Friday, November 29, 2013

PENTING!!! AURA benteng dari gangguan jin dan syaitan

Apabila berada di dalam tertekan, apabila berada di dalam keadaan bingung ada manusia yang sememangnya mmg melupakan Allah ini pasti akan memilih jalan kotor untuk membalas dendam. bekerjasama dengan jin demi memuaskan perasaan benci, sakit hati dan dendam.

Perasaan iri hati yang tinggi, terlalu sakit hati, terlalu benci, marah ini telah membuka dan memecahkan AURA diri kita sendiri. Sedar atau tidak di keliling kita punyai aura yang tersendiri, bergantung kepada amalan, hati dan sikap kita terhadap sesama makhluk Allah.

Orang yang memiliki aura yang hebat tidak dapat di tandusi walaupun di hantar dengan sihir atau pun santau. Mereka yang memiliki aura hebat ini adalah mereka yang sabar, pemurah, baik hati, penyayang, taat perintah agama dan kepercayaan nya sangat kuat... walaupun di uji tetap sabar, tetap taat akan perintah agama serta di senangi..

AURA ini akan pecah sekiranya kita marah, mempunyai rasa benci yang meluap2, bertindak dengan melakukan perkara yang tidak baik, termenung, sedih keterlaluan, cemburu yg melampau, malas, ego, keras hati, sensitif melulu, megah, kebendaan, penting diri sendiri, menindas dan pelbagai lagi perbuatan yang negatif.

Sikap-sikap yang negatif ini bukan sahaja memecahkan aura tetapi ia seperti mengundang pelbagai penyakit untuk hinggap di tubuh kita... Sayangi lah diri.. tatkala kita marah sedikit rasa sakit akan timbul di salah satu anggota tubuh kita... tatkala ada perasaan sedih yang melampau ia nya mendorong salah satu organ kita berada di dalam keadaan yang lemah..

Apabila terdapat kebocoran aura ia akan membuka ruang untuk makhluk lain yang di hantar atau di suruh untuk berada di tubuh seseorang.

Bagaimana untuk pulihkan AURA?

Tanya pada diri anda...

  1. Adakah anda percaya adanya tuhan?
  2. Sebagai seorang yg percaya ada nya tuhan apakah yang anda lakukan sebagai org yang beragama?
  3. Adakah ada rasa takut tatkala melanggar perintahnya?
  4. Adakah anda benar-benar yakin dengan jawapan anda di atas?

Pulihkan anggota tubuh kita dengan rawatan mandian.. cas badan kita dengan energi yang baik... bagaimana untuk dapatkan energi itu?
Ada beberapa teknik lain yang betul-betul boleh memulihkan aura dan energi iaitu mandian hidroterapi ais atau mandi bunga..  Seterusnya Mandilah bersama bancuhan air garam bukit.. beristighfar lah setiap kali di uji... bersabar lah setiap kali hadapi musibah.




Bagaimana untuk dapatkan garam bukit? Boleh hubungi Myra Alternative Solutions untuk dapatkan nya

010-4076340 / 018-5826340.



Tuesday, November 26, 2013

KELEBIHAN DAN KHASIAT SERAI

SERAI - 

memang banyak khasiat dan sering digunakan dalam masakan harian.
Satu kajian di israel menunjukkan serai mengandungi 'citral' yang berkesan sebagai sokongan dalam rawatan kanser. Minum lapan gelas air serai setiap hari selama seminggu sebelum menjalani chemotherapy atau radiation. Citral menyebabkan sel2 kanser bunuh diri (suicide). Masukkan kedalam satu jug air panas 3 batang serai yg telah dicincang. Minum 8 gelas sehari selama seminggu sebelum chemo atau radiation.

5 Jenis Makanan Penyebab Kanser Payudara

5 Jenis Makanan Penyebab Kanser Payudara





Pada dekad pertama abad ke-21, para penyelidik mendapati adanya hubungan antara jenis makanan dengan kanser payudara. Jenis makanan / minuman tertentu seperti daging, lemak, alkohol, kafein, dan produk soya disebut-sebut sebagai jenis makanan yang boleh menyebabkan kanser payudara.

Sesetengah pakar sepakat bahawa kanser payudara seperti juga jenis kanser yang lain disebabkan oleh faktor gaya hidup yang tidak sihat, termasuk di dalamnya adalah mengambil makanan-makanan yang sukar dicerna tubuh dan menyebabkan pertumbuhan sel yang tidak biasa.

Tapi walaupun demikian, para penyelidik juga menyatakan bahawa tidak ada makanan tunggal yang terbukti secara langsung menyebabkan kanser payudara.

Oleh karenanya para wanita disyorkan untuk menjalani gaya hidup yang sihat dan mengelakkan atau mengurangkan mengambil makanan-makanan yang boleh mencetuskan kanser payudara.

Berikut ini beberapa jenis makanan penyebab kanser payudara sebagaimana dikutip dari American Cancer Society.

Arak
Menurut American Cancer Society, kebiasaan mengambil alkohol dan minuman keras akan meningkatkan risiko terkena kanser payudara. Malah, ACS menyarankan bahawa wanita-wanita yang terdedah kepada kanser payudara agar menahan diri dari minuman beralkohol. Jangan mengambil lebih daripada satu gelas minuman beralkohol setiap hari. Walaupun dengan hanya meminum beberapa gelas alkohol setiap minggu sudah boleh menyebabkan kanser payudara di usia tua. 1.5 ons minuman keras, 5 auns gelas wain, dan 12 ons bir setara dengan satu gelas minuman beralkohol.

Kafein
Ada anggapan yang menyebutkan bahawa minuman berkafein, seperti kopi adalah salah satu penyebab kanser payudara. American Society menyatakan bahawa pendapat ini tidak sepenuhnya benar. Kafein, tidak menyebabkan kanser tetapi meningkatkan risiko tumor payudara jinak (non-kanser), atau dikenali juga dengan sebutan benjolan fibrokistik.

Lemak
Diet tinggi lemak, terutama lemak tepu adalah jenis makanan yang menyebabkan kanser payudara. Menurut Cancer Research UK, walaupun risikonya kecil tapi diet yang tinggi lemak mengandungi lebih banyak kalori, yang cenderung menyebabkan obesiti atau kegemukan yang secara langsung boleh dikaitkan dengan kanser payudara.

Daging
Menurut Cancer Research UK, jenis daging dan cara memasaknya adalah faktor-faktor pencetus kanser payudara, apalagi jika diambil secara berlebihan. Daging merah, seperti daging lembu, dan daging yang digoreng adalah penyebab kanser payudara. Disyorkan untuk mengambil daging putih seperti daging ikan dan dada ayam.

Soya
Makanan dari kacang soya merupakan alternatif makanan yang diperbuat daripada haiwan. Tapi American Cancer Society memberi amaran bahawa mengambil produk soya dalam jumlah yang banyak dari masa ke masa dapat meningkatkan risiko kanser payudara. Hormon estrogen-phytochemical, yang ditemui dalam soya disebut-sebut berkaitan dengan tumbuhnya sel kanser payudara. Wanita yang sudah mempunyai kanser payudara harus mengelakkan produk soya, kerana boleh memburukkan keadaan mereka.

Pencegahan dan Penyelesaian Kanser Payudara

Gejala kanser payudara sukar di kesan dari awal dan kebanyakan baru diketahui setelah sel-sel kanser telah menyerang organ tubuh yang lain sehingga sukar di sembuhkan. Rawatan kanser payudara dilakukan dengan pembedahan dan kemoterapi yang memberi kesan negatif secara fizikal dan mental bagi para wanita pesakit.

Untuk itu, perkara terbaik yang harus dilakukan seorang wanita untuk melindungi dirinya dari kanser payudara adalah dengan menjalani gaya hidup yang sihat, termasuk diet yang baik dan sukan yang cukup. Jenis makanan tertentu telah terbukti dapat mengurangkan risiko kanser payudara seperti produk susu rendah lemak, mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran, dan mengambil makanan dengan serat yang tinggi.


Terlalu gemuk juga tidak baik bagi kesihatan dan mempertinggi risiko terkena kanser payudara. Menurut Cancer Research UK, obesiti atau kegemukan mempunyai kaitan yang erat dengan kanser payudara. Wanita yang mempunyai berat badan berlebih dianjurkan untuk menurunkan berat badan untuk membantu mencegah kanser payudara, dan masalah kesihatan yang lain.

ANGIN AHMAR

ANGIN AHMAR / STROK




Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi vena. Angin ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat. Penyakit ini ialah penyakit ketiga yang menyebabkan paling banyak kematian dan kehilangan upaya di kalangan dewasa Amerika Syarikat dan negara-negara perindustrian di Eropah. Pada puratanya, satu kejadian angin ahmar terjadi pada setiap 45 saat, dan seorang mati setiap 3 minit, akibat angin ahmar. Bagi setiap lima kematian tersebut, 2 kematian adalah orang lelaki dan 3 kematian ialah orang wanita.

Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok. Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling penting. Istilah "serangan otak" kini semakin digunakan di Amerika Syarikat untuk angin amar, disebabkan penyakit ini adalah padanan untuk "serangan jantung" yang merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian jantung diganggu.
Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi vena. Angin ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat. Penyakit ini ialah penyakit ketiga yang menyebabkan paling banyak kematian dan kehilangan upaya di kalangan dewasa Amerika Syarikat dan negara-negara perindustrian di Eropah. Pada puratanya, satu kejadian angin ahmar terjadi pada setiap 45 saat, dan seorang mati setiap 3 minit, akibat angin ahmar. Bagi setiap lima kematian tersebut, 2 kematian adalah orang lelaki dan 3 kematian ialah orang wanita.
Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok. Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling penting. Istilah "serangan otak" kini semakin digunakan di Amerika Syarikat untuk angin amar, disebabkan penyakit ini adalah padanan untuk "serangan jantung" yang merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian jantung diganggu.

Tuesday, November 19, 2013

Hipnoterapi boleh merawat penyakit stroke



Satu lagi kaedah rawatan yg sangat hebat.. Di mana setiap pesakit boleh dirawat dgn kuasa minda nya sendiri.. Begitu besar nya kurniaan Allah bg kepada setiap umatnya..

Setelah mempelajari dan menguasai ilmu ini peringkat demi peringkat saya telah mengumpul banyak pengalaman. Merawat beberapa pesakit yg terkena angin ahmar.

Dengan tiba2 saya di uji dgn satu ujian yg tak di sangka2.. Iaitu mild stroke menyerang suami saya.. Saya ttp membawa suami ke hospital utk rawatan di samping itu saya menjalankan rawatan kaedah hipnoterapi utk membantu mempercepatkan proses penyembuhan..

Day 1 - Day 4
Alhamdulillah teknik pernafasan yg betul  dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.. It really work! Dari 217/ 72 kepada 160/78 kepada 145/78 kepada 140/79 kepada 120/78 

Beberapa teknik urutan di gunakan utk baik pulih muka yg herot

Day 3 - Day 5
Masa utk menembusi clog di saluran darah di kepala, saya menggunakan teknik khas dgn kerjasama yang baik dari pesakit. Teknik memasukkan warna dan cahaya ke dalam saluran darah.. Alhamdulillah.. (Teknik ini haruslah di kendalikan oleh Pakar Hipnoterapi kepada pesakit..)

Doktor Perubatan suspek bahawa clog yg wujud dalam ct scan telah hilang dan pesakit telah pulih dr kelemahan otot sebelum ini..

Latihan physioterapi di jalankan utk menguatkan otot.. Kini pergerakkan lebih confident tanpa bantuan

Day 7

Speech therapy di lakukan secara kaedah hipnoterapi.. Serta merta suara berubah menjadi jelas dan lebih tepat.

Alhamdulillah ianya berjaya di lakukan.. 

Membawa pesakit menggunakan teknik timeline  kepada situasi di mana dia di dalam keadaan yg sangat sihat dan dia suka. Kini dia berada di dalam gambaran usia nya di waktu dia sangat sihat dan memiliki suara yg sangat jelas dan mantap. Di dalam tempoh kurang dari satu jam beliau boleh bercakap dengan terang dan yang paling menakjubkan beliau boleh menyebut huruf dan mengaji dengan sangat jelas.

Ingin saya tegaskan di sini, keputusan peningkatan setiap pesakit bergantung kepada kekuatan minda dan keinginan utk sihat yg tinggi disamping doa yg tak putus2.. 

Sessi terapi perlu di jalankan berulang-ulang kali. Sehingga mencapai tahap peningkatan yg berterusan. 

In shaa Allah akan tercapai matlamat yang di inginkan..

Ingin mendapatkan butiran lebih lanjut boleh emailkan kepada myra_alternative.solutions@yahoo.com

Atau boleh terus menghubungi di talian 010-4076340

Saturday, November 16, 2013

Amalan Kecemerlangan Rohani....




Shalawat Fatih :

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا اُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ * بِالْحَقِّ
  وَالْهَادِى اِلى صِرَاطِك َالْمُسْتَقِيْم وَعَلى الِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ

Allaahumma sholli wa sallim 'ala sayyidina Muhammadinil fatihi lima ughliq wal khotimi lima sabaq wannashiril haq bil haq wal hadi ila shirotikal mustaqim wa 'ala alihi washohbihi haqqo qodrihi wa miqdarihil 'adhiim

Manfaat dan Pengamalan :

1. Membaca sholawat al-Fatih 1x setiap hari di jamin hidup bahagia dunia dan akhirat

2. Membaca sholawat al-Fatih 1x menghapus semua dosa

3. Membaca sholawat al-Fatih 1x menyamai pahala ibadah semua mahluk di alam semesta ini 6000x lipat

4. Membaca sholawat al-Fatih 1x menyamai pahala sholawat yang dibaca oleh seluruh mahluk dari awal di ciptakan sampai sekarang 600x lipat

5. Membaca sholawat al-Fatih 1x setiap hari, di jamin mati membawa iman ( husnul khotimah ).

6. Membaca sholawat al-Fatih 10x di malam jum’at lebih besar pahalanya dari pada ibadah seorang wali yang tidak membaca sholawat al-Fatih selama 1 juta tahun.

7. Pahala sholawat al-Fatih dapat menutupi dan mengganti kesalahan yang pernah ia lakukan terhadap orang lain, sehingga ia dapat mengganti tuntutannya di hari kiamat.

8. Membaca sholawat al-Fatih 100x di malam jum’at menghapus dosa 400 tahun.

9. Syekh Ahmad at-Tijany r.a berkata :”Keistimewaan sholawat al-Fatih sangat sulit di terima oleh akal, karena ia merupakan rahasia Allah SWT yang tersembunyi.

Seandainya ada 100,000 bangsa, yang setiap bangsa itu terdiri dari 100,000 kaum, dan setiap kaum terdiri dari 100,000 orang, dan setiap orang diberi umur panjang oleh Allah SWT sampai 100,000 tahun, dan setiap orang bersholawat kepada nabi setiap hari 100,000 x, semua pahala itu belum dapat menandingi pahala membaca sholawat al-Fatih 1x.

Friday, November 15, 2013

Masih GAGAL walaupun dah hadiri macam-macam seminar? Baca lah utk sedari apakah langkah yg perlu anda lakukan..

Alhamdulillah.... Dah lama x menulis di blog kerana kesibukkan kerja dan pembelajaran.. 

Syukur ke hadrat Allah, saya menapak setingkat lagi.. Apa yg di pelajari pada hari2 yg lalu adalah untuk membantu mereka yg memerlukan.. Bagaimana meng "akses personal genius" ...

Terlalu banyak halangan, terlalu banyak alasan untuk berjaya.. Alasan demi alasan, kemalasan melanda, buat kerja semua separuh jalan... Angan2 tahi ayam atau mat jenin di panggil.. Bagaimana ingin menghilangkan sikap malas dan angan2 mat jenin...?

Sumber kewangan yg menghalang anda untuk berniaga, itu bukan lah alasan nya... Bagaimana cara nya?

Tiada sokongan moral dari org yg diharapkan? Semangat bekobar2 tapi, tak boleh nak teruskan kerana ada sahaja kata-katanya yg membantutkan semangat dan impian... 

konsep pemikiran yg menghadkan tindakan anda... Mungkin seorang wanita berfikir setinggi mana pun pendidikan seorang wanita akan duduk di dapur juga...  Kerana konsep pemikiran ini melumpuhkan keinginan atau hasrat untuk pergi lebih jauh & hebat..

Masih ada juga yg masih tidak pasti hala tuju... Tanya pada diri anda semua tika dan saat ini apakah yg anda ingin lakukan pada hari esok? Apakah impian anda? Andakah anda benar-benar fokus dgn impian anda?

Sejauh mana coach atau kelas2 jutawan yang anda hadiri membantu anda?

 


Sebenarnya anda perlu hadirkan diri untuk personal coach one to one.. Di mana anda akan di bantu, di dorong sehingga tahap high level pemikiran genius anda. Bunuh kemalasan ataupun apa sahaja perkara negatif yg menghantui anda yang menghalang anda berjaya. Ubah konsep pemikiran anda, hanya bersama mereka yg pakar.  Segala impian akan jadi realiti bersama saya dlm mengakses personal genius anda.. Jawapan dan impian akan tercapai dgn permulaan yg bagus.. Ini adalah langkah pertama anda untuk berjaya...

Saya sedia membantu anda dlm mengakses personal genius anda sendiri... 
Hubungi saya jika ingin di bantu...



Thursday, November 7, 2013

Kelebihan surah Al Mulk

Kandungan Surah Al Mulk

Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’. Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya.

 .

Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.

 .

Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya, “Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka.

 .

Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.

 .

Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.

 .

Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama : “Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”