Baru2 ini saya berhadapan dengan satu klien yang berhadapan
dengan masalah trauma. Terkesan daripada kemalangan jalan raya yang menakutkan.
Ditambah lagi pengalaman hidupnya, di mana ibu beliau telah pun lumpuh selepas
kemalangan dan meninggal dunia selang beberapa tahun kemudian.
Dia sentiasa berada di dalam situasi ketakutan lebih-lebih
lagi ketika memandu. ini membuatkan dia gagal untuk memandu dan degupan jantung
yg laju sehingga tekanan darah naik tinggi. Dia hanya memikirkan soal mati.
Bila saya tanya ttg pengambilan ubat dia bgtau saya semua
jenis ubat yang di ambil.. Di antara nya adalah pil penenang. dan dia sangat2
bergantung dgn pil tersebut dan mengambil nya secara rutin setiap hari dan
sudah pun memasuki tahun yang ke 3.
Sessi rawatan hipnoterapi hanya boleh di jalankan sekiranya
klien tersebut bebas dari pengambilan ubat penenang dalam tempoh 48 jam. Agak
mencabar juga utk meyakinkan seorg yg mmg dah berada tahap kronik dalam
pengambilan pil tersebut.
Akhirnya dia berjaya melaluinya.. Hanya lakukan sahaja
perkara yang membuat dia tenang, dan melekakan tanpa dia sedar masa berlalu
begitu cepat sehingga die sebenarnya sudah lebih 48jam tidak mengambil pil
tersebut.
Saya mengambil masa 2 jam utk sessi tersebut dan
Alhamdulillah hari ini dia hubungi saya dan bgtau die sudah boleh memandu tanpa
ada rasa takut. dan dia gembira sbb boleh bawa anak2 bercuti. Di dalam sessi
tersebut saya menggunakan pendekatan kepada anggota tubuh yang tidak selesa dan
mengganggu diri nya sehingga menggagalkan dianya untuk mengawal pemikirannya
dan degupan jantung nya. Pendekatan kepada menerima situasi yang tidak lagi
menakutkan dirinya. Dia juga dpt menerima pemergian ibu nya dengan tenang...
Percaya pada diri, itu kunci kejayaan..
No comments:
Post a Comment