Friday, June 19, 2015

Kelebihan NLPer




 Jika anda seorang NLP'er dalam ertikata yang sebenarnya Anda mempunyai banyak kelebihan. Anda tahu bagaimana mengendalikan minda/otak (brain anda). Anda dapat menjalankan Meta-Program yang sentiasa dapat meletakkan diri Anda dalam keadaan yang Anda ingini.

Seseorang NLP'er yang sebenarnya tidak hanya tahu ilmu atau teknik yang dipelajarinya. Lebih dari itu dia dapat mengamalkan kaedah-kaedah yang diketahuinya itu pada setiap masa terutama masa-masa yang mencabar.

Dia dapat menjadikan ilmu dan kaedah dari NLP untuk mengarah (propel) dirinya. Pendek kata dia mempunyai satu sistem propulsi (propulsion) yang hebat untuk menjadikan dirinya positif dan menangani sebarang suasana.

Lebih dari itu seseorang NLP'er dapat mempelopori dan menerokai perkara baru melalui Meta-Program yang diproses dalam otaknya untuk menjadikannya satu kenyataan. NLP'er berani mencuba kerana baginya "tidak ada kegagalan, hanya maklumbalas". Bila dia melakukan kesilapan dia berasa bertuah kerana kesilapan begitu tidak akan diulang lagi.

NLP bukanlah sekadar satu kaedah yang setakat dipelajari dan kemudian dibiarkan begitu. Ianya adalah satu amalan yang berterusan untuk menjadikan diri sentiasa cemerlang. Teknik atau "pattern" yang dipelajari bukanlah sesuatu yang mekanik dan statik tetapi sentiasa menghasilkan sesuatu yang dinamik setiap kali  melakukannya.

Itulah semangat NLP. Itulah yang menjadikan NLP amat berkuasa (powerful) untuk diri pengamalnya.

DAFTAR SEGERA








No comments:

Post a Comment