Tuesday, February 18, 2014

FAKTA DAN MITOS TENTANG PAYUDARA

Seringkali Payudara dikaitkan dengan kecantikan seseorang wanita. Walhal fungsi payudara yang utama adalah untuk membekalkan susu kepada bayi yang dilahirkan. Oleh kerana payudara dipuja-puja sebagai satu daya tarikan terhadap wanita maka banyaklah mitos-mitos mengenainya.

 

1. Tidur Tanpa Bra Payudara Cepat Kendur

Tidak benar. Sebenarnya menurut pakar, sebaiknya bra tidak dipakai ketika tidur untuk bagi ruang payudara bernafas dan melancarkan aliran darah dan oksigen. Faktor sebenar yang menyebabkan payudara kendur adalah usia yang bertambah serta akibat dari penyusuan bayi.

 

2. Payudara boleh menjadi besar dengan berolahraga

Tidak benar. Latihan hanya memperkuat otot payudara, tetapi ukuran kelenjar susu tidak meningkat. Namun visual payudara terlihat lebih besar karena volume dada, dan payudara itu menjadi lebih tinggi dan lebih bulat kerana otot dada diperkuat.

 

3. Kanser payudara adalah penyakit turunan

Tidak benar. Setiap wanita dapat menderita kanser payudara, seperti setiap orang. Hanya 10% dari kes penyakit terbukti dihubungkan genetik, dan sekitar 85% dari pasien memiliki kanser payudara tidak memiliki kes serupa antara saudara mereka. Oleh karena itu, setiap orang tanpa kecuali harus menjalani pemeriksaan rutin.

 

4. Menyusui membuat payudara Anda kendur

Memang benar, payudara wanita, yang telah melahirkan dan merawat anak, mengalami perubahan. Ini adalah kerana saiz payudara yang besar kerana kehadiran susu akan menjadi kendur apabila susu kering disebabkan kerana struktur payudara tidak mempunyai otot. Namun sifat dari proses fisiologis adalah bahwa kulit payudara menjadi kurang elastis dan tangguh setelah usia 30 tahun.

 

5. Payudara kecil menghasilkan susu kurang

Salah. Jumlah ASI tergantung pada ukuran kelenjar susu. Payudara kecil boleh memiliki kelenjar susu besar, dan sebaliknya, tetapi tidak ada ketergantungan pada ukuran.

 

6. Payudara kecil kurang risiko kanser payudara

Tidak benar. Kemungkinan terjadinya penyakit ini tidak secara langsung berhubungan dengan ukuran payudara kerana tumor ganas terjadi secara langsung di saluran payudara atau lobulus payudara. Namun seperti dibuktikan oleh praktik, wanita kelebihan berat badan lebih menderita penyakit tersebut. Tetapi memiliki lebih berkaitan dengan gangguan metabolisme daripada dengan ukuran payudara.

 

7. Payudara membesar setelah hubungan seks

Benar untuk jangkawaktu yang singkat. Berhubungan seks meningkatkan aliran darah, dan kelenjar susu membengkak sedikit. Tapi setelah malam gairah semuanya kembali ke normalnya, dan jenis kelamin tidak mempengaruhi ukuran payudara sebagaimana organ seks lelaki.

Namun kekurangan gizi atau berlebihan donat dan muffin dapat melakukan trik: satu akan menambah berat badan dan, akibatnya, massa payudara dan ukuran akan meningkat bersama-sama dengan berat badan.

 

8. Lelaki suka payudara besar

Pasti, namun tidak semua orang begitu. Pada tahun 2002, satu survey di Barat, yang bertujuan untuk menemukan apa ukuran payudara dianggap paling menarik. Penelitian ini melibatkan beberapa ribu orang. 53% dari responden pria mengatakan mereka suka wanita dengan ukuran payudara sedang, 14% mengkagumi pemilik payudara besar, sedangkan 5% menyukai wanita dengan konstitusi kekanak-kanakan.

Selebihnya 28%, ternyata, tidak menganggap ukuran menjadi penting. Psikolog mengatakan bahwa semangat untuk dada besar adalah fitur tersembunyi anak mama.

 

9. Ukuran  Payudara Kanan dan Kiri Adalah Sama.

Ada yang berpandangan payudara yang sihat adalah yang mempunyai saiz yang sama bagi kedua-dua belah. Faktanya kebanyakan wanita mempunyai ukuran payudara yang tidak sama saiz. Kebiasaannya ukuran payudara sebelah kiri akan lebih besar dari sebelah kiri.

 

10. Lelaki Juga Boleh Menghasilkan Susu.

Benar walaupun luar biasa. Lelaki juga mempunyai kelenjar susu. Sekiranya dirangsangkan dengan hormon estrogen lelaki boleh menghasilkan susu. Namun kes ini amat terpencil.

PENTING NYA WANITA MENJAGA KECANTIKAN PAYUDARA

Kali ini saya ingin bincangkan tentang kepentingan menjaga kecantikan payudara bagi setiap individu wanita yang sudah akil baligh. Saya percaya berbicara tentang payudara adalah sesuatu yang dirasakan tidak manis bagi masyarakat timur lebih-lebih lagi bagi bangsa Melayu.
Berbicara tentang payudara bukanlah sesuatu yang taboo.  Jangan kita merasa jijik, geli atau berprasangka negatif terhadap perbincanag tentang payudara secara ilmiah. Payudara seringkali dikaitkan dengan seks dan seks pula sering dianggap kotor, jijik dan kurang sopan untuk berbicara perkara berhubungan dengan seks secara terbuka. Ini adalah kerana difahami bahawa seks adalah soal peribadi. Betul. Perlakuan seks itu adalah sesuatu yang peribadi. Namun pengetahuan tentang seks itu perlu dikongsi dan dipelajari dari orang lain. Seks itu tidak jijik. Tetapi perlakuan manusia yang di luar batasan itu menjadikan seks itu jijik. Malah dalam ajaran agama Islam sendiri menganggap seks  yang sihat itu penting. Malah boleh mendatangkan pahala. Seks itu adalah anugerah dari Allah kepada manusia. Asalkan mengikut panduan yang telah ditetapkannya.
OK!. Saya bukan ingin bercakap tentang seks secara langsung tetapi tentang penjagaan kecantikan payudara. Saya tekankan di sini tentang kecantikan bukan soal kesihatan. Kerana secara amnya sesuatu yang cantik kebiasaannya sihat. Jadi kedua-duanya berkaitan. Jika kita ingin cantik kita perlu berada daam keadaan sihat. Jika kita sihat insyaAllah kecantikan akan terserlah.
Saya ingin perbetulkan beberapa persepsi wanita terhadap kepentingan mempunyai payudara yang cantik walaupun kita sudah berusia atau pun sudah punyai anak berderet malah sudah jadi nenek pun tidak terlepas dari kepentingan menjaga kecantikan payudara.
Sekiranya anda sudah berkahwin dan mempunyai anak dan menyusukan anak, pasti bentuk payudara anda sudah agak kendur dan warna areola pun udah pucat. Ini adalah kerana apabila anda sudah melahirkan anak dan sudah tamat tempoh menyusu, Saiz payudara yang membesar ketika mengandungi susu kekal dengan saiz berkenaan setelah susu kering. Ini menjadikan payudara puan-puan menjadi kendur. Mengikut kajian pakar, payudara tidak boleh dibesarkan atau tegang melalui senaman kerana tisu payudara tidak mempunyai otot. Sebab itu ramai artis barat menggunakan kaedah Breast Transplant iaitu dengan cara memasukkan silikon ke dalam payudara. Namun perbuatan ini adalah haram di sisi Islam dan mempunyai risiko kesihatan yang tinggi.
Kebiasaannya apabila seseorang wanita itu sudah berkahwin, mereka kurang memberi perhatian dalam bab penjagaan payudara berbanding dengan penjagaan wajah atau bentuk dan berat badan. Lebih-lebih lagi apabila usia sudah mencapai tahap warga emas. Adakah anda rasa penjagaan kecantikan payudara kurang penting berbanding dengan penjagaan bahagian tubuh yang lain? Anda silap.
Cuba kita renung dan fikir-fikirkan. Setiap hari kita berada depan cermin berjam-jam untuk menatap wajah kita. Berbagai jenama produk kecantikan kita cuba sehingga pengeluar produk kecantikan wajah dan untuk menguruskan badan  rata-rata menjadi jutawan. Tetapi adakah anda pernah terfikir, untuk siapakah wajah yang cantik gebu itu ditujukan? Betulkah untuk suami? Kenapa sewaktu di rumah muka kita kusam tanpa secalit gincu pun? Tahukan puan-puan, bukan sahaja puan-puan yang menjaga kecantikan rupa paras. Perempuan-perempuan lain di luar sana juga berbuat demikian dan suami puan-puan juga terdedah dengan perempuan-perempuan cantik di luar sana. Adakah anda rasa anda mampu menandingi kecantikan perempuan-perempuan tersebut. Mungkin dan mungkin tidak. Tetapi anda ada kelebihan. Ada sesuatu yang anda miliki dan boleh menawan hati suami. Sesuatu yang orang lain tidak nampak cuma anda yang boleh berikan. YA! Payudara yang cantik.
Payudara yang cantik bukan sahaja mempunyai daya seksual namun juga memberi keyakinan diri kepada kaum wanita. Banyak kajian yang telah dibuat oleh pakar membuktikan perkara tersebut. Anda boleh lihat sendiri kenapa wanita seboleh-bolehnya mahu mengelak dari membuang payudara akibat kanser. Dan kita lihat bagaimana keadaan wanita yang sudah dibuang payudara. Mereka tidak lagi sama seperti sebelumnya. Kurang keyakinan.
Apabila usia sesebuah perkahwinan itu semakin lama, para wanita merasakan penjagaan payudara itu tidak lagi penting. Mereka beranggapan suami mereka dah tak kisah. Sekali lagi anda silap. Suami sebenarnya teringin melihat isterinya seperti dulu-dulu. Tetapi mereka selalunya tak sebut. Jalan mudah bagi mereka adalah cari pengganti. Adakah anda mahu begitu sedangkan anda boleh mengubah segalanya. Bayangkan suatu hari, ketika melihat pada badan anda suami anda melihat anda seolah-olah itulah kali pertama dia melihat anda. Dapatkah anda bayangkan bagaimana layanan dia terhadap anda pada masa itu. Apabila hubungan suami isteri dingin, selalunya wanita akan menyalahkan lelaki curang. Sebenarnya selagi lelaki belum cukup kuota (bagi Islam) mereka tidak boleh dikatakan curang. Kita tidak boleh salahkan lelaki sepenuhnya kerana begitulah kehendak biologi mereka. Kita sebagai kaum wanita perlu memainkan peranan yang lebih aktif. Kita kena tahu apa yang mereka mahu. Apa kehendak biologi mereka.
Jangan kerana usia kita sudah mencapai usia warga emas maka kita mengabaikan kehendak biologi suami kita. Itulah kesilapan yang kerap dilakukan oleh wanita terutamanya orang Melayu. Mereka menganggap kehendak seks pada usia emas adalah satu perbuatan “gatal”. Tidak. Itu adalah hukum alam. Itu adalah tabii manusia. Tahukah anda Nabi Zakaria A.S mendapat anak pertama ketika berusia 90 tahun dari seorang isteri yang juga sudah lanjut usia.
Puan-puan kena ingat, jangan tunggu suami beri isyarat baru nak berubah. Itu pun kalau puan-puan faham isyaratnya. Puan-puan kena pro aktif.. Jangan dah terlepas isyarat sudahlah. Anda boleh lihat sendiri apa yang  saya katakan ini. Suami puan-puan pasti ada perubahan selaras dengan perubahan pada payudara puan-puan.  Puan-puan tidak perlukan saiz payudara seperti Dolly Parton. Cukup sekadar kembali tegang dan warna puting yang lebih remaja bisa membuat suami anda melekat di rumah. Anda tidak perlu tunggu bulan depan baru hendak berubah kerana seperti kata pakar motivasi terkenal, Dr Azizan Osman, “Fast Action Fast Result“. Tidak rugi untuk anda mencuba mempraktikkan apa yang saya katakan ini. Tetapi ruginya sekiranya anda ketepikan sebelum mencuba. Kerana ianya mungkin boleh merubah hidup anda sehingga akhir hayat. Jangan anda tidak sangka, mungkin kebahagiaan rumahtangga anda terletak pada payudara anda. Kalau anda tercari-cari kenapa hubungan anda suami isteri agak dingin. Apakata cuba lihat rahsia pada payudara anda.

Wednesday, February 12, 2014

Lagenda Mani Gajah



Baru-baru ini seorang wanita telah mengaku menggunakan sihir berbekalkan batu mani gajah yang dijadikan tangkal, dan berjaya mengikis lebih 50 lelaki kaya sehingga dia mampu menyimpan lebih RM3 juta dalam tempoh cuma setahun.

Menurut laporan berita Harian Metro, Wanita yang berumur 31 tahun itu, bagaimanapun menerima padah apabila dia menderita penyakit misteri selepas salah seorang isteri lelaki kaya yang disihirnya membalas dendam dengan turut mengenakan ilmu hitam ke atasnya.

Rakan wanita ini memberitahu mengenai batu mani gajah dimiliki seorang bomoh tinggal di sempadan Siam (Thailand) yang dikatakan mampu membuatkan sesiapa saja tunduk dengan permintaan dan arahan kita sehingga dia sanggup menjual diri bagi memperoleh RM8,000 sebagai bayaran untuk memiliki batu itu dan saya juga memandu beratus-ratus kilometer bersendirian untuk ke rumah bomoh itu dua tahun lalu.

Lagenda Mani Gajah:

Lagenda batu kristal Mani Gajah ini bermula di Wilayah Sumatra, Indonesia, di mana tinggalnya Suku Anak Dalam (Suku Kubu) yang tinggal di satu wilayah dengan habitat Gajah. Lagenda bermula, kononnya ceritanya terdapat seekor Gajah Jantan Besar yang menjadi Raja kepada kumpulan gajah-gajah yang menghuni habitat gajah tersebut. Dipendekkan cerita Raja gajah tadi nak bersenggama dengan gajah betina dan apabila perbuatan itu selesai, si Raja Gajah akan menimbuskan sisa-sisa mani yang berciciran di tanah agar tidak kelihatan lagi. Mani gajah yang terkambus dan tertanam itu akan bertukar menjadi batu kristal yang lembut dan akhirnya menjadi keras dan inilah yang dipanggil Batu Mani Gajah atau Permata Mani Gajah.

Peristiwa Raja Gajah Tunggal memuaskan rasa berahi itu sentiasa diintai oleh Puak Suku Anak Dalam. Setelah Gajah Tunggal dan kawanan gajah-gajah betina itu beredar, maka berebut-rebutlah Suku Anak Dalam untuk menggali kambusan tanah untuk mendapatkan mani gajah yang telah bertukar kepada kristal tersebut.
Dari situlah mungkin, orang-orang tua dahulu mendapat tahu mengenai lagenda mani gajah ni tadi dan masuk ke hutan, nampak benda bersinar-sinar di tanah ( kristal mani gajah ) dan anggap benda tu ada khasiat walhal tak ada pun kajian secara menyeluruh dan juga cop halal Jakim.

Dipercayai kristal mani gajah ini mempunyai “wave” atau gelombang elektronik yang mempunyai energi yang serasi dengan gelombang energi manusia. Sifat dan keindahan alami batu mani gajah ini adalah seperti berikut:-
1. Rezeki – membantu menambahkan kelancaran terbukanya pintu rezeki ( sepatutnya berdoa pada Tuhan untuk tambah rezeki )
2. Menarik rasa cinta, kasih sayang, pengasih kepada perempuan, orang yang melihat kepada pemakai
3. Menguatkan kejantanan lelaki.
4. Bagi mereka yang mempunyai deria ke enam, pasti akan melihat tenaga energi kristal ini akan kuning kehijauan di mana energi ini mampu menyerap energi panas tubuh manusia dan meneutralkannya.(mani gajah mempunyai energi dingin). Secara mistiknya manusia akan tertakluk dengan energi yang dihasilkan oleh batu mani gajah ini.