Friday, January 3, 2014

Sepandai-pandai tupai melompat.....

Lumrah kehidupan.... sama ada diri sendiri atau orang lain..


HIPOKRIT


Pelbagai manusia pelbagai karenah. Sama ada kita mampu mengawal emosi atau tidak apabila berhadapan dengan situasi seperti ini...

Tidak di nafikan akan ada manusia yang akan terpengaruh terpedaya, ter'percaya' dgn lakonan dramatik hebat mereka2 ini... mereka ini tergolong dari manusia yang memerlukan lebih perhatian, memerlukan lebih puji-pujian.. Jadi kita raikan mereka, biarkan mereka dengan lakonan nya.. Orang seperti ini tidak butuhkan nasihat.. kerana dia fikir dia sudah hebat kerana masih ada yg percaya dan taksub dgn lakonan hebatnya..

Berpegang pada satu pegangan yang paling kuat bahawa ALLAH s.w.t itu MAHA hebat... tiada yang lebih hebat melainkan Allah. 

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua...


Manusia hipokrit ini selalunya akan membuka aib orang lain semata2 untuk menutup aib sendiri... Sedarkah kita adakalanya ianya refleksi diri... dia bercerita ttg org lain walhal dia sedang bercerita tentang diri nya sendiri...

Bila tersedar diri telah di bohongi oleh manusia hipokrit ini terasa diri bodoh seketika... rasa marah, benci sakit hati dan macam2 lagi timbul..
Apa yg perlu kita lakukan?... Katakan pada diri.. inilah drama dunia... belajar dari kesilapan moga kita tidak terjebak lagi.. itu adalah pengalaman yang paling berharga... lebih berhati-hati..

Si manusia hipokrit ini tak pernah rasa menyesal malah menabur pula fitnah.. kononnya dia di hantar sihir & di sebabkan itulah sahabat yg mempercayainya telah meninggalkan nya..


Kini tekaitlah pula dosa fitnah.... ianya sangat merbahaya...

Tahukah anda apa hukum nya?

"Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir." (at-Taubah:125)



Apa yang saya sampaikan ini adalah pengalaman diri.. Moga saya dijauhkan dari bersikap seperti ini.. Moga menjadi tauladan bagi yang membaca..

No comments:

Post a Comment