Sunday, July 16, 2017

Tips & keperluan memelihara anak monyet


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Bismillahirrahmanirrahim


     Assalamualaikum semua, harini saya nak beri tips/keperluan & pengalaman saya menjaga anak monyet jenis lutong. Sebenarnya membela anak monyet bukan lah sesuatu yang mudah & membela monyet tidak sama seperti kita membela kucing/anjing atau ikan. Monyet memerlukan perhatian penuh, makanan dan minuman yang segar, tempat tinggal yang selesa, dan persekitaran yang sesuai. Jika anda memilih monyet sebagai haiwan peliharaan, sangat tidak digalakkan. Lagi-lagi sekirannya anda adalah seorang yang sangat sibuk bekerja, mempunyai anak-anak kecil yang masih dalam jagaan tuan/puan atau anda sering ke luar negara untuk bekerja atau bercuti bersama keluarga. Ia juga tidak digalakkan kepada anda yang masih belajar, tidak kira sekolah/kolej. Jika anda membuat keputusan untuk membela juga, ambik masa untuk fikir masak-masak adakah keputusan anda tepat. Pastikan anak monyet dijaga dengan baik. Dan mengapa ingin memiliki mereka ? Mari kita mulakan :-

TIPS 

  • Pastikan anda tahu tujuan untuk membela dan mengapa ? Adakah kerana mereka comel atau anda betul-betul teringin membela mereka. Dan tanya lah diri anda, adakah anda sudah bersedia untuk memberi sepenuh perhatian kepada mereka. Dan sudah bersediakah anda untuk memikul tanggungjawab untuk membela mereka ?
  • Pastikan anda kenal ramai orang yang membela monyet/kera. Supaya anda dapat nasihat atau rujukan jika monyet anda sudah mula makan/sakit & membesar. Supaya anda tahu apa yang harus dilakukan nanti.
  • Pastikan anda sudah mendapatkan doktor yang sesuai #doktorhaiwaneksotik. Hati-hati kerana bukan semua doktor haiwan ada kepakaran tentang haiwan eksotik seperti monyet dll.
  • Pastikan keluarga anda bersetuju dengan keputusan anda, kerana bukan semua orang suka kan monyet. Dan ada sesetengah orang yang geli kerana monyet sejenis haiwan yang berbulu.
  • Pastikan anda memberi monyet anda makan makanan yang segar dan tidak rosak. Contohnya :- buah-buahan busuk, roti yang sudah berkulat, biskut yang sudah lemau/masuk angin dan jangan sesekali biarkan mereka makan makanan yang susah terjatuh dilantai atau makan benda-benda yang tidak sepatutnya. Contohnya habuk, mainan bayi yang boleh ditelan, dll.
  • Pastikan susu yang diberikan segar (tidak basi) dan pastikan anda mengunakan botol yang sudah dicuci bersih. Supaya mereka tidak sakit perut & dan sila pastikan susu itu dibancuh dengan air suam/panas. p/s doktor : jangan baringkan monyet ketika menyusu. 
  • Pastikan sangkar dan tempat tidurnya bersih dan tidak terlalu serabut. Letakkan kain yang banyak supaya mereka selesa untuk tidur. Dan letakkan patung (bear) yang tidak terlalu besar/kecil. Pastikan mereka selesa untuk peluk. Anda juga harus belikan mainan untuk mereka bermain. Contohnya :- Tali untuk bergayut, saya syorkan beli tali yang bawak anjing jalan-jalan tu. Beli banyak-banyak dan ikat dalam sangkar. Pastikan sangkar besar dan luas.
  • Jika anda ingin mandikan monyet anda / mahu basuh najis mereka. Pastikan anda mengunakan air suam. Jangan terlalu panas dan jangan telalu sejuk. 
  • Pastikan anda membeli pampers yang bagus dan anda harus tebuk/koyak sedikit dibahagian belakang bontot untuk ekor nya.     

KEPERLUAN 
  • Susu- Belikan mereka susu bayi manusia ikut umur monyet anda, . Contohnya :- Dugro, Dutch Lady. Tapi sekiranya monyet anda tidak mahu minum susu tepung, cubalah susu kambing atau tanya doktor anda.
  • Pampers- Belikan pampers yang sesuai, jangan beli pampers yang terlalu murah. Takut mereka gatal-gatal.
  • Bedak- Pakaikan bedak dibontot, supaya tidak luka dibahagian bontot mereka.
  • Botol susu- Pastikan anda beli botol yang sesuai bagi mereka. Jika boleh jangan campurkan botol untuk susu dengan air-air lain. Jika anda ingin memberi air lain. Pastikan menggunakan botol yang berlainan.
  • Baju- Oleh kerana mereka duduk/tinggal bersama manusia. Jadi anda perlulah sediakan baju yang boleh dipakai oleh monyet anda. Atau anda boleh tempah atau jahit sendiri. Pastikan baju itu tidak terlalu ketat. Kerana mereka sangat aktif. 
  • Makanan- Sila dapatkan nasihat dari doktor. Jangan beri makanan yang berminyak/bergoreng. Jangan beri makanan sesuka hati. Mereka boleh sakit perut. Jika monyet anda cirit birit. Maknanya makanan yang dibagi tidak sesuai. Hentikan...
  • Sangkar- Beli sangkar yang besar, supaya anda tidak perlu membeli sangkar terlalu banyak. Beli je yang besar terus. Pastikan ada tali dan mainan supaya mereka tak bosan dan mereka boleh bergayut.
  • Tali- Tidak digalakkan tapi kalau monyet anda sudah besar. Dia akan lebih suka bermain jauh-jauh ketika anda diluar rumah. Jadi untuk keselamatan pakaikan tali. Kalau boleh tali tu tak terlalu menyiksa mereka.
SOALAN
  1. Bilakah waktu sesuai untuk memberi susu kepada monyet anda ? - Kalau monyet anda masih bayi dalam lingkungan 0-2 setengah bulan. Biasakan minum susu setiap 3 jam. Kalau umur mereka sudah cecah 3-5 bulan boleh lah naikkan setiap 4jam. Tapi jangan terlalu kenyang. Kalau boleh dapatkan nasihat doktor.
  2. Bilakah usia monyet boleh makan ? - Pada pendapat saya. Saya tidak galakkan bagi makanan pada usia 0-6 bulan kerana usus mereka masih tidak matang. Ia boleh membuat usus mereka luka & kemungkinan boleh mati. Macam bayi manusia juga. Tapi tolong pastikan anda betul-betul dapat kepastian dan nasihat daripada doktor haiwan anda. Dia lebih tahu tentang mereka.
  3. Makanan apakah yang harus diberi ? - Kalau kali pertama anda mahu memberi mereka makan. Saya syorkan makan makanan yang 'plain' seperti nasi putih. Ia adalah pengenalan bagi perut mereka supaya perut mereka tidak terkejut. Terpulang kalau nak lenyek atau gunakan pengisar. Jangan bagi makanan keras. Pastikan makanan itu lembut & sesuai untuk mereka, contoh lain pisang, kurma.
  4. Boleh kah ketip kuku mereka ? - Jawapannya boleh, tapi jangan terlalu pendek hingga ke isi. Ia boleh berdarah. Pastikan sentiasa ketip kuku mereka. Kerana jika anda biarkan kuku memanjang dan baru nak potong. Monyet akan sakit dan kuku akan berdarah. 
  5. Boleh kah mereka mandi ? - Ya, tapi pastikan mengunakan air suam. Gunakan sabun yang sesuai dan sabun yang lembut. Seperti sabun bayi. Pastikan mereka memeluk sesuatu ketika mandi. seperti patung. Ia supaya mereka tidak rasa takut. Saya syorkan mandi pada usia 3 bulan keatas. Waktu itu mereka sudah pandai berjalan dan bergayut. 
  6. Kenapa mereka bising ? - Pertama, mungkin mereka takut (dalam sangkar) dan mahukan anda untuk peluk dia. Kedua mengantuk & mahu tidur bersama anda, & ketiga kemungkinan lapar susu.

No comments:

Post a Comment