Monday, April 27, 2015

Kenali manusia yg bermuka dua...






Apa yg berlaku menunjukkan siapa diri nya yg sebenar.... Dari luaran nmpk baik dan berbahasa..

Realiti kehidupan.... Org boleh berkata apa shj yg die suka.. Menunding kesalahan pd yg lemah dgn crite2 karutnya.. Org tetap percaya kerana pangkat & kuasa nya..

Salah satu sifat buruk yang dibenci Allah SWT adalah munafik. Sabda Rasulullah SAW, ”Kalian pasti akan bertemu dengan orang-orang yang paling Allah benci, yaitu mereka yang bermuka dua. Di satu kesempatan, mereka memperlihatkan satu sisi muka, namun di kala yang lain, mereka memperlihatkan muka yang lain pula.” (HR Bukhari-Muslim).
Dalam hadis lain, riwayat Imam Abu Dawud dan Muslim, lebih jelas lagi Rasulullah SAW menyatakan,”Seburuk-buruk manusia adalah yang bermuka dua. Datang di satu kesempatan dengan satu muka, dan pada lain kesempatan datang dengan muka yang lain.”
Dua hadis di atas menyampaikan beberapa pesan penting kepada kita. Pertama, kita dilarang menjadi pribadi-pribadi munafik (hipokrit). Pribadi-pribadi yang memperlihatkan satu muka di satu kesempatan dan muka yang lain di kesempatan yang berbeda. Artinya, kita dituntut untuk konsisten dalam kebenaran yang sudah diyakini, dengan kesesuaian antara iman dan amal, antara praktik dan perkataan.
Allah SWT berfirman, ”Di antara manusia ada yang mengatakan bahwa mereka beriman, namun sesungguhnya mereka tidak beriman. Mereka mencoba menipu Allah dan orang-orang beriman, tapi sayang, sebetulnya mereka telah menipu diri mereka sendiri.” (Al-Baqarah: 8-9).
Orang munafik pada tataran ini memperlihatkan sikap dan sifat yang mendua. Dalam ayat yang lain, Allah SWT membeberkan lagi apa-apa yang telah mereka perbuat, ”Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.” (An-Nisa’: 142).
Pesan kedua yang dapat diambil dari hadis tadi, kita harus teguh dalam berpendirian, dan konsisten dengan kebenaran yang telah diyakini, tanpa dapat tergoyahkan. Ketika seseorang sudah menyatakan beriman, maka iman itu harus terpraktikkan nyata dalam kehidupan. Iman harus mewarnai segala tindak-tanduk amaliah sehari-harinya.
Allah SWT berfirman, ”Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, ‘Tuhan kami ialah Allah’, kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan), ‘Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu’.” (Fushshilat: 30).
Pribadi Muslim seharusnya selalu menggambarkan kesatuan wajah hanya untuk dan karena Allah SWT semata, bukan yang lain. ”Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar.” (Al-An’am: 79).
Allah SWT sangat membenci orang munafik, karena mereka memperlihatkan sifat dan sikap mendua, antara iman dan tidak. Maka, sudah sewajibnya, seorang beriman dapat menyatukan juga antara iman dan amal, tidak bertolak belakang, apalagi berlawanan arah. Semoga kita tidak menjadi orang-orang yang bermuka dua. Wallahu a’lam.

Saya mula mempelajari sesuatu dari situasi ini, iaitu melihat lah dengan telinga anda dan mendengar dr mata anda...

Moga kita lebih berjaga di masa hadapan..


Sunday, April 26, 2015

KURSUS KECANTIKAN



Kami menyediakan kursus-kursus kecantikan bagi mereka yang berminat untuk membuka SPA, salun atau bekerja di bidang kecantikan.   Kursus yang kami tawarkan ini bertepatan dengan kaedah TERKINI
.
Disamping itu, kursus ini adalah berdasarkan konsep SPA yang menekankan tentang ‘beauty’, ‘fitness’, ‘stress mgmt’, ‘peace of mind’, ‘pampering & pleasure’ dan ‘health & wellness’.
Mereka yang berjaya menamatkan kursus pasti mampu untuk terus bekerja dan memberikan perkhidmatan yang professional di mana jua walaupun di hotel bertaraf 5 bintang!


1.  Intensive Facial Course.   Yuran:  RM 580.   (10 jam)
-  Pengetahuan tentang kulit dan permasalahannya.
-  Facial steps dan praktikal.
-  Pembelajaran untuk  alatan facial.
-  Kaedah untuk kebersihan alatan.
- Pembelajaran tentang product SPA yang terbaik untuk rawatan seperti cleansing milk, scrubber milk, purifying & rebalancing tonic, calming toner, aloe vera & cucumber gel, black mud, peppermint, tea tree, activator gel, stem cell, hydrating serum, purifying serum, oxy serum.  Kekuatan perkhidmatan facial adalah amat bergantung kepada pengetahuan mempelbagaikan kombinasi produk di atas berdasarkan masalah kulit pelanggan,
Para lepasan kursus akan mampu untuk membuka salun sendiri atau bekerja dengan mana-mana salun atau SPA.

2.  Advance Facial Course.  Yuran:  RM 900.   (10 jam)
- Pengetahuan tentang kulit dan permasalahannya.
- Specific treatment untuk kulit bermasalah.
-  Penggunaan bahan ‘concentrate mask’ mengikut panduan CIDESCO
- Teknik alatan terkini.
- Pembelajaran tentang soft facial extraction.
- Pembelajaran tentang produk SPA.
- Pembelajaran tentang pelbagai facial mask.

3.  Body Treatment Course.   Yuran:  RM 560.  (10 jam)
-  Mempelajari konsep SPA treatment.  Hydrotherapy dan thalassotherapy.
-  FIR sauna.
-  Teknik Seaweed detox scrub
-  Teknik Yogurt scrub body mask (massage, scrub, mask)
-  Teknik nourishing skin texture mask
-  Teknik body bleaching
-  Teknik  relaxing hot compress
-  Teknik head & back massage for stress reliever
-  Teknik Swedish & shiatsu massage


HUBUNGI KAMI UNTUK PENDAFTARAN
07-3315204
010-4076340
011-32647462

Sunday, April 5, 2015

Apakah itu GST?



Ada beberapa pihak kini terlalu phobia dengan GST. Ntah apa yang ditakutkan pun kita tak tahu. Di ceruk-ceruk kampung habis segala pakcik, makcik, apek, nyonya, aci, aya dan minachi dikelentongnya. 

Tetapi lumrah kerjaya suka membangkang walaupun sesuatu itu baik dan memberikan manfaat kepada rakyat dan negara.

Dato' Seri Anwar ibrahim sendiri sewaktu menjadi Menteri Kewangan dulu pernah mengusulkan GST. Kini beliau juga mengaku GST adalah mekanisme percukaian terbaik menghalang ketirisan dan penyelewengan. Bahkan beliau menjangkakan Pakatan Rakyat tetap akan melaksanakan GST jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia selepas PRU 14 nanti. Itupun kalau Allah s.w.t izinkan pembangkang menang.

Sebabnya melalui GST kerajaan Malaysia berupaya mengutip lebih banyak cukai daripada sektor perniagaan. Wang yang banyak tersebut amat penting bagi kerajaan jika mereka berjaya memerintah negara ini untuk menunaikan kebajikan rakyat. Tapi kini apabila Kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan GST, Anwar  rasa tercabar dengan kejayaan Najib mengutarakan GST yang dulu menjadi idamannya untuk dilaksanakan ke atas negara ini.

Maka pelbagai persepsi dicipta kononnya negara masih belum mampu melaksanakan GST kerana pendapatan rakyat masih rendah dan monopoli syarikat mesti dihapuskan. Maka bersorak sorailah pembangkang menuduh kerajaan BN cuba menindas rakyat dengan mengenakan GST. 

Secara mudah marilah kita lihat perbezaan antara SST dengan GST. Part manakah sebenarnya yang paling ditakuti oleh puak puak yg membangkang ni yer?





SST

GST

1
Dilaksanakan sejak 1960andengan pelbagai penambahbaikan

Akan mula dilaksanakan pada 1 April 2015 berdasarkan pengumuman Bajet 2014.

Diperkenalkan oleh kerajaan bagi menangani defisit fiskal negara.

GST juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) di beberapa buah negara yang melaksanakan GST

2
Kerajaan hanya dapat hasil cukai RM16 bilion - RM18 bilionsetahun

Kerajaan dijangka mampu mengutip hasil cukai sebanyak RM27 bilion setahun.

3
Semua barangan tidak dicukai kecuali  diisytiharkan dicukai

Setiap barangan akan dikenakan cukai kecuali diisyitiharkan tidak dicukai

40 item barangan pengguna tidak akan dikenakan sebarang cukai sekaligus ia dapat membantu meringankan bebanan perbelanjaan isi rumah.

4
Cukai hanya dikenakan kepada pengilang atau pengguna.

Berlaku ketirisan apabila ada segelintir pihak pengimport, pengilang, pemborong dan peruncit mengelat dari membayar cukai.

Terdapat segelintir pihak pengimport, pengilang, pemborong atau peruncit tidak mengisyitiharkan atau menipu sumber dan hasil pendapatan mereka.

Pihak peniaga masih boleh memanipulasikan sumber dan hasil pendapatan kotor/haram mereka melalui kegiatan pencucian matawang (money laundering)

Cukai dikenakan pada pelbagai peringkat bermula dari pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna.

Semua hasil pendapatan dan perbelanjaan dipelbagai peringkat ini akan direkod dan dikemaskinikanoleh pihak berkuasa.

Unsur-unsur karenah birokrasi melampau, ketirisan, penyelewengan, mengelat dari bayar cukai dan kegiatan monopoli keterlaluan boleh dibenteras.

5
Cukai SST yang dikenakan meliputi cukai jualan 10% + cukai perkhidmatan 6% = 16%

Cukai SST sebanyak 16% itu akan dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan sistem cukai baru GST pada kadar 6%. Justeru GST bukan cukai tambahan kepada cukai sedia ada.

6
34 buah negara di dunia masih lagi mengamalkan regim percukaian tersendiri dan beransur-ansur memilih GST sebagai regim percukaian baru negara mereka.

160 buah negara dari 194 buah negara seluruh dunia telah melaksanakan GST pada kadar melebihi 6%.

Di ASEAN hanya Brunei, Myanmar dan Malaysia masih belum melaksanakannya.

Negara-negara yang telah melaksanakan  GST telah berjaya memajukan negara mereka dan tidak jatuh bankrap

7
Pendapatan dari pengumpulan hasil cukai SST yang terhadmenyebabkan pembangunan  pelbagai infrastruktur baru juga terhad dan segelintir kelompok rakyat masih terpinggir.  

Pendapatan dari pengumpulan hasil cukai GST yang lebih tinggi ini boleh digunakan oleh kerajaan untuk membangunkan pelbagai infrastruktur baru di mana rakyat pasti akan dapat nikmat dan manfaatnya secara langsung atau tidak langsung.  

Saturday, April 4, 2015

Amalan perniagaan dalam Islam

Cetak




Amalan Perniagaan Dalam Islam

Al Quran telah menyebutkan mengenai matlamat hidup manusia iaitu untuk beribadat kepada Allah SWT(Surah az-Zaariat, ayat 56).

Justeru tujuan manusia dihidupkan di dunia adalah untuk beribadat kepada Allah SWT, tetapi jangan menyempitkan makna ibadat tersebut. Ibadat bukan sahaja bermakna mengerjakan puasa, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan haji atau sebagainya, tetapi ibadat sebagaimana yang dimaksudkan di dalam ayat yang di atas adalah ibadat am sebagaimana yang telah didefinisikan oleh para ulamak iaitu ibadat yang meliputi segala bentuk aktiviti, asal saja mengharapkan keredhaan , kasih sayang dan rahmat Allah SWT sama ada di dalam bentuk perbuatan atau ucapan yang zahir atau yang batin; kesemuanya itu adalah ibadat kepada Allah SWT.

Sebagai manusia, sudah pasti kita tidak dapat memisahkan diri daripada kegiatan-kegiatan muamalat khasnya dalam bidang perniagaan(tijarah). Manusia amat memerlukan hal yang sedemikian, malah Allah SWT menyuruh supaya manusia menceburi bidang perniagaan. Allah SWT telah berfirman di dalam Surah an-Nisa', ayat 29 maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu di antara kamu dengan jalan yang salah(tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan (jalan) perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu".

Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah merupakan suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT sebagaimana sabdanya yang bermaksud: "Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan"(Hadis Riwayat Tirmizi).

Oleh yang demikian, sesiapa yang menjalankan urusan perniagaan sama ada kecil atau besar tetapi masih di dalam lingkungan perniagaan, mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW juga telah bersabda maksudnya: 
"Peniaga-peniaga yang jujur dan amanah (akan ditempatkan) beserta dengan para nabi, siddiqin dan para syuhada"(Hadis Riwayat Tirmizi). 

Bagaimanapun, tijarah yang dimaksudkan adalah yang mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak, yang juga disertai dengan sifat benar dan amanah. Sifat-sifat sedemikian adalah merupakan ciri-ciri yang akan menempatkan mereka bersama-sama dengan para nabi dan rasul.

Rasulullah SAW telah menghalang orang yang melakukan jual beli daripada bersumpah dan mengatakan sesuatu yang tidak benar. Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya:
"Sumpah itu melariskan barang dagangan akan tetapi menghapuskan keberkatannya" (Hadis Riwayat Bukhari). Di samping itu para peniaga hendaklah sentiasa bersedia memberi kemudahan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan. Mereka perlu ingat bahawa tujuan perniagaan bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan tetapi juga terselit konsep memberi kemudahan dan membantu pihak lain, khasnya pengguna. 

Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya: "Sesiapa yang memberi tangguh kepada orang yang susah, mahupun dilangsaikan hutang tersebut, Allah SWT akan memayungkannya di hari kiamat di bawah bayangan arashNya"(Hadis Riwayat Kaab bin Umar). Bagi peniaga Muslim inilah peluang yang boleh direbut kerana sesiapa yang memberi hutang dan melanjutkan tempoh bayaran balik hutang tersebut, Allah SWT telah berjanji akan memberinya bayangan arasy di akhirat kelak. Ini menunjukkan peluang untuk mendapat keredhaan Allah SWT melalui perniagaan.

Islam juga menyuruh manusia berlaku adil dalam perniagaan di samping memberikan layanan yang baik kepada pelanggan. Ini bersesuaian dengan konsep persaudaraan dalam Islam, seperti dalam sebuah hadis Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya: "Seseorang Muslim itu adalah bersaudara kepada seorang Muslim yang lain" (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim). Baginda Rasulullah SAW telah diriwayatkan sebagai seorang ahli perniagaan yang sentiasa memberi senyuman kepada pelanggan dan meletakkan harga jualan yang sama kepada semua pelanggan yang hendak membeli barangan yang sama. Keistimewaan yang dimiliki Baginda ini membuatkan setiap perniagaan atau jualannya sentiasa laris dan mendapat keuntungan yang besar. Perkara ini telah diakui oleh pekerja Saidatina Khadijah iaitu Maisarah.

Islam melarang umatnya daripada melakukan "monopoli" dan menyorok barangan (ihtikar) kerana perbuatan tersebut boleh menaikkan harga sesuatu barangan akibat kesukaran mendapatkannya di pasaran. Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Sesiapa yang menyorok(barangan), dia telah melakukan kesalahan"(Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi & Muslim).

Unsur-unsur tipu daya atau helah juga patut dielakkan oleh peniaga, ini kerana ia boleh menghilangkan keberkatan di dalam perniagaan. Rasulullah SAW telah bersabda yang berbunyi: "Barangsiapa yang menipu kami, dia bukanlah daripada golongan kami" (Hadis Riwayat Muslim). Hadis ini timbul daripada satu peristiwa yang berlaku di sebuah pasar di zaman Rasulullah SAW, di mana Baginda telah mendapati seorang peniaga telah melakukan penipuan dengan meletakkan gandum yang basah di bahagian sebelah bawah dan gandum yang kering di bahagian atasnya. 

Pengguna perlu dilindungi daripada ditipu oleh peniaga melalui kadar sukatan dan timbangan. Perkara ini telah ditegaskan di dalam Al-Quran dalam Surah al-Isra' ayat 35. Allah akan mencela mereka yang mengurangkan sukatan dan timbangan di dalam jual beli(Surah al-Mutaffifin ayat 1-6). Ibrahim Adham, seorang ulamak tasawuf yang terkenal mengingatkan bahawa ["syaitan akan menggoda seseorang manusia yang berniaga melalui beberapa cara; di antaranya ialah melalui timbangan atau mizan, dan juga semasa peniaga tersebut mengambil dan memberi barangan kepada pelanggan"].

Amalan riba juga perlu dijauhi kerana riba tergolong di dalam dosa-dosa besar(Surah al-Baqarah ayat 275).Ini ketara dalam amalan perniagaan biasa di mana pinjaman wang diberikan dengan dikenakan faedah yang ditetapkan. Islam juga melarang elemen gharar bila berniaga. Gharar ialah sesuatu yang tidak pasti, tidak tentu dan tidak jelas. Contohnya menjual ikan semasa ikan masih di laut, menjual burung yang belum ditembak atau memajak buah semasa ia masih berputik atau berbunga. Ia dianggap sebagai judi dan judi itu adalah haram.

Akhir sekali, melalui akhlak yang mulia dan pergaulan yang baik, peniaga Islam boleh menggunakan kesempatan itu untuk berdakwah kepada mereka yang selalu mendampinginya. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa sesetengah dakwah Islamiah yang telah bertapak kukuh di rantau ini adalah hasil dari usaha golongan saudagar Islam.