Sunday, September 21, 2014

Kisah 6 Teka Teki Imam Al-Ghazali Yang Gagal Dijawab Dengan Tepat



Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya soalan berbentuk teka teki :

Soalan pertama

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Orang tua

Murid 2 : Guru

Murid 3 : Teman

Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .

Soalan kedua

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Negeri Cina

Murid 2 : Bulan

Murid 3 : Matahari

Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Gunung

Murid 2 : Matahari

Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ” (Surah Al-A’raaf, Ayat 179)

Soalan keempat

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Baja

Murid 2 : Besi

Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’

Soalan kelima

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Kapas

Murid 2 : Angin

Murid 3 : Debu

Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaa lik.

Soalan keenam

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

semoga ia menjadi pemangkin pada kita semua untuk merubah dan jadik yg lbh baik.... jua moga allah ampuni segala dosa n silap kita. 

moga ukhwah kita akan lebih baik dan diredhai allah.

Kisah Ular & Gergasi



Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata gergaji itu menyebabkan perut ular terluka.

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan ular luka parah di bahagian mulutnya.

Marah dan sakit yang teramat sangat, ular itu berusaha mengerah kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaganya. Belitan tersebut telah menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat seseorang itu beremosi dan marah, rasanya mudah sekali untuk dia melukakan dan menyakiti orang lain.

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." 

(HR Bukhari & Muslim)

Salam kasih sayang
Hayati

Nak KURUS? Mandian ais membantu...


Bila terbaca artikel ini terus membuak2 nak mandi ais... Jom baca petikan di bawah

Petikan dari Utusan Malaysia

Mungkin pembaca .com sudah biasa mendengar bahawa ais boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada tubuh badan seperti melemahkan penghadaman yang membawa kepada masalah perut buncit, menjadikan tubuh mudah letih dan sebagainya.

Tetapi itu terjadi apabila anda sering mengamalkan minum air sejuk atau mengunyah ais batu. Namun, tahukah anda, jika sering mengamalkan mandi air sejuk atau mandi ais, ia merupakan satu terapi dan mempunyai banyak kebaikan.

Malah, mandi ais juga telah menjadi salah satu teknologi dalam rawatan untuk merawat penyakit, kecantikan dan juga menenangkan minda.

Mandi air sejuk dikatakan dapat menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuman pada badan. Menurut satu kajian, kadar metabolisme yang tinggi hasil daripada mandi air sejuk adalah disebabkan badan kita cuba memanaskan badan secara sendiri dan mengaktifkan sistem imunisasi, sekali gus menghasilkan lebih banyak sel darah putih.

Selain itu, mandi ais juga dapat meningkatkan tenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah dapat mengalir dengan lancar ke seluruh badan.

Bukan itu sahaja, mandi ais juga dapat membantu untuk menjadi lebih kurus apabila ia merupakan cara terbaik untuk membakar lemak. Ini kerana kalori yang dibakar melalui haba kebanyakannya datang daripada lemak.

Apabila badan terdedah dengan suhu sejuk, lemak akan terbentuk. Sel-sel lemak inilah yang akan membakar glukosa dalam badan bagi menghasilkan haba badan. Penghasilan lebih banyak sel lemak akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga, seterusnya dapat menjadikan tubuh lebih kurus.

Tekanan perasaan juga dapat dikurangkan dengan mandi air sejuk. Kajian dari Universiti Virginia Commonwealth mendapati air sejuk boleh merangsang titik biru pada otak iaitu sumber utama bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan yang dikenali sebagai noradrenaline.

Air sejuk juga dapat menjadikan kulit dan rambut lebih sihat apabila ia membantu mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori, seterusnya mengurangkan masalah jerawat. Selain itu, air sejuk dapat membantu menyingkirkan kotoran dan toksin dalam kulit menjadikan kulit lebih bersih dan awet muda.

Cara yang paling cepat untuk memulihkan otot yang tercedera adalah dengan mandi ais, selain dapat mengurangkan kesakitan sebanyak 20 peratus. Malah, untuk kaum lelaki pula, mandi ais dikatakan dapat meningkatkan kadar hormon testosterone yang akan memberikan kekuatan dan tenaga tambahan.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140920/kn_01/Kebaikan-mandi-ais#ixzz3DwxiGUK6 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Bagi mereka yg ingin membuat tempahan mandian ais boleh hubungi

MYRA ALTERNATIVE SOLUTIONS

Saturday, September 20, 2014

Treatment Laser utk menghilangkan freckles


Hari ini membuat keputusan utk membuat treatment laser bagi menghilangkan freckles yg mula tumbuh halus2 di wajah.

Setelah cuba pelbagai rawatan dan produk ternyata mampu sekadar memudarkan. Kini saya cuba lakukan menggunakan kaedah laser.

Sakit kah?

Jawapan saya: tidak..

Kepakaran dan pengalaman doktor yg mengendalikan ternyata tidak mengecewakan.

Sblm memulakan wajah saya di bersihkan kemudian krim kebas disapukan rata di wajah & dibiarkan beberapa minit.

Bagaimana dgn harga?

Ianya bagi saya amat berpatutan. Mendapat rawatan dan layanan yg baik dan membuatkan saya selesa di klinik. Kos rawatan lebih kuran RM400 

Apakah pantang sepjg tempoh pemulihan?

Saya di nasihatkan utk tidak memasuki sauna atau steam bath. Elakkan tersesah dgn cahaya matahari. Tidak boleh memakai make up yg tebal. Jangan gosok muka dengan kasar. Tidak boleh guna toner. Hanya pencuci muka dan cream sahaja

ini lah masanya saya manjakan wajah saya kerana saya sayang muka saya. 

Ingin tahu hasilnya.. Tunggu update aaya seterusnya...

Salam sayang dari saya...

Tuesday, September 2, 2014

Siapa yang kuasai Palestine akan kuasai dunia?

Palestina Jantung Dunia ? Siapa Yang Kuasai Palestina akan Kuasai Dunia ?
Hal ini boleh ditemui dalam teori geopolitik bernama The Heartland Theory. Teori geopolitik ini dikemukakan oleh seorang pakar geopolitik British bernama Sir Halford Mackinder (1861-1947), namun dipopularkan oleh seorang Profesor Yahudi-Jerman, guru kepada Adolf Hitler bernama Karl Haushofer.

Karl Ernst Haushofer lahir di Munich pada 27 Ogos 1869. Anak kepada pasangan Max Haushofer, seorang ahli ekonomi dan Frau Adele Haushofer. Lulusan dari sekolah tinggi, Karl mula mendaftar sebagai tentera dengan menamatkan pendidikan di Lembaga Pendidikan Ketenteraan Bavaria (Kriegschule) iaitu Akademi Artileri (Artillerieschule) dan Bavarian War Academy (Kriegsakademie). Tahun 1896 Karl berkahwin dengan Martha Mayer Doss juga seorang Yahudi.

Haushofer meneruskan pendidikannya hingga menjadi pegawai tinggi dan berkhidmat di Angkatan Perang Kerajaan Jerman dan kerjayanya melonjak hingga menduduki jawatan sebagai Staff Corp pada tahun 1899. Pada tahun 1903, Karl Haushofer dilantik untuk menjadi tenaga pengajar di Bavarian Kriegsakademie.

Tahun 1908, Haushofer dihantar ke Jepun untuk mempelajari sistem ketenteraan di negera Matahari Terbit itu. Di Jepun, Haushofer juga dilantik menjadi pengajar rejimen artileri tentera Nippon. Bermula dengan bahasa Jepun, Haushofer yang menguasai banyak bahasa asing selain Jerman seperti Inggeris, Perancis, dan Rusia dan juga ditugaskan melawat ke beberapa negara Timur Jauh seperti Korea, India, Tibet, China, dan lain-lain.

Sepanjang bertugas di Timur Jauh inilah,beliau membuat penyrlidikan dan  Haushofer yang sememangnya telah lama tertarik dengan ajaran-ajaran mistik-paganisme. Dia juga menterjemahkan beberapa bahasa Budhisme dan Hindu. Menurut beberapa penyelidik, minat Haushofer terhadap ajaran mistik-esoteris ada sebabnya. Keluarganya dipercayai ada latar belakang dengan hal-hal seperti ini. Haushofer merupakan salah seorang tokoh dari sebuah persaudaraan mistik iaitu pemuja syaitan (Kabbalah).

Teori Heartland

Heartland (jantung bumi) merupakan sebutan bagi wilayah Asia Tengah dan World Island merujuk pada kawasan Timur Tengah. Kedua kawasan itu merupakan kawasan yang kaya dengan minyak dan juga gas. Nicholas Spykman seorang sarjana Amerika, menambah teori ini dengan mengatakan, "Siapa pun yang boleh menguasai World Island, maka dia menguasai dunia." Yang dimaksudkan dengan jantung dunia adalah Palestin, sebuah wilayah sangat strategik dan mempunyai nilai sejarah yang amat tinggi. Sebab itu, sejak zaman kuno lagi Palestin sudah menjadi rebutan oleh pelbagai bangsa. (Di Milenium ketiga, teori ini dianut oleh Rumah Putih sehingga Bush bercita-cita tinggi untuk menguasai Afghanistan, Iraq, dan negera-negera sekitarnya).

Haushofer dikenali ramai dikalangan pegawai-pegawai Jerman. Dia merupakan kawan akrab dengan dua tokoh Nazi Adolf Hitler dan setiausaha kepada Hitler, Rudolf Hess. Hess adalah orang yang menulis Mein Kampf ketika dipenjara bersama Hitler, sebelum dia menjadi ikon Nazi. Haushofer menyampaikan teori geopolitik dan juga teori bangsa unggul bangsa Arya kepada Hitler. Buku karangan Hitler yang dibantu Hess berjudul "Mein Kampf" (Perjuanganku, 1926) buku ini menjadi buku suci Parti Nazi dengan berlatar belakangkan teori yang dikemukakan Haushofer. Menurut Haushofer, bangsa Jerman boleh menjadi bangsa terkuat di dunia, maka bangsa Arya harus memurnikan dirinya dan menyingkirkan semua orang Jerman yang bukan berasal dari bangsa ini. Teori Charles Darwin dan Yahudi juga dikemukakan oleh Haushofer sehingga Adolf Hitler menjadi semakin jatuh dalam pengaruhnya.

Berkat pengaruh dari Haushofer inilah, ketika Nazi berkuasa, maka dilakukan pemurnian bangsa Arya secara besar-besaran. Semua orang Jerman yang bukan berasal dari bangsa ini dikeja dan dibunuh. Orang Yahudi yang ramai mendiami wilayah Jerman menjadi sasaran utama. Masa lalu Hitler yang mempunyai hubungan yang buruk dengan orang Yahudi menambah kebenciannya terhadap bangsa tersebut. Secara diam-diam Haushofer memprovokasi Hitler agar terus mengejar dan mengusir orang-orang Yahudi dari Jerman dan kawasan sekitarnya.

Haushofer yang Zionis-Yahudi memprovokasi Hitler agar melakukan pengejaran terhadap Yahudi Eropah. Ini seperti oren makan oren. Yahudi megarah orang lain agar membunuh Yahudi yang lain.

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber fiqhislam.com 
Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

Disebalik Selawat




 
Asas Selawat Nabi ialah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Firman Allah
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad shallallahu alaihi wasallam). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]


Selawat dengan lafaz sunnah ialah seperti hadis berikut:

حَدَّثَنَا آدَمُ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ حَدَّثَنَا الْحَكَمُ قَالَ سَمِعْتُ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ أَبِي لَيْلَى قَالَ لَقِيَنِي كَعْبُ بْنُ عُجْرَةَ فَقَالَ أَلَا أُهْدِي لَكَ هَدِيَّةً إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ عَلَيْنَا فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ عَلِمْنَا كَيْفَ نُسَلِّمُ عَلَيْكَ فَكَيْفَ نُصَلِّي عَلَيْكَ قَالَ فَقُولُوا اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Telah menceritakan kepada kami Adam telah menceritakan kepada kami Syu'bah telah menceritakan kepada kami Al Hakam dia berkata; saya mendengar Abdurrahman bin Abu Laila dia berkata; Ka'b bin 'Ujrah pernah menemuiku, lalu dia berkata; "Maukah kamu aku beri petunjuk? Sesungguhnya Nabi Shallallahu 'alahi wasallam pernah keluar menemui kami, lalu kami bertanya; "Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui salam kepadamu, lalu bagaimanakah caranya bershalawat kepadamu? Beliau menjawab: "Ucapkanlah;
Allahumma Shalli 'Alaa Muhammad Wa 'Alaa Aali Muhammad Kamaa Shallaita 'Alaa Aalii Ibraahim Innaka Hamiidum Majiid. Allaahumma Baarik 'Alaa Muhammad Wa'alaa Aali Muhammad Kamaa Baarakta 'Alaa 'Aali Ibrahiima Innaka Hamiidum Majiid
 (Ya Allah berilah shalawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahiim, sesungguhnya Engkah Maha Terpuji dan Maha Mulia. Ya Allah berilah barakah kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi barakah kepada Ibrahim, sesungguhnya Engkah Maha Terpuji dan Maha Mulia)." (Hadis Sahih Riwayat Bukhari)

Pengertian Selawat
Selawat adalah jamak dari kalimat solat . Selawat menurut bahasa ertinya ialah doa , rahmat dari allah , memberi berkah dan ibadat .

Dalam kitab suci Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat kepada Nabi . Hai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya .” ( Surah Al-Ahzab:ayat 56 )

Selawat kepada nabi terdiri dari tiga macam tingkatan :

1. Selawat Allah kepada Nabi dan Rasulnya , istimewa kepada Nabi Muhammad SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM. bererti Allah memberi rahmat , memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Nabi Muhammad SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM kepadanya .

2. Selawat para Malaikat kepada para Nabi dan Rasul dan Nabi Muhammad SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM , bererti malaikat² mendoakan atau memohon rahmat kemuliaan serta keampunan .

3. Selawat manusia kepada Nabi Muhammad SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM , bererti mengakui kerasulannya , memohon kepada Allah melahirkan keutamaan , kemuliaan dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang dibawanya .

1. Selawat Syifa
اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَآئهَا وَعَافِيَةِ الْأَبْدَانِ وَشِفَآئِهَا وَنُوْرِ الْأَبْصَارِ وَضِيَآئِهَا وَعَلَى آلِهِ وَصحْبِهِ وَسَلِّمْ
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”

Khasiat menurut Pusat Rawatan Darussyifa: Medium doa untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Dibaca pada air atau ubat tradisional

Khasiat Selawat Syifa' ini, apabila dibaca tiap-tiap hari, maka :
1. Menyihatkan jasmani dan rohani.
2. Diberi keselamatan di dunia dan akhirat.
3. Hati menjadi terang benderang, dapat melihat mana yang hak dan mana yang salah.
4. Tubuh menjadi kuat, tidak mudah terkena pengaruh yang merosakkan.



Awas Bahaya Syirik Selawat Syifa
Selawat ini banyak diamalkan oleh banyak tokoh-tokoh perubatan dan bomoh-bomoh tertentu di dalam negara kita (Malaysia) mahu pun di luar negara. Ia digunakan sebagai zikir atau bentuk doa untuk mengubati/merawat individu tertentu yang mengalami masalah kesihatan tertentu.

Ianya juga sangat popular malahan sehingga dinasyidkan dan dilagukan sebagai zikir-zikir harian. Malangnya, kebanyakan dari mereka (yang mengamalkannya) hanya tahu melafazkan dan melagukannya. Namun tidak mahu mengambil tahu berkenaan makna dan kesyirikan yang terkandung di dalamnya.

Lebih malang lagi, selawat tersebut tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam melalui mana-mana riwayat hadis, apatah lagi tidak juga diamalkan oleh sahabat-sabahat Rasulullah sendiri. Maka, ianya adalah tergolong di dalam bentuk selawat-selawat ciptaan dan rekaan manusia berdasarkan akal dan nafsu.

Jika kita perhatikan satu persatu rangkap perkataan di dalam selawat tersebut, terdapat penyandaran sifat yang tidak selayaknya kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam iaitu dengan sifat “yang memberi penawar”, “pengubat hati (kalbu)”, “yang memberi kesihatan”, “penyembuhan badan”, dan “yang menerangkan pandangan mata”. Padahal kita mengetahui bahawa yang mampu menyembuhkan dan memberi kesihatan badan, yang mampu mengubati hati, dan yang mampu menerangkan pandangan mata adalah hanya Allah Subhanahu wa Ta’ala semata-mata. Berkenaan sifat yang dinisbahkan (atau disandarkan) kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam tersebut, beliau sendiri tidak mampu berbuat apa-apa, apatah lagi untuk orang lain.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa memberi manfaat kepada diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah”.” (Surah al-A’raaf, 7: 188)

“...dan apabila aku sakit, Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku,” (Surah asy-Syu’araa, 26: 80)

“Barangsiapa yang tidak diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah, maka tidaklah dia memiliki cahaya sedikit pun.” (Surah an-Nuur, 24: 40)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa Salam sendiri bersabda (maksudnya):

“Janganlah kamu melampaui batas dengan mengagung-agungkan aku sebagaimana kaum Nasrani telah melakukannya terhadap Isa anak Mariam. Sesungguhnya tiadalah aku melainkan seorang hamba, maka katakanlah, “(Muhammad) Hamba dan Pesuruh Allah”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3445, daripada ‘Umar al-Khatthab radhiyallahu ‘anhu)

Syaikh Muhammad Jamil Zainu berkata:

“Sesungguhnya yang menyembuhkan dan yang memberi kesihatan badan, hati, dan mata hanyalah Allah sahaja. Adapun Rasulullah tidak memiliki kekuasaan untuk memberi manfaat bagi dirinya dan tidak pula untuk selainnya. Bentuk selawat ini (selawat Syifa’ di atas) menyalahi firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (maksudnya),

“Katakanlah (Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak pula kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah...” (Surah Yunus, 10: 49) (Rujuk: Fadhilat Selawat Kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, m/s. 113-114, Mubarak Mahfudh Bamuallim. Juga al-Firqatun Najiyah, m/s. 192-193, Syaikh Muhammad Jamil Zainu)

Fatwa Malaysia Berkenaan Dengan Hukum Selawat Syifa
Tarikh Keputusan:  29 Jan, 2007
Keputusan:

Pada 29 Januari 2007, setelah meneliti dan membahaskan secara teliti mengenai selawat syifa", Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis sebulat suara membuat keputusan seperti berikut:
Selawat adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh syarak, namun selawat syifa" yang diamalkan oleh sebahagian anggota masyarakat telah didapati tidak bersumberkan daripada apa-apa sumber Islam yang muktabar iaitu nas-nas al-Quran atau as-Sunnah. Bahkan kandungan selawat ini amat mengelirukan dan bercanggah dengan prinsip-prinsip aqidah Islam kerana memberikan unsur-unsur ketuhanan kepada baginda ar-Rasul saw. Adapun andaian-andaian sesetengah pihak dalam membela maksud selawat tersebut tidak dapat diterima dari segi ilmiahnya

2. Selawat Tafrijiah atau Selawat Nariyah.
اَللَّهُمَّ صَلِّى صَلاتًا كَامِلَةً، وِسَلِّمْ سَلَامًا تَآمًا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الَّذِي تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَدُ، وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْقُرَبُ، وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَآئِجُ، وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَآئِبُ، وَحُسْنُ الْخَوَاتِيمِ، وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْم، وَعَلَى اَلِهِ وصَحْبِهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ
Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam”.

Selawat Nariyah disebut juga selawat “Tafrijiyyah” yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.

Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali. . (Status: Batil)

Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al-Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai. . (Status: Batil)

-Menurut Imam Ad-Dainuri, barang siapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi. (Status: Batil)

-Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan. . (Status: Batil)

-Barang siapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barang siapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat. . (Status: Batil)

Awas Kesyirikan Selawat Tafrijiah/Nariyah
Jika kita benar-benar memahami akan hakikat kebenaran, telah jelas bahawa aiqdah tauhid yang disebutkan di dalam al-Qur’an dan apa yang diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam mewajibkan supaya setiap Muslim meyakini bahawa hanya Allah yang mampu menyelesaikan (meleraikan) pertikaian di dalam kehidupan, menghilangkan segala kesusahan, yang memenuhi segala bentuk keperluan, dan memperkenankan permohonan orang yang berdoa kepada-Nya.

Seseorang Muslim tidak dibenarkan berdoa kepada selain Allah. Walaupun kepada para Malaikat dan Nabi yang dekat dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Allah berfirman (maksudnya),

“Katakanlah: “Panggillah mereka yang kamu anggap (tuhan) selain Allah, sebenarnya pada hakikatnya mereka tidak memiliki sebarang kuasa untuk menghilangkan bahaya daripadamu dan tidak pula memindahkannya”. Sesungguhnya yang mereka seru itu, mereka sendiri sentiasa mencari jalan agar mereka menjadi yang paling dekat (kepada Allah), mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya. Sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang (harus) ditakuti.” (Surah al-Isra’, 17: 56-57)

“Hanya kepada Allah kami menyembah, dan hanya kepada Allah kami memohon pertolongan.” (Surah al-Fatihah, 1: 5)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan berkenaan ayat ini,

“Yang dapat melakukan semua itu hanyalah Allah yang tidak ada sekutu bagi-Nya. Menciptakan dan meemrintahklan hanyalah hak Allah semata. Di mana berkenaan firman Allah (maksudnya): “Orang-orang musyrik dahulu sering menyatakan “Kami menyembah Malaikat, ‘Isa al-Masih, dan ‘Uzair”. Mereka itulah yang diseru sebagai tempat memohon sesuatu oleh orang-orang musyrik.” (Rujuk: Tafsir Ibnu Katsir di bawah perbahasan ayat 56-57 Surah al-Isra’)

Jika kita perhatikan rangkap selawat tersebut, dengan ia menunjukkan bentuk-bentuk permohonan doa kepada Nabi. Malah sifat-sifat yang tidak selayaknya, tetapi malah sebenarnya berlebih-lebihan (ghuluw) disandarkan kepada Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam.

3. Selawat Munjiyat
اَلَّلهُمَّ صَلَّى عَلَى سَيِّدنَا مُحَّمَدٍ صَلَاةً تُونْجِيْنَا  بهَا مِنْ جَمِيْع الْاَهْوَالِ والْاَفَاتِ  وَتَقْضِى لَنَا بِهَا جَمِيْعِ الْحَاجَاتِ  وتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جمِيْعِ السَّيِّئاتِ  وتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ  وَتُبْلِغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَايَاتِ  مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاتِ وَبَعْدَ اْلمَمَاتِ

Ya Allah limpahkanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad dengan suatu selawat yang menyebabkan kami semua selamat dari ketakutan dan malapetaka dan yang menyebabkan Engkau tunaikan hajat kami, yang menyebabkan Engkau menyucikan hati kami dari segala kejahatan, yang menyebabkan engkau angkatkan kami ke darjat yang tinggi di sisiMu dan yang menyebabkan engkau menyampaikan semua cita-cita kami dalam bentuk kebaikan semasa hidup atau mati, di dunia dan di akhirat.
Dibaca 40 kali, ,maka Allah SWT. menghilangkan segala kesusahan, memudahkan semua pekerjaan, mudah memperoleh rezeki, menerangkan hati, menaikkan pangkat, memperbaiki tingkah laku, membuka semua pintu kebaikan, mengindahkan ucapan, menjauhkan dari semua malapetaka, setiap orang (baik laki-laki mahupun perempuan) yang melihatnya menjadi senang dan cinta. Tetapi harus dibaca setiap hari.

4. Selawat Fatih
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.
"Ya Allah! Rahmatilah ke atas penghulu kami Muhammad SAW yang membuka apa yang tertutup/terkunci dan penyudah bagi kami yang telah lalu dan menolong kebenaran dengan kebenaran dan yang menunjukkan jalanMu yang lurus dan di atas ahlinya dan sahabatnya yang mempunyai nilai dan kedudukan yang tinggi lagi agung".

Penjelasan: Selawat ini berasal dari Sayyid Abu Al-Mukarim Syed Muhammad Syamsuddin bin Abi Hassan Al-Bakri r.a. Diantara kelebihannya ialah diampunkan dosa kecil, tenteram jiwa dan hati, dimurahkan rezeki, diselamatkan keluarga dan kesusahan seterusnya memudahkan jodoh

5. Selawat Jibril

6. Selawat Syafi

7. Selawat Ar-rauf Ar-Rahim

8. Selawat Tasyahud (Paling Afdal)

9. Selawat Al-Inam

10. Selawat Juwairiah/ Selawat Jawahir

Hukum Membaca Selawat
Para ulama telah memberi berbagai pendapat tentang hukum membaca selawat ke atas Nabi SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM di antaranya :

1. Imam Syafii mengatakan , selawat itu wajib dibacakan dalam tasyahud akhir, iaitu di antara tasyahud (tahiyyat) dan salam .

2. Imam Asy-Sya’bi berpendapat, selawat wajib dibaca dalam solat dalam kedu-dua tasyhud awal dan akhir.

3. Abu Jaafar Al-Baqir mengatakan , selawat wajib dibaca di dalam solat sama ada dlm tasyahud awal atau akhir .

4. Abu Bakar ibnu Al-Baqir berpendapat , selawat wajib dibaca tanpa mengira bilangannya .

5. Abu Bakar Ar-Razi & Ibnu Hazmin berpendapat , berselawat wajib dalam seumur hidup walaupun hanya sekali .

6. At-Thahawi berpendapat , selawat wajib apabila seseorang mendengar orang menyebut nama Nabi Muhammad SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM

7. Az-Zamakhsyari berpendapat , selawat wajib dibaca pada tiap² sesuatu majlis .

8. Ibnu Jarir At-Thabari berpendapat , berselawat kepada Nabi adalah suatu pekerjaan yang disukai sahaja .

9. Ibnu Qashshar berpendapat , berselawat kpd Nabi adalah suatu ibadah wajib .

Kesimpulannya , membaca selawat ke atas Nabi SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM adalah suatu amaliah dan ibadah yang terpuji yang amat disukai Allah dan para malaikat-nya serta sangat dianjurkan sebagai suatu penghormatan dan memohon rahmat kepada Nabi SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM.

Dalil-dalil Hadis Tentang Selawat
1.Sabda Nabi SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi)

2. Sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam : “ Berselawat atas para Nabi Allah dan utusan-Nya sebagaimana kamu berselawat kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus . “ (Hadis Riwayat Ahmad & Al-Khatib)

3. Sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda : Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada .  (Hadis Riwayat Abu Daud)

4. Sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam : “ Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah menerima ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya. “ ( Hadis Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan dari hadis² , jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi shallallahu alaihi wasallam adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan . Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi , Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin .

Waktu-Waktu berselawat
Terdapat banyak hadis yang menerangkan mengenai tempat² dan waktu² yang dituntut supaya kaum Muslimin membaca selawat ke atas Nabi shallallahu alaihi wasallam. Diantaranya :

1. Ketika hendak masuk ke dalam masjid dan ketika hendak keluar darinya . Nabi s.aw bersabda : “ Apabila seseorang kamu masuk ke dalam masjid , maka hendaklah ia membaca salam kepadaku (selawat dan salam). Sesudah itu berdoa : Wahai Tuhanku , bukakanlah untukku segala pintu rahmat-Mu . Dan apabila ia hendak keluar hendaklah berdoa : Wahai Tuhanku , aku memohon kepadamu limpahan rahmat-Mu .” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Ibnu Sunni menceritakan bahawa apabila Rasulullah shallallahu alaihi wasallam masuk dari masjid beliau membaca selawat yang bermaksud “ Dengan Nama Allah , selawatlah keatas Muhammad “

2. Sesudah Azan . Sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam yang bermaksud : “ Apabila kamu mendengar mu’azzin yang menyerukan azan, maka jawablah dengan bacaan yang sama ia baca. Setelah selesai maka berselawatlah kamu kepadaku .” (Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)

3. Sesudah membaca tasyahud akhir dalam sembahyang .

4. Di dalam sembahyang jenazah . Menurut Imam Syafi’e dalam Al-Musnad : “ Sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dalam melaksanakan sembahyang jenazah adalah bertakbir pada permulaannya , setelah itu ia membaca fatihah lalu takbir kedua dan sesudahnya membaca selawat dan kemudian bertakbir lagi kali ketiga.”

5. Diantara takbir-takbir sembahyang sunat hari raya . Berkata sebahagian ulamak adalah lebih baik jika membaca selawat mengiringi takbir hari raya seperti yang bermaksud “ Maha suci Allah segala puji dan sanjungan bagi Allah jua . Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar. Ya Allah , muliakan olehmu Nabi Muhammad dan keluarganya. Ya Allah ampuni aku dan berilah rahmat kepadaku.“

6. Di permulaan dan akhir doa . Nabi bersabda : “ Sesungguhnya doa itu berhenti antara langit dan bumi . tiada naik , barang sedikit jua daripadanya sehingga kamu berselawat kepada Nabimu. “ ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

7. Di akhir qunut dalam sembahyang . Diriwayatkan oleh An-Nasai bahawa disukai seseorang mengakhiri qunut dengan membaca selawat yg bermaksud “ Dan mudah-mudahan Allah melimpahkan selawat (rahmat) atas Muhammad . “

8. Di malam dan di hari Jumaat . Sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam yg bermaksud “ Banyakkanlah olehmu membaca selawat di malam hari Jumaat dan siangnya kerana selawat itu dikemukakan kepadaku . “ (Hadis Riwayat Thabarani)

9. Di dalam khutbah Jumaat . Dalam mazhab Syafi’e para khatib wajib membaca selawat kepada Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam pada permulaan kutbah , sesudah membaca thamid dan juga sebelum akhir khutbah Jumaat .

10. Ketika berziarah di makam atau kubur Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam . Sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam : “ Tidak seorang pun di antara kamu yang memberi salamnya iaitu di sisi kuburku , melainkan Allah mengembalikan kepadaku ruhku untuk menjawab salamnya. “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )

11. Sesudah bertalbiah . Sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam : “ Memang disuruh seseorang membaca selawat untuk Nabi ketika ia telah selesai talbiahnya dalam segala keadaan . “ ( Hadis Riwayat Syafi’i &Daraquthni )

12. Ketika setiap mengadakan majlis atau keramaian . Sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam : “ Tiadalah duduk suatu kaum di dalam sesuatu majlis sedang mereka telah menyebut (mengingati) Allah Taala dan tiada berselawat ke atas Nabinya, melainkan menderita nescaya Allah akan menyeksa mereka dan jika Allah menghendaki nescaya akan mengampuni mereka .” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi & Abu Daud)

13. Ketika berjumpa sahabat handai atau saudara mara sesame Islam . Sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam : “ Tiadalah dua hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat tangan ( bersalam ) dan berselawat kepada Nabi shallallahu alaihi wasallam . melainkan Allah mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah , baik yang telah lalu ataupun yang akan datang . “ (Hadis riwayat Ibnu Sunni)

14. Ketika akan memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting . Sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam : “ Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan selawat , maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang barkahnya . “ ( Hadis Riwayat Ar-Rahawi )

15. ketika mendengar orang menyebut nama Nabi shallallahu alaihi wasallam . Sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam : “ orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya . “ ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi )

16. Ketika telinga berdengung . Sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam : “ Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung , maka hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku . “ (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

17.Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan . Diberitakan oleh Ubay bin Kaab bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah , ujurnya : “ Ya Rasulullah bagaimana pendapat engkau sekiranya aku jadikan selawat untuk engkau semua? Jawap Rasulullah shallallahu alaihi wasallam “ Kalau demikian Allah akan memelihara engkau baik mengenai dunia mahu pun mengenai akhiratmu. “ (Hadis Riwayat Ahmad)

18. Setiap waktu pagi dan petang . Sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam : “ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat . “ ( Hadis Riwayat Thabarani )

Kelebihan selawat mengikut para ulama
Segala khasiat di bawah hanya rekaan semata-mata. Inilah kelebihan selawat mengikut para ulama.
1) Memperolehi limpah rahmat dari Allah.
2) Ditulis sepuluh kebajikan.
3) Dihapuskan sepuluh kesalahan.
4) Diangkat sepuluh darjat.
5) Memperolehi kesempurnaan iman.
6) Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
8) Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
9) Memperoleh syafaat Nabi shallallahu alaihi wasallam.
10) Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi shallallahu alaihi wasallam.
11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
13) Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
14) Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
15) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)
16) Terhindar dari kefakiran.
17) Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam.
18) Memperolehi keberkatan dalam hidup.
19) Terhindar dari orang-orang bakhil.
20) Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.
21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
22) Menjadi zakat dan pembersih diri.
23) Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.
24) Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.
25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.
26) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam.
28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
29) Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.
30) Terkabul segala hajat dan cita-cita.

Monday, September 1, 2014

The Presuppositions of NLP/Neuro-Semantics



The basic NLP presuppositions express some of the central ideas that govern the field of NLP. Not only is NLP built upon these presuppositions, but out of them come the impactful techniques that allow people more choice and flexibility in their responses. Whether these presuppositions are “true” in any ultimate sense is not the issue. We utilize them simply because we’ve found them useful and enhancing as beliefs which enable us to do things.

1. There is no failure; there is only feedback.

Whatever response you get from someone is simply feedback from them, from their meta-programs for attending to data, from their perceptual grids for processing information and from their internal world of meaning (their model of the world). In other words, it’s their stuff; not yours. You haven’t “failed,” you’ve just found out what does not work.

2. We all respond according to our map of reality, not reality itself.

In using our maps for navigating the world, we have no other choice but to refer to them and use them to move through life. Others respond to us, not for what we are, but for what and how they think about us (from their maps).

3. The map is not the territory.
This classic statement from Alfred Korzybski in Science and Sanity (1933) establishes the foundational structure of NLP and the epistemology upon which NLP is founded, Constructionism.

4. The response you get is the meaning of your communication.

We never know what we communicate to another person since we never know what they hear or sense or perceive so that it is in the exploring of their response that you can get an idea of what must have gotten communicated. Communication involves a lot more than talking, it also involves sensory acuity and awareness (attentive listening). Successful communicators accept and then utilize all responses offered them.

5. In any connected system, the element with the widest range of variability will always be the dominate influence.

This “law of requisite variety” from the field of cybernetics identifies the value and power of flexibility as a success mechanism.

6. People are not broken; they work perfectly well.

Or, every experience or behavior represents an achievement. The personality mechanisms in people that consistently and systematically operate to do things. Often the problem is the content of what we’re putting through these processes; not the process itself. All behaviour is therefore geared toward adaptation and is purposeful.

7. People have the resources they need to respond to the world. They only need to access, strengthen, and sequence those resources into effective strategies.

Since people aren’t broken, the difficulty must be that they have difficulty accessing their resources to more effectively deal with the things they must deal with. What people may not have are the methods for finding, eliciting, accessing, anchoring, and firing off their resources.

8. We can model excellence by breaking tasks and skills into small chunks to express and replicate the Strategy of the performance.

We can replicate genius only after we have specified the strategy.

9. Mind-body are part of the same system and influence each other.

We hyphenate “neuro-linguistics” to map the mind-body connection and that they work circularly, each influencing the other.

10. It is better to have choice, than the lack of choice.

In changing things, having a sense of choice is one of the most power things we can add to our lives and the lives of others. Adding choices reflects a meta-choice.

11. Neuro-linguistic states are created by, and composed of, internal representations and physiology.

Any and every person’s state of consciousness, at any given moment in time, is a result of the thousands and millions of stimuli that the brain (and thus nervous system) receives from the representations we entertain in our minds in terms of visual, auditory, kinesthetic, olfactory and gustatory stimuli. It also results from the millions of stimuli received from our physiology— the way we hold our body, move, breathe, etc.

12. When calibrating someone’s reality, the highest information will be behavior.

This includes a person’s eye accessing cues, breathing, etc.

13. The fact that we use the same neurological circuits when we remember or imagine, we can use these to create new programs, skills, ways of thinking, and behaviors.

The use of the “As if . . . ” frame (imagination) and the “Remember when . . . ” frame gives us the ability to learn from the past and build anticipations for the future.

14. Separate Person from Behavior. People are more than their actions, words, emotions, roles, etc.

“Behavior” includes the larger macro-activities and the micro-behaviors of thinking and emoting.

15. Every behaviour/ experience has a positive intent.

Similarly, people get organized (structured) inside to accomplish things. Sometimes these purposes cease to be useful, outlive their usefulness, or can be accomplished in more elegant and effective ways. Yet behind every behavior is some positive intent. Finding it allows you to gracefully help a person reorganise themselves.

16. Resistance first and foremost indicates the lack of rapport.

People have a positive intention when they resist what we offer—it saves them by resisting what we seem to be imposing upon them.

17. Every subjective experience has two parts; content and process or structure.

These two parts of experience indicate two different logic levels. It also means that we can effect change at either level. Of the two, process or structure is more pervasive since it indicates a mechanism of the personality.

18. When you don’t get the response you want; try something different.

Being “stuck” means that what you are doing is not working so you trying to do it more, harder, louder and with more pressure! The program of “Try something Else!” when what you’re doing is not working makes for personal flexibility.