Wednesday, August 13, 2014

Neuro Semantic Trainer 2014 (NSTT, Brazil)


Sesuatu yang tak pernah dijangkakan. Bermula hanya dengan pembelajaran biasa yang suka2 nak blaja akhirnya saya di iktiraf sebagai Neuro Semantic Trainer dibawah International Society Neuro Semantic baru baru ini di Brazil

Latihan dan aktiviti yang sangat mencabar mental demi melatih diri menjadi seorg trainer yg hebat. Hebat bukan hanya sekadar nama tapi dari sahsiah, identiti, sikap dan kerjaya. Saya bersyukur diberi peluang itu utk belajar mempertingkatkan dan memperbaiki tahap sahsiah diri.

Alhamdulillah berjaya mencapai tahap ujian tepat pada waktu nya dan tambahan kejayaan apabila group kami memperolehi kejayaan dlm board meeting presentation.

Berkumpul bersama trainer2 sedunia, menambah pengalaman dan semangat untuk terus berjuang berkongsi ilmu dengan teknik yang lebih berkesan...

Saya menghadiri kursus ini bersama beberapa org sahabat saya dari Malaysia iaitu En Fauzi, En Zulfarhan, Datin Bashirah & Cik Nor Azzah. Mereka merupakan org yg sgt berpengalaman di dalam bidang ini. Seronok dapat berkongsi pengalaman sepanjang berada di sana.



Semoga Allah permudahkan segala urusan.



No comments:

Post a Comment