Saturday, May 23, 2015

Strategi Perjalanan Kewangan



Strategi peringkat umur merupakan strategi yang lazim digunakan dalam perancangan kewangan untuk pelaburan. Pendekatan ini adalah berdasarkan kepada tempoh tertentu yang dilalui oleh pelabur dalam hidupnya. 

Saya sendiri menyusun perjalanan matlamat kewangan saya agar lebih terancangan dan terurus. Beberapa tips yg akan di kongsikan di sini  untuk di jadikan sbg panduan.

Tahun-tahun Awal (Sehingga anda berumur awal 30-an)
Matlamat Kewangan anda adalah ditahap permulaan yang mana matlamat kewangan untuk jangka masa pendek (iaitu sela masa di antara 5 - 7 tahun). Anda juga harus menumpukan perhatian kepada mengumpul dana kecemasan. 

Langkah berikutnya, anda perlu membuat pertimbangan bila & bagaimana anda perlu mula menyimpan. Manakala, simpanan anda itu perlu cair untuk memenuhi keperluan jangka pendek anda. 

Seterusnya, membuat strategi pelaburan anda dengan membentuk perancangan di mana anda mula melabur secara tetap untuk keperluan jangka pendek dan persaraan. Harus diingatkan pelaburan anda mesti berorientasikan pertumbuhan jangka panjang. 

Tahun-tahun Pertengahan (30-an hingga akhir 40-an)
Matlamat Kewangan anda adalah ditahap pertengahan yang mana matlamat kewangan untuk jangka masa sederhana (iaitu sela masa di antara 7 - 15 tahun). Ketika ini matlamat kewangan anda adalah mengumpul & melabur di mana anda harus menambah simpanan anda. Anda juga perlu menetapkan strategi simpanan yang mantap di samping memberi perhatian kepada matlamat kewangan jangka pendek & sederhana panjang.

Ketika usia sebegini, pertimbangan anda harus tertumpu kepada komitmen keluarga (gadai janji, perbelanjaan pendidikan anak-anak) & menguruskan pelaburan anda.

Oleh itu, strategi pelaburan harus dipelbagaikan yang mana bahagian (financial allocation) yang lebih besar perlu tertumpu kepada jenis pelaburan pertumbuhan/ekuiti. 

Menjelang Persaraan (lewat 40-an sehingga persaraan)
Matlamat Kewangan anda adalah ditahap akhir alam pekerjaan yang mana matlamat kewangan untuk jangka masa panjang (iaitu sela masa di antara 15 - 20 tahun). Ketika ini matlamat kewangan anda harus berada dalam keadaan pengukuhan untuk masa depan. Oleh yang demikan, anda perlu memaksimumkan pelaburan & cenderung untuk beralih kepada jangka sederhana. 

Dengan informasi anda sedikit sebanyak dapat menyumbangkan idea yg bernas bg anda dalam menyusun perjalanan pengurusan kewangan anda..

Hayati Ramlan

No comments:

Post a Comment