"MENDING A BROKEN HEART"
Apabila sesaorang itu kecewa dalam percintaan atau gagal dalam perhubungan keluarga, suami-isteri ataupun pacar-pacaran, ada masa-masanya payah untuk sesaorang itu untuk melepaskan dirinya, pemikirannya dan emosinya dari peristiwa yang menghancurkan hatinya itu. Inilah masa-masa yang ‘conscious mind’ kesedaran minda kita tidak dapat mengatasi perasaan yang amat mendalam akibat dari peristiwa-peristiwa kekecewaan perhubungan ini. Perasaan ini menjadi lebih berat dan pedih apabila sampainya hari-hari seperti hari ulang tahun perkahwinan sesaorang itu, atau hari jadi dan sebagainya. Pemikiran kita terus saja melayang balik mengenangkan kembali peristiwa-peristiwa negatif yang kita alami dimasa lalu.
Teknik yang digunakan disini dinamakan “Pemulihan Patah Hati / Kekecewaan”. Dr Will Horton (AFNLF) menamakannya “Mending The Broken Heart” pattern. Ianya bukan hanya untuk perhubungan percintaan diantara dua orang saja, tetapi ianya boleh digunakan untuk kehilangan kawan atau keadaan keadaan yang mengandungi emosi yang amat berat. Kadangkala, kehilangan pekerjaan pun boleh menjadi satu kategori yang sama seperti putusnya perhubungan. Dalam soal kehilangan pekerjaan, ianya boleh dilihat sebagai putus perhubungan diantara saorang dengan kerjayanya.
Dibawah ini adalah senarai langkah-langkah pattern yang digunakan untuk mengatasi masaalah kekecewaan menggunakan NLP. Sebelum bermula, anda boleh mencari satu tempat yang selesa, tenteram dan sunyi agar anda boleh menumpukan segala proses ini dengan tanpa diganggu.
Anda boleh bermula dengan langkah pertama dibawah ini, dan seterusnya;
- Samada dengan memejamkan mata atau membuka mata anda, bayangkan yang anda berada didalam panggong wayang sedang duduk di bahagian tengah panggong itu sementara anda menonton ‘snapshot’ hitam-putih diri anda di skrin yang ada di hadapan anda.
- Sekarang, bayangkan dan layangkan diri anda keluar dari badan anda dan terus melayang ke bilik tayangan yang berada di sebelah belakang panggong ini. Lihat diri anda sedang duduk didalam panggong ini, dan anda juga dapat perhatikan foto hitam-putih anda di skrin itu juga. Anda boleh juga membayangkan yang anda berada dibelakang sebuah jendela gelas tebal yang teguh (Plexiglass) yang melindungi anda di dalam bilik tayangan itu, membuat diri anda merasa lebih selamat dan lebih selesa.
- Sekarang tonton skrin itu dengan perlindungan plexiglass tersebut semasa anda masih didalam bilik tayangan ini, sementara diri anda yang lain (yakni yang duduk didalam panggong itu) sedang menonton tayangan hitam-putih diri anda itu juga di skrin hadapan anda, menayangkan diri anda yang sedang melalui keseluruhan episod perhubungan anda dengan orang yang anda kasihi, bekas pasangan anda, – episod yang baik mahupun yang buruk – dan bermula daripada pertemuan yang pertama hingga ke akhir. Lihatlah dan tontonlah keseluruhan pengalaman anda sendiri seperti yang tertayang. Tayangan ini bermula sejurus sebelum permulaannya hingga ke akhir pengalaman itu. Perhatikan sehingga anda sampai kepenghujung cerita itu dan mungkin terlebih sedikit dari penghujungnya, dimana keadaan diri anda kembali OK semula. Tamatkan tayangan atau movie diri anda dengan membekukan frame gambar terakhir anda. Berhenti! Bekukan frame!
- Kemudian, layangkan diri anda keluar dari bilik tayangan ini, kembali menyusur balik ke dalam diri anda yang sedang duduk di dalam panggung dibawah itu. Selepas anda keadaan masuk sepenuhnya kedalam diri anda yang sedang duduk itu, bangun dari tempat duduk itu dan langkah masuk kedalam foto diri anda yang dalam keadaan OK, yang telah anda bekukan tadi di penghujung tayangan/movie ini. Sekarang anda berada didalam tayangan itu tetapi dalam keadaan beku frame nya. Sungguhpun begitu, rasakan apa yang anda rasakan dalam keadaan OK itu, dengarkan apa yang anda dengarkan dalam keadaan OK itu dan lihat dari kacamata anda sendiri apa yang anda lihat didalam keadaan OK itu dan puncakkan perasaan itu setinggi nya (mungkin tahap 10). Sudah lakukan? Sekarang, tayangkan keseluruhan tayangan/movie perhubungan diri anda ini kebelakang(‘rewind’) dengan mainkannya berwarna, yang mengambil masa kira-kira selama 2 saat atau kurang dari itu, sehingga tayangan itu kembali ke sejurus sebelum permulaan nya. Semasa be’rewind’ ini, perhatikan, dengarkan, dan rasakan kesemua kejadian dalam tayangan itu bergerak dengan berundur cepat dalam masa 2 saat itu atau kurang dari itu. Anda juga boleh memainkan lagu-lagu lucu seperti lagu sarkis, atau anda juga boleh menggambarkan bekas pasangan anda itu dengan gambaran yang melucukan. Kenapa tidak, anda adalah saorang editor, producer dan penulis skrip tayangan minda anda sendiri…tentu boleh.
- Ulangi proses ini 4 atau 5 kali.
- Sekarang, cuba bawa kembali kesemua masa-masa negatif yang pernah berlaku kepada anda bersama bekas pasangan anda itu. Bersikap luhur! Cuba keluarkan kesemua di sini.
- Lenyapkan kesemua ini ke masa lampau anda.
- Sekarang, bawa kembali gambaran (image) orang ini, dan perhatikan segala tali-hubungan yang anda ada dengan nya. Anda mungkin terlihat talian ‘sinaran’ atau talian ‘energy’ yang menyambungkan atau ‘connect’ diri anda dengan nya. Perhatikan baik-baik kesemua pertalian ini. Kepala-ke-kepala, hati-ke-hati, badan-ke-badan, rohani-ke-rohani. Anda mungkin mahu menggunakan sebilah pedang perak, ataupun sebuah gunting ajaib untuk memotongnya. Apabila anda telah memotong kesemua pertalian itu, sambungkan balik kepada diri anda bahagian anda, dan berikan bekas pasangan anda itu menyambungkan kepada diri nya bahagian nya pula. Lepaskan bekas pasangan anda itu untuk mencari segala perjalanan yang terbaik bagi dirinya, sementara anda melepaskan diri anda juga.
Untuk menguji proses ini, cuba sedaya yang anda boleh untuk mengembalikan keadaan perasaan buruk anda itu. Apakah terjadi sekiranya anda bersemuka dengan orang itu sekarang? Sekiranya anda masih dapat respond yang negatif, ulangi langkah 1 hingga 8 itu sepertimana anda lakukan tadi, cuma ‘rewind’ kan nya lebih cepat tiap kali, sehingga tiada lagi perasaan negatif itu tertinggal didalam diri anda. Ucapkan terima kasih pada diri anda kerana menolong anda untuk meneruskan kehidupan anda dengan lebih sempurna.
No comments:
Post a Comment