Saturday, February 11, 2017

Mandian Bulan Penuh



Tinjauan daripada mandi bulan purnama menunjukkan kesan terbaik yang boleh dicapai apabila mandi air masin + AIS pada masa bulan mengalami perubahan.

Mandi Bulan Purnama Penuh : 
Pada malam bulan purnama proses penyembuhan berada pada kemuncak kerana ia adalah potensi penyerapan . Malam tersebut badan dapat menyerap semua mineral dari mandian garam . Bahan mineral masuk dan diserap ke dalam kulit dalam bentuk ion. Titik kelemahan bio tenaga diselaraskan dan arus tenaga badan telah diaktifkan.

Mandi Bulan Baru Mengambang : 

Masa itu , Kemampuan badan untuk menyahtoksid adalah paling tinggi . Ini adalah masa yang tepat untuk pembersihan mandi garam. Mandian garam ini mempunyai kesan semulajadi , sama dengan kecepatan tiga hari . Ia menggalakkan penurunan berat badan serta mendekotaminasikannya . (membuang racun )

AMBILLAH KESEMPATAN INI BAGI MEREKA YANG BETUL-BETUL INGIN MENDAPATKAN KESAN YANG TERBAIK, MAKSIMUM DALAM PERAWATAN.

Apabila kesakitan dan kelemahan organ beransur pulih dan berjalan seperti normal tiada dapat di gambarkan perasaan gembira. Semoga usaha kita dan doa kita di makbulkan Allah..

Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut


Keajaiban mandian bulan penuh memulih dan mengaktifkan semula kesemua organ di tubuh, dgn izin Allah mereka yang bertongkat pulih tanpa bantuan tongkat untuk berjalan

Pelbagai bentuk rawatan spa diperkenalkan bagi membantu orang ramai memperoleh kesejahteraan tubuh secara holistik.

Antara yang turut mendapat perhatian ialah rendaman ais atau lebih dikenali sebagai hidroterapi ais iaitu salah satu kaedah rawatan alternatif Terapi Getaran Warna (CVT) bagi membantu menguatkan tulang, otot dan saraf pada badan.

"Manusia sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis penyakit jika ia tidak dikawal dengan baik.

"Punca pelbagai penyakit yang melanda diri seperti lesu, sedih dan murung adalah petanda awal bahawa sistem dalam badan menghadapi masalah

"Hakikatnya, tulang yang kuat akan memberi kesan yang hebat kepada otot sekali gus akan mengaktifkan saraf pada keseluruhan badan," katanya.

Menyedari kelebihan rawatan alternatif terapi ais kepada kesihatan tubuh manusia, beliau telah melancarkan spa yang dikenali sebagai Myra Alternative Solutions yang menggunakan ais sebagai bahan asas dalam rawatan.

Rendaman hidroterapi ais lebih berkesan apabila dilakukan di bawah penyeliaan pengamal CVT yang bertauliah.

Myra Alternative Solutions menggunakan konsep rawatan yang menyediakan semua jenis terapi kepada pesakit dalam satu ruang rumah yang lengkap dengan peralatan.

"Pelanggan yang datang ke sini akan dicadangkan dahulu jenis rawatan yang sesuai berdasarkan penyakit yang dialami.

"Konsep ini menjimatkan masa kerana mereka tidak perlu bersusah payah untuk mencari tempat mendapatkan rawatan selepas dikesan menghidap sesuatu penyakit

"Rawatan hidroterapi ais adalah asas yang dilakukan sebelum mereka melakukan rawatan selanjutnya," katanya.

Mungkin ada yang takut untuk mencuba kerana terpaksa berendam dalam tab penuh ais selama 30 minit, tetapi selepas mencuba mereka akan merasai kesannya.

"Pada peringkat permulaan pesakit akan merasa sejuk namun selepas beberapa minit suhu badan mereka akan sebati dengan air di dalam tab.

"Bukan air biasa yang digunakan, sebaliknya ia mengandungi air beralkali yang diyakini mampu melegakan banyak penyakit," katanya.

Menurutnya, rendaman itu kemudian ditambah titisan aroma terapi seri wajah, garam kasar, sulfur, hydro natrium, kapur sirih, dan gel mandian yang mengikut keperluan fungsi tubuh individu

Rawatan menggunakan hidroterapi ais tidak memberi kesan berbahaya kepada tubuh badan sebaliknya ia membantu mengembalikan semula kekuatan tulang, meningkatkan keseimbangan sistem ketahanan tubuh, antibodi dan sistem hormon.

"Selain itu ia juga dapat mengembalikan kesegaran dan kecergasan menyelesaikan masalah kesukaran tidur, meninggikan semangat dan tenaga vital.

"Ia turut membantu melancarkan pengaliran darah, kelangsingan tubuh badan serta rawatan kulit yang paling berkesan,"

Tambahnya lagi, hidroterapi ais sebagai rawatan eksklusif turut disertakan bersama empat terapi pilihan sebagai pelengkap iaitu rawatan cvt, urutan tradisional untuk keseluruhan badan, rawatan teknik aura syifa' dan rawatan fisioterapi iaitu terapi pemulihan otot di dalam kolam renang dengan air garam.

Waktu dan masa yang terbaik untuk kesan rawatan maksimum adalah ketika bulan penuh...