APA YANG MENARIK TENTANG NLP?
Pada awalnya mengikuti program ini, saya mengikuti kursus NLP for speaker & presenter. Menyertai kursus ini dalam keadaan was-was. Sangat-sangat blur dengan apa yang hendak di pelajari.
Sampai-sampai di sana saya berjumpa dengan beberapa celebriti yang turut sama menghadiri kursus tersebut. Terdetik di hati saya, pasti prog ini menarik.. Jika tidak masakan celebriti yang mmg dah hebat pun join juga kan?..
Seronoknya belajar cara pengucapan awam yang betul.. format yang tepat agar mudah mereka yang mendengar memahami. takde lah cakap sesuka hati aje kan. Ilmu ini memang patut di pelajari terutamanya ahli-ahli politik. Bagaimana untuk menyampaikan kata-kata atau pesanan agar rakyat faham dan menerima setiap apa yang di sampaikan.
Sambung sessi kedua..
kelas berikutnya.. NLP for teachers
Apa yang menarik pada kali ini, memang memeranjatkan. Teknik hebat NLP bisa mengubah keinginan seseorang. Dari tak suka sesuatu kepada suka atau sebaliknya.
Saya menggunakan kesempatan ini untuk mengatakan tidak pada NASI.
Akhirnya saya telah berjaya mengurangkan berat badan 3kg seminggu dan ianya berlangsung selama 2 bulan sebelum saya mengubahnya semula kpd rutin sblm ini.
TEST POWER KONONNYA.
Biasalah bila blaja sesuatu yg interesting ni kita pasti nak tgk dan buktikan betul-betul apa yang kita pelajari. Dan hasilnya mmg terbukti hebat.
Apa yang menarik pula buat profesion seorang guru, NLP akan membuatkan kita lebih memahami pelajar kita dan apa kaedah yang tepat supaya pelajar mudah faham. Bagaimana dapat membantu pelajar yang lemah dalam pelajaran.
KAGUM!
Makin hari makin mendalam minat saya terhadap NLP..
Meneruskan pembelajaran ke tahap yang lebih advance..
Saya mengikuti kursus yang berikutnya di Akademi NLP utk Certified NLP Basic Practitioner.
Alhamdulillah 12 teknik saya dapat kuasai dengan mudah kerana dah ada asas dan pengalaman sedikit sebelum mengikuti kursus ini.
Saya menyambung lagi pembelajaran saya ke tahap Master Practitioner.
Berguru dengan seorang Master Trainer dari Indonesia.
Mempelajari NLP membuatkan saya menjadi seorang sangat-sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan iaitu minda,akal fikiran yang tiada ternilai.
Saya kian menjadi seorang yang sangat fleksibel,
Menghormati pendirian, pandangan serta keputusan orang lain tanpa perlu mencuragainya.
Memahami meta program setiap individu tatkala kita berkomunikasi dengan nya.
Sebagai majikan saya lebih releven dengan pekerja dan mudah membuat keputusan yang bernas dan berjaya menghindarkan dari membuat keputsan mengikut emosi.
Saya dengan mudah dapat mengawal emosi dan tidak mudah untuk jatuh ke dalam emosi orang lain. Mudah untuk mengubah state diri.
Mudah mengawal perasaan negatif dan sentiasa berada di dalam bulatan kecemerlangan.
Sentiasa dan mudah berada di dalam keadaan bersedia.
Apa yang lebih menarik saya kenal dengan siapa orang yang saya berurusan, adakah dia seorang yang boleh di percayai atau tidak.
MENARIK!!
Pembelajaran yang sangat-sangat rugi jika tidak di pelajari.
Terlalu banyak untuk saya kongsikan, ianya lebih dari apa yang saya kongsikan di sini.
Anda perlu mempelajarinya dan anda pasti melalui hari-hari yang lebih tenang dan senang.
Hati yang tenang, positif adalah magnet penarik rezeki pada diri.
Berminat untuk mempelajari NLP??
DAFTAR SEKARANG!
No comments:
Post a Comment