Thursday, September 24, 2015

JIHAD DALAM PERNIAGAAN


PERNIAGAAN adalah jihad yang sangat dituntut oleh Islam. Ia dilihat sebagai satu fardu kifayah yang mampu meningkatkan penguasaan ekonomi orang Islam. Ekonomi yang mantap adalah keperluan utama untuk membolehkan umat Islam terus bersaing dalam keadaan dunia hari ini.

Allah berfirman, maksudnya: "Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah, sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) atau dengan keadaan berat (disebabkan pelbagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." (Surah at-Taubah, ayat 41)

Sebagai mengupas ayat di atas, Hamka menyebut: "Agama Islam tidak akan dapat tegak, dan tidak akan sempurna tegak, kalau tidak diperjuangkan (jihad), dan jihad itu, memakan ongkos. Jihad dengan 'air ludah' saja ialah bicara yang kosong... Perlu sangat supaya orang Islam kaya raya, kerana dengan kekayaan itulah dia akan dapat mempertinggi kemuliaan budinya, kebudayaannya, keagamaannya, dan pembangunannya." (Keadilan Sosial Dalam Islam 1985, muka 50-51).

Rasulullah diriwayatkan berkata bahawa: "Sembilan daripada sepuluh punca rezeki adalah daripada perniagaan."

Sejarah awal perkembangan Islam sendiri menyaksikan bagaimana Rasulullah saw dan sahabat terbabit dalam perniagaan.

Rasulullah pada zaman muda menguruskan perniagaan bagi pihak Siti Khadijah, seorang ahli perniagaan berjaya yang menggunakan harta kekayaannya untuk memajukan Islam.

Bagaimanapun, kekayaan di dunia bukan matlamat akhir peniaga Muslim. Destinasi akhir perjalanan mereka ialah kehidupan yang lebih baik di akhirat. Oleh itu, kegiatan perniagaan perlu dilihat sebagai satu ibadah yang mengimbangi keperluan hidup di dunia ini dan persediaan untuk kehidupan di akhirat.

Ini sebagaimana firman Allah bermaksud: "...Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) daripada dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan." (Surah al-Qasas, ayat 77)

Oleh itu, setiap peniaga Muslim wajib memastikan supaya setiap kegiatan perniagaannya dilakukan menepati keperluan syariah dan melaksanakan ikrarnya kepada Allah.

Firman Allah bermaksud: "Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." (Surah al-An'am, ayat 162)

Umat Islam digalakkan supaya tidak mengehadkan penggunaan harta sesama sendiri, terutama secara yang salah dan kita digalakkan supaya bergiat dalam perniagaan. Ini dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud: "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah, kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu." (Surah an-Nisaa', ayat 29)

Amalan perniagaan Islam hanya dapat ditingkatkan di kalangan peniaga Muslim melalui penghayatan sepenuhnya terhadap falsafah ekonomi Islam itu sendiri.

Falsafah ekonomi Islam berpaksikan kepada tiga doktrin utama iaitu: 

Penghayatan bahawa Allah sebagai pemilik sebenar.

Allah adalah Pencipta segala kejadian, termasuk manusia sebagaimana firman-Nya, bermaksud : "Dialah yang memiliki segala yang di langit dan yang ada di bumi dan juga yang ada antara kedua-duanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi." (Surah Taha, ayat 6)

Sesungguhnya segala kegiatan manusia di dunia, termasuk kegiatan ekonomi semata-mata untuk mencari keredaan Allah. 

Kesedaran bahawa manusia adalah khalifah di bumi ini.

Sebagai khalifah di bumi ini, manusia mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa mereka membawa kesejahteraan kepada orang lain dalam pimpinan mereka.

Rasulullah bersabda: "Semua kamu ialah pemimpin dan bertanggungjawab atas kepemimpinannya..." (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim).

Allah turut berfirman, maksudnya: "Dan tiadalah kami mengutuskan kamu melainkan untuk membawa rahmat bagi semesta alam." (Surah al-An'am, ayat 38) 

Kesedaran, kefahaman dan penghayatan konsep keadilan sosial

Islam sangat menitikberatkan aspek keadilan sosial, termasuk dalam aspek perekonomian. Islam melarang harta kekayaan dimonopoli oleh sekumpulan kecil manusia, sedangkan majoriti masyarakat terbiar dalam kemiskinan.

Dalam hal ini, Allah berfirman, maksudnya: "Dan nafkahkanlah di jalan Allah dan janganlah kamu jatuhkan dirimu sendiri dengan tanganmu kepada kebinasaan, dan buatlah kebaikan kepada orang lain, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat kebaikan." (Surah al-Baqarah, ayat 195).

Thursday, September 17, 2015

Solat Sunat Tasbih

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

.

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.

.

Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“  ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )

.

Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.

.

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a.; “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib; ‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan; iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu; “سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر” (Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali. Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri I’tidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah75 kali pada setiap rakaat. Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlah sekali seumur hidup.” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

.

.

Cara Mendirikan Solat Sunat Tasbih

.

Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam ( 2 rakaat, 1 salam).

Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 4 minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya  75 kali, maka  jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih  X 4  rakaat = 300 kali.

.

Caranya;

.

1.  Niat Solat Sunat Tasbih:

a)  Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,

“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

(Daku Solat Sunat Tasbih dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.)

 .

b)  Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,

“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh ar-ba-‘a rok-’a-tin lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

(Daku Solat Sunat Tasbih empat raka’at, kerana Allah Ta’ala.)

 .

.

2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

    1. Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
    2. Rakaat 2:  Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
    3. Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
    4. Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.

.

.

3.  Bacaan Tasbihnya ialah:

Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

.

Nota;

*Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.

.

.

4.  Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.

.

.

5.  Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:

      • Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
      • Rukuk – 10 kali tasbih
      • Iktidal – 10 kali tasbih
      • Sujud pertama – 10 kali tasbih
      • Duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih
      • Sujud kedua – 10 kali tasbih
      • Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, – 10 kali tasbih.

.

.

6.  Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.

.

.

7.  Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.

.

.

8.  Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.

.

.

9. Membaca doa solat tasbih;


Tuesday, September 15, 2015

Mengubah tanggapan negatif pada diri


Bebanan yg di tanggung oleh tubuh wujud Apabila Memikir kan sesuatu yg melampau.. Pandang rendah pada diri sendiri..

Ambil sedikit masa utk lakukan ini sebentar...

Duduk di kerusi yg anda duduk sekarang bersama segala yg ada di dalam pemikiran anda. 

Bangun dn tinggalkan diri anda bersama dengan segala yg anda fikirkan dan hadapi di kerusi itu.

Lihat bayangan diri anda yg masih ada di kerusi itu..
Adakah anda menyukainya?
Apakah yg anda perlu lakukan untuk anda rasa lebih tenang dan tidak rasa terbeban.?

Sekarang duduk semula di kerusi itu.. Dan rasakan diri anda yg baru bila bertindak melakukan satu persatu seperti yg anda rancangkan...

Adakah anda selesa?
Bila dan bagaimana utk memulakannya?

#HayatiRamlan