ANGIN AHMAR / STROK
Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang
diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak
diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan
oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan
yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah
kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara
tiba-tiba.
Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri
peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi vena. Angin
ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan
kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat
dengan cepat. Penyakit ini ialah penyakit ketiga yang menyebabkan paling banyak
kematian dan kehilangan upaya di kalangan dewasa Amerika Syarikat dan
negara-negara perindustrian di Eropah. Pada puratanya, satu kejadian angin
ahmar terjadi pada setiap 45 saat, dan seorang mati setiap 3 minit, akibat
angin ahmar. Bagi setiap lima kematian tersebut, 2 kematian adalah orang lelaki
dan 3 kematian ialah orang wanita.
Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi,
kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok. Merokok merupakan punca boleh
ubah suai yang paling penting. Istilah "serangan otak" kini semakin
digunakan di Amerika Syarikat untuk angin amar, disebabkan penyakit ini adalah
padanan untuk "serangan jantung" yang merupakan masalah kesihatan
yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian
jantung diganggu.

No comments:
Post a Comment