PATEN 'REFRAME' 6 LANGKAH
- Pernah kah anda berada didalam keadaan konflik dalaman diri anda; bahagian dalaman yang tidak selaras?
- Pernahkah anda terfikir bagaimana tabi’at anda (seperti merokok, menggigit kuku jari) terterap pada diri anda di luar kesedaran anda?
- Dalam keadaan mental-emosi tabi’at yang menjadi kukuh, apakah perlu kita jalinkan perhubungan diantara bahagian-bahagian yang bercanggah itu?
- Kalau itulah yang perlu, bagaimanakah anda boleh merangkakan semula kelakuan yang lebih ’resourceful’ untuk diri anda sebagai satu perubahan transformasi?
Paten reframe 6 langkah ini adalah paten klasik NLP. Ia digubah untuk bertindak pada ’facets’ pemikiran kita atau ’bahagian-bahagian’ nya yang kita rasa berada diluar kesedaran diri kita serta kawalan kita. Ianya juga ’pattern’ yang berguna untuk mengendalikan tabi’at lama dan untuk ’program-program’ lama atau rangka-pemikiran yang telah serasi, tapi tidak berguna lagi didalam tubuh badan dan minda kita, dan yang kelihatan seolah-olah hidup dengan sendirinya.
Kadangkala, kita ada bahagian-bahagian tertentu dalam diri kita yang melakukan sesuatu kelakuan yang kita rasa tidak dapat menghentikannya secara ’conscious’ ia-itu menggunakan pemikiran ’conscious’ kita. Sama seperti keadaan saorang yang telah membuat satu keputusan untuk menghentikan tabi’at merokok, sebagai contoh, dengan memasang niat-niat yang cukup merangsangkan...namun, dia masih tidak dapat mengawal tabi’at merokok nya itu.
Berikut adalah sedikit penerangan mengenai ’bahagian’ diri kita yang beroperasi luar dari ’conscious awareness’. Apabila kita fikirkan sesuatu, merasakan sesuatu, berkata-kata tentang sesuatu perkara dan melakukan sesuatu, apa yang terbentuk didalaman diri kita adalah seperti satu penyusunan. Dengan berlaku nya penyusunan dalaman ini, secara langsung ia menubuh ‘bahagian-bahagian’ yang tertentu didalam diri kita. ‘Bahagian’ ini beroperasi bukan hanya sebagai gerakan diri kita supaya kita dapat mencapai suatu matlamat yang kita telah tetapkan, atau mendapatkan hasil atau outcome daripada nya, malahan dia juga beroperasi dengan penerapan maksud-maksud atau makna-makna yang tersirat didalam perkara yang dilakukan, difikirkan, dikatakan, didengarkan dan dirasakan itu juga.
Apabila maksud atau makna ini menjadi serasi (‘habitual’) dan menjadi sebagai tabi’at ianya akan gugur dari kesedaran diri kita, yang bermakna diri kita tidak lagi mengendalikan sesuatu perkara itu dengan secara sedar. Pada saat ini ia bermula beroperasi di peringkat ‘tidak-sedar’ atau dalam keadaan ’unconscious’. Mengikut model NLP, setiap satu kepercayaan itu, emosi itu, kelakuan itu, tabi’at itu dll, ada ‘bahagian-bahagian’ yang tersusun rapi, beroperasi untuk tujuan mencapai sesuatu yang bernilai bagi diri sesaorang itu berdasarkan dengan rangka-pemikiran (maksud) nya.
Apabila ia mula bertindak, ’bahagian-bahagian’ ini akan menjadi lebih ’streamlined’ atau lebih terjurus lagi dan menjadi otomatik. Bila ini terjadi ia akan mula berfungsi dan menubuh sebagai rangka-pemikiran kita. Dalam satu aspek, ini menjimatkan masa, tenaga, dan masaalah kita sebab gerakkan kita telah menjadi spontan. Kita dapat melakukan sesuatu itu tanpa menggunakan banyak masa untuk memikir, tenaga fizikal yang lebih dan sebagai nya. Gregory Bateson menyebutnya sebagai satu ‘ekologi’ pemikiran. Namun begitu, ia boleh juga menjadi satu masaalah besar bagi kita. Apabila satu perkara, hatta masa juga, berubah atau mulai berubah, ‘bahagian’ yang dikatakan tersusun ini boleh menjadi semakin kurang relevan bagi diri kita, kurang tepat bagi kehidupan jaya kita, dan kadangkala ianya boleh mensabotaj diri kita dan perkara yang kita ingin lakukan juga.
Contoh – sebagai saorang anak kecil, mungkin kita dibesarkan oleh saorang bapa yang selalu memberi amaran pada kita dengan menyebut-nyebut, ”kau duduk diam-diam apabila dirumah orang dan jangan menyampuk kata-kata orang tua, ok!” Kata-kata amaran ini apabila di ulang beberapa kali dari masa ke semasa akan menjadi satu ’bahagian’ dalam hidup kita dan diri kita juga. Justru itu kita mungkin juga menyerapkan (’install’) program-program perilaku seperti ‘tidak-yakin-diri, tidak dapat meluahkan (’expressive’) dan tidak tegas (’assertive’)’ berdasarkan frame lama yang kita guna-pakai itu. Pada mulanya, memang benar, ada ’bahagian’ yang mungkin didapati sesuai dan berguna apabila melihat pada keadaan masa itu. Kemudian, dengan berlalunya masa, lama kelamaan ia mula menjadi kurang berguna dan bertambah pula masaalahnya pada diri kita. Kita sebenarnya telah membesar melimpasi ’program-program’ yang sama dan yang lama itu, yang semakin hari semakin jadi lapok dan ’outdated’. Sungguhpun begitu, banyak ’program-program’ diri kita yang lain akan terus beroperasi juga, dan ianya juga perlu di ’update’.
Paten 6 langkah reframe adalah satu paten yang digubah untuk menangani ’program-program’ kelakuan, tabi’at, dan emosi yang telah jadi ’unconscious’ lagi otomatik dan sudah tidak berdaya untuk berubah, dan khusus nya tidak memberikan kesan yang membina ('constructive') lagi bagi diri kita. Sekarang, untuk menyusun-kembali ’program’ seperti ini, kita perlu mengendalikannya di tahap ’unconscious’ juga.
Teknologi ini berguna apabila tindakan dengan fikiran ’conscious’ kita (seperti penetapan-’gol’, pendidikan) tidak lagi berhasil dan apabila respon kita secara am beroperasi berlawanan dengan ’judgment’ baik kita....ini menjadi tanda-tanda masaalah integrasi dan jajar diri yang sedang kita alami.
Paten ini memang baik digunakan untuk mengatasi tabi’at-tabi’at seperti merokok, menggigit kuku jari, ketagihan, respon fobia dll. Selain dari itu, kalau anda terdengar kata-kata yang dikeluarkan oleh sesaorang itu seperti, ‘Kenapa lah aku buat semua ini?’ atau ‘Aku benci pada diri aku yang selalu.... …’, anda juga boleh mencuba paten ini untuk mendapatkan hasil yang berkesan pada diri orang itu. Kadangkala, memang jelas bahwa ada ’bahagian-bahagian’ dalaman kita yang menunjukkan atau merasakan yang diri kita ini dalam keadaan berkonflik.....yang satu mahu menghenti merokok sebab takut menjejas kesihatan nya, yang satu lagi kata ianya harus diteruskan sebab ia mententeramkan dan me’relax’kan diri nya.
Gunakanlah paten ini untuk menjajarkan-kembali (atau ’realign’) bahagian yang berkonflik dan untuk mengintegrasikan ’bahagian-bahagian’ yang terjejas didalam diri kita termasuk perkara seperti penghargaan-diri (’self-appreciation’) dan keharmonian diri. Tentang berkomunikasi dalaman pula, fikiran-para-sedar atau fikiran-tidak-sedar (’unconscious mind’) kita sebenarnya telah pun menubuhkan komunikasi yang banyak dengan diri kita melalui isyarat-isyarat yang dinamakan ’symptoms’. Biasanya ’symptoms’ ini dapat kita kesan didalam sistem tubuhbadan-emosi sendiri. Paten ini juga membolehkan kita guna symptom-symptom ini untuk menjana kelakuan yang lebih berfungsi-baik bagi diri kita.
Paten 6 langkah reframe ini adalah seperti berikut;
PATEN
- Kenalpasti kelakuan yang anda dapati bermasaalah
- Kelakuan atau corak respon apa yang anda perolehi, adakah ianya berformatkan seperti ini;
i. Saya mahu berhenti buat X.
ii. Saya mahu buat X, tapi ada sesuatu yang menghalang saya.
- Tubuhkan komunikasi dengan ‘bahagian’ yang ’menimbulkan/mengeluarkan’ kelakuan ini.
- Sementara anda ’masuk kedalam diri anda’, tanya pada diri anda, “Bolehkah ‘bahagian’ yang menimbulkan kelakuan ini berkomunikasi dengan ku secara sedar?”
- Sementara anda berdiam diri untuk perhatikan bagaimana sistem minda-tubuh anda merespon, perhatikan respon dalaman: rasa/perasaan, gambaran/imej, dan bunyi-bunyian/suara. Apa yang anda dapati? Ucapkan terima kasih pada ‘bahagian’ anda itu setelah mendapat respon.
- Kalau ini bermakna ‘Ya’ tinggikan atau terangkan volume nya, intensiti nya. Kalau ia bermakna ‘Tidak/Bukan’ biar ianya direndahkan atau dikurangkan. Anda boleh juga gunakan isyarat idiomotor seperti memilih satu jari untuk gerak pada jawapan ‘Tidak’ dan satu lagi pada jawapan ‘Ya’.
- Cari niat positif nya
- Sementara anda masih berada ‘didalam diri anda’, tanyakan, “Mahukah kau setuju untuk beritahu ku, dalam keadaan sedar, apa yang positif yang kau ingin capai untuk diri kau dengan menimbulkan kelakuan ini?” Ini adalah soalan ’Ya’ atau ’Tidak’.
- Jadi, tunggu dengan diam untuk mendapatkan respon. Kalau anda dapat jawapan ‘Ya’, tanya, “Adakah niat ini dapat ku terima (dalam keadaan sedar)?” ”Mahukah ku main peranan dalam fungsi ini?”
- ”Kalau kau ada cara lain untuk mencapai niat positif ini, yang akan membawa hasil yang sama bagi kau atau membawa hasil yang lebih baik bagi kau dari kelakuan ini, mahukah kau setuju untuk mencubanya?”
- Kalau anda dapat ‘Tidak’, tanyakan, “Apakah kau setuju untuk mempercayai yang diri ’unconscious’ kau ada niat-baik dan tujuan positif untuk diri kau, sungguhpun ia tidak mahu memberitahu kau pada masa ini?”
- Akses bahagian kreatif nya
- Tahu dan sedarkah anda yang anda mempunyai ’bahagian’ minda yang mengeluarkan idea-idea baru? ”Adakah ’bahagian’ anda yang melakukan kelakuan yang tak diingini itu telah bersedia untuk berkomunikasi niat positifnya dengan ’bahagian’ kreatif anda ini?” (’Ya’) Ok, baik.
- Gunakan niat positif ini. Sekarang anda mahu ’bahagian’ kreatif ini mengeluarkan 3 kelakuan baru yang dinilainya sebagai berguna atau lebih berharga dari kelakuan yang tidak diingini itu, lalu terus hubungkan (’communicate’) pilihan-pilihan baru ini dengan ’bahagian’ itu.
- Komitmen dari bahagian itu
- Fikirkan dan tanyakan pada diri anda,”Adakah ‘bahagian’ yang melakukan kelakuan lama ini sudah bersedia sekarang, dan mahu menggunakan salah satu dari 3 kelakuan alternatif yang baru dikeluarkan itu, didalam konteks yang bersesuaian?”
- Biarkan fikiran ‘unconscious’ anda kenalpasti kiu atau isyarat yang akan mencetuskan (‘trigger’) pilihan-pilihan baru itu, lalu mengalaminya dengan sepenuhnya…apa yang di-rasai…dan biarkannya mengambil/memperolehi salah satu dari pilihan-pilihan baru ini secara seberapa mudah untuk diwujudkan pada dirinya dalam konteks yang berkenaan.
- Periksa Ekologi
- Apakah terdapat ’bahagian-bahagian’ lain dalam diri anda yang menolak (untuk menerima dan mewujudkan) salah satu atau kesemua dari 3 alternatif ini?
- Apakah anda telah dapat merasai yang diri anda sekarang sejajar (’align’) sepenuhnya dengan pilihan baru ini?
No comments:
Post a Comment