"Unlock
Your True Potential Using Powerful Neuro-Semantics & NLP Strategies To
Create Massive Results, Fast"
Finally,
you could experience your world in a whole NEW way,
noticing things you never saw before, experiencing things you never felt before, detecting clues in people's
language you never heard before.
noticing things you never saw before, experiencing things you never felt before, detecting clues in people's
language you never heard before.
Sejarah NLP
NLP
bermula pada awal 1970-an ketika dua orang yang bernama John Grinder, iaitu
seorang Assistant Professor di University of California yang terletak di Santa
Cruz; serta Richard Bandler, yang merupakan pelajar psikologi di universiti
tersebut. Mereka berdua sungguh tertarik dengan persoalan tentang apakah faktor
yang menyebabkan seseorang itu cemerlang, dan boleh mengulangi kecemerlangan
itu bila-bila masa yang dikehendaki. Pemerhatian mereka mendapati, individu
yang mereka kaji menunjukkan bahawa setiap daripada mereka mempamerkan corak
tingkah laku dan gaya fikir yang tersendiri. Rumusan ini akhirnya membina
prinsip-prinsip asas dalam NLP.
Pada
asalnya, mereka mengkaji beberapa hasil kerja tokoh
ahli terapi yang terkenal pada waktu itu, iaitu Fritz Perls, seorang ahli
psikoterapi yang inovatif, yang juga telah mengasaskan teknik terapi yang
meluas yang dinamakan sebagai Gestalt. Bandler dan Grinder juga mengkaji hasil
kerja Milton Erickson, iaitu seorang ahli hipnoterapi yang dikenali di seluruh
dunia. Seorang lagi tokoh yang dikaji ialah Virginia Satir, seorang ahli terapi
keluarga yang telah banyak menyelesaikan krisis rumahtangga yang
dikendalikannya.
“NLP
maybe the most powerful vehicle for change in existence.” -Modern Psychology
Magazine
Bandler
dan Grinder tidaklah berniat untuk mewujudkan satu teknik baru. Mereka hanya
kagum dengan kejayaan proses-proses ‘pengubahsuaian psikologi’ yang dilakukan
oleh tokoh-tokoh tersebut. Contohnya, seorang perokok tegar boleh berhenti
merokok selepas beberapa sessi terapi, seorang yang pemabuk dan pemarah menjadi
seorang suami yang penyantun. Begitu juga dengan kes orang yang menghadapi
tekanan perasaan melampau, dan boleh bertukar menjadi seorang yang ceria
positif.
Mereka
berusaha mengenalpasti corak dan kaedah yang digunapakai oleh tokoh-tokoh
tersebut, dan membandingkan antara satu sama lain. Akhirnya, mereka menemui
satu kesimpulan yang sungguh memeranjatkan. Walaupun setiap ahli terapi itu
mempunyai kaedah dan personaliti yang jauh berbeza, namun mereka semua mempunyai
corak asas yang sama!
Bandler dan Grinder pun mengenalpasti corak-corak tersebut, memantapkannya dan membangunkan model dan teknik yang dinamakan sebagai Neuro Linguistic Programming(NLP). Selepas itu, ramai orang yang turut menyumbangkan kepada pembangunan idea-idea NLP sehingga menjadi satu ‘teknologi kejayaan’ yang luas dan dinamik.
Bandler dan Grinder pun mengenalpasti corak-corak tersebut, memantapkannya dan membangunkan model dan teknik yang dinamakan sebagai Neuro Linguistic Programming(NLP). Selepas itu, ramai orang yang turut menyumbangkan kepada pembangunan idea-idea NLP sehingga menjadi satu ‘teknologi kejayaan’ yang luas dan dinamik.
DAFTAR SEGERA..
HUBUNGI KAMI UNTK MAKLUMAT TERPERINCI DAN TAWARAN HARGA YANG BERPATUTAN.
DAPATKAN MAKLUMAT TEMPAT KURSUS & TARIKH KURSUS YANG TERDEKAT
KLIK DI SINI
http://www.hayatiramlan.com/nlp---neuro-semantic-practitioner-certification
No comments:
Post a Comment