Wednesday, May 6, 2015

EASY ENGLISH - KELAS MEMANTAPKAN KOMUNIKASI DALAM BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA


MASALAH YANG MEMBELENGGU DIRI BILA GAGAL MENGUASAI KOMUNIKASI DALAM BAHASA INGGERIS. RASA RENDAH DIRI DAN SUKAR UNTUK PERGI LEBIH JAUH DALAM KENAIKAN PANGKAT DAN PERGAULAN YANG SANGAT TERBATAS.

Kini Meta Genius Myra Academy akan menganjur kelas bagi membantu mereka yang ingin mempertingkatkan lagi penguasaan komunikasi dalam bahasa inggeris sebagai bahasa kedua.

sedikit catatan dan perkongsian dari seorang blogger yang saya suka kongsikan di sini..

Menurut beliau lagi, pelajar-pelajar juga jarang mempraktikkan bahasa Inggeris yang mereka pelajari. Dengan lebih jelas lagi pelajar-pelajar teramat malas untuk membuat ulangkaji dan mereka juga tidak memgamalkan ilmu yang mereka pelajari di dalam kelas. Kebanyakkan pelajar-pelajar USIM juga terlalu kurang membaca bahan bahasa Inggeris, tidak mengambil tahu isu-isu semasa dan pemikiran mereka terlalu cetek. Mereka tidak mempunyai minat untuk membaca suratkhabar bahasa Inggeris dan pelajar-pelajar juga terlalu memfokuskan minat mereka kepada bacaan yang berbentuk hiburan sahaja contohnya mereka lebih berminat kepada suratkhabar hiburan seperti Kosmo dan Harian Metro. Cik Juliana Niza menambah lagi pendapat beliau mengatakan bahawa pelajar-pelajar akan membaca bahan bahasa Inggeris apabila disuruh sahaja. Normalnya, seseorang akan lebih terasa bosan apabila melakukan sesuatu dengan paksaan dan begitu juga dengan pelajar-pelajar akan cepat bosan apabila membaca sesuatu bahan yang mereka tidak suka. Faktor ini juga secara tidak langsung menyumbangkan kepada kelemahan pelajar USIM dalam menguasai bahasa Inggeris dan juga lemah di dalam MUET. Inilah yang membimbangkan kerana jika pelajar-pelajar tidak lulus MUET, sukar bagi mereka untuk mendapat pekerjaan di masa akan datang.
Pelajar- pelajar juga mempunyai sifat malu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Sesetengah daripada mereka menganggap apabila bertutur dalam bahasa itu, mereka akan diejek dan dipulaukan. Inilah masalah pelajar Melayu, takut kepada ejekan rakan-rakan sehingga membawa keburukan kepada diri sendiri. Hakikatnya, pelajar Cina lebih maju dan pakar dalam bahasa Inggeris kerana mereka berani mencuba dan tidak takut kepada ejekan-ejekan yang boleh melemahkan diri mereka. Pelajar USIM juga tidak mahu mengubah sikap mereka dan hanya bergantung semata-mata kepada pensyarah-pensyarah untuk memajukan mereka. Sepatutnya di peringkat universiti tidak berlaku lagi perkara sebegini. Pelajar-pelajar sepatutnya berusaha sendiri untuk memperbaiki kelemahan diri. Pelajar-pelajar sepatutnya mencari pensyarah bukan pensyarah yang mencari pelajar. Tetapi sekarang ini, kebanyakan pensyarah yang berusaha untuk memperbaiki kelemahan pelajar yang lemah menguasai bahasa Inggeris.
Memandangkan masalah ini terlalu serius, kita sepatutnya memikirkan cara-cara untuk mengatasi pelajar-pelajar yang lemah bahasa Inggeris ini. Pelajar-pelajar sepatutnya berusaha lebih dalam memperbaiki diri mereka. Dapatkan bimbingan dari pensyarah-pensyarah bahasa Inggeris apabila mempunyai masalah dalam bahasa Inggeris, menghadiri kelas pemantapan bahasa Inggeris dan memperbanyakkan bahan bacaan bahasa Inggeris serta tatabahasa bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar juga seharusnya memiliki idea yang matang dalam sesuatu isu untuk memudahkan lagi pelajar menghuraikan isi dengan terperinci. Perbanyakan juga membaca istilah-istilah bahasa Inggeris untuk memantapkan lagi penguasaan dalam bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar jangan terlalu menghadkan pemikiran mereka jika mahu pandai menguasai bahasa Inggeris.
Sememangnya kita tidak boleh menafikan bahawa bahasa Inggeris mempunyai kepentingan yang besar didalam hidup kita terutamanya kepada pelajar-pelajar. Bahasa Inggeris adalah bahasa global, bahasa kemajuan dan bahasa komunikasi yang utama selain bahasa Melayu. Bahasa Inggeris juga amat penting untuk melayakkan diri kita berada setaraf dengan era globalisasipada masa sekarang dan akan datang. Seharusnya kita terutama pelajar-pelajar perlu ada kesedaran terhadap penguasaan bahasa Inggeris bukan bermakna kita mendaulatkan bahasa “penjajah” itu, tetapi untuk membawa kita setaraf dengan kemajuan dunia hari ini. Bahasa Melayu tetap berdaulat di hati orang Melayu dan tiada alasan untuk kita tidak boleh menguasai bahasa Inggeris seperti orang lain. Pepatah ada mengatakan “Nak seribu daya, tak nak seribu dalih”. Hanya orang malas sahaja yang tidak mahu mengubah diri mereka.
Dalam dunia ini, tiada perkara yang mustahil untuk kita lakukan. Sedangkan orang kafir boleh menguasai bahasa Arab, mengapa kita tidak boleh menguasai bahasa Inggeris? Semua ini bermula dari diri kita sendiri. “Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan”. Siapa yang berusaha maka dialah yang beroleh kejayaan. Segala amal dan usaha di dalam hidup kita adalah didorong oleh fikiran dan batin kita. Di dalam batin kita terletak pertimbangan di antara buruk dan baik, cantik atau jelik. Sedangkan agama Islam menyukai dan amat menggalakkan umatnya berusaha untuk memajukan diri mereka. Kita diberi akal untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Pelajar-pelajar USIM seharusnya mengambil inisiatif untuk memahirkan lagi penguasaan dalam bahasa Inggeris setanding dengan pelajar-pelajar universiti yang lain.

No comments:

Post a Comment