Wednesday, September 21, 2016

Zikir Fatimah: Ajaran Nabi S.A.W Kepada Fatimah Untuk Menjadi 'Superwomen'


Fatimah R.anha biasanya menggunakan tangannya untuk mengisar bijian yang menyebabkan tanganya menjadi kasar. Beliau juga mengisi air ke dalam bekas yang di buat daripada kulit dan membawa bekas itu ke rumah sehingga meninggalkan kesan didadanya akibat daripada tali bekas tersebut. Beliau sendiri menguruskan rumahnya, menyapu dan sebagainya sehingga menyebabkan pakaiannya selalu kotor.

Pada suatu ketika beberapa orang hamba perempuan telah di bawa kepada Nabi SAW. Saya (Ali r.anhu) pun menyuruh Fatimah r.anhu," Kamu pergilah kepada Rasulullah SAW dan minta seorang pembantu agar kamu mendapat bantuan daripadanya."

Beliau kemudian pergi berjumpa Nabi SAW tetapi beliau mendapati ramai orang berada di situ. Beliau seorang yang sangat pemalu. Lantaran sifat pemalunya, beliau tidak mahu meminta kepada bapanya di hadapan orang ramai walaupun itu merupakan bapanya sendiri,maka beliau pun pulang.

Pada keesokan harinya,Rasulullah SAW datang sendiri dan bersabda, "Fatimah Untuk tujuan apakah engkau pergi ke sana? "

Oleh kerana perasaan malu, beliau mendiamkan diri sahaja.Saya (Hazrat Ali r.anhu) pun berkata , "ya Rasulullah, kesan daripada batu pengisar, tanganya menjadi kasar. Kesan daripada tali bekas air, dadanya telah berparut. Semetara urusan rumahtangga yang lain meyebabkan pakaianya selau dalam keadaan kotor. Kelmarin saya(Ali r.anhu) memberitahunya mengenai hamba-hamba yang telah sampai kepada Rasulullah, supaya Fatimah r.anha dapat meminta seorang hamba. Oleh kerana itu Fatimah r.anha pergi kepada mu ya Rasulullah.

Rasulullah SAW bersabda, "wahai anakku,bersabarlah. Nabi Musa a.s dan isterinya memiliki hanya satu alas tidur sahaja sehingga 10 tahun. Itu pun hanya jubah Nabi Musa a.s. Itulah yang di bentang dan mereka tidur di atasnya.Takutlah kepada ALLAH SWT hasilkan sifat takwa dan tunaikanlah tugas dan kewajipanmu terhadap ALLAH dan sempurnakanlah tugas-tugas rumahtangga mu. Apabila kamu hendak tidur maka bacalah SUBHANALLAH (33 KALI),ALHAMDULILLAH (33 KALI) dan ALLAHUAKBAR (34 KALI)
Amalan ini lebih baik bagi kamu daripada mendapatkan hamba."

Fatimah r.anha pun berkata, Saya redha dengan ALLAH SWT dan RASULNYA." (Abu Daud)

No comments:

Post a Comment