Kebiasaan bila terjadi sesuatu hal yang tidak baik, sering kita dengar masing-masing mempertahankan mereka benar dengan memburuk-burukkan pihak yg satu lagi..
Percaya atau tidak... Sikap seperti itu memburukkan lagi pandangan orang yang mendengarnya... Cuba anda dengarkan semula kenyataan anda, dan cuba anda bayangkan, rasakan, adakah dengan menyalahkan orang lain semata-mata dapat membuktikan kebenaran anda? Walaupun cerita itu kisah benar, adakah anda fikir anda wajar bertindak seperti itu? Apa yg terjadi sekiranya cerita-cerita itu hanya rekaan semata-mata?
Adakah anda pernah tahu dan baca kesan dari membuka aib orang, atau mereka-reka cerita yg tidak benar terhadap diri anda dan diri tertuduh? Apakah kepercayaan yang anda pegang dengan tindakan seperti itu? Apakah impaknya dengan tindakan seperti itu?
Jika anda benar, buktikan kebenaran anda bahawa tindakan anda itu benar? Adakah jawapannya masih membuktikan kesalahan orang lain? Dimana kebenaran tindakan anda?
Jika anda gagal membuktikan tindakan anda benar adakah anda rasakan ianya sebaliknya?apakah perkara2 lain yang boleh menyokong membuktikan tindakan anda itu benar?
Jika tiada, saya yakin dan saya percaya anda akan memilih utk tutup mulut anda dari terus menceritakan kesalahan orang lain sedangkan anda juga tidak boleh membuktikan tindakan anda benar...
Tindakan yg benar adalah tindakan yang anda dapat membuktikan ianya benar & mendapat sokongan positif, tiada cerita mengaibkan sesiapa..
Elakkan fitnah, elakkan mengata orang, elakkan dari bercerita hal buruk orang lain. Tindakan anda lah yg membayangkan siapa anda dan apa yang ada di dalam hati anda...
Hayati Ramlan
No comments:
Post a Comment