Sunday, December 27, 2015

“AZAB PEDIH UNTUK ORANG YANG TIDAK MAU DIAM PADA SAAT AZAN DIKUMANDANGKAN”



“AZAB PEDIH UNTUK ORANG YANG TIDAK MAU DIAM PADA SAAT AZAN DIKUMANDANGKAN”

Sisakanlah sedikit waktu kita untuk membaca ini.
Renungkanlah ini sejenak …mengapa banyak orang kelu lidahnya di saat kematian?
Kebanyakan orang yang nazak,saat hampir tiba ajalnya,tidak dapat berkata apa-apa …

Lidahnya kelu,keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ‘sakaratul maut’. Ini sebabnya adalah kebiasaan remeh kita yang sering tidak mendiamkan diri saat adzan berkumandang.
Diriwayatkan sebuah hadis:“Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak ALLAH akan kelukan lidahnya ketika maut menjemput. ”

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri dan jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang.

Sebagai seorang Muslim, kita wajib menghormati azan. Azan itu Banyak fadhilahnya(keuntungan).

Sebuah hadis sohih berbunyi “Seandainya memang mengetahui apa yang terkandung dalam azan dan barisan pertama (dalam shalat berjamaah), kemudian mereka tidak mendapatinya kecuali dengan cara mengundinya, pasti mereka mengundinya”(Bukhari dan Muslim).

Jika terhadap lagu kebangsaan saja kita diajari agar berdiri tegak dan diamkan diri,mengapa ketika azan yang merupakan panggilan ALLAH, kita tidak mendiamkan diri? Itulah makanya,ALLAH mengkelukan lidahnya saat sakaratul maut datang.

Kita takut dengan kelunya lidah ketika ajal hampir tiba dengan tidak sanggup mengucap kalimah “Lailahaillallah …”.
Padahal barangsiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut ALLAH, dengan izin-Nya ALLAH menjanjikan masuk syurga.
Oleh karena itu, marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada ALLAH supaya lidah ini tidak kelu ketika nyawa kita sedang dicabut.

“Ya ALLAH! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia,lancarkanlidah kami mengucap kalimah
“Lailahaillallah..” ketika sakaratul maut menghampiri kami.
Aamiin ya Rabbal ‘alamin

Angin Ahmar



Pada satu ketika dimana Nabi Allah Sulaiman duduk di singgahsananya,
Maka datang satu lembaga yang cukup besar, maka bertanya Nabi Allah
Sulaiman "siapakah engkau".

Maka dijawab olih lembaga tersebut bahawa akulah Rihul Ahmar....dan
Aku bila memasuki rongga anak adam, maka lumpuh, keluar darah dari
Rongga, dan apabila aku memasuki otak anak adam, maka menjadi
gilalah anak adam,

Maka diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s supaya membakar lembaga
tersebut, maka berkata Rihul Ahmar kepada Nabi Sulaiman a.s bahawa
"Aku kekal sehingga hari kiamat, tiada sesiapa yg dapat membinasakan
Aku melainkan Allah. Lalu Rihul Ahmar pun ghaiblah.

Diriwayatkan cucunda Nabi Muhammad S.A.W. terkena Rihul Ahmar
Sehingga keluar darah dari rongga hidungnya. Maka datang jibril kepada
Nabi S.A.W.  bertanya Nabi kepada jibril. Maka ghaib sebentar jibril lalu
Kembali mengajari akan doa Rihul Ahmar kepada Nabi S.A.W. kemudian
Dibaca doa tersebut kepada cucundanya dan dengan sekejap jua
Sembuh serta merta. Lalu bersabda Nabi S.A.W. bahawa barang siapa
Membaca doa strok. Doa Rihul Ahmar walau sekali dalam seumur
Hidupnya, maka akan dijauhkan dari penyakit ANGIN AHMAR atau
STROK.

Saturday, December 26, 2015

GOLONGAN TIDAK DAPAT MELIHAT WAJAH RASULULLAH



Pada zaman Rasulullah SAW memerintah, terdapat seorang budak lelaki bernama Tsauban yang sangat kagum dengan keperibadian baginda. Malah hampir setiap hari Tsauban akan merindui Rasulullah SAW sekiranya tidak berpeluang untuk berjumpa. Sekiranya dia tidak dapat berjumpa Rasulullah SAW, dia akan bersedih hati, murung dan akan menangis. Apa yang dirasakan oleh Tsauban juga dapat dirasai oleh Rasulullah dan merasakan betapa Tsauban sangat mengasihi baginda.
Pada suatu hari Tsauban telah berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk melepaskan kerinduannya.
“Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit apa2. Cuma saya sangat bersedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu ya Rasulullah walaupun sekejap. Jika saya sudah bertemu Rasulullah barulah hati saya tenang dan gembira sekali,” beritahu Tsauban sambil memandang wajah Rasulullah SAW yang bercahaya dan berseri-seri.
Rasulullah SAW memegang ubun-ubun kanak-kanak itu dengan perasaan kasih sayang seolah-olah sedang bermesra dengan cucunya. Manakala Tsauban berasa kerinduannya telah hilang apabila dapat bertemu Rasulullah SAW.

“Apabila memikirkan hari akhirat, hatiku bertambah cemas kerana bimbang tidak dapat lagi bersamamu. Ya Rasulullah, kedudukanmu sudah tentu berada di syurga yang paling tinggi sedangkan aku tidak pasti sama ada di syurga paling bawah atau mungkin tidak dimasukkan ke syurga langsung. Jika ini berlaku sudah tentu aku tidak akan bertemu Rasulullah lagi,” ujar Tsauban sedih.
Mendengar kata-kata itu, Rasulullah SAW sangat terharu dan berkata, “Semoga Allah akan mendengar keinginanmu asalkan sahaja kamu melakukan amal kebaikan semasa di dunia. Lagipun urusan syurga dan neraka itu urusan Allah,” jelas Rasulullah SAW.
Setelah berlaku peristiwa itu, turun wahyu daripada Allah kepada Rasulullah SAW bermaksud, “Sesiapa yang mentaati Allah dan Rasulnya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, para sodiqin, mereka yang mati syahid dan orang-orang yang soleh.”
Mendengar jaminan itu Tsauban berasa sangat gembira dan hatinya tenang sekali.

Sikap Rasulullah SAW Terhadap Pemabuk


Rasulullah Saw telah memberikan contoh terbaik kepada umatnya tentang cara berdakwah. Telah melimpah teladan yang beliau berikan terkait dakwah untuk berbagai kalangan yang berbda. Mulai kaum papah yang tak berilmu, pemberontak hingga raja-raja yang berkuasa di negerinya kala itu.

Selayaknya, teladan-teladan inilah yang harus senantiasa dipelajari untuk dipraktikkan siapa saja yang memilih dakwah sebagai jalan hidupnya. Salah satu diantaranya, adalah sikap beliau ketika menghadapi seorang pemabuk. Sikap mulia ini amat layak untuk dipelajari dan sebisa mungkin diamalkan dalam kehidupan sehari-hari.

Dikisahkan oleh Umar bin Khaththab, ada seorang Arab Badui yang bernama Abdullah. Karena kebengalan dan kebodohannya, orang-orang menjulukinya Si Keledai. Diantara kebiasaan buruknya adalah meminum khamr yang karenanya Rasulullah Saw memberikan hukum cambuk kepadanya. Meski demikian, Si Keledai ini memiliki perangai yang lucu sehingga disebutkan-dalam riwayat Umar ini-sebagai orang yang sering membuat Rasulullah Saw tertawa.

Suatu hari, lanjut riwayat Umar ini, Si Keledai kembali dihadapkan kepada Rasulullah Saw. Ia kembali mabuk. Karenanya, Rasul pun memerintahkan sahabatnya untuk memberikan hukum cambuk. Diantara salah satu yang hadir,sebagaimana disebutkan dalam hadits Imam Bukhari ini, ada orang yang berkata, “Ya Allah, laknatilah ia, alangkah seringnya ia ditangkap.”

Mendengar kalimat salah satu yang hadir itu, Nabi Saw menimpali, “Janganlah kalian melaknatinya,” lanjut beliau menasihati, “Demi Allah, setahuku ia mencintai Allah Swt dan Rasul-Nya,” demikian riwayat yang disebutkan dalam buku Inilah Rasulullah Saw tulisan Syeikh Salman al-Audah.

Melengkapi riwayat ini, ada riwayat lain dalam buku yang sama tentang bagaimana seharusnya seorang dai bersikap kepada pemabuk. Riwayat yang mulia ini disampaikan oleh sahabat Abu Hurairah.

Ketika itu, didatangkanlah kepada Rasulullah Saw seorang yang telah meminum khamr. Nabi Saw berkata kepada orang-orang yang berada di lokasi itu, “Pukullah dia.” Seketika itu orang-orang yang hadir melakukan perintah Nabi. Ada yang memukul pemabuk itu dengan tangannya, sandalnya, bahkan dengan bajunya. Pemabuk itu pun pergi. Dalam riwayat ini tak disebutkan nama maupun julukannya.

Saat pemabuk itu pergi, ada hadirin yang berkata, “Semoga Allah Swt menghinakanmu,” sebagaimana disebutkan dalam hadits Imam Ahmad dan Imam Bukhari ini. Mendengar kalimat laknat itu, Rasulullah Saw langsung menukasinya, “Jangan berkata demikian,” jelas beliau, “jangan membantu setan dalam menjerumuskannya,” tetapi, lanjut beliau memberi nasihat, “ucapkanlah: Semoga Allah Swt merahmatimu.”

Semoga Allah Swt memberikan kelembutan hati kepada siapapun yang telah mewakafkan dirinya di jalan dakwah. Kelembutan hati bukanlah kelemahan. Kelembutan hati adalah ketegasan.

Dalam dua riwayat ini disebutkan bahwa Nabi Saw memberikan hukuman fisik kepada pemabuk tersebut untuk memberikan efek jera. Sedangkan kalimat laknat sama sekali tak diizinkan karena Nabi Saw masih melihat potensi kebaikan dalam diri dua orang tersebut. Maknanya, kalimat laknat hanyalah memberikan dampak buruk kepada pelaku dan pelaknatnya. Sedangkan doa, pasti mendatangkan kebaikan; bagi yang mendoakan dan didoakan. 


Saturday, December 19, 2015

SEJARAH: CIK SITI JALANG



Akhirnya, terungkai kisah Cik Siti 99 atau dikenali sebagai Cik Siti Jalang. Kisah seorang anak pembesar istana ( tidak dinyatakan tahunnya ) yang mempunyai epik kisah yang sangat menarik. Cik Siti diberi nama, di anugerahkan wajah jelita dan kaya orangnya. Kisahnya di sebut sehingga hari ini kerana berkahwin dengan 99 orang suami. Ini kerana setiap kali perkahwinan di antara Cik Siti dan suaminya, pasti sang lelaki akan meninggal pada keesokan harinya.

Semua di sebabkan Cik Siti yang mempunyai misteri dimana setiap kali bersama pada malam pertama, akan keluar binatang bisa daripada tubuh badannya, dan ia berlaku sehingga 99 kali. Oleh sebab yang demikian, Cik Siti telah menetapkan kepada sesiapa yang ingin berkahwin dengannya, perlu menyediakan 3 PAPAN KAIN KAFAN dan SEBUAH KERANDA untuk pengebumian keesokan harinya. Sungguh pun begitu, ramai lelaki yang ingin berkahwin dengan Cik Siti dan dia tidak menolak.

Kisah Cik Siti Jalang berakhir dengan perkahwinan bersama suami yang ke 100 seorang ustaz yg tinggi agamanya.

Solat tahajjud di mlm hari & mengaji membuatkan suaminya dpt membunuh binatang2 berbisa yg menjadi penyebab 99 org lelaki yg menjadi suami kpd Cik Siti sebelum ini..

Makam Cik Siti terletak di hujung kampung di bawah jambatan Kota Tinggi dan utk sampai ke makam tersebut terpaksa melalui kilang kayu.. 

Mudahnya jika melalui jalan air kerana ianya terletak di tepi sungai..






Bahayanya FITNAH


“FITNAH”, iaitu menyiarkan sesuatu berita tanpa dasar kebenaran, dengan tujuan untuk mencemarkan nama baik seseorang, dan bagi pemfitnah tersebut pula mudah untuknya mencapai segala cita-citanya. Perbuatan yang tercela seperti ini dilarang oleh Allah S.W.T. dan orang yang membuat fitnah itu akan ditimpa azab yang amat pedih. 

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih”. (Q.S. al-Buruj: 10) 

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah dari kebanyakan sangkaan, karena sesungguhnya sebahgian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha penerima taubat dan Maha penyayang.” (Q.S. al-Hujurat: 12) 

Untuk menghadapi mereka yang memerangi umat Islam, Allah S.W.T. berfirman: “Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan agama itu hanya untuk Allah. Jika mereka berhenti (memusuhi kamu), maka tidak ada lagi permusuhan, kecuali terhadap orang-orang yang zalim.(Q.S. al-Baqarah: 193) 

Fitnah itu lebih besar dosanya daripada dosa membunuh (manusia yang tak bersalah), Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh. (Q.S. al-Baqarah: 217)

Sebab dan akibat dari fitnah akan mengakibatkan korban yang sungguh dahsyat, bukan saja nama orang yang difitnah itu mendapat aib, tetapi boleh mengakibatkan lenyapnya satu-satu bangsa, ataupun jatuhnya sesebuah negara, akibat korban fitnah. 

Sejarah Islam telah menjadi bukti yang nyata iaitu dimana tiga orang Khalifah Islam menjadi korban fitnah, seperti terbunuhnya Khalifah Umar ibnu Khattab R.A., terbunuhnya Khalifah Othman bin Affan R.A., terbunuhnya Khalifah Ali bin Abi Thalib R.A., dan juga antara lainnya iaitu zuriat Nabi S.A.W. sendiri, yang dibunuh dengan kejamnya oleh manusia-manusia yang gila akan kuasa. 

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Q.S. al-Hujurat: 6)

Kita dapati banyak ayat-ayat Al-Quran yang menyebut dan menjelaskan berkenaan fitnah: Sila rujuk Al-Quranul Karim: 2:191, 2:193, 2:217, 3:7, 4:91, 5:41, 6:23, 7:155, 8:25, 8:28, 8:39, 8:73, 9:47, 9:49, 17:60, 21:35, 21: 111, 22:53, 24:63, 25:20, 29:10, 35:14, 37:63, 39:49, 54:27, 60:5, 64:15, 74:31. 

Sepatutnya umat Islam perlu melihat contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi S.A.W. dan para Sahabat Baginda dalam menghadapi musuh Islam dan sesama sendiri. 

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Muhammad Rasulallah dan orang yang bersama dengannya, bersifat keras dan tegas terhadap orang kafir yang (memusuhi Islam), dan bersifat kasih sayang dan belas kasihan sesama sendiri (ummat Islam).” (Q.S. al-Fath: 29). 

Allah S.W.T. mengingatkan ummat Islam dalam firmannya yang bermaksud: “Wahai orang-orang beriman! Janganlah kaum lelaki menghinakan kaum lelaki yang lain, karena boleh jadi yang dihinakan itu lebih baik daripada orang yang menghina. Dan janganlah kaum wanita menghina wanita yang lain, boleh jadi yang dihina itu lebih baik daripada yang menghina. Janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik setelah beriman. Sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim.”(Q.S. al-Hujurat: 11) 

Allah S.W.T. mengingatkan kita, sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikan antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu beroleh rahmat.” (Q.S. al-Hujurat: 10) 

Dari Abi Ayyub ia berkata, Rasulallah S.A.W. berfsabda: “Wahai Abi Ayyub, mahukah kamu kuberitahukan sesuatu sedekah yang amat disenangi oleh Allah dan RasulNya? Abi Ayyub menjawab, mahu ya Rasulallah. Lalu Rasulallah S.A.W. bersabda lagi: “Mendamaikan manusia yang saling bermusuhan dan saling memarahi.” (H.R.al-Tabrani) 

Allah S.W.T. telah mengingatkan kita umat Islam, sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Janganlah kamu serupa dengan orang yang telah berpecah belah dan berselisih paham, sesudah datang kepada mereka bukti yang nyata dan mereka akan memperoleh azab yang besar.” (Q.S. Ali-‘Imran: 105) 

Allah berfirman yang bermaksud:”Sesungguhnya orang yang berpecah belah sehingga menjadikan mereka golongan-golongan yang berpisah-pisah, maka engkau bukanlah dari golongangan mereka sedikit juapun.”(Q.S. al-An’am: 159) 
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Bepegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu (sehingga kamu bersatu padu) maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada ditepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripada jurang neraka itu. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, supaya kamu mendapat petunjuk.” (Q.S. Ali-‘Imran: 103) 

Berpandukan kepada wahyu Ilahi, junjungan kita Nabi S.A.W., telah berjaya menyatukan seluruh Umat Islam dari berbagai bangsa dan suku puak, berkat perpaduan ini Umat Islam telah menjadi sebaik-baik umat disemua lapangan, dan menjadi contoh teladan bagi seluruh umat manusia. Demikian pula para sahabat berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W., mereka telah berjaya menyebarkan luas ajaran Islam keseluruh pelosok dunia.

Jika kita kembali kepada sejarah kebangkitan Islam dan Umatnya dibawah pimpinan Nabi S.A.W. dan para sahabat, dan mahu mendalami ajaran Islam yang sebenarnya, maka tahulah kita bahwa Islam mengajak umat manusia kearah perpaduan, ini jelas dalam amal ibadah kita hanya menyembah Tuhan yang Maha Esa, yaitu Allah S.W.T.. Dalam ibadah menyembah Allah S.W.T. hanya mempunyai arah yang satu yaitu Ka’bah di Makkah. Kitab panduan yang sama al-Quranul Karim dan Sunnah Nabi S.A.W.. Umat manusia diingatkan bahwa mereka berasal dari ayah yang satu yaitu Nabi Adam A.S., kita disuruh saling berkenalan satu dengan lainnya, dan kita dilarang menghina keyakinan agama lain, dan banyak lagi petunuk Allah S.W.T. untuk menyatupadukan umat manusia, khasnya umat Islam, supaya mereka hidup aman damai dan dalam suasana kasih sayang (hal ini telah saya jelaskan dalam uraian berkenaan “Membina Kerukunan Ummat.” 

Jika kita mahu menyelesaikan segala perbalahan yang timbul dengan berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W., InsyaAllah akan terciptakan kembali kedamaian dan keamanan dikalangan Umat manusia, khasnya umat Islam. 

Jauhkanlah diri kita dari sifat suka memfitnah, mengumpat, mengadu domba, mengikutkan hawa nafsu jahat, berpuak-puak, dan berbagai perangai yang tidak baik. Dekatkanlah diri kita kepada Allah S.W.T. dengan melakukan segala perintah dan menjaukan diri kita dari segala apa yang dilarangNya. 

Sebagai manusia biasa sudah tentu kita mempunyai banyak kelemahan dan kesalahan, oleh itu lebih baik kita memperbaiki diri kita masing-masing, sambil mohon ampun atas segala kesalahan dan kelemahan kita. Belum lagi terlambat jika kita sudi melakukan perubahan terutama pada diri kita masing-masing sambil memohon petujuk dan panduan dari Allah S.W.T. Tinggalkan sifat suka sangat mencari-cari kesalahan orang lain dan melupakan kesalahan sendiri, seperti kata peribahasa: “Semut diseberang lautan kelihatan, gajah dipelupuk mata, tak nampak.” 

Tidak ada yang sempurna di dunia yang fana ini, kita disuruh kepada yang baik dan menjauhkan diri dari yang mungkar. Ajaklah manusia kejalan Allah S.W.T. secara hikmah dan pengajaran yang baik. Kalaupun nak bantah, bantahlah dengan cara yang lebih baik, hentikan segala fitnah memfitnah. Bekerjasama dalam hal-hal yang menyangkut kepentingan bersama, jauhkan diri dari amal perbuatan yang boleh menimbulkan haru biru, yang hanya menguntungkan orang lain dan akan merugikan diri sendiri, malah akan membawa akibat hingga ke anak cucu dimasa akan datang. “Menang sorak kampong tergadai.” 

Sejarah telah mengajar kita akibat bersengketa sesama kita, orang lain akan menangguk diair keruh. Nabi S.A.W. telah berjaya membawa umat kearah persaudaraan dan perpaduan, sehingga umat Islam ketika itu menjadi umat yang terbilang. Jumlah umat Islam yang sedikit dapat mengalahkan musuh yang jauh lebih banyak, sehingga mereka menjadi sebaik-baik ummat. Kita yakin dan percaya, zaman kegemilangan umat Islam akan menjadi kenyataan kembali, asalkan kita sanggup kembali berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W.. 

Buang yang keruh dan ambillah yang jernih, demi kebahagian dan keselamatan kita dan anak cucu kita dikemudian hari. 

Allah S.W.T. mengingatkkan kita yang maksudnya: “Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal salih dan saling nasihat menasihati kebenaran dan saling nasihat menasihati kepada kesabaran.” (Q.S. al-Asr 1-3)


PSIKOLOGI: SAKIT JIWA


SEBENARNYA banyak istilah yang berhubungan dengan jiwa. Mulai dari sakit jiwa, gangguan kejiwaan, kelainan kejiwaan, gangguan kepribadian, kelainan kepribadian , psikopat ringan, psikopat sedang, psikopat berat dan lain-lain. Tiap pakar psikologi mempunyai teori sudut pandang dan definisi yang terkadang berbeda-beda dibandingkan teori, sudut pandang dan definisi pakar psikologi lainnya.

Di sini penulis membagi sakit jiwa dalam dua macam:

1.Sakit jiwa yang bisa dilihat

2.Sakit jiwa yang tidak bisa dilihat

ad.1.Sakit jiwa yang bisa dilihat

Ditandai dengan ucapan-ucapan yang aneh serta tingkah laku yang di luar kewajaran. Ada yang bersifat agresif, menyerang atau mengganggu orang lain. Ada yang represif, menyiksa diri sendiri dan tidak mengganggu orang lain. Biasanya mereka disebut sebagai orang gila. Mereka termasuk kategori mengalami gangguan kejiwaan atau kelainan kejiwaan. Pada dasarnya, sakit jiwa yang bisa dilihat juga bisa dikategorikan sebagai kelainan / gangguan kejiwaan.

Kelainan / gangguan kejiwaan

Secara umum ada 8 macam kelainan / gangguan kejiwaan.

1.Gamomania (kecenderungan berpoligami tidak rasional atau suka kawin cerai)

2.Climomania (suka bermalas-malasan, tidur-tiduran dan semacamnya)

3.Onomatomania (suka mengulang kata-kata khusus)

4.Enosimania (selalu takut mengalami kegagalan)

5.Demonomania (takut berlebih terhadap roh jahat atau mahluk dari alam gaib)

6.Aboulomania (selalu ragu-ragu dan takut mengambil keputusan)

7.Ablutomania (selalu takut terhadap hal-hal yang kotor dan penyakit)

8.Trichotillomania (suka menyiksa diri sendiri)

 

Uraian dari istilah-istilah tersebut bisa Anda cari di Google.

ad.2.Sakit jiwa yang tidak bisa dilihat

Perilakunya normal. karakternya wajar-wajar saja. Ramah, bisa tertawa, bisa marah, sopan, suka tersenyum, pandai, rajin beribadat, berkreasi  atau berinovasi. Tahu-tahu bunuh diri atau tahu-tahu ditangkap KPK. Mereka termasuk kategori orang-orang yang mengalami gangguan kepribadian atau kelainan kepribadian. Pada dasarnya sakit jiwa yang tidak bisa dilihat juga bisa dikategorikan sebagai kelainan / gangguan kepribadian.

Kelainan / gangguan kepribadian

Secara umum ada 10 macam kelainan / gangguan kepribadian

1.Paranoid (selalu tidak percaya, curiga dan takut berlebihan)

2.Schizoid (suka menyendiri atau kurang pergaulan)

3.Schizotypal (cara berpikirnya aneh dan sulit dipahami orang lain)

4.Antisocial (kurangnya hati nurani dan cenderung kriminal)

5.Borderline (hati tidak stabil, perasaan tidak stabil dan pikiran tidak stabil)

6.Histrionic (perilakunya berlebihan atau lebay)

7.Narsissistic (selalu membutuhkan perhatian dan pujian)

8.Avoidant (sibuk sendiri dan tidak ramah)

9.Dependent (cenderung bergantung/ketergantungan kepada orang lain. Tidak mandiri)

10.Obsessive compulsive (selalu menginginkan kesempurnaan dan kedisiplinan yang berlebihan)

Uraian dari istilah-istilah tersebut bisa Anda cari di Google.

Kesimpulan:

1.Sangat banyak istilah yang berhubungan dengan jiwa dan tentunya sangat banyak definisi atau pengertiannya. Jangan heran kalau ada perbedaan pendapat di kalangan pakar psikologi, bukan karena pendapat mereka salah, tetapi semata-mata karena sudut pandang yang berbeda.

2.Secara umum, sakit jiwa bisa dikategorikan ke dalam dua macam. Yaitu sakit jiwa yang bisa dilihatdan sakit jiwa yang tidak bisa dilihat.

 

Semoga bermanfaat.



Sumber: Berbagai sumber.

Friday, December 18, 2015

JAUHILAH 5 DOSA BESAR YANG AKAN MENDAPAT LAKNAT ALLAH




JAUHILAH 5 DOSA BESAR YANG AKAN MENDAPAT LAKNAT ALLAH

Manusia yang hidup semata-mata untuk dunia sanggup melakukan apa saja perbuatan dan pekerjaan yang haram semata-mata untuk mendapat habuan dunia (wang, pangkat, projek dan pengaruh). Manusia sanggup membuat tuduhan palsu seseorang yang baik melakukan liwat dan berzina, semata-mata untuk memuaskan nafsunya dan memuaskan nafsu pihak yang merancang konsperasi yang menjijikan.

Walaupun sanggup bersumpah palsu, berbohong, membuat tuduhan palsu tanpa membawa bukti, menjatuhkan aib orang lain dan secara terang-terangan mengistiharkan dia melakukan maksiat. Kelima-lima perbuatan maksiat ini sebenarnya membawa seseorang menempah tempat duduknya di dalam neraka jika tidak bertaubat dan memohon maaf secara terbuka. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa seorang manusia yang melakukan kesalahan sesama manusia.

Huraian lima dosa besar tersebuat adalah seperti berikut :

Pertama : Bersumpah palsu

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah engkau patuhi setiap orang yang suka bersumpah dan suka menghina, suka mencela, yang kian kemari menyebarkan fitnah." (Surah al-Qalam ayat 10-11)

Ayat ini menjelaskan dua jenis dosa yang disebabkan oleh lisan iaitu sumpah palsu dan fitnah. Imam Ibnu Katsir yang mentafsirkan kata fitnah pada ayat di atas dengan perbuatan melaga-lagakan orang atau adu domba. (Termasuk juga orang yang bersumpah palsu menuduh seseorang yang baik meliwat atau berzina)

Sumpah palsu dan adu domba membawa akibat negatif amat besar sehingga perlu secara khusus disebutkan dalam Al-Quran.

Sumpah palsu menyebabkan kebenaran tertutup. Dalam hal yang berkaitan dengan pengadilan, sumpah palsu mengakibatkan terjejas keadilan bagi seseorang, demikian pula kemerdekaannya. Terutama apabila sumpah palsu itu di nyatakan dihadapan  hakim semata-mata untuk mengaibkan dan mendatangkan kemudaratan kepada orang yang dituduh.

Akibat adu domba pula adalah terputusnya silaturahim antara dua orang dan muncul rasa sakit hati antara keduaduanya. Lebih buruk lagi jika sakit hati itu turun-temurun dan berterusan sehingga kepada anak cucu mereka.

Rasulullah SAW menyifatkan sumpah palsu sebagai dosa besar, diseiraskan dengan dosa-dosa besar lain yang secara zahir amat mudarat kesannya.

Dalam hadis yang diriwayatkan Anas bin Malik, suatu ketika Rasulullah ditanya tentang dosa besar.
Baginda menjawab maksudnya : "Yang termasuk dosa besar ialah menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua orang tua, menamatkan nyawa orang lain bukan dalam hal yang dibenarkan agama dan sumpah palsu."
(Hadis riwayat Bukhari)

Amat tepat pepatah lama yang menyebutkan lidah atau lisan bak pedang. Jika lisan telah mengibaskan ketajaman mata pedangnya di hati, rasa sakit dan lukanya akan berbekas untuk waktu yang lama.

Oleh itu, Rasulullah berpesan kepada umatnya agar berhemat dalam bercakap. Dalam salah satu hadisnya, baginda memberikan huraian tepat bagi umatnya yang mengaku beriman, agar terhindar daripada dosa lisan.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Orang yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, hendaknya berkata yang baik atau, (jika tidak dapat) lebih baik diam."
(Hadis riwayat Bukhari).

Dalam hadis lain baginda berpesan maksudnya : "Orang yang disebut muslim adalah orang yang dapat menjaga tangannya dan lisannya (dari menyakiti muslim lain)."
(Hadis riwayat Bukhari).

Kedua : Berbohong (untuk membuat fitnah)

Rasulullah S.A.W.  bersabda kepada Sayyidina Ali k.w. yang bermaksud :
"Wahai Ali ! Berbuatlah jujur sekalipun hal itu akan membahayakan dirimu didunia. Sesungguhnya kejujuran itu bermanfaat di kemudian hari. Dan janganlah berdusta sekalipun bermanfaat bagimu ketika itu kerana kedustaan itu akan menyulitkan kamu di kemudian hari."

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Empat perkara, siapa yang terdapat padanya empat perkara ini, maka ia adalah munafik tulin, dan siapa yang terdapat padanya salah satu darinya, maka padanya ada satu ciri kemunafikan; apabila diberi amanah ia berkhianat, apabila bercerita ia berdusta, apabila membuat janji ia mungkiri dan apabila berdebat ia curang.”  (Hadis Riwayat Bukhari no. 34, 2459, 3178 dan Muslim no. 2635. dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a.)

Sekiranya seseorang berbohong kepada kawannya dia tidak pergi ke majlis tersebut tetapi dia katakan dia pergi, dosa ini adalah dosa  diantara dia dengan kawannya saja. Jika dia minta maaf pada kawannya dan beristighfar kepada Allah SWT akan terampun dosa tersebut. Berbeza jika seseorang berbohong di hadapan hakim mengatakan dia di liwat sedangkan dia tidak diliwat maka pembohongan ini dipanggil fitnah (membuat  cerita palsu). Orang yang membuat fitnah tidak akan masuk syurga.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ketiga : Membuat tuduhan palsu tanpa bukti

Di dalam Islam sekiranya seseorang ingin membuat tuduhan seseorang wanita baik berzina perlulah membawa 4 orang saksi lelaki  yang adil. Termasuk juga membuat tuduhan meliwat atau berzina kepada lelaki Islam yang baik perlu juga membawa 4 orang saksi yang adil. Jika dia gagal membawa 4 orang saksi Islam yang adil maka dia akan dihukum dengan hukum qazab dan persaksiaannya tidak diterima sampai bila-bila . Kerana dia adalah orang yang fasik.

Dalam Islam barang-barang seperti CCTV, vedio, DNA dan gambar tidak boleh dijadikan bahan bukti menggantikan 4 orang saksi yang adil kerana barang-barang tersebut terdedah kepada manipulasi dan pengubahsuaian secara profesional.

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yg menuduh wanita-wanita yang baik-baik,yang lengah lagi beriman (berbuat zina),mereka kena laknat didunia dan akhirat,dan bagi mereka azab yang besar.Pada hari (ketika) lidah,tangan,dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan".
(Surah an-Nuur ayat 23-24).

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yg baik-baik (berbuat zina) dan mereka tdk mendatang 4 orang saksi,maka deralah mereka(yang menuduh itu) delapan puluh kali dera,dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lama nya.Dan mereka itulah orang-orang yg fasik,kecuali orang yg bertaubat sesudahnya itu dan memperbaiki (dirinya),maka sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi maha penyayang". (Surah an-Nuur ayat 4-5) 

Ulama sepakat mengatakan bahawa hukuman qazab yang di jatuhkan kepada penuduh yang menuduh wanita baik berzina, juga hukuman ini untuk orang yang menuduh lelaki baik meliwat atau berzina. Hukum qazab adalah 80 kali deraan dengan menggunakan rotan kepada penuduh yang gagal membawa4 orang saksi  yang adil.

Keempat : Menjatuhkan aib orang lain

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa menutupi (aib) seorang muslim, maka Allah menutupi aibnya di hari kiamat."(Hadis Riwayat Muslim).

Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud : "Tidaklah seorang hamba menutupi aurat  (aib ) orang lain di dunia kecuali Allah menutupi auratnya ( aibnya ) di akhirat "
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhu ia berkata : Rasulullah SAW naik ke atas mimbar, lalu memanggil dengan suara yang tinggi : "Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya dan iman itu belum sampai ke hati mereka, janganlah menyakiti orang-orang yang beriman, janganlah mencela mereka, dan janganlah mencari-cari aurat ( aib ) mereka, kerana barangsiapa mencari-cari aib saudaranya yang muslim, maka Allah membuka aibnya dan memalukannya walaupun dia berada di dalam rumahnya."
(Hadis Riwayat Tirmidzi).

Nabi SAW memberi amaran bahawa sesiapa yang mendedahkan aib saudaranya (memang aib itu ada pada dirinya) maka Allah SWT akan mendedahkan aibnya di dunia lagi dan dihari akhirat Allah SWT akan dedahkan aibnya dihalayak ramai. 

Bagaimana pula jika seseorang itu tidak buat sesuatau aib sedangkan dia di tuduh membuat sesuatu perkara yang mengaibkan maka ini dipanggil fitnah dan perbuatan tersebuat akan mendapat laknat Allah SWT di dunia dan akhirat. Berdasarkan hadis Rasulullah orang yang suka memutuskan silaturahim (fitnah yang dibuatnya akan memutuskan silaturahim) umurnya pendik, rezeki dan kehidupannya tidak akan diberkati oleh Allah SWT.

Kelima : Secara terang-terangan dia melakukan maksiat

Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: “Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata: ‘Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tetapi di pagi hari dia buka tutup Allah terbabit’ .” (Hadis riwayat Bukhari dan  Muslim)

Hadis ini menjelaskan bahawa mereka yang melakukan maksiat dimalam hari perlulah menutupnya jangan di ceritakan kepada orang lain di siang harinya kerana Allah SWT telah menutup keaibannya. Sekiranya dia menceritakannya ini bermakna dia seronok dengan perkara maksiat tersebut dan mendedahkan dirinya sendiri kepada perkara yang dibenci oleh Allah SWT. Perbuatan seperti ini dikira juga sebagai mujaharah (terang-terangan dalam membuat dosa).

Bayangkan bagaimana besar dosa sesorang yang tidak melakukan maksiat esoknya dia buat lapuran polis mengatakan dia diliwat dan mengadu kepada pihak mahkamah seseorang itu telah meliwatnya , tanpa membawa bukti yang sahih dan dia istiharkan untuk diketahui oleh manusia seluruh dunia, maka manusia seperti ini jika berdasarkan hadis sahih di atas tidak akan diampunkan oleh Allah SWT di hari akhirat nanti dia akan dihumbankan ke dalam neraka Jahanam nauzubillahiminzalik. Dia telah membuat kerosakan dimuka bumi dan melibatkan ramai manusia lain mendapat dosa fitnah yang sama kerana pendedahan yang palsu. Sekiranya dia benar-benar buat perkara maksiat tersebut dia diharamkan untuk menceritakan pada orang lain apatah lagi dia hanya membuat cerita palsu.

Di dalam serah Nabi SAW ada dikalangan sahabat yang dihukum dengan hukum qazab kerana mempercai berita fitnah yang disebarkan oleh orang munafik menuduh Aisyah r.ha isteri Rasulullah SAW berzina. Setelah turun ayat al-Quran surah an-Nuur membersihkan Aisyah r.ha daripada tuduhan fitnah tersebut maka sesiapa yang membuat tuduhan telah dijalankan hukum qazab ke atas mereka. 

Bayangkan jika Nabi SAW ada bersama kita dan hukum-hukum Islam berjalan di negara ini maka mungkin puluhan ribu umat Islam dinegara kita akan dihukum dengan hukum qazab.

MENYINDIR, MENCELA, MENCACI, MENGEJI DAN MEMFITNAH BUKAN SIFAT ORANG ISLAM




MENYINDIR, MENCELA, MENCACI, MENGEJI DAN MEMFITNAH BUKAN SIFAT ORANG ISLAM

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah SWT,
Umat Islam dilarang daripada bergaduh, berbalah dan saling kutuk mengutuk di antara satu sama lain. Sifat suka mengutuk, maki-hamun dan mencerca orang lain bukanlah sifat orang mukmin. Nabi SAW di dalam misi dakwah baginda kepada semua manusia tidak pernah menyampaikan dakwah dengan menggunakan bahasa yang kesat dengan menyerang peribadi dan menghina keturunan dan penyembahan tuhan mereka. Tetapi Nabi SAW akan mengunakan cara yang cukup hikmah, lemah lembut, berbudi bahasa dan penuh kasih sayang.

Walaupun  orang kafir cuba menghina dan mengutuk baginda di atas dakwah yang baginda jalankan, namun baginda tetap bersabar dan mengunakan cara-cara yang lembut dan memberi jawapan yang bernas dengan dalil yang kuat untuk menepis dakwaan dan penghinaan mereka. Biasanya mereka (orang-orang musrik) akan kalah berhujah dengan baginda. Ramai juga dikalangan orang kafir masuk Islam kerana tertarik dengan peribadi baginda yang mulia dan kesopanan yang tinggi.
  
Islam tidak membenarkan umatnya  mengutuk dan mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud yang maksud: “ Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir.”

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya.” (Hadis Riwayat Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak)


Nabi SAW  bersabda maksudnya : ” Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya.” (Hadis Riwayat  Abu Daud)


Nabi SAW  bersabda maksudnya  ” Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)


Dalam hadis yang lain Nabi SAW  bersabda maksudnya: ” Tidak patut seorang teman baik, mengutuk (temannya)” (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Sahabat yang dimuliakan,
Nabi SAW sentiasa mengajar umatnya supaya menjauhkan diri daripada mencaci-maki sesama muslim, menjauhkan daripada membuka aib seseorang dan mencari-cari kesalahan orang lain.

Sabda Nabi SAW kepada Ali bin Abu Talib k.wj maksudnya : "Wahai Ali ! Janganlah engkau mencaci-maki orang Islam atau mencaci-maki binatang kerana cacian itu akan kembali dirimu sendiri. Wahai Ali ! Kuasailah lisanmu dan biasakanlah dia mengucapkan yang baik, kerana tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia pada hari kiamat yang melebihi ketajaman lisannya. Wahai Ali ! Jauhilah tukang caci-maki kerana ia suka membuka aib orang dan ia tidak akan masuk syurga."

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW  bersabda maksudnya:
"Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan yang suka menjolok jolok, bukan yang suka berbuat keji, dan bukan juga orang yang suka bercakap keji.”

Dari hadis-hadis tersebut di atas telah diterangkan bahawa mengutuk sesama muslim itu termasuk perbuatan yang berdosa, kerana kutukan dan laknat itu menjadi hak  Allah SWT sahaja, dalam menghukum setiap hambanya. Sehingga kita dilarang mengutuk kerana kegunaan kutukan itu mengharapkan supaya Allah SWT mencabut semua nikmat yang telah diberikan kepada hamba tersebut baik nikmat zahir maupun nikmat batin, supaya dia (orang yang dilaknat) tidak memperoleh nikmat dan anugerahNya.

Oleh kerana itu Rasulullah SAW  melarang perbuatan itu, bahkan menganjurkan sebaliknya iaitu supaya saling mendoakan sesama muslim agar mendapat nikmat dan kurnia dari Allah SWT.

Sahabat yang dikasihi,
Hanya di dalam kes seorang muslim yang telah dizalimi , difitnah dan diaibkan dia boleh berdoa kepada Allah SWT supaya Allah SWT menunjukkan kebenarannya dan mendatangkan musibah kepada orang yang melakukan kezaliman keatas dirinya. Supaya kebenaran itu akan terbukti dan dia berada dipihak yang benar dan dia dapat membersihkan namanya yang telah tercemar kerana berita fitnah tersebut.

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara." (Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)
Imam Nawawi telah meletakkan hukum harus bagi seorang manusia untuk mendoakan keburukan kepada orang yang menzalimi orang-orang Islam atau menzalimi dirinya sendiri.

Syeikh Ibnu Allan as-Siddiqi (pengarang syarah bagi kitab Azkar) berkata : " Maksud harus yang disebut Imam Nawawi adalah merangkumi sunat. Maksudnya ia tidak haram dan tidak makruh. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi manusia lain supaya terhindar dari kezalimannya maka hukumnya sunat. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi dirinya sendiri atau yang menyakitinya , sesungguhnya ini diharuskan untuk berdoa sebegini. Seeloknya dia maafkan dan melupakannya."

Firman Allah SWT maksudnya : " Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui." ( Surah an-Nisa ayat 148)

Dalil pengharusan. Ini jelas melalui ayat al-Quran 148 surah an-Nisa mengikut tafsiran Ibnu Abbas . Adapun hadis Rasulullah SAW adalah hadis berikut:

"Sesungguhnya Nabi SAW  mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz al-Quran r.a dan sentiasa mendoakan kecelakaan kepada mereka selama sebulan. Baginda berdoa : Ya Allah laknatilah Ri'l, zakwan dan 'usayyah (nama-nama kabilah yang membunuh utusan Nabi SAW kesemua mereka penghafaz al-Quran)."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Di dalam banyak peristiwa Nabi SAW tetap memaafkan dan mendoakan kebaikan kepada orang-orang kafir yang mencederakan dan menyakiti hati baginda hanya dalam peristiwa pembunuhan ramai penghafaz al-Quran utusan baginda menyebabkan baginda terlalu sedih dan mendoakan kecelakaan kepada  kaum yang kejam tidak berperikemanusiaan. 

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu sebagai seorang mukmin yang sentiasa menyampaikan dakwah dan kebenaran maka perlulah kita mengambil pendekatan secara hikmah dan berlemah lembut dan sentiasa mendoakan kebaikan kepada  setiap orang yang kita dakwahkan terutama sesama muslim. 

Sekiranya terdapat perbezaan pendapat bukanlah alasan untuk kita mengaibkan sesama kita dan menghemburkan caci-maki atau kutuk mengutuk di antara satu sama lain. Untuk orang-orang bukan Islam kita di bolehkan mendoakan kepada mereka supaya diberikan taufik dan hidayah oleh Allah SWT dan  supaya mereka beriman kepada-Nya dan masuk agama Islam.

Imam Al-Ghazali berkata “perbuatan maki, caci, kutuk, mencela dan memfitnah orang lain itu perbuatan orang fasik (Jehat)”. ”Memfitnah lebih besar dosanya dari membunuh” Al-Imran.Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud “piliharalah diri kamu daripada kekejian kerana Allah s.w.t membenci kekejian dan tidak membuat kekejian “ diceritakan oleh Ibnu Hiban dari Abu Hurairah.

Hadis lain pula menceritakan (Ibnu Abas) bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. melarang para sahabat memaki orang musyriq yang terbunuh dalam peperangan Badar. Rasulullah melarang para sahabat memaki-hamun orang musyriq yang telah mati walaupun orang itu tidak beriman kepada Allah, malah menduakan Allah, kerana maki-hamun itu tidak didengar oleh yang dah mati, ianya semata-mata menyakiti orang yang masih hidup.

Jelas kedua-dua maksud hadis di atas melarang keras orang Islam tanpa mengira ilmu, kedudukkan dan warna kulit mengeji orang atas apa sifat sekali pun kalau pun orang itu tidak Islam. Kalau mengeji sesama Islam bertambah haram itu.


Baginda Rasulullah pernah ditegur oleh Allah s.w.t bila Rasulullah berdoa dalam qunut sembahyangnya agar Allah turun bala ke atas kabillah (puak) Bani Sulaiman yang membunuh penduduk Bi’ru Al-Ma’unah 

Selepas itu turun wahyu Allah melarang Baginda berbuat demikian kerana urusan menurun bala dan menyeksa penentang agama ialah urusan Allah.

Thursday, December 17, 2015

BALA DAN MUSIBAH

Setiap manusia di uji bahkan Rasul dan nabipun di uji,siapalah kita utk TIDAK diuji? Manusia yg pertama di uji adalah Nabi Adam di mana baginda di suruh keluar dr Syurga


Ujian pertama di uji, sewaktu kita dilahirkan dan ujian terahkir adalah ujian kematian yg mana mati dlm berilmu ataupun mati dlm jahil?

Ujian yang paling getir bila kita dilimpahi nikmat kesyukuran.
Ujian lain, ujian makanan tak sedap sehinggakan kita maki isteri 3 hari 3 mlm, ujian kelaparan, ujian kereta hilang, rumah di masuki pencuri.

Sebesar2 pahala di dunia adalah manusia yg paling byk diuji dan kita redha dan tenang melaluinya

Contoh nak pergi masjid, ujan lebat tetapi kita sabar dan kita pergi juga walaupun hujan tersgt lebat sehingga kita dpt mendgr usrah di masjid.
Jika kita TIDAK MAHU UJIAN, maka itu adalah kematian, Allah inginkn berikan Syurga adalah melalui ujian
Dlm hidupnya, terlalu byk ujian utk Allah menempatkan di Syurga Allah sebagaimana anak kita di uji dgn ujian dan peperiksaan utk smpai ke Universiti


APAKAH PERBEZAAN BALA ATAU MUSIBAH DR ALLAH?


Kita mahkluk yg daif,dr tiada kepada ada,drpada hubungan ibubapa yg sah dan ahkirnayb mnjadi manusia setelah di kandung ibu selama 9 bulan.
JIka kita sbg manusia yg menentukan segala urusan hidup, pasti kita takkan mahu susah, sakit,mahu kaya tetapi oleh kerana Allah yg menjadikan kita, maka Allah uji dgn kelaparan, kesakitan, kemiskinan dan kesusahan.

Allah itu Samad, minta pergantungan sepenuhnya pada Allah maka hilanglah manusia yg angkuh, sombong,jahat dan kufur pd Allah dan mengapa ada manusia yg sombong,angkuhd an kufur pada Allah?Adalah kerana mereka manusia yg jahil

BALA itu sesuatu yg buruk dan MUSIBAH itu ujian
Rasulullahs aw sering berkata, apa bila Allah sayangkan hambaNya , Allah akan bencana sesuatu padanya iaitu bala atau musibah.
Apabila kita tutup mata kita, Allah padamkan pandangan mata kita di waktu mlm, maka kita merasai kegelapan,kata imam (miss his name,sorry) anggaplah ia adalah suatu bala terhadap kamu kerana kematian itu adalah bala jika kita mati dlm kekufuran,mati dlm keadaan tiada ibadah, mati dlm keadaan tidak bertaubat maka neraka melambai pada kita
Andai kita matipun, tiada fungsi lampu utk menerangi kubur kita.
Mengapa bala atau musibah ditimpa pada nabi,alim ulama?
Ada musibah ditimpa Rasulullah di maki hamun oleh org kafir Mekah, sehingga berdarah lutut, dan Rasul juga kematian anak, isteri.
Sebenarnya, bukan Rasul dib ala Allah bukan sebab berdosa tetapi adalah kerana Rasul adalah contoh terbaik iaiatu Rasul bila diuji baginda sabar,dan kita kini,bila Allah uji anak kita seusia 3 thn sakit dan koma, kita terus berkata Allah tidak adil.
JIka Rasul blh bersabar, apakah kita tidak blh bersabar?
Mana manusia yg paling teruk di timpa ujian, Rasul berkata, Al ambiya (nabi) dan alim ulamak.
Allah uji Rasul supaya manusia dpt menjadikan Rasul sbgi contoh bila manusia di uji.Kita bersabar atas ujian hidup adalah kerana sunnah Rasul bersabar bila di uji.

Apa sahaja ujian yg menimpa kamu adalah hasil dr tangan kamu sendiri- as Syura-30.
Apajua musibah diuji bukan di uji main2 tetapi Allah uji adalah utk memberikan peringatan.Antaranya; menghindari diri dr maksiat, jaga perkara yg dimurkai Allah,hidup dgn mncari ilmu

Barang siapa yg mnjaga hak dan ilmu Allah, maka Allah tunjukkan jln yg benar

Bila berlaku bencana atau musibah, tgk siapa di sekeliling kita.
Di zaman Nabi Musa, bumi kering kontang sehingga Nabi Musa bertnya pd Allah mengapa jadi seperti begini?Allah mnjawab adalah kerana ada di kalangan umat mu sentiasa berbuat maksiat maka nabi musa bertanya pada umatnya siapa di kalangan kamus entiasa berbuat maksiat, beristigfarlah.Maka secara diam2 hamba tersebut beristigfar lalu Allah turunkn hujan
Sebagaimana keadaan dlm rumahtangga kita;
Dosa dlm rumahtangga yg tidak terampun akan menyebabkan rumahtangga hilang keamanan dan keselamatn bahkan keburukan yg dtg ie anak nakal, suami nakal,anak lari dr rumah, anak suka melawan adalah kerana dosa ibubapanya yg tidak bertaubat
Baqarah 155-

UJIAN HARTA BENDA
- Ada kalanya Allah tarik kekayaan ketika tgh kaya, ie tiada byrn zakat, tiada sedekah,nak sedekah pun fikir byk kali walaupun RM1
UJIAN KESIHATAN
- Allah uji ketika umur 50thn, sakit mcm2,kdg kala Allah uji sakit pada usia muda
UJIAN KEDIAMAN/ANAK
- Anak baik, suami tak baik
- Suami baik, anak tak baik
UJIAN MASYARAKAT
- Kita ok, jiran tak ok
UJIAN NEGARA
- Allah tarik nikmat kesenangan dan kemakmuran
Berilmu, beramal tetapi jgn melampaui batasan agama maka Allah akan cabut keberkatan dan berikan kehancuran

DUNIA ADLAAH MEDAN UJIAN, AHKIRAT MEDAN PEMBALASAN PAHALA
Berbuat baik di bumi dan kebaikan dib alas di padang mashyar
Berbuat jahat di bumi dan dibalas di alam berzakh sehingga padang mahsyar
Rasulullah saw berkata;
Orang yg cerdik sentias amengimbangi kehidupan dan beringat2 dgn mengamalkan yg baik dan menjauhi yg buruk.

Ali bin Abi Talib, kita berpisah dgn dunia, dunia di blkng kita.Ahkirat di hadapan kita
Biar kita berputih tulang di bumi, jgn berputih mata di ahkirat nanti.

Jika di uji dgn kesakitan, maka terimahlah dgn berhikmah
Silapnya kita, bila Allah uji dgn kekayaan, dia lupa dan bila Allah uji dgn kejayaan, dia lupa ahkirat .Kerana apa yg kita pegang tak lama, andai setahun di beri.

Kekayaan di tangan bukan di hati, barulah senang kita menerima sebarang ujian


Mengapa kita kurang bersabar dgn ujian Allah? Ie ujian kesakitan .Kita sibuk mengomel, merungut bila kita sakit, adalah kerana dlm kehidupan ini bila paksi salah, maka salahnya semuanya.
Ie kereta jika diservisnya elok, maka eloklah walaupun kereta itu baru atau lama. Sebagaimana kereta lama yg di jaga servisnya berbanding kereta baru yg tak di jaga servisnya.Pakai 3 bulan baru belipun blh rosak.

Jika servis iman cukup maka kita bukan manusia yg cpt mengomen pada musibah Allah.
Adalah kerana pancit tayar, kita mahu humban kereta?Kitamesti tukar tayar sebaliknya kita, bila kena musibah, seolah dunia dh gelap dan Allah tidak adil sedangkan Allah uji kita utk membuka ruang keimanan dan ilmu baru utk kita.
Rasulullah saw berkata,
Aku kagum dgn mukmin, bila Allah ujian kekayaan, dia bersyukur dan bila ALLAH UJIAN DGN KESAKITAN DIA BERSABAR DAN INILAH ORANG YG BERJAYA. 
Allah tidak pernah tidak adil dgn kita dr sebesar dan sekecil nikmat diberikan kita masih melabelkan Allah tidak ADIL,sedangkan jika kita sakit, dan buta adalah kerana hati kita yg sakit ataupun buta yg sering berpra sangka buruk dgn Allah.

Tambahkanlah keimaman kita dan bermuhasabah dgn amal kehidupan kita, adakalanya bila musibah dtg adalah kerana kita gagal bermuhasabah dirinya sehingga dia merasakan dunianya gelap.
Di antara kebaikan dan keburukan di tghnya adalah ilmu dan iman

Cth ada orang Allah ujian dgn sihat dan kaya sehingga dia tiada susah dan kaya, dan tetiba Allah uji dgn kesakitan yg berpanjangan maka dia tiadapun menyebut Allah berbanding org yg diuji selalu akan lebih mengingati Allah.

Umat islam berpecah belah ; Allah ingin uji kita, orang yg mempunyai keimanan tinggi akan sentiasa prasangka baik pada Allah, dan ia kdg kala dr umat islam sendiri yg hidup dlm maksiat bukan orang bukan islam.isu iniadalah dr kjahilan umt islam dan bersatu la kerana tali Allah iaitu al quran, berbuat baik dan meninggalkn kjhatan. Tiada seorangpun berbuat kjhtn

Sebagaimana Rasulullah berkata umat islam ahkir zaman ramai tetapi umpama buih di lauatan

Kita seringkali negative tntng bala tetapi mulai ksrg kita postifkan bala dan musibah adalah kerana dgn izin Allah, jika Allah mahukan sesuatu benda berlaku maka ia berlaku dan kesan dr itu kita jadi orang beriman


Cth jika kita jatuh tangga, jgn salahan tangga tetapi salah diri sendiri

Iman bertmbah, ilmu bertambah, taqwa meningkat dan taubat dekat dan redha Allah menghampiri kita.

Jgn minta di uji Allah tetaPI BERSABARLAH BILA DI UJI

Tuesday, December 15, 2015

Kelebihan Mengamalkan Surah Al- Mulk

Assalamualaikum WBT.

Hari ini saya ingin membincangkan tentang kelebihan mangamalkan surah Al Mulk. Kisah orang yang sudah meninggal dunia dan amalan mereka salah satunya ialah menghafal surah al Mulk.

Topik 1

Tiga penggali kubur tergamam menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika menggali liang lahad untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, di sini, semalam.

Mayat lelaki tidak dikenali itu ditemui jam 11.30 pagi sebaik ketiga-tiga penggali kubur berkenaan menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter.
Berdasarkan maklumat, mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur.

Bagaimanapun, kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.

Penggali kubur, Desa Sulaiman, 74, berkata penemuan jenazah itu mengejutkan kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu memang kosong.

Katanya, keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun.

“Saya 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini.

“Sepanjang pengetahuan saya, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat,” katanya.

Difahamkan, penemuan mayat itu menyebabkan urusan pengebumian jenazah seorang wanita berusia 53 tahun yang dijadualkan sebelum Zuhur, ditangguhkan beberapa jam untuk memberi laluan kepada urusan pengebumian semula jenazah yang ditemui itu.

Desa dan dua lagi rakannya terpaksa menguruskan pengebumian semula jenazah terbabit di sebelah liang lahad yang digali, sebelum meneruskan urusan penggalian liang lahad baru untuk pengebumian jenazah wanita yang baru meninggal itu.

Rakannya, Mohd Hafiz Abdan, 20, berkata beliau tergamam melihat wajah serta tubuh mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia ketika mengangkat mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru.

“Saya sempat melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama.

“Apa pun, penemuan mayat berkenaan bagi saya suatu misteri kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur,” katanya.

Topik  2

Ada diceritakan dalam al-Quran bahawa seorang yang beramal dengan surah al-mulk.. Bila tiba kematian dia, terus datang malaikat untuk menyoal..
Sebelum sempat menyoal, surah al-Mulk bercucuran keluar memenuhi wajah si mati.. Malaikat berkata “ya ahlul kitab.. Aku knl kamu.. Kamu al-mulk.. Kenapa kamu datag ke sini?”
Seraya al-mulk menjawab “Wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup, dia beramal dengan aku.. Aku sebati di dalam kerongkang manusia ini.. Maka hadir aku ini untuk menghalang kamu dari menghukum manusia ini..”
Malaikat menjawab, “Wahai al-Mulk, tidak boleh menghalang tugas kami..”
Lantas surah al-Mulk datang kepada Allah.. ”Wahai Allah.. Aku adalah kitab-Mu.. Aku mahu melindungi manusia itu.. Jika
Engkau tidak mengizinkan, buanglah aku (al-mulk) dari Al-Quran MU..”
Maka Allah memberi keizinan kepada al-Mulk.. Terus al-Mulk kembali kepada manusia di kubur tersebut.. Sesampai di kubur, kelihatan malaikat menghampiri manusia.. Al-Mulk menjerit dengan gerunnya,
“Ya malaikat! pergi kau dari sini! Aku telah mendapat kebenaran daripada Allah!! (malaikat terkejut dan pergi sepantas yang mungkin) aku akan menjaga manusia ini sehingga kiamat.. Aku tidak sanggup membiarkan manusia ini kesunyian kesorangan di dalam kubur.. Biarlah aku menjadi teman dia sehingga di bangkitkan kelak..”
Topik 3

Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”

2. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

3. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”

4. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”

5. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”

7. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”

8. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

9. Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”

10. Saiyidina ‘Ali berkata: “Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”

11. Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”

12. Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”

Semoga kita dapat sedikit ilmu tentang kehebatan surah-surah ayat al Quran untuk kejayaan kita di kehidupan yang kekal abadi nanti.