Tuesday, February 18, 2014

PENTING NYA WANITA MENJAGA KECANTIKAN PAYUDARA

Kali ini saya ingin bincangkan tentang kepentingan menjaga kecantikan payudara bagi setiap individu wanita yang sudah akil baligh. Saya percaya berbicara tentang payudara adalah sesuatu yang dirasakan tidak manis bagi masyarakat timur lebih-lebih lagi bagi bangsa Melayu.
Berbicara tentang payudara bukanlah sesuatu yang taboo.  Jangan kita merasa jijik, geli atau berprasangka negatif terhadap perbincanag tentang payudara secara ilmiah. Payudara seringkali dikaitkan dengan seks dan seks pula sering dianggap kotor, jijik dan kurang sopan untuk berbicara perkara berhubungan dengan seks secara terbuka. Ini adalah kerana difahami bahawa seks adalah soal peribadi. Betul. Perlakuan seks itu adalah sesuatu yang peribadi. Namun pengetahuan tentang seks itu perlu dikongsi dan dipelajari dari orang lain. Seks itu tidak jijik. Tetapi perlakuan manusia yang di luar batasan itu menjadikan seks itu jijik. Malah dalam ajaran agama Islam sendiri menganggap seks  yang sihat itu penting. Malah boleh mendatangkan pahala. Seks itu adalah anugerah dari Allah kepada manusia. Asalkan mengikut panduan yang telah ditetapkannya.
OK!. Saya bukan ingin bercakap tentang seks secara langsung tetapi tentang penjagaan kecantikan payudara. Saya tekankan di sini tentang kecantikan bukan soal kesihatan. Kerana secara amnya sesuatu yang cantik kebiasaannya sihat. Jadi kedua-duanya berkaitan. Jika kita ingin cantik kita perlu berada daam keadaan sihat. Jika kita sihat insyaAllah kecantikan akan terserlah.
Saya ingin perbetulkan beberapa persepsi wanita terhadap kepentingan mempunyai payudara yang cantik walaupun kita sudah berusia atau pun sudah punyai anak berderet malah sudah jadi nenek pun tidak terlepas dari kepentingan menjaga kecantikan payudara.
Sekiranya anda sudah berkahwin dan mempunyai anak dan menyusukan anak, pasti bentuk payudara anda sudah agak kendur dan warna areola pun udah pucat. Ini adalah kerana apabila anda sudah melahirkan anak dan sudah tamat tempoh menyusu, Saiz payudara yang membesar ketika mengandungi susu kekal dengan saiz berkenaan setelah susu kering. Ini menjadikan payudara puan-puan menjadi kendur. Mengikut kajian pakar, payudara tidak boleh dibesarkan atau tegang melalui senaman kerana tisu payudara tidak mempunyai otot. Sebab itu ramai artis barat menggunakan kaedah Breast Transplant iaitu dengan cara memasukkan silikon ke dalam payudara. Namun perbuatan ini adalah haram di sisi Islam dan mempunyai risiko kesihatan yang tinggi.
Kebiasaannya apabila seseorang wanita itu sudah berkahwin, mereka kurang memberi perhatian dalam bab penjagaan payudara berbanding dengan penjagaan wajah atau bentuk dan berat badan. Lebih-lebih lagi apabila usia sudah mencapai tahap warga emas. Adakah anda rasa penjagaan kecantikan payudara kurang penting berbanding dengan penjagaan bahagian tubuh yang lain? Anda silap.
Cuba kita renung dan fikir-fikirkan. Setiap hari kita berada depan cermin berjam-jam untuk menatap wajah kita. Berbagai jenama produk kecantikan kita cuba sehingga pengeluar produk kecantikan wajah dan untuk menguruskan badan  rata-rata menjadi jutawan. Tetapi adakah anda pernah terfikir, untuk siapakah wajah yang cantik gebu itu ditujukan? Betulkah untuk suami? Kenapa sewaktu di rumah muka kita kusam tanpa secalit gincu pun? Tahukan puan-puan, bukan sahaja puan-puan yang menjaga kecantikan rupa paras. Perempuan-perempuan lain di luar sana juga berbuat demikian dan suami puan-puan juga terdedah dengan perempuan-perempuan cantik di luar sana. Adakah anda rasa anda mampu menandingi kecantikan perempuan-perempuan tersebut. Mungkin dan mungkin tidak. Tetapi anda ada kelebihan. Ada sesuatu yang anda miliki dan boleh menawan hati suami. Sesuatu yang orang lain tidak nampak cuma anda yang boleh berikan. YA! Payudara yang cantik.
Payudara yang cantik bukan sahaja mempunyai daya seksual namun juga memberi keyakinan diri kepada kaum wanita. Banyak kajian yang telah dibuat oleh pakar membuktikan perkara tersebut. Anda boleh lihat sendiri kenapa wanita seboleh-bolehnya mahu mengelak dari membuang payudara akibat kanser. Dan kita lihat bagaimana keadaan wanita yang sudah dibuang payudara. Mereka tidak lagi sama seperti sebelumnya. Kurang keyakinan.
Apabila usia sesebuah perkahwinan itu semakin lama, para wanita merasakan penjagaan payudara itu tidak lagi penting. Mereka beranggapan suami mereka dah tak kisah. Sekali lagi anda silap. Suami sebenarnya teringin melihat isterinya seperti dulu-dulu. Tetapi mereka selalunya tak sebut. Jalan mudah bagi mereka adalah cari pengganti. Adakah anda mahu begitu sedangkan anda boleh mengubah segalanya. Bayangkan suatu hari, ketika melihat pada badan anda suami anda melihat anda seolah-olah itulah kali pertama dia melihat anda. Dapatkah anda bayangkan bagaimana layanan dia terhadap anda pada masa itu. Apabila hubungan suami isteri dingin, selalunya wanita akan menyalahkan lelaki curang. Sebenarnya selagi lelaki belum cukup kuota (bagi Islam) mereka tidak boleh dikatakan curang. Kita tidak boleh salahkan lelaki sepenuhnya kerana begitulah kehendak biologi mereka. Kita sebagai kaum wanita perlu memainkan peranan yang lebih aktif. Kita kena tahu apa yang mereka mahu. Apa kehendak biologi mereka.
Jangan kerana usia kita sudah mencapai usia warga emas maka kita mengabaikan kehendak biologi suami kita. Itulah kesilapan yang kerap dilakukan oleh wanita terutamanya orang Melayu. Mereka menganggap kehendak seks pada usia emas adalah satu perbuatan “gatal”. Tidak. Itu adalah hukum alam. Itu adalah tabii manusia. Tahukah anda Nabi Zakaria A.S mendapat anak pertama ketika berusia 90 tahun dari seorang isteri yang juga sudah lanjut usia.
Puan-puan kena ingat, jangan tunggu suami beri isyarat baru nak berubah. Itu pun kalau puan-puan faham isyaratnya. Puan-puan kena pro aktif.. Jangan dah terlepas isyarat sudahlah. Anda boleh lihat sendiri apa yang  saya katakan ini. Suami puan-puan pasti ada perubahan selaras dengan perubahan pada payudara puan-puan.  Puan-puan tidak perlukan saiz payudara seperti Dolly Parton. Cukup sekadar kembali tegang dan warna puting yang lebih remaja bisa membuat suami anda melekat di rumah. Anda tidak perlu tunggu bulan depan baru hendak berubah kerana seperti kata pakar motivasi terkenal, Dr Azizan Osman, “Fast Action Fast Result“. Tidak rugi untuk anda mencuba mempraktikkan apa yang saya katakan ini. Tetapi ruginya sekiranya anda ketepikan sebelum mencuba. Kerana ianya mungkin boleh merubah hidup anda sehingga akhir hayat. Jangan anda tidak sangka, mungkin kebahagiaan rumahtangga anda terletak pada payudara anda. Kalau anda tercari-cari kenapa hubungan anda suami isteri agak dingin. Apakata cuba lihat rahsia pada payudara anda.

No comments:

Post a Comment