Saturday, August 16, 2014

Kunci Kecemerlangan


Semangat berkobar-kobar, hati berbunga-bunga nak berjaya dan kaya. Tetapi apabila di duga sahaja terus lemah semangat. Nak jadi jutawan tak perlu bermodalkan duit beratus ribu. Hanya perlu ada MINDA JUTAWAN.

Apakah yang dimaksudkan dengan MINDA JUTAWAN?

Bagaimana untuk dapatkan MINDA JUTAWAN?

Anda ada modal yg besar tetapi sekiranya anda tidak ada MINDA JUTAWAN 70% kemungkinan untuk gagal dan jatuh muflis.

Memilih kerjaya yang anda betul-betul minat. Yang anda betul-betul mahukan. Yang anda betul-betul suka melakukan nya. Ianya bukan lah sesuatu minat yg suka-suka, bermusim, hangat2 tahi ayam, atau pun sebab tengok sedara atau jiran berjaya di dalam bidang perniagaannya.

Topik ini saya khususkan ttg dunia perniagaan. Pernah saya terdengar suara-suara mengatakan kalau nak cepat kaya kena lah berniaga. Kerja sendiri senang... 

Boleh anda gambarkan dan bayangkan senang yang bagaimana di maksudkan dengan bekerja sendiri itu?

Mengapa anda pilih kerjaya sebagai seorang ahli perniagaan? Bila? Dimana?

Membuka perniagaan sendiri bermula dengan diri sendiri sbg pekerja. Anda lah kuli dan anda juga lah bos. Pernah kah anda terfikir saat berhadapan dengan karenah- karenah pelanggan? Sudahkan anda bersedia mental dan fizikal menghadapi cabaran- cabaran itu?

Apakah strategi nya? Senaraikan dengan lebih detail.

Apakah resource lain yang ada pada diri anda yang boleh membantu anda dalam menguatkan lagi strategi anda supaya lebih berkesan.?

Apakah halangan dalam mencapai kejayaan dan kecemerlangan? Jika ada jelaskan...

Apa cara yang anda fikirkan utk mengatasi halangan tersebut? Bagaimana caranya? Sejauh mana kah anda yakin jika saya labelkan 1-10 dimana 10 paling yakin, keyakinan anda mampu mengatasi halangan tersebut. 

Apakah yang anda rasakan pada diri anda apabila anda bertindak sepertimana yang anda gambarkan? Apakah kesan pada diri anda? Anda sukakan nya atau tidak? Adakah ada halangan2 yang lain.?

Bila anda akan mula bertindak? Adakah ada perkara2 lain yang boleh mencenar sangat keyakinan anda utk cemerlang? Adakah anda benar- benar yakin?

Accessing Personal Genius mempunyai pelbagai teknik menarik dalam membawa minda menembusi halangan dan kepercayaan yang menghadkan sesuatu tindakan dalam mencapai sasaran kecemerlangan. 

Teknik Meta Yes Meta No, Mind to muscle, Accessing personal genius, meta pleasure, power zone adalah diantara beberapa teknik yg boleh di guna pakai dalam membawa individu meng"akses" genius masing2. 

No comments:

Post a Comment