RACUN SANTAU
Pengenalan
Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk
menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal
(miang), bisa dan pedih.
Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat
racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak
puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan
sebagainya.
Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu
buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa
yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya
terasa bisa.
Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih
apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut,
benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam,
bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan
dan sebagainya.
Dalam pengalaman penulis mengubati pesakit racun santau,
penulis telah bertemu dengan pesakit yang disantau dengan menggunakan
bahan-bahan lain seperti bangkai tikus dan juga tuala wanita (sanitary pad)
yang telah digunakan.
Santau hikmat atau lebih dikenali sebagai 'santau angin'
atau 'santau seru', santau ini akan dihantar kepada mangsanya dengan
menggunakan perhidmatan syaitan atau jin. Santau angin boleh dihantar ke rumah
atau ke tempat kediaman menyebabkan ahli atau sebahagian mereka yang mendiami
rumah tersebut terkena santau.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Santau ialah sejenis sihir iaitu racun yang diberi kepada
mangsa melalui zahir atau melalui angin iaitu melalui pemujaan syaitan atau
jin. Mangsa yang kena santau selalu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada
supaya dia menderita berpanjangan yang berakir dengan kematian, atau pun
menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu.
Ada 2 jenis santau:
Santai yang disediakan dan diberi makan kepada mangsa secara
hakikat atau zahir. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan
keberkesanan bahan racun santau yang diadunkan. Walau bagaimanapun bahan itu
mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa.
Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu
yang menggunakan hikmat. Istilah hikmat di sini bermaksud santau yang dibuat
disertai pemujaan syaitan dan jin. Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui
saluran najis. Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara
tertentu. Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang
tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit
semula.
Sintom
Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa
perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang
paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat awal batuk
disertai dengan pening kepala dan deman pagi dan petang. Batuk ini berlainan
seperti batuk biasa. Ia merupakan batuk kering yang memanjang tanpa
mengeluarkan kahak. Pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti
antara pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi. Pesakit juga akan merasa lesu
dan deman, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, dan tidak berupaya berfikir
seperti biasa. Kadangkala mangsa akan muntah darah. Darah yang keluar adalah
akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan dan akibat terkena bisa
santau atau bahan-bahan yang melukakan. Apabila batuk sampai ketahap serius,
pesakit akan muntah darah bercampur dengan nanah. Pesakit kadang-kadang akan berasa
seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat
luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan.
Sintom atau kesan yang lain termasuk:
- Pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut dan pinggang.
- Berasa tidak selesa dan sering sakit kepala.
- Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih dan kurang aktif.
- Kurang daya ingatan.
- Berubat tabiat asal menjadi pemarah atau panas baran.
- Sakit di bahagian tengkuk.
- Kesan lelah atau asthma.
- Bahan-bahan racun santau ini akan bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Kemudian ia akan terus bergerak ke hujung kaki dan tangan. Sekiranya kuku seseorang itu berwarnia hitam kebiru-biruan, ini menandakan pesakit itu sudah sampai ke peringkat yang teruk. Ketika ini pesakit selalu berasa kebas di kaki dan tangan.
Bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan
bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menybabkan
bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis
itu akan terus menyerang anggota badan lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman
ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang, dan anggota yang lain. Serangan
pada bahagian ini menyebabkan pesakit mendapat sakit sampingan sepertu lelah,
sakit buah pinggang, hati (liver) dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment