Monday, March 3, 2014

JIN KAFIR MENJADI PENEMAN?




Tidak ramai yang mengetahui tentang Qarin ini. Sebenarnya begitulah kehendah Allah s.w.t bahawa setiap manusia yang dilahirkan sehinggalah ia meninggal dunia mempunyai satu jin kafir yang menjadi teman kemana sahaja ia pergi baik malam mahupun siang., mengajaknya melakukan kejahatan dan menahannya daripada melakukan ketaatan. Oleh kerana ia terlalu rapat dengan manusia ia digelar Qarin.
 
Untuk mengimbangkan kekuasaannya maka Allah mengutuskan pula malaikat yang mengajak manusia berbuat kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan. Maka manusialah yang membuat pilihan sama ada mentaati arahan malaikat ataupun syaitan. Mafhum sabda Rasulullah s.a.w daripada Abdullah bin Mas’ud r.a :  
 
"Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka berkata, “Engkau juga ya Rasulullah “ sabdanya “ Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."    
 
Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar daripada rerumahnya (Aisyah), Aisyah berkata aku merasa cemburu, tiba-tiba  baginda berpatah balik dan dia berkata, wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu? Aku berkata : Bagaimana aku tidak cemburu orang seumpama engkau Ya Rasulullah. Sabda baginda apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan? Aku bertanya apakah aku ada syaitan, sabda baginda bagi insan ada syaitan itu (Qarin), aku bertanya lagi engkau pun ada syaitan Ya Rasulullah ? jawab baginda “ Ya” tetapi Allah membantu aku sehingga Qarinku telah masuk Islam.
 
Di dalam hadis yang lain daripada Ibnu Umar r.a, mafhum sabda Rasulullah s.a.w :
 
"Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara iaitu pertama, syaitanku kafir, Allah menolong aku sehuingga dia Islam, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan". 
 
Kesimpulannya, Qarin in ada pada setiap orang baik dia seorang manusia biasa mahupun para Nabi atau Rasul. Kesemua Qarin beragama kafir kecuali Qarin Rasulullah s.a.w yang telah di Islamkan. Walau bagaimanapun, malaikat turut diutuskan untuk mengimbangi peranan di antara dua makhluk bagi kita memilih mana yang baik dan mana yang buruk.
Al Imam Nawawi r.a menghuraikan perkataan  "اسلم"  dalam dua pengertian :
  1. Baginda Rasul terselamat daripada kejahatan dan fitnah.
  2. Qarin itu menjadi Islam dan beriman justeru mengajak kepada kebaikan semata-mata.

Dalam hal ini, bagaimana pula kaum mslimin harus menghadapi golongan Qarin ini? Adakah ia terpaksa tunduk dan patuh atas arahan mereka atau sebaliknya? Sebenarnya kaum muslimin berkuasa ke atas mereka dan mampu menjadikan mereka lemah dan tidak berdaya. 

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya daripada vAbi Hurairah r.a :
"Sesungguhnya orang mukmin boleh melemahkan syaitan sebagaimana salah seorang di antara kamu melemahkan kudanya dui dalam perjalanan" .
 
Orang yang beriman boleh mengalahkan syaitannya, menyebabkan mereka kurus dan penat melalui ketaatan kepada Allah seperti membaca Al Quran, membaca Bismillah ketika makan, berpakaian dan sebagainya.
 
Ibnu Muflih Al Muqaddsi menceritakan : Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang yang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah, dia berzikir, makan dia ingatkan Allah, apbila minum pun begitu. Sebaliknya syaitan yang mengikut orang kafir itu pula berkata aku sentiasa makan bersamanya dan begitu juga minum.

Dewasa ini sering kita dengar di mana ada yg mengakui mereka memiliki "gifted".. Boleh melihat atau mengetahui apa yg berlaku akn dtg atau apa yg sdg berlaku...

Secara peribadi saya sering mempersoalkan perkara ini. Sejauh mana kebenaran andaian nya. Sedarkah kita jika sesuatu kenyataan atau pandangan yg tidak baik boleh mendatangkan situasi menjadi huru hara. Bukankah itu adalah bisikan syaitan? 

Bagaimana pula dengan mereka yang mendengar suara bisikan halus?

Bagi mereka yg mengalami dan mengakui ttg wujudnya suara halus dan pandangan masa hadapan, anda harus tahu membatasi pemikiran dan kepercayaan anda.. 

Sebagai seorg muslim & muslimah sejati salutkan diri kita dgn amalan kebaikan, mohon pd Allah agar di beri Nur di dlm kegelapan. Jauhkan diri dari hasutan syaitan.

Bersihkan hati, memastikan emosi tidak boleh menguasai diri... Gunakan minda anugerah Allah yg x ternilai harganya untuk berfikir dan fizikal utk bertindak ke jalan yg di redhai.

Semoga kita berada di jalan yang lurus dan di rahmati Allah... Dijauhkan dr terhasut oleh bisikan Qarin yg menyesatkan... Amin


No comments:

Post a Comment