Tuesday, August 4, 2015

MENGHILANGKAN RASA TERTEKAN


Dalam hubungan suami isteri pasti ada ujian nya.. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.

Cabaran dalam menghadapi dugaan... Ada yg mengambil jalan singkat membuat pelbagai tindakan tanpa memikirkan kesan dari apa yg dilakukan..

Ada juga yg memendam hingga menyebabkan terasa sakitnya hati & tekanan di dalam diri sehingga di satu tahap berada di dalam keadaan depression yg menghilangkan kewarasan di dalam tindakan.

Saya ingin membincangkan di sini tentang 
"saya bertanggungjawab atas diri saya, tindakan saya, kata-kata saya, emosi saya dan pemikiran saya"

Cuba anda sebutkan, ulangi dgn sepenuh hati & sepenuh pemahaman anda..

Adakah anda sedar akan sesuatu yg berlaku dlm diri anda?

Perasaan marah, sakit hati, benci, suka dan sayang wujud dgn izin diri kita. Bagaimana kita menerima sesuatu berita atau keadaan dan tindakan berdasarkan dari cara pemikiran kita di proses melalui pengalaman atau pun dari apa yg kita pernah dengar dan lihat.

Terapkan perasaan sayang pada diri lebih dari menyayangi orang lain.

Usah benarkan tindakan orang lain akan menguasai diri kita..

Ini di namakan  "Accessing Personal Genius"

Teknik penguasaan diri - SELF LEADERSHIP

Di dalam keadaan yg tenang boleh membawa kita ke arah perbincangan yg lebih berkesan. Seperti mana yg pernah di bincang sebelum ini, setiap apa kata- kata yang di lontarkan itu menunjukkan apa yg ada di dalam pemikiran berdasarkan apa yg dia pernah rasa, fikir & alami.

Teknik VAK kita guna pakai di dalam perbincangan agar lebih efektif..







No comments:

Post a Comment