Saturday, December 19, 2015

SEJARAH: CIK SITI JALANG



Akhirnya, terungkai kisah Cik Siti 99 atau dikenali sebagai Cik Siti Jalang. Kisah seorang anak pembesar istana ( tidak dinyatakan tahunnya ) yang mempunyai epik kisah yang sangat menarik. Cik Siti diberi nama, di anugerahkan wajah jelita dan kaya orangnya. Kisahnya di sebut sehingga hari ini kerana berkahwin dengan 99 orang suami. Ini kerana setiap kali perkahwinan di antara Cik Siti dan suaminya, pasti sang lelaki akan meninggal pada keesokan harinya.

Semua di sebabkan Cik Siti yang mempunyai misteri dimana setiap kali bersama pada malam pertama, akan keluar binatang bisa daripada tubuh badannya, dan ia berlaku sehingga 99 kali. Oleh sebab yang demikian, Cik Siti telah menetapkan kepada sesiapa yang ingin berkahwin dengannya, perlu menyediakan 3 PAPAN KAIN KAFAN dan SEBUAH KERANDA untuk pengebumian keesokan harinya. Sungguh pun begitu, ramai lelaki yang ingin berkahwin dengan Cik Siti dan dia tidak menolak.

Kisah Cik Siti Jalang berakhir dengan perkahwinan bersama suami yang ke 100 seorang ustaz yg tinggi agamanya.

Solat tahajjud di mlm hari & mengaji membuatkan suaminya dpt membunuh binatang2 berbisa yg menjadi penyebab 99 org lelaki yg menjadi suami kpd Cik Siti sebelum ini..

Makam Cik Siti terletak di hujung kampung di bawah jambatan Kota Tinggi dan utk sampai ke makam tersebut terpaksa melalui kilang kayu.. 

Mudahnya jika melalui jalan air kerana ianya terletak di tepi sungai..






No comments:

Post a Comment