Wednesday, September 21, 2016

Zikir Fatimah: Ajaran Nabi S.A.W Kepada Fatimah Untuk Menjadi 'Superwomen'


Fatimah R.anha biasanya menggunakan tangannya untuk mengisar bijian yang menyebabkan tanganya menjadi kasar. Beliau juga mengisi air ke dalam bekas yang di buat daripada kulit dan membawa bekas itu ke rumah sehingga meninggalkan kesan didadanya akibat daripada tali bekas tersebut. Beliau sendiri menguruskan rumahnya, menyapu dan sebagainya sehingga menyebabkan pakaiannya selalu kotor.

Pada suatu ketika beberapa orang hamba perempuan telah di bawa kepada Nabi SAW. Saya (Ali r.anhu) pun menyuruh Fatimah r.anhu," Kamu pergilah kepada Rasulullah SAW dan minta seorang pembantu agar kamu mendapat bantuan daripadanya."

Beliau kemudian pergi berjumpa Nabi SAW tetapi beliau mendapati ramai orang berada di situ. Beliau seorang yang sangat pemalu. Lantaran sifat pemalunya, beliau tidak mahu meminta kepada bapanya di hadapan orang ramai walaupun itu merupakan bapanya sendiri,maka beliau pun pulang.

Pada keesokan harinya,Rasulullah SAW datang sendiri dan bersabda, "Fatimah Untuk tujuan apakah engkau pergi ke sana? "

Oleh kerana perasaan malu, beliau mendiamkan diri sahaja.Saya (Hazrat Ali r.anhu) pun berkata , "ya Rasulullah, kesan daripada batu pengisar, tanganya menjadi kasar. Kesan daripada tali bekas air, dadanya telah berparut. Semetara urusan rumahtangga yang lain meyebabkan pakaianya selau dalam keadaan kotor. Kelmarin saya(Ali r.anhu) memberitahunya mengenai hamba-hamba yang telah sampai kepada Rasulullah, supaya Fatimah r.anha dapat meminta seorang hamba. Oleh kerana itu Fatimah r.anha pergi kepada mu ya Rasulullah.

Rasulullah SAW bersabda, "wahai anakku,bersabarlah. Nabi Musa a.s dan isterinya memiliki hanya satu alas tidur sahaja sehingga 10 tahun. Itu pun hanya jubah Nabi Musa a.s. Itulah yang di bentang dan mereka tidur di atasnya.Takutlah kepada ALLAH SWT hasilkan sifat takwa dan tunaikanlah tugas dan kewajipanmu terhadap ALLAH dan sempurnakanlah tugas-tugas rumahtangga mu. Apabila kamu hendak tidur maka bacalah SUBHANALLAH (33 KALI),ALHAMDULILLAH (33 KALI) dan ALLAHUAKBAR (34 KALI)
Amalan ini lebih baik bagi kamu daripada mendapatkan hamba."

Fatimah r.anha pun berkata, Saya redha dengan ALLAH SWT dan RASULNYA." (Abu Daud)

Tuesday, September 13, 2016

Kisah-kisah Di Sebalik Ibadah Haji

Sejarah Manis menunaikan ibadah Haji pada tahun 2010


Sedikit renungan Kisah-kisah Di Sebalik Ibadah Haji
Bukit Marwah


Saei Dari Bukit Safa ke Bukit Marwah
Tatkala di hati Siti Sarah rasa dukacita, resah dan cemburu kepada madunya Siti Hajar yang juga isteri kepada Nabi Ibrahim, maka dianjurkan kepada Nabi Ibrahim supaya membawa pergi Siti Hajar dari bumi Palestin. Nabi Ibrahim memohon petunjuk dari Allah, lalu mengizinkan baginda membawa Siti Hajar ke mana sahaja yang dikehendakinya. Tiba di suatu tempat di tengah padang pasir tandus yang tiada pokok atau air, Nabi Ibrahim memutuskan untuk meninggalkan Siti Hajar dan anaknya Ismail di situ, kerana baginda akan meneruskan perjalanan menyampaikan risalah Allah. 
Nabi Ibrahim menerangkan kepada Siti Hajar bahawa pemergiannya adalah dengan perintah Allah dan meminta Siti Hajar bersabar dan menerima setiap perintah Allah kerana segalanya ada hikmah di sebaliknya. Maka pergilah Nabi Ibrahim dengan hati yang sayu meninggalkan anak isteri di tempat yang sunyi dan tandus itu. Beberapa hari kemudian bekalan makanan dan air pula habis, memaksa Siti Hajar meninggalkan anaknya mencari air tatkala ternampak seolah-olah air di tengah padang pasir. Tetapi terpaksa kembali ke anaknya apabila mendengar tangisan yang semakin kuat. Apabila nampak wajah Ismail, semakin lemah Siti Hajar kembali mencari setitis air di padang pasir. Tempat berulang alik Siti Hajar tersebut diabadikan menjadi Safa dan Marwah.



Telaga Zam-Zam
Sesudah letih mencari air, Siti Hajar pulang dan duduk di sisi Ismail. Dia sudah putus asa untuk mencari lagi. Tatkala itu, dia ternampak setumpuk pasir tidak jauh dari tempat itu yang kelihatan basah. Hajar segera mengali pasir yang basah itu dengan tangannya dan ternyata akhirnya air mengalir keluar hasil korekannya itu. Hari ini lubang kecil yang dikorek dengan tangan oleh Hajar itu menjadi sebuah telaga yang terkenal dengan panggilan telaga zam-zam.

Kewujudan Kota Mekah 
Dari gerak laku dan perbuatan Siti Hajar dengan Ismail di situlah berpangkalnya beberapa acara dalam amalan haji, sementara air zam-zam pula akhirnya menjadikan tempat itu tempat yang paling sibuk dengan aktiviti perdagangan, persinggahan dan peribadatan yang terkenal di kalangan orang Islam di seluruh dunia iaitu Kota Mekah.

Bukit Rahmah
Selang beberapa tahun kemudian Nabi Ibrahim pulang ke tempat tersebut mencari kembali anak isterinya yang telah ditinggalkan. Akhirnya baginda menemui mereka di atas Bukit Rahmah di tengah Padang Arafah. Sempena pertemuan yang bersejarah itulah maka tempat itu diberikan nama demikian.

Takbir
Tatkala bertemu Nabi Ibrahim akan keluarganya, keadaan itu jauh lebih baik dari keadaan mereka dahulu. Di samping menjadi penguasa telaga Zam-zam, mereka juga memiliki banyak kambing. Maka atas rasa kesyukuran yang amat sangat, bertakbirlah mereka dengan menyebut :
الله اكبر، الله اكبر، ولله الحمد


Bermalam di Muzdalifah
Dalam perjalanan pulang ke telaga Zam-zam itu, mereka berhenti di suatu tempat yang pada hari ini dinamakan Muzdalifah kerana keletihan berjalan mereka pun tertidur seketika. Di tengah-tengah tidur itulah, Nabi Ibrahim bermimpi diperintah oleh Allah supaya menyembelih anaknya Ismail.



Mina
Tatkala Ismail diberitahu tentang perintah Allah itu, beliau akur. Itulah ujian paling besar dari Allah terhadap dua beranak itu. Maka berangkatlah mereka ke suatu tempat yang dinamakan Mina untuk mengerjakan perintah Allah supaya Ismail dijadikan korban. 


Melontar Jamrah
Dalam perjalanan itu mereka diuji dengan munculnya syaitan berupa manusia yang cuba menghasut mereka supaya membatalkan pekerjaan yang 'bodoh' itu. Nabi Ibrahim menentang hasutan syaitan itu berulang kali yang hari ini dilambangkan dengan amalan merejam tujuh kali di tiga jamrah semasa kita berada di Mina.

Hari Raya Korban
Apabila tiba di tempat yang di mana korban akan dilakukan , Ismail merebahkan dirinya dan Nabi Ibrahim bersedia hendak meletakkan pisau tajamnya dileher anaknya, Allah memerintahkan malaikat membawa seekor kambing kibas supaya disembelih oleh Nabi Ibrahim mengantikan anaknya itu. Dari peristiwa ini berlaku ibadah korban yang diperintahkan kepada penunai haji dan kaum muslimin seluruhnya. 

Kaabah
Suatu ketika Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Ibrahim supaya mendirikan Kaabah di Mekah bersama dengan anaknya Nabi Ismail. Maka bekerjala kedua beranak dengan tangan mereka sendiri membina rumah Allah di sisi telaga zam-zam yang airnya digunakan untuk membancuh tanah liat dan membuat ketulan-ketulan tanah keras hingga akhirnya terdirilah Kaabah.

Hajar al-Aswad
Binaan itu hampir siap tetapi masih terdapat di bahagian penjurunya yang belum tertutup, sedangkan bahan binaan sudah kehabisan. Mereka pun mencari di keliling dan bertemu dengan seketul batu hitam yang istimewa bentuknya lalu diangkatlah oleh mereka bersama dan ditempatkan di penjuru yang masih kosong itu. Oleh kerana, batu itu yang terakhir yang diletakkan bagi menyempurnakan bangunan yang mulia itu, mereka mengucup batu itu sebagai tanda kegembiraaan. Perbuatan ini diabadikan hingga ke hari ini ketika mengerjakan haji kerana disunatkan mencium Hajr al-Aswad sebagai mengabadikan syariat Nabi Ibrahim dan Ismail.

Tawaf
Kemudian bangunan yang tersergam itu diperhatikan kembali oleh mereka berdua sambil berjalan mengelilinginya. Perbuatan ini diabadikan juga oleh kaum muslimin yang pada hari ini dipanggil tawaf.


Maqam Nabi Ibrahim
Kemudiannya Nabi Ibrahim berhenti sambil merenung hasil kerja tangan mereka, dan dengan rasa penuh kesyukuran baginda berdoa kepada Allah. Tempat baginda berdiri dan berdoa itu dinamakan Maqam Ibrahim (tempat berdirinya Ibrahim) di hadapan Kaabah.

Monday, August 22, 2016

Mengatasi masalah bebanan hutang.

Semua orang berhutang. Percaya? Tiada apa yang perlu dimalukan.

Islam sendiri ada cara-cara berhutang yang betul. Apa yang penting, berhutang ikut kemampuan kita dan bukan berhutang mengikuti apa kata orang mau.

Apabila kita berhutang di luar kemampuan, itulah yang selalu menyebabkan kita terperangkap dengan hutang hutang berkepanjangan.

Berikut adalah doa yang Nabi Muhammad saw ajar kepada kita yang baik untuk diamalkan pagi dan petang untuk mengatasi masalah bebanan hutang.

“Ya Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah kemauan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dari belenggu hutang dan tekanan manusia.”

Apa yang kita maklum, berdoa sahaja tidak akan menyelesaikan masalah. Duit tidak datang dengan sendirinya selepas kita mengaminkan sesuatu doa. Namun doa yang Nabi saw ajar ini mengandungi pengajaran yang penting.

Yaitu 4 langkah yang perlu kita buat apabila mau keluar dari beban hutang.

1. Hilangkan perasaan susah dan sedih

Mula-mula perlu buang perasaan negatif ini. Kerana mereka yang mempunyai belenggu hutang yang besar secara automatik mempunyai perasaan gundah gulana sebegini besar, ada di mana mana hutangnya . Iyalah, hutang sudah mengelilingi pinggang. Justeru itu , kita akan akui bahwa kita ada  hutang.

Ya, kita akui. Bukan berada dalam penafian . Jangan hindari tapi hadapi situasi tersebut. Ini adalah langkah pertama yang paling penting, akui kesalahan masalah keuangan kita dan tentunya hidup mesti terus berjalan.

2. Tanam sifat rajin

Setelah berlaku jujur dengan diri sendiri maka langkah seterusnya adalah menjadi orang rajin. Orang yang berjaya semuanya orang yang rajin.  Harus rajin bekerja, buat bisnis dan cari pendapatan tambahan. Tiada alasan, itu harus diikhtiarkan.

3. Menjadi berani dan banyak bersedekah

Ada banyak keadaan memerlukan kita jadi berani. Jika perusahaan tempat anda bekerja  memberikan gaji yang tak cukup untuk kebutuhan anda , kita mesti berani berhenti kerja dan mencari kerja di tempat lain. Atau bila bisnis pertama gagal, berani untuk tutup kedai dan berani memulai  bisnis yang lain.

Yang paling penting, mesti berani menjual. Namun kebanyakan kita tidak berani menjual sedangkan Allah swt telah menghalalkan bisnis.

Dan pada masa yang sama, banyaklah beri sedekah, bantu orang lain walaupun kita masih lagi belum keluar dari belenggu hutang sepenuhnya. Ya, jangan jadi bakhil. Jadilah orang yang pemurah untuk keluar dari belenggu hutang.

Give first, earn later.

4. Bayar hutang dengan sistematik

Apabila kita telah membuat 3 langkah yang awal, maka tibalah masa untuk kita menyusun semula hutang-hutang dengan baik supaya kita dapat menyelesaikannya dengan lebih cepat.

3 langkah sebelum ini menjadikan kita orang yang ada pendapatan lebih.

Namun jika duit lebih itu tidak dimanfaatkan untuk membayar hutang dengan sistematik maka kita tidak dapat keluar dari belenggu hutang ini dengan cepat.

Maka sebab itulah kita perlu berjumpa dengan pihak yang ada hutang dan membuat jadwal penstrukturan hutang yang sesuai. Ketika waktu beginilah kita menghadapi tekanan manusia lain yang datang menuntut hutang dengan pelbagai cara dan tekanan. Ya, hadapi mereka dengan berbincang secara baik. Pasti akan ada jalan keluarnya.

Usaha + Doa (Tawakal) = Bebas Hutang

Maka inilah fungsi doa dalam kehidupan. Setelah kita berusaha dengan cara yang betul, Allah akan membantu dengan caraNya  yang lain atau dengan maksud yang lain, bertawakallah bersama dengan kita berusaha.

Wednesday, August 10, 2016

Meta Model seni bertanya Soalan



Meta-Model adalah model awal dari keilmuan NLP. Meta-Model adalah hasil pemodelan dari pengamatan yang dilakukan oleh pendiri NLP, Richard Bandler dan John Grinder, terhadap 2 orang terapis yang luar biasa, iaitu Virginia Satir seorang Family Therapist, dan Fritz Perls seorang Gestalt Therapist.

Richard Bandler dan John Grinder mengamati dengan seksama bahwa kekuatan kedua orang therapist tersebut adalah kepiawaian mereka dalam melontarkan pertanyaan kepada Client, atau lebih tepatnya memberikan komen atau pertanyaan susulan setelah Client melontarkan sebuah pernyataan, dimana komen ataupun pertanyaan-pertanyaan susulan ini membuat Client memiliki wawasan lebih luas dan menemukan berbagai hal yang mungkin sebelumnya tidak disadari.

Filosofi dari konsep Meta-Model adalah diyakini bahwa manusia saat merakam realiti (external world) adalah berupa kesatuan utuh, akan tetapi saat mereka mengungkapkannya kembali secara verbal, biasanya dalam konteks tertentu, maka terjadi proses pelucutan dari kesatuan utuh yang ada sebelumnya, dimana dikenal dengan proses yang diistilahkan sebagai : Distortion, Deletion, dan Generalization.

Secara praktis, apa yang diungkapkan seseorang, kemungkinan besar tidak mewakili situasi dan kondisi yang terjadi sebenarnya, karena ekspresi verbal yang telah diungkapkan kemungkinan telah diubah oleh proses : Distortion, Deletion, dan Generalization, mungkin saja kerana faktor emosional dalam konteks tertentu.

Teknik Meta-Model adalah sebuah analisa praktis linguistik untuk membantu seseorang agar kembali melengkapi suatu hal yang mungkin telah di hilangkan oleh proses : Distortion, Deletion, dan Generalization tersebut. Karena itu dalam NLP klasik (Classic Code) dirumuskan pelanggaran-pelanggaran yang mungkin terjadi dalam sebuah ekspresi verbal, pelanggaran-pelanggaran yang dimaksud adalah kemungkinan terjadi proses : Distortion, Deletion, dan Generalization ini. Kemungkinan-kemungkinan pelanggaran ini ditindak-lanjuti dengan berbagai pertanyaan (challenge) yang bertujuan untuk kembali melengkapi hal-hal yang mungkin “hilang”, “terherot”, atau “di-generalisasi”, sehingga akhirnya dicapai kembali kesatuan utuh yang diharapkan dapat memberdayakan Client.

Secara sederhana, misalkan seseorang menyatakan :

“Semua orang membenci saya”

Maka dapat kita bayangkan betapa menderitanya yang bersangkutan, karena secara emosi ia merasa tidak seorangpun yang tidak membencinya. Saat yang sama kita juga segera dapat mengetahui bahwa pernyataan tersebut adalah TIDAK BENAR, kerana telah terjadi proses generalisasi secara tidak disengaja, dan membuat seseorang tersebut merasa tidak berdaya.

Ketika kita mencuba untuk bertany secara lebih detail, dengan pertanyaan-pertanyaan Meta-Model, dalam gaya Sleight of Mouth(SOM), contohnya :

“Apakah jiran depan anda membenci anda ? Apakah kerani di pejabat anda juga membenci anda ?”

Maka kemungkinan jawabannya adalah “Tidak”, dan ternyata setelah kita semakin detailkan, selanjutnya mungkin yang bersangkutan akan mengatakan :

“Ya, sebenarnya yang tidak menyukai saya adalah mertua saya dan adik-adik dari suami saya”

Dapat dibayangkan, saat seseorang berada dalam tekanan emosi, maka fakta bahwa hanya beberapa orang yang tidak menyukainya dapat dengan mudah di-generalisasi dalam sebuah ekspresi verbal :

“Semua orang membenci saya”

Dan dapat dibayangkan pula, betapa menjadi sangat berdayanya orang dimaksud, ketika ia benar-benar menyedari bahwa ternyata masih banyak orang yang menyukai dan mencintai dirinya !

Dalam NLP dikenal sebuah presupposition :

“The Map is Not The Territory”

Atau secara sederhana sebuah peta mental yang terdapat dalam diri seseorang, seringkali tidak sesuai dengan fakta (sempadan), dimana dalam keadaan tekanan emosional yang buruk sangat besar kemungkinan terjadi gambaran peta mental yang jauh lebih “buruk” dari hal yang sesungguhnya terjadi.

Nah, mungkin sudah dapat semakin dipahami bahwa tujuan utama teknik Meta-Model adalah membuat seseorang dapat memperbaiki peta mindanya sehingga mendekati sempadan atau fakta yang sesungguhnya, dan tentunya diharapkan akan membuat seseorang tersebut menjadi lebih berdaya.

***

Mempelajari NLP, khususnya Meta-Model, seringkali membuat seseorang terlalu asyik dengan mengamati berbagai pelanggaran ekspresi verbal dari orang lain, dan melakukan “challenge” atas pelanggaran dimaksud dengan sangat bersemangatnya, sehingga justru menimbulkan kesan komunikasi yang sangat tidak ekologis.

Perlu dipahami bahwa komunikasi bagaimanapun harus dikemas secara beretika, mengikut susunan nya, dan ekologi, termasuk dalam melakukan “challenge” terhadap pelanggaran Meta-Model, dengan kata lain ber-Meta-Model-pun membutuhkan kepiawaian seni komunikasi yang sangat tinggi.

***

Meta-Model tidak saja berguna dalam konteks terapi, melainkan dalam komunikasi umum dalam kehidupan sehari-hari. Meta-Model membuat suatu komunikasi penting, misal suatu pengambilan keputusan, menjadi lebih “clear”, karena tidak lagi berada di ruang persepsi masing-masing pihak yang berkomunikasi, melainkan sudah disajikan secara lebih jelas dan dapat “dilihat” oleh setiap orang.

Dapat dibayangkan ketika seorang pimpinan bertanya kepada bawahannya :

“Bagaimana ? Apakah proposal kelmarin sudah siap ?”

Dan dijawab :

“Siap Tuan!”

Dan kita sudah dapat menduga, bahwa maksud dari kata “siap” diantara kedua pihak tersebut terdapat saling berbeza, dan bahkan dapat mengakibatkan pengambilan keputusan yang salah.

Meta Model merupakan bentuk serangkaian pertanyaan yang dapat digunakan membuat seseorang mendapatkan informasi lebih lengkap dan memodel dunianya lebih luas.

Beberapa pola pelanggaran yang terjadi pada struktur bahasa seseorang :

Kategori Delete ( memotong)
Tujuan: Mencari Informasi yang hilang/kurang lengkap
Pola Pelanggaran Deletion

Contoh Respon

Hasil yang diharapkan

Simple Deletion ( SD)“Saya sedang malas“Malas apa tepatnya? “

Mendapatkan informasi yang hilang

Comparative Deletion (CD)“Dia murid terbaik“Terbaik dalam bidang apa?”“Terbaik dibandingkan siapa?”
Unspecified Verbs (UV)Pembicara menggunakan kata kerja yang tidak jelas.“Dia menyakiti saya”“Siapa yang menyakiti anda”“Menyakiti seperti apa ?”
Lack of Referential Index (LoRI)informasi yang kekurangan referensiKata orang bisnis itu susah”“Siapa tepatnya yang mengatakannya?”

 

Kategori Generalisasi
Tujuan : menspesifikasi hal yang kurang.
Pola Pelanggaran GeneralisasiContoh ResponHasil yang diharapkan
Modal Operator (MO)

·Necessity (Keharusan)

“Saya harus melakukannya ”

 

·Possibility (Kemungkinan)

“Saya tidakbisa berkata jujur”

“Apa yang terjadi jika anda tidak melakukannya?”

 

 

“Apa yang terjadi jika anda berkata jujur?”

 

Mendapatkan detail  proses , serta sebab-akibat, dan hasil perbuatan”
Universal Quantifiers (UQ)
Pembicara menyamaratakan setiap pengalamannya“Saya Selalu gagal”
 

“Selalu gagal dalam apa?”

“Apakah setiap saat anda gagal?”

 

Mendapatkan informasi lebih detail tentang sebuah proses.

 

Kategori Mengherot
Tujuan:  Mengenali bagaimana pembicara memaknai sesuatuMembatu pembicara untuk mendapatkan pemaknaan yang lebih “ benar”
Pola Pelanggaran DistorsiContoh ResponHasil yang diharapkan
Nominalization (Nm)Kata Benda yang menghilangkan proses dan tindakan“Mari tingkatkan komunikasi kita”“Komunikasi seperti apa yang anda maksud? “Mendapatkan makna/maksud dari kata benda tersebut
Lost Perfomatives (LP)Tidak lengkapnya Subjek atau asal usul sebuah  pernyataan“Menjadi Trainer itu sulit”“Dari siapa anda tahu menjadi trainer itu sulit ?”Mendapatkan informasi yang lebih detail tentang asal usul informasi tersebut.
Mind Read (MR)Pembicara berasumsi mengetahui pikiran orang lain“Dia tidak menyukai saya”“Bagaimana anda tahu kalau dia tidak menyukai anda?”Mendapatkan informasi lebih detail, Menantang asumsi-asumsi  dari pembicara
Cause Effect (CE)Pembicara mengasumsikan sebab-akibat“Jika mau kaya makaharus korupsi” 

“Apakah hanya dengan korupsi bisa kaya?”

 

Menantang asumsi-asumsi  penyebab yang menghasilkan sebuah akibat.
Complex Equivalent (CEq)Pembicara mengkaitkan suatu hal dengan hal lainnya“Suami saya suka teriak-teriak di rumah , berarti dia tidak suka saya”“Apakah setiap suami anda teriak-teriak hanya di rumah ?”

“Bagaimana anda tahu kalau dia marah-marah itu berarti tidak suka pada anda?“

 

Menantang asumsi-asumsi  dari pembicara, agar mendapatkan pemakanaan yang lebih benar.

 

Presuppositions
Pembicara menyampaikan asumsi-asumsi yang tersamar
“Jika Suami saya mengerti penderitaan saya, maka ia tidak akan melakukan itu”

Presupposisi :

•Dia menderita
•Suaminya tidak mengerti penderitaannya.
•Suaminya melakukan sesuatu
Menanyakan setiap asumsi

 

“Melakukan apa?”

“Bagaimana anda menderita?”

“Bagaimana anda tahu suami anda tidak mengerti anda?”

“Bagaimana anda tahu dia tidak akan melakukannya jika dia sudah mengerti?”

selamat menerapkan Meta-Model secara beretika dan bijak !


Wednesday, July 27, 2016

Bagaimana Menghapuskan Rasa suka , cinta & bayangan seseorang?



Abdullah bin Mas’ud menasihatkan, “Apabila kamu kagum kepada seorang wanita (atau lelaki), ingatlah semua kekurangannya.”

Maaf, ini bukannya tajassus atau mencari aib dan mengorek kekurangannya. Ini adalah nasihat supaya kita tidak dipermainkan oleh pesona hati, dan tidak dibuai oleh gelojak nafsu sehingga menjadi permainan syaitan.

Kadangkala, cinta membuatkan mereka yang celik menjadi buta, mereka yang punya telinga menjadi tuli, serta mereka yang mempunyai hati menjadi alpa dan tidak merasa.

Tuliskan diatas sehelai kertas..

Sekiranya kita masih sukar melupakan dia, tulis sahaja namanya pada sehelai kertas. Koyak kertas itu dan katakan kita sudah melupakan dirinya dan membuang jauh bayangan wajahnya.

Ini bukan bagi menunjukkan rasa benci, dengki, apatah lagi dendam. Kita melakukan begitu supaya kita tidak mahu hanyut dalam kesedihan, tidak terseksa dalam kekecewaan, dan supaya kita dapat segera melupakannya.

Sekiranya tidak, bayangannya akan sentiasa hadir dalam kehidupan kita, menghantui setiap mimpi, dan mengganggu setiap langkah.

Pasti kita tidak mahukan begitu, bukan?

 

Melupakan Kebaikan si dia..

Saya tidak bermaksud menyeru kita menjadi naïf, tidak membalas budi, apatah lagi tidak berterima kasih. Secara logiknya, kebaikan seseorang memang perlu dikenang.

Namun tujuan kita melupakan kebaikan mereka adalah supaya kita tidak dipermainkan oleh bayangan wajahnya, supaya kita tidak berasa, dirinya adalah insan terbaik dan satu-satunya untuk kita.

Dan supaya kita kita tidak mengganggap dia sebagai putera atau bidadari yang tiada tolok bandingnya.

Sehinggakan apabila kita tidak berjaya mendapat cinta dan tidak bernikah dengan dirinya, kita mengalami kekecewaan yang luar biasa. Seolah-olah hilang semuanya.

Ingat, dia juga manusia biasa seperti kita. Allah yang menetapkan takdir supaya dia berbuat baik kepada kita.

Walaupun dia pernah memberikan nasihat berharga, buku-buku, ataupun barang-barang yang sering kita ertikan sebagai tanda cinta dan setia.

Namun sekiranya kemudian, sekiranya perpisahan terjadi, anggap semua itu pemberian biasa daripada seorang manusia kepada manusia yang lain.

Hanya seperti sahabat yang mahu mengukuhkan tali persahabatan dengan memberi hadiah.

Sekiranya hadiah ataupun barang yang dia beri menjadikan kita terseksa dan sukar melupakan dirinya, lebih baik musnahkan semua barang itu.

Ada kalanya terasa berat melupakan dia yang pernah menembus dinding pertahanan hati. Ini mungkin kerana kebaikannya masih terus membayangi langkah kita.

Jangan membatasi diri pada satu nama

Jangan membatasi diri hanya pada satu nama, iaitu orang yang kita rasa suka dan yang kita cintai.

Sedangkan orang yang sudah meminang ataupun dipinang pun tidak dijamin menjadi jodoh terbaik. Inikan pula orang yang hanya muncul dalam istikarah atau hanya sekadar kita curi-curi pandang.

Kita tidak akan tahu sebab-musabab Allah menetapkan begitu. Tetapi yang pasti,  semua ketetapan Allah itu mempunyai hikmah dan kebaikan kepada kita, sama ada kita sedar atau tidak.

 Kita perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi semua kemungkinan. Semuanya perlu dipersiapkan, termasuk persiapan mental.

Kita perlu bersedia menghadapi perkara yang bercanggah dengan harapan.

Luqman Al-Hakim berpesan kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya ada sesuatu menimpamu, sama ada kamu suka ataupun benci, katakana dalam hatimu, itu adalah yang terbaik untukmu..’

Allah s.w.t menjamin akan memenuhi apa yang dipilih untuk kita, bukan apa yang kita pilih untuk diri sendiri, dan pada waktu yang Dia tentukan, bukan pada waktu yang kita mahukan.

 

Penutup: Pertemuan Yang Menyimpan Hikmah.

Allah tidak pernah lalai. Pertemuan kita dengan dia pasti ada ibrah atau pelajaran berharga. Antaranya:

  • Pertama, kita tidak dibenarkan memutuskan ukhwah dengan dia. Oleh itu, berusaha untuk bersikap wajar dan seimbang.
  • Kedua, Allah mahu melatih mental kita untuk bersedia menghadapi reality

Bukankah pertemuan menjadi seksaan batin apabila tidak dihadapi dengan hati yang dingin? Bukankah perjumpaan membuatkan hati mendidih, wajah pucat, kurang keyakinan diri, bahkan rasa malu yang berlebihan, terutama pada mereka yang dikecewakan?

Lantas, adakah kita perlu memalingkan wajah, bersikap acuh tidak acuh, dan kasar?

Bukankah Allah Maha Lembut dan mencintai kelembutan, dan Rasulullah s.a.w juga orang yang lemah lembut?

Cubalah bersikap wajar, tenang dan seimbang.

Jangan berasa lemah dan rendah, walaupun seakan-akan kamu kehilangan muka, dan tidak berharga di hadapan dia.

Setiap orang melalui masa silam yang berbeza.

Ada yang menyenangkan sehingga membuatkan kita tersenyum apabila mengenangnya. Ada pula yang menyakitkan ataupun memalukan sehingga membuatkan kita berasa resah, rendah diri, sedih, bahkan marah dan geram apabila tiba-tiba terkenang kembali.

Jadikan masa silam sebagai kenangan. Tidak perlu lagi bersedih apabila mengingatinya. Semuanya telah berlalu pergi seiring dengan bergantinya waktu.

Jadikan masa kini sebagai kesempatan bagi mengukir mimpi, meraih prestasi, dan mengoptimumkan potensi yang kita miliki.

Jadikan masa depan sebagai sasaran yang menyimpan sejuta harapan.

Keeps your head up

Pada waktu kita berjumpa dengan dia, walaupun terlintas perasaan malu, rendah diri, bahkan jengkel – jangan berasa diri kita rendah dan lemah!

Tegakkan kepala, dan yakini betapa setiap kejadian termasuk pertemuan kita dengan dia, pasti ada hikmah yang berharga. InsyaaAllah.

Semoga kamu terus kuat saudara-saudaraku! :’)



Monday, July 25, 2016

FITNAH MEMBAWA KEHANCURAN


FITNAH MEMBAWA KEHANCURAN

Perkongsian :- Ustaz Sayed Hasan Alatas


“FITNAH”, yaitu menyiarkan sesuatu berita tanpa dasar kebenaran, dengan tujuan untuk mencemarkan nama baik seseorang, dan bagi pemfitnah tersebut pula mudah untuknya mencapai segala cita-citanya. Perbuatan yang tercela seperti ini dilarang oleh Allah S.W.T. dan orang yang membuat fitnah itu akan ditimpa azab yang amat pedih. 

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih”. (Q.S. al-Buruj: 10) 

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah dari kebanyakan sangkaan, karena sesungguhnya sebahgian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha penerima taubat dan Maha penyayang.” (Q.S. al-Hujurat: 12) 

Untuk menghadapi mereka yang memerangi umat Islam, Allah S.W.T. berfirman: “Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan agama itu hanya untuk Allah. Jika mereka berhenti (memusuhi kamu), maka tidak ada lagi permusuhan, kecuali terhadap orang-orang yang zalim.(Q.S. al-Baqarah: 193) 

Fitnah itu lebih besar dosanya daripada dosa membunuh (manusia yang tak bersalah), Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh. (Q.S. al-Baqarah: 217)

Sebab dan akibat dari fitnah akan mengakibatkan korban yang sungguh dahsyat, bukan saja nama orang yang difitnah itu mendapat aib, tetapi boleh mengakibatkan lenyapnya satu-satu bangsa, ataupun jatuhnya sesebuah negara, akibat korban fitnah. 

Sejarah Islam telah menjadi bukti yang nyata iaitu dimana tiga orang Khalifah Islam menjadi korban fitnah, seperti terbunuhnya Khalifah Umar ibnu Khattab R.A., terbunuhnya Khalifah Othman bin Affan R.A., terbunuhnya Khalifah Ali bin Abi Thalib R.A., dan juga antara lainnya iaitu zuriat Nabi S.A.W. sendiri, yang dibunuh dengan kejamnya oleh manusia-manusia yang gila akan kuasa. 

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Q.S. al-Hujurat: 6)

Kita dapati banyak ayat-ayat Al-Quran yang menyebut dan menjelaskan berkenaan fitnah: Sila rujuk Al-Quranul Karim: 2:191, 2:193, 2:217, 3:7, 4:91, 5:41, 6:23, 7:155, 8:25, 8:28, 8:39, 8:73, 9:47, 9:49, 17:60, 21:35, 21: 111, 22:53, 24:63, 25:20, 29:10, 35:14, 37:63, 39:49, 54:27, 60:5, 64:15, 74:31. 

Sepatutnya umat Islam perlu melihat contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi S.A.W. dan para Sahabat Baginda dalam menghadapi musuh Islam dan sesama sendiri. 

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Muhammad Rasulallah dan orang yang bersama dengannya, bersifat keras dan tegas terhadap orang kafir yang (memusuhi Islam), dan bersifat kasih sayang dan belas kasihan sesama sendiri (ummat Islam).” (Q.S. al-Fath: 29). 

Allah S.W.T. mengingatkan ummat Islam dalam firmannya yang bermaksud: “Wahai orang-orang beriman! Janganlah kaum lelaki menghinakan kaum lelaki yang lain, karena boleh jadi yang dihinakan itu lebih baik daripada orang yang menghina. Dan janganlah kaum wanita menghina wanita yang lain, boleh jadi yang dihina itu lebih baik daripada yang menghina. Janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik setelah beriman. Sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim.” (Q.S. al-Hujurat: 11) 

Allah S.W.T. mengingatkan kita, sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikan antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu beroleh rahmat.” (Q.S. al-Hujurat: 10) 

Dari Abi Ayyub ia berkata, Rasulallah S.A.W. berfsabda: “Wahai Abi Ayyub, mahukah kamu kuberitahukan sesuatu sedekah yang amat disenangi oleh Allah dan RasulNya? Abi Ayyub menjawab, mahu ya Rasulallah. Lalu Rasulallah S.A.W. bersabda lagi: “Mendamaikan manusia yang saling bermusuhan dan saling memarahi.” (H.R.al-Tabrani) 

Allah S.W.T. telah mengingatkan kita umat Islam, sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Janganlah kamu serupa dengan orang yang telah berpecah belah dan berselisih paham, sesudah datang kepada mereka bukti yang nyata dan mereka akan memperoleh azab yang besar.” (Q.S. Ali-‘Imran: 105) 

Allah berfirman yang bermaksud:”Sesungguhnya orang yang berpecah belah sehingga menjadikan mereka golongan-golongan yang berpisah-pisah, maka engkau bukanlah dari golongangan mereka sedikit juapun.” (Q.S. al-An’am: 159) 
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Bepegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu (sehingga kamu bersatu padu) maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada ditepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripada jurang neraka itu. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, supaya kamu mendapat petunjuk.” (Q.S. Ali-‘Imran: 103) 

Berpandukan kepada wahyu Ilahi, junjungan kita Nabi S.A.W., telah berjaya menyatukan seluruh Umat Islam dari berbagai bangsa dan suku puak, berkat perpaduan ini Umat Islam telah menjadi sebaik-baik umat disemua lapangan, dan menjadi contoh teladan bagi seluruh umat manusia. Demikian pula para sahabat berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W., mereka telah berjaya menyebarkan luas ajaran Islam keseluruh pelosok dunia.

Jika kita kembali kepada sejarah kebangkitan Islam dan Umatnya dibawah pimpinan Nabi S.A.W. dan para sahabat, dan mahu mendalami ajaran Islam yang sebenarnya, maka tahulah kita bahwa Islam mengajak umat manusia kearah perpaduan, ini jelas dalam amal ibadah kita hanya menyembah Tuhan yang Maha Esa, yaitu Allah S.W.T.. Dalam ibadah menyembah Allah S.W.T. hanya mempunyai arah yang satu yaitu Ka’bah di Makkah. Kitab panduan yang sama al-Quranul Karim dan Sunnah Nabi S.A.W.. Umat manusia diingatkan bahwa mereka berasal dari ayah yang satu yaitu Nabi Adam A.S., kita disuruh saling berkenalan satu dengan lainnya, dan kita dilarang menghina keyakinan agama lain, dan banyak lagi petunuk Allah S.W.T. untuk menyatupadukan umat manusia, khasnya umat Islam, supaya mereka hidup aman damai dan dalam suasana kasih sayang (hal ini telah saya jelaskan dalam uraian berkenaan “Membina Kerukunan Ummat.” 

Jika kita mahu menyelesaikan segala perbalahan yang timbul dengan berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W., InsyaAllah akan terciptakan kembali kedamaian dan keamanan dikalangan Umat manusia, khasnya umat Islam. 

Jauhkanlah diri kita dari sifat suka memfitnah, mengumpat, mengadu domba, mengikutkan hawa nafsu jahat, berpuak-puak, dan berbagai perangai yang tidak baik. Dekatkanlah diri kita kepada Allah S.W.T. dengan melakukan segala perintah dan menjaukan diri kita dari segala apa yang dilarangNya. 

Sebagai manusia biasa sudah tentu kita mempunyai banyak kelemahan dan kesalahan, oleh itu lebih baik kita memperbaiki diri kita masing-masing, sambil mohon ampun atas segala kesalahan dan kelemahan kita. Belum lagi terlambat jika kita sudi melakukan perubahan terutama pada diri kita masing-masing sambil memohon petujuk dan panduan dari Allah S.W.T. Tinggalkan sifat suka sangat mencari-cari kesalahan orang lain dan melupakan kesalahan sendiri, seperti kata peribahasa: “Semut diseberang lautan kelihatan, gajah dipelupuk mata, tak nampak.” 

Tidak ada yang sempurna di dunia yang fana ini, kita disuruh kepada yang baik dan menjauhkan diri dari yang mungkar. Ajaklah manusia kejalan Allah S.W.T. secara hikmah dan pengajaran yang baik. Kalaupun nak bantah, bantahlah dengan cara yang lebih baik, hentikan segala fitnah memfitnah. Bekerjasama dalam hal-hal yang menyangkut kepentingan bersama, jauhkan diri dari amal perbuatan yang boleh menimbulkan haru biru, yang hanya menguntungkan orang lain dan akan merugikan diri sendiri, malah akan membawa akibat hingga ke anak cucu dimasa akan datang. “Menang sorak kampong tergadai.” 

Sejarah telah mengajar kita akibat bersengketa sesama kita, orang lain akan menangguk diair keruh. Nabi S.A.W. telah berjaya membawa umat kearah persaudaraan dan perpaduan, sehingga umat Islam ketika itu menjadi umat yang terbilang. Jumlah umat Islam yang sedikit dapat mengalahkan musuh yang jauh lebih banyak, sehingga mereka menjadi sebaik-baik ummat. Kita yakin dan percaya, zaman kegemilangan umat Islam akan menjadi kenyataan kembali, asalkan kita sanggup kembali berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W.. 

Buang yang keruh dan ambillah yang jernih, demi kebahagian dan keselamatan kita dan anak cucu kita dikemudian hari. 

Allah S.W.T. mengingatkkan kita yang maksudnya: “Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal salih dan saling nasihat menasihati kebenaran dan saling nasihat menasihati kepada kesabaran.” (Q.S. al-Asr 1-3) 

Semoga Allah S.W.T. memberi Hidayah dan TaufiqNya kepada kita semua, Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Adakah Kita Berhak Untuk TIDAK Memaafkan Orang Yang Menyakiti?

Memang kita berhak sama ada hendak memaafkan ataupun tidak.

Setelah seseorang melakukan kesalahan terhadap kita, kita berhak sama ada memberinya maaf ataupun membiarkannya terus dengan dosa-dosanya itu.

Kita boleh bersorak ria kerana mendapat pahala hasil perbuatan jahatnya terhadap kita manakala dia pula akan memikul dosa-dosanya sehingga hari Kiamat.

Bagaimana? Terasa lega?

Sesetengah orang memang begitu.  Maaf adalah sesuatu yang amat berharga dan tidak mudah memberinya walaupun diminta. Apalagi jika kesalahan itu berpunca dari satu kesalahan yang disengajakan dan amat menyakitkan hati.

Tidak mudah hendak mengatakan “Sama-samalah kita” setelah seseorang itu meminta maaf.

Dalam hati terdetik, ‘Padan muka engkau, umpat aku lagi, tipu aku lagi, sakitkan hati aku lagi, sekarang tanggunglah dosa-dosa engkau sampai kiamat.’

Bagaimana, apakah anda termasuk dalam golongan ini?

Memang tiada salahnya pendirian seperti itu, sebab ia akan menjadi satu pengajaran yang amat bagus kepada si pesalah tadi. InsyaaAllah dia akan serik tidak akan mengganggu anda lagi. Itu juga menandakan ketegasan anda dan pendirian anda tidak mudah goyah.

Sifat ini memang dimiliki oleh orang-orang yang kental jiwanya dalam menempuh hidup.

Tapi tahukah anda kesalahan yang tidak diselesaikan dengan maaf di dunia ini akan berlanjutan hingga ke Akhirat?

Di sana orang yang bersalah terpaksa membayar dengan memberikan pahala kebaikannya untuk menebus maaf daripada orang yang dizaliminya.

Hingga akhirnya dia muflis dan kerana itu dia dilemparkan ke Neraka.

Begitulah besarnya implikasi “maaf”.

Tegas dengan pendirian tidak mahu memaafkan

Sekali lagi, sama ada anda bertegas untuk tidak memaafkan ataupun memberi maaf, ia barangkali penentu kepada nasib seseorang yang bermasalah dengan anda di Akhirat.

Seorang teman pernah mengadu kepada saya. Katanya, si Ahmad (nama contoh) telah menipunya. Dia telah menyerahkan sebahagian besar simpanannya kepada Ahmad kerana bersimpati dengan kisah hidup Ahmad.

Menurut Ahmad, dia anak beranak terpaksa bermandi hujan apabila hujan turun di tengah-tengah malam.

“katanya rumahnya belum ada atap. Tak cukup duit untuk membeli atap zink. Aku bila dengar anaknya masih kecil, terpaksa pulak mandi hujan, jam itu juga aku keluarkan simpanan aku dan berikan padanya,” adu teman saya itu.

“Engkau beri saja atau beri pinjam?” tanya saya untuk pasti. Sebab jika dia menyerahkan duit itu tanpa perjanjian bertulis yang jelas menyatakan bahawa pemberian itu bermaksud memberi pinjaman, boleh dianggap pemberian ikhlas sahaja.”

“Aku beri pinjam, sebab dia datang pada aku pun memang nak pinjam duit. Kalau aku beri dia duit, tentulah maknanya aku  meminjamkan dia duit.”

“Ahmad ada janji bila nak bayar?”

“Ya, pada hujung bulan. Sekarang ini dah dekat setahun. Yang buat aku marah ni, dia tipu aku. Sebenarnya dia bukan nak beli atap rumah, dia pergi joli entah kemana-mana. Dia duduk dengan mentua dan tak pernah nak bina rumah. Dia tipu aku bulat-bulat. Macam mana aku tak marah. Lagi pulak, sekarang ini dia marah-marah aku bila aku tuntut hutang dengan dia. Macam aku pulak yang berhutang dengan dia. Cis!” Marah betul teman saya itu.

“Jadi, kau nak halalkan saja atau macam mana?”

“Halal? Biar sampai kiamat, aku tak halal!”

Ketegasan kawan saya ini memang patut berdasarkan latar belakang kes ini. Dan dia berhak berpegang pada ketegasan itu. Tiada salahnya.

memaafkan

Tapi, andai andalah orang yang bersalah itu, dan anda telah meminta maaf dengan mengakui semua kesalahan anda, dia masih bertegas untuk tidak memaafkan anda, bagaimana rasanya?

Dan jika andalah manusia yang bernama Ahmad itu dan anda telah menjelaskan hutang anda tetapi dia masih tidak memaafkan, bagaimana?

Sebab itulah kita kena berhati-hati dalam menjalani hidup. Seboleh mungkin jangan lakukan sebarang kesalahan terhadap manusia terutama yang melibatkan hutang, sebab implikasinya sangat besar.

Kisah menarik dari Rasulullah SAW

Bagi anda yang pernah mengalami nasib seperti teman saya itu tadi, mari kita cuba renungkan sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan buatlah pilihan sama ada bertegas TIDAK MEMAAFKAN atau sebaliknya. Pilihan memang hak anda.

Kisahnya begini, suatu hari, tatkala melihat Rasulullah SAW tertawa sendirian Saidina Umar pun bertanya apa sebabnya.

Jawab Rasulullah SAW, “Ada dua orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya. Yang seorang berkata, “Ya Allah, berikanlah hak-hakku yang dizalimi oleh orang itu”

Berfirman Allah SWT, “Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!”

Menjawab orang yang dituntut itu dengan sedih, “Ya Allah, wahai Tuhan ku. Sesungguhnya kebaikanku telahpun habis semuanya, maka tiadalah lagi yang dapat aku berikan kepada orang ini.”

Dijawab oleh orang yang menuntut itu, “Oleh itu engkau mesti menanggung segala dosaku sebagai gantinya.”

Tatkala ini, kelihatan Rasulullah SAW mengalirkan air matanya menahan kesedihan lalu meneruskan sabdanya, “Kemudian Allah SWT berfirman kepada orang yang menuntut itu, “Angkatlah kepalamu dan lihatlah Syurga.”

Apabila dilihat oleh si penuntut itu Syurga yang penuh di dalamnya kota-kota yang berlantaikan perak dan gedung-gedung indah daripada emas bertahtakan intan permata, yang elok-elok, dia bertanya, “Apakah semua itu untuk Nabi-nabi atau apakah untuk orang syahid?’

Maka dijawab oleh Allah SWT, “Itu untuk sesiapa sahaja yang sanggup membayarnya!”

Maka kata si penuntut itu, “Ya Allah, siapakah yang memiliki harta yang banyak untuk membeli Syurga yang amat hebat itu.”

Dijawab oleh Allah SWT, “Engkau pun dapat membayarnya, iaitu dengan mengampuni orang yang telah menzalimimu itu.”

Maka kata si penuntut itu, “Kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya terhadapku..”

Firman Allah SWT, “Pimpinlah tangan orang itu bersama-sama ke dalam Syurga itu.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Maka berbuat baiklah kepada saudaramu sesama Muslim.”

Penutup

Pada pandangan saya, memaafkan seseorang adalah suatu perkara yang sangat sukar dan bukan semua orang mampu melakukannya, dengan ikhlas.

Hanya mereka yang berjiwa besar sahaja mampu memberi maaf seikhlas hati.

Bagaimanakah anda? Apakah senang untuk anda melupakan kesalahan seseorang terhadap anda? Mampukah anda memberi kemaafan seikhlas hati? :’)