Friday, July 19, 2013

HENDAK SALAHKAN SIAPA????

HENDAK SALAH KAN SIAPA?

Seorang ibu tunggal yang berumur 40an datang mengadu kepada saya mengenai perlakuan kedua-dua anak perempuannya yang berumur 15 dan 16 tahun. Ibu tunggal ini telah berpisah dengan suaminya 14 tahun yang lalu. Tanpa bantuan dari bekas suami dia telah membesarkan kedua anak ini dengan penuh kasih sayang sejak lahir dan memberi mereka pendidikan yang sewajarnya. Malangnya bila anak-anak ini sudah dewasa mereka tidak menghormati ibu mereka. Kadangkala mereka akan memarahi  dan memaki hamun ibu mereka dengan perkataan-perkataan kesat dan menghina. Bila mereka terlalu marah, mereka tidak sedar apa yang diperkatakan dan diperlakukan seolah-olah mereka sedang dirasuk. Yang menyayatkan hati seorang anak ini sanggup mencederakan ibunya dengan mengkelar pisau di lengan ibu ini. Begitu sekali kebencian anak-anak ini terhadap ibu kandung mereka. Parut bekas kelaran di lengan ibu ini masih nampak dengan jelas. Walaupun dicederakan ibu ini masih tetap menyayangi kedua-dua anaknya dan masih lagi mahu mencari penyelesaian atas masalah kedua-dua anaknya. Bila saya memeriksa kedua-dua anak ini, terdapat banyak jin-jin saka di dalam badan kedua-dua anak ini. Jin-jin ini diwarisi dari keturunan keluarga ayah mereka. Jin-jin saka telah mempengaruhi dan menguasai pemikiran, emosi, perlakuan dan sikap kedua-dua anak ini supaya membenci dan menghina ibu mereka.




cara rawatan dengan memasuki kuasa minda ia bisa menghalang diri seseorang dari di kuasai oleh unsur2 yang tidak baik... sekiranya jin2 ini di keluarkan tapi kuasa minda masih lemah ia tetap boleh mempengaruhi minda dan seterusnya terus di kuasai oleh unsur2 ni

No comments:

Post a Comment