Friday, July 21, 2017

3 KESILAPAN UTAMA FB ads

3 kesilapan yang sering dilakukan oleh usahawan bila melakukan pemasaran FB Ads.

Jika anda tahu ni mudah untuk anda elakkan kesilapan ni dan anda akan dapat jalan short cut untuk lebih berjaya dalam meningkatkan sales anda

KESILAPAN DALAM PEMASARAN FB ADS 1

#1 Kesilapan – Terus Menjual

Ramai yang guna fbads tetapi tak ikut langkah yang betul. Terus nak menjual semata-mata tanpa bakal pelanggan mengenali produk/servis anda terlebih dahulu.

Dalam pemasaran fbads anda perlu buatkan orang NAMPAK, KENAL, SUKA & PERCAYA dulu. Baru ikut tertib berikutnya iaitu untuk menjual.

Sebab tu WAJIB untuk anda kumpul LIKE page dahulu.
Sebab tanpa buat like marketing anda takkan mampu melakukan step brand awareness!

KESILAPAN DALAM PEMASARAN FB ADS 2

#2 Kesilapan – Tak Buat Brand Awareness

Bakal pelanggan biasanya takkan beli produk yang mereka tak kenal. Cuba anda lihat sekeliling anda atau apa yang anda pakai kebanyakannya ada BRAND. Brand tu adalah yang anda kenal.

Mungkin anda nampak melalui iklan paper,tv,radio atau facebook. Sama juga dengan produk anda. Kena bina jenama melalui iklan SIDE BAR /Right column jika di facebook.

Iklan ni jenis ni mmg OBJEKTIF nya untuk pembinaan jenama. Bakal pelanggan anda akan nampak iklan ni puluhan kali sehari dengan kos antara RM0.001-RM0.002 sahaja.

KESILAPAN DALAM PEMASARAN FB ADS 3

#3 Kesilapan – Copywriting Yang LEMAH
Dalam apa medium pemasaran pun, cara penulisan ayat untuk anda tarik pelanggan atau kita panggil copywriting, jika ia lemah apa pun iklan anda buat takkan berjaya menghasilkan jualan.

Ni kelemahan lebih 90% usahawan yang berniaga. Lemah dalam menulis copywriting yang BEREMOSI serta mampu memukau pelanggan.

Dalam fbads jika ini lemah ia akan menyebabkan iklan anda MAHAL serta akan jalan SLOW jer. Ia ada kaitan dengan satu term dipanggil CTR.Copywriting yang bagus akan berikan CTR yang bagus.

Bila CTR tinggi kos jadi rendah serta iklan berjalan laju dan cepat sampai kepada pelanggan anda.

No comments:

Post a Comment