakkan ramuan tertentu. Rawatan ini dilakukan selepas hari ke-30 bersalin selama 10 hari berturut-turut apabila darah nifas telah kering . Rawatan ini dipercayai dapat mengeluarkan sisa toksin dan merawat luka. Jika selepas haid, boleh dilakukan selepas hari keenam, selama tiga ke tujuh hari.

Bertangas basah pula menggunakan ramuan rempah ratus dan herba yang direbus. Untuk mereka yang berpantang bersalin, mulakan rawatan selepas hari ke-40 iaitu selepas tangas kering dan dilakukan sehingga 100 hari. Untuk selepas haid, dilakukan selepas darah kering juga. Amalan ini dipercayai dapat menghasilkan daya kelembapan kulit yang mantap di bahagian alat sulit.

RawatanIa juga dapat mengelakkan kelesuan kulit dan bau badan. Ketika rawatan bertangas basah, boleh amalkan senaman kemutan otot rahim atau Kegel exercise untuk kekuatan otot faraj dan rahim. Bertangas dibuat dengan menyelubung seluruh badan dengan kain dari paras leher ke paras lantai agar wap tangas menyeluruh kena pada badan. 

Proses rawatan bertangas secara tradisional adalah dengan memasukkan air panas yang dicampurkan sedikit dengan air sejuk untuk mengelakkan kecederaan ke dalam besen yang besar serta dicampurkan ramuan-ramuan herba yang telah dibersihkan seperti buah manjakani, asam keping, daun sirih, daun kunyit, halia merah, daun mengkudu, buah pala serta sedikit garam dan bermacam-macam lagi sumber asli yang kebanyakannya boleh didapati di dapur masing-masing.

Setelah dibiarkan beberapa minit, wanita yang akan menjalani rawatan bertangas akan masuk dan duduk di dalam besen tersebut supaya air campuran herba mengenai bahagian sulit mereka. Di samping itu, mereka boleh menggosok bahagian sulit dengan air campuran herba tersebut untuk kesan yang lebih baik.

Proses rawatan ini biasanya dilakukan dalam masa 20 hingga 30 minit mengikut kehendak individu dan elok dilakukan sekerap dua kali sebulan atau seminggu sekali. Campuran herba tersebut dipercayai mengandungi banyak khasiat dan kelebihan tersendiri contohnya buah manjakani boleh mengetatkan faraj, daun sirih untuk menyembuhkan luka-luka kecil manakala buah pala dapat menghindarkan bau yang tidak menyenangkan pada alat sulit serta boleh memberi kesan yang maksimum kepada hubungan seksual pasangan suami isteri.

MurahSememangnya rawatan ini adalah mudah, murah dan boleh dilakukan sendiri di rumah tanpa mengeluarkan belanja besar serta mengambil masa yang lama.

Namun wanita moden sekarang ramai yang terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga mengabaikan rawatan dalaman ini yang boleh membawa kesejahteraan rumahtangga dan kesihatan serta kebersihan diri.

Sememangnya wanita tidak perlu risau melakukannya kerana kebanyakan spa yang terdapat di Malaysia ada menyediakan rawatan bertangas dengan cara yang sedikit berbeza malah lebih selesa iaitu diletakkan di dalam alat mandi wap kanvas dan diletakkan serbuk herba tersebut yang telah dikisar atau dimesin halus ke dalam periuk kukusan elektrik yang tersedia di dalam kanvas tersebut. Ia cepat dan mudah untuk digunakan. Proses rawatannya juga hanya 20 hingga 30 minit.

Justeru rawatan tradisional ini masih boleh diamalkan walaupun zaman sudah berubah. Sebagai wanita mungkin anda boleh mencubanya jika anda berkemampuan dan berkelapangan.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/kesihatan/20120520/kn_01/bertangas-pulih-dara#ixzz3h4oJvPsf 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, July 25, 2015

NLP: MENJADIKAN DIRI SEORANG YANG RASIONAL



Topik hari ini saya ingin membincangkan sejauh mana NLP memberi kesan kepada kehidupan harian terutama kepada keberkesanan dalam memahami dan bersabar.

Apabila kita memahami bagaimana sesuatu keputusan dan pemilihan cara tindakan seseorang itu di proses membuat kan kita lebih tenang untuk menerima walaupun bertentangan dengan pendapat dan cara pemikiran kita.


Setiap keputusan dan pendapat lahir dari wayang yang di cipta dari minda setelah apa info di terima, di tapis dan ianya akan terkait dengan apa yg pernah di lalui, di lihat dan di dengar..

Salah satu andaian utama dan terpenting NLP ialah peta bukan wilayah tetapi hanyalah sat representasi simbolik mengenai wilayah itu.

kita perlu faham bahawa sesuatu yg di cerapkan oleh seseorang melalui derianya akan melalui pelbagai proses dalam minda yang menghasilkan satu gambaran dalaman atau peta minda yang tidak sama dengan sesuatu yang berlaku sebenarnya. proses dalam minda melalui pelbagai penapis seperti pemotongan, pengherotan, generalisasi dan sistem-sistem lain seperti nilai dan kepercayaan, ingatan yang sedia ada mengenai perkara tersebut, sikap dan lain-lain akan membentuk satu peta atau gambaran yang tidak sama dengan realiti yang di cerap oleh deria.

Memahami bagaimana pembentukan peta minda berlaku dan menyedari serta menerima bahawa peta minda yang terbentuk dalam minda orang lain dari apa yang anda fikirkan , akan banyak membantu anda agar berhati-hati memberi respond dan cara bagaimana untuk menyampaikan agar orang itu memahami apa pula yang ada di dalam pemikiran anda yang anda ingin sampaikan.

CTH:
Ada sesetengah orang berfikir bahawa makan nasi 3 sudu sudah cukup untuk memberi dia tenaga, dengan apa yang di pelajari, di dengar dan juga lihat keberkesanan terhadap orang2 sekeliling pengawalan pengambilan pemakanan menghasilkan diet yang baik.

Ada yang berfikir 3 sudu nasi tidak mencukup untuk memberi tenaga pada dirinya dan tidak perlu utk diet dan dia kelihatan lebih menarik bila bertubuh besar.

NLP membuat kita respect pada setiap keputusan orang lain walaupun bertentang dengan pemikiran kita.


Wednesday, July 22, 2015

MEMILIH SAUDARA SEBAGAI RAKAN KERJA



kebaikan & keburukan bekerja bersama ahli keluarga...

Biar saya bercerita dari sudut seorang majikan...

Biar apa pun pengalaman yg saya lalui, Saya tetap suka bila memilih saudara bekerja dari org luar dek kerana persefahaman yg tersedia wujud. kasih sayang yg sedia untuk minta maaf dan memaafkan. Matlamat yg sama bantu keluarga, sama2 kaya dan berjaya.

Memang ada yg mengatakan mengambil saudara bekerja ini adalah satu risiko yg sangat tinggi.. Malangnya ia adalah di sebabkan di antara mereka sangat mementingkan diri sendiri. Masalah suka-suka hati nak cuti dan nak kerja dan berhenti. dan paling teruk sekali apabila hal kerja di kaitkan dengan ahli keluarga yg lain. meracuni pemikiran ahli keluarga untuk berburuk sangka demi menutup kesalahan sendiri. Meminta simpati meraih sokongan saudara mara yg lain.. akhirnya boleh menyebabkan tak bertegur siapa.

Saya sebagai majikan sy akan mengelakkan dari mengambil tindakan sesuka hati, setiap tindakan yg di ambil cukup dengan bukti. Kedatangan di ambil dengan scan ibu jari (so tak boleh pinjam jari org lain utk bantu daftar kedatangan), cctv di perkarangan pejabat merakam setiap perbuatan dan etika.

Sbg majikan saya tidak terpengaruh dengan cerita buruk itu dengan memaksa saya untuk membuka aib orang lain.. Segala bukti saya simpan utk rekod bukan untuk di tayang memburukkan bekas pekerja. Tidak sesekali saya akan terikut-ikut dengan umpan mereka yang bakal mengaibkan diri mereka sendiri.

Walaupun wujud hubungan kekeluargaan perlu di ingatkan kita harus bersikap profesional dalam pekerjaan. Perlu mengikut prosedur pejabat, penggunaan harta syarikat dan yang paling penting sekali adalah kejujuran dan amanah.

Dalam bekerja kita bukan sahaja membantu antara satu sama lain dalam ekonomi malah dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Susah senang bersama dapat di pupuk. Untuk mencapai ke arah matlamat itu bergantung kepada matlamat sebelah pihak lagi..

Kepada mereka yang fokus dan bersemangat mengejar matlamat pasti akan berjaya...

Moga coretan ini sedikit sebanyak memberi inspirasi dan tips dalam menguruskan peniagaan bersama saudara..

Sejarah ada membuktikan syarikat keluarga bertahan hampir 100 tahun dengan usahasama adik beradik. Bersatu teguh bercerai roboh...

HIDUP HARUSLAH MENGENANG BUDI

Pernahkah kita terfikir apakah tujuan sebenar kita diciptakan ke dunia ini. Sedangkan dari sebesar-besar gunung hingga ke sekecil-kecil semut pun ada tujuannya tersendiri, inikan kita yang sempurna dan indah ciptaan-Nya. Maha Suci Allah yang tidak lengah(lalai) pada ciptaan-Nya.

Tidak pernah terdetikkah untuk apa kita dijadikan? Adakah manusia sekadar penghias dunia semata-mata. Atau lebih kepada PEROSAK DUNIA?

Maka apakah kamu mengira bahwa kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?.
(Al-Mu'minun:115).

Jelas bahawa setiap satu ciptaan itu ada tujuannya. Seorang tuan rumah pun akan memarahi pembantu rumahnya, (bibik) jika dia tidak tahu tujuan dia diambil bekerja. Apatah lagi kita manusia ciptaan Allah yang menikmati pelbagai nikmat kurniaanNya.
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku.
(az-Zariyat: 51)

Allah s.w.t telah berfirman dengan jelas tentang tujuan ini di dalam ayat Al-Quran. Sedarkah kita dengan tugas kita ini???
Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku ingin menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata " Apakah kau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, " Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Al-Baqarah:30)

Maha suci Allah menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Betapa berat dan besar amanah, tugas yang perlu kita pikul. Khalifah berperanan mengurus dan mentadbir bumi mengikut hukum Allah yang telah ditetapkan . Adakah KERJA, keras kita selama ini hanyalah berusaha untuk mencari kejayaan demi kesenangan sendiri menepati kehendak TUAN KITA INI?. 

Adakah Pengarah sebuah syarikat pembinaan akan merasa gembira dengan kerja-kerja pekerjanya yang membina HOTEL, walaupun ditugaskan membina deretan rumah kedai?. 
Katakanlah (Muhammad), "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik."
(Yusuf:12)

Kita juga berperanan untuk menyambung jejak langkah Rasulullah S.A.W menyeru manusia mencari keredhaan Allah S.W.T. Malulah kita kepada sang semut yang kerdil andai mereka lebih cekap dan effisyen dalam menjalankan tanggungjawabnya. Setelah beraneka rahmat dikurniakan kepada kita dari sihat tubuh badan hingga kepada kebijaksaan dalam pembelajaran, adakah kita masih mahu lari dari tanggungjawab kita ini?.

Andai satu hari nanti segala jenis PINJAMAN, yang kita miliki seperti kekayaan, kesihatan dan kebijaksaan ditarik adakah kita tidak malu merayu meminta agar ianya dikembalikan?. Sedangkan sebelum ini kita tidak pernah peduli tentang TUJUAN ia dipinjamkan kepada kita.



Sunday, July 12, 2015

ADAB VS DUIT


Kisah ini saya terbaca di wall fb... Masalah komunikasi di bhgn hadapan setiap syarikat masih meruncing walaupun latihan dan kemahiran di ajar dan di latih sebelum dan semasa dalam menjalankan tugas.
Kisah Benar Makcik Dengan Duit 20 Juta.
Seorang mak cik telah pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM 500. Tetapi kemudiannya kerani di kaunter bank itu telah melontarkan kad dengan lagak yang kurang ajar kepada mak cik itu sambil berkata "kalau nak keluarkan duit kurang daripada RM5000 sila keluarkan di ATM. Kami tiada masa untuk keluarkan wang yang sedikit."

Kemudian, mak cik itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya kepada kerani tersebut dan berkata "Kalau macam tu keluarkan sahaja semua yang ada di dalam akaun ini."
Kerani bank itu sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun mak cik itu terdapat sejumlah RM 20 JUTA.
Dengan lemah lembut & penuh santun, kerani bank menyatakan mereka tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu. Jika mahu pengeluaran sebanyak itu, perlulah membuat temujanji.
Mak cik itu kemudiannya bertanya tentang jumlah yang boleh dikeluarkan secara serta merta pada hari tersebut. Lalu kerani bank menjawab dengan amat sopan. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM 300, 000 sahaja.
Mak cik itu menjawab "kalau begitu saya mahu keluarkan RM300,000 SEKARANG!!"
Dengan susah payah kerani bank mengira dan menyerahkan kepada mak cik itu. Setelah mengambil duit itu, mak cik menyerahkan semula duit sebanyak RM299, 500 kepada kerani tersebut dan berkata, "Saya hanya memerlukan RM500 sahaja. Sila simpan semula semua duit saya ke dalam akaun saya.......
[Janganlah kita memandang rendah pada rupa paras seseorang itu dari hanya kerana dia seorang yang sudah tua]
Sila share jika anda rasa kisah ini bermanfaat untuk dijadikan pengajaran kepada semua.

Wednesday, July 8, 2015

Thursday, July 2, 2015

USAH SUKA BERSUMPAH








Firman Allah SWT, 
“Dan janganlah kamu jadikan (nama ) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu dari berbuat baik, dan bertqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa mengetahui “(al-Baqarah ayat 224)

Sebab turun ayat

Ayat ini turun kerana ada di kalangan para sahabat yang telah berselisih faham menyebabkan mereka bersumpah tidak mahu bertegur sapa dan tidak mahu berdamai. 

Menurut riwayat daripada daripada Ibnu Hatim, ada seorang lelaki datang berjumpa Saidatina Aisyah r.anha. Kata lelaki ini Demi Allah, aku bernazar bahawa aku tidak akan bercakap-cakap dengan sifulan. Kalau aku bercakap juga dengan dia, maka sekelian hamba-hambaku akan di merdekakan, dan segala harta bendaku akan kujadikan belanja buat pakaian Kaabah. 

Mendengar nazar yang ganjil ini, Saidatina Aisyah berkata : Janganlah kamu lanjutkan sumpah atau nazar yang demikian. Janganlah engkau jadikan sumpah demikian sehingga menyebabkan engkau merdekakan hamba-hambamu dan segala harta kamu dijadikan belanja untuk pakaian Kaabah. Sebab yang demikian telah dilarang oleh Allah SWT. Janganlah kamu jadikan Allah sebagai penghalang dari sumpah mu itu, oleh itu hendaklah kamu bayar kaffarah dari sumpahmu itu iaitu :

1. Memerdekakan seorang hamba
2. Memberi makan kepada 10 orang miskin
3. Memberi pakaian kepada 10 orang miskin.

Namun ada riwayat yang mengatakan ayat ini turun kerana Saidina Abu Bakar telah bersumpah dengan nama Allah tidak mahu meneruskan bantuan kepada seorang miskin yang bernama Misthah bin Utsatsah. Ini kerana Misthah terlibat bersama Abdullah bin Ubai bin Salul menyebarkan fitnah kononnya isteri Rasulullah saw Saidatina Aisyah r.anh mempunyai hubungan sulit dengan Safwan bin Muattol. Apabila turun ayat Al-Quran yang membersihkan Aisyah dari tuduhan fitnah tersebut, Saidina Abu Bakar bersumpah tidak mahu meneruskan bantuan kepada Misthah. 

Tiga sumpah yang dilarang oleh Rasulullah …

Sabda Rasulullah saw, 

لا نذر ولا يمين فيما لا يملك ابن أدم ولا في معصية الله ولا في قطعة رحم 

Maksudnya : Tidak ada Nazar dan tidak ada sumpah pada perkara yang tidak dapat dikuasai oleh anak Adam,dan tidak pula dalam hal yang maksiat kepada Allah SWTdan tidak pula dalam hal yang memutuskan silaturrahim. (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Imam Ahmad) 

Berdasarkan hadis ini Nabi saw melarang bersumpah dalam 3 perkara : 

1. Bersumpah dalam perkara yang tidak dapat dikuasai oleh anak Adam seperti ungkapan : “Wallahi, anak aku pasti akan berjaya dalam peperiksaan SPM pada hujung tahun ini”

2. Bersumpah dalam melakukan maksiat seperti katanya “Wallahi aku akan berjudi pada petang ini”.

3. Bersumpah untuk memutuskan silaturrahim seperti katanya “Wallahi aku tidak akan menegurnya kembali”. 

Bersumpah kerana terpaksa… 

Firman Allah SWT pada ayat selanjutnya, 

“ Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah) tetapi Allah menghukum kamu disebabkan (sumpahmu) yang disengaja oleh hati kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (225) 

Maksud ayat di atas ialah orang yang bersumpah menggunakan nama Allah secara tidak sengaja (tidak ada niat dalam hati) tidaklah dianggap berdosa. Melainkan sekiranya sumpahnya itu disertai dengan niat dalam hati maka orang yang sedemikian hendaklah bertaubat kerana Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 

Pengajaran yang boleh diambil….

Pengajaran daripada ayat 224-225, sumpah adalah sesuatu perkara yang sangat mahal dalam Islam. Justeru itu janganlah sekali-kali mempermain-mainkan sumpah atau bersumpah walaupun hanya dengan isu yang kecil dan remeh, menyebabkan orang akan memandang rendah terhadap sumpah seseorang. 

Kata Imam as-Syafie rhm, “ Aku tidak pernah bersumpah baik pada yang benar atau pun pada yang dusta ”

Rujukan, 

Tafsir Al-Munir
Tafsir Ahmad Sonhadji
Tafsir Al Azhar