Thursday, March 12, 2015

Toksid dikalangan pekerja


Hari ini suka utk saya berkongsi ttg toksid dikalangan pekerja...

Terutama bagi majikan yang seperti saya yang jarang ada di pejabat. Masalah kedatangan pekerja sering menjadi sbb mengapa staff tak lama di pejabat. 

Guru saya kata sbg majikan kita harus letakkan kepercayaan kpd mereka dan beri tugs dan rs tanggung jawab pd mereka. Tetapi malangnya ada antara mereka belum betul2 ada sikap tanggungjawab yg tinggi..

Sekali dua mungkin aib boleh di tutup bila dah kerap sgt akhirnya terbongkar jua.

Setakat hari ini pelbagai masalah sy jumpa diantaranya termasuk 
-mc palsu setelah di siasat di hospital dan mendapat pengesahan dr hospital sendiri.
- mengubah dokumen sykt kerana nk kan gaji penuh.
- ponteng kerja
- tinggalkan tempat kerja dgn alasan emergency nenek sakit tenat ttp bila pihak sykt telefon ahli keluarga utk mengetahui perkembangan rupanya ianya pembohongan semata-mata.
- cuba menghapuskan dokumen syarikat..
- tipu kedatangan
- membawa keluar harta sykt (laptop) tanpa izin dan cuba menghilangkan diri

Ini adalah toksid yg wujud dlm pejabat. Dan mengapa ia berlaku? Kerana majikan jarang berada di pejabat atas sbb kerja luar. 
Kurangnya sikap bertanggungjawab.

Mereka lupa ada cctv yang memerhati, mereka lupa tuhan melihat segala perlakuan.

Apakah yg menyebabkan mereka terdorong melakukannya? Mereka sendiri yg ada jawapan yg tersendiri.





No comments:

Post a Comment