Pada masa dahulu raja-raja bergantung kepada ahli sihir
untuk mengukuhkan lagi takhta kerajaan mereka. Sihir digunakan oleh pemerintah
untuk menipu orang ramai yang menyebabkan mereka menjadikan raja sebagai tuhan
selain daripada Allah swt. Rasulullah saw telah memberitahu bahawa ada seorang
raja yang mempunyai seorang tukang sihir yang sudah lanjut usianya. Tukang
sihir ini merasa takut akan kehilangan ilmunya dan meminta agar raja tersebut
mencari seorang budak yang bijak dan menonjol pada masa itu untuk mewarisi ilmu
dan kesesatanya. Raja itu menunaikan hajat tujang sihir tadi.
Pada suatu hari ketika budak itu berulang alik dari istana,
dia telah melalui satu tempat yang merupakan tempat tinggal seorang rahib (ahli
agama ) yang mana dia begitutertarik kepadanya dan mendengar segala nasihat
daripada rahib tadi. Setelah budak itu mengadu kepada rahib tersebut mengenai
tindakan ahli sihir yang akan dikenakanjika dia terlewat kerana belajar dengan
rahib. Lalu rahib itu memberi cadangan iaitu jika tukang sihir itu bertanya
tentang kelewatannya maka katakanlah bahawa keluarganya telah menyekatnya dan
jika ditanya oleh keluargamu maka katakanlah bahawa tukang sihir telah
menahannya yang menyebabkan dia kelewatan.
Pada suatu hari budak tersebut telah terserempak dengan
seekor binatang besar yang menahan dan menyekat orang ramai yang mana ia
kemungkinan sebagaimana singa atau ular yang besar. Rentetan daripada masalah
ini, timbullah satu peluang bagi budak tersebut untuk menyelesaikan perkara di
antara tukang sihir dan rahib bagi mengetahui yang manakah di anatara mereka
berdua berada di dalam kebenaran . Lalu dia pun mengambil seketul batu dan
melontar kepada binatang tersebut dengan memohon kepada tuhan agar membunuh
binatang tersebut jika sekiranya rahib itu lebih diredahaiNya berbanding dengan
tukang sihir itu. Tiba-tiba binatang itu tersungkur dan rebah dengan lontaran
tadi sedangkan orang ramai menyangka bahawa binatang tersebut tersungkur kerana
kelebihan daripada ilmu sihir yang dipelajarinya.
Setelah rahib tersebut mengetahui bahawa budak tersebut akan
diuji kerana telah memperlihatkan ilmunya, maka dia meminta agar budak itu
tidak berdakwah secara senyap sebagaimana yang dilakukan oleh rahib tersebut
tetapi sebaliknya rahib tersebut meminta agar tidak memberitahu mengenainya
kepada orang ramai. Pesan rahib lagi bahawa orang mukmin itu meminta
kesejahteraan hanya kepada Allah dan jika diuji dia bersabar.
Allah swt telah mengurniakan kepada budak tadi kelebihan
menyembuh penyakit-penyakit di antaranya mencelikkan penglihatan dan
menyembuhkan penyakit sopak yang mana dia memberitahu bahawa penyembuhnya
adalah Allah.Sesiapa yang beriman kepada Allah maka Dialah jua penyembuhnya.
Budak tadi tetap dalam menyebarkan dakwah ketika mengubati penyakit orang
ramai.Tersebarlah berita mengenai kehebatan budak tadi kepada salah seorang
pegawai istana yang buta . Tanpa berlengah, dia pun memberikan kepada budak
tadi satu hadiah yang besar untuk mengubatinya. Budak tersebut memberitahu
bahawa penyembuhnya adalah Allah. Jika dia beriman kepada Allah, dia akan
berdoa kepada Allah supaya Dia menyembuhkan penyakitnya. Pegawai tadi terus
beriman dan penyakitnya disembuhkandengan berkat daripada doa budak tadi.
Pada suatu hari, pegawai tadi telah menghadiri suatu majlis
yang mana raja berasa hairan terhadap apa yang berlaku kepada pegawai itu. Maka
dia bertanya:” Siapakah yang menyembuhkan penglihatanmu”. Lalu pegawai tersebut
menjawab:”Tuhanku” . Maka b raja tersebut bertanya lagi : “Adakah bagi kamu
tuhan selain daripadaku ?”.Pegawai itu menjawab:”Tuhanku dan Tuhanmu adalah
Allah “. Maka raja tersebut begitu marah apabila mendengar jawapan itu yang
mana dia menganggap bahawa kata-kata pegawai nya tadi boleh membawa kepada
fitnah yang besar dan boleh menggugat takhta dan pemerintahannya. Ini akan
menyebabkan rakyat akan merasa bahawa selama ini mereka telah ditipu dengan
dakwaan raja yang mendakwa dirinya sebagai tuhan yang patut disembah selain
daripada Allah dan menganggap dirinya sebagai tuhan manusia . Tukang-tukang
sihir dan pegawai-pegawai yang jahat itu bekerja siang dan malam dalam
memperbaiki aqidah pegawai tadi maka gementarlah hati raja tersebut kerana
bimbangtakhta pemerintahannya akan tergugat. Dia telah menyiksa pegawai itu
sehinggalah dia memberitahu mengenai beritahubudak tersebut.
Apabila budak tadi datang ke istana yang mana raja itu
menyangka bahawa budak tadi telah mencapai suatu tahap ilmu sihir hasil
daripada tunjuk ajar tukang sihirnya.Tetapi ternyata sangkaannya itu meleset
sama sekali apabila budak tadi mengingkari sihir dan tukang sihir yang mana dia
memberitahu mereka bahawa dia tidak menggunakan ilmu sihir untuk mengukuhkan
kedudukan takhta dan menyembah raja itu.Sebaliknya dia akan berdakwah kepada
manusia supaya mengingkari raja tersebut dan beriman kepada Allah s.w.t
yangEsa.
Maka raja tersebut pun menyeksa budak tadi dengan tujuan untuk
mengetahui punca fitnah yang berlaku kepadanya sehinggalah budak tadi
memberitahu mengenai rahib tadi. Maka terjadilah perkara yang ditakuti oleh
rahib tadi berkenaan perkara yang tidak diingini berlaku. Maka diazabnya rahib
tadi agar meninggalkan agamanya namun ia enggan dan tetap bersabar sehinggalah
sampai ke kemuncaknya yang mana badannya dibelah duadengan gergaji.Begitu
jugayang berlaku kepada pegawainya yang beriman itu .Begitulah pemuda yang
sabar di dalam menahan azab ketika dalam mehnah dan ujian dengan mengutamakan
iman daripada kehidupan mereka .Walaupun mereka diuji dengan azab, namun pada
hakikatnya mereka berada di dalam pertolongan dan perlindungan Allah s.w.t
serta mendapat keredaanNya dengan memperolehi syurga dan dijauhkan daripada azab
neraka yang mana pada hari qiamat mereka ditolong oleh Allah s.w.t.
Raja tersebut cuba mempengaruhi budak tadi kerana ia boleh
mengukuhkan kedudukannya jika dia kembali kepada agama asalnya kerana budak
tadi memiliki sifat-sifat yang unik. Tambahan pula bapanyaadalah daripada
kalangan pembesar negara yang mana raja itu tidak mahu menimbulkan kemarahan
bapa budak tersebut dan kekecohan di kalangan kaumnya. Setelah gagal
melembutkan hati budak tadi, mereka telah merancang untuk membunuhnya dengan
pelbagai cara disamping masih memberi peluang kepada budak tadi untuk kembali
kepada aqidah asalnya denganmenganggap bahawa caran itu akan dapat menakutkan
budak tersebut tetapi mereka telahsilap.Rancangan pertama ialah menghantar
budak tadi ke puncak gunung untuk dihumbankan ke lembah yang curam .Lalu budak
itu berdoa kepada tuhanNya. Tiba-tiba bergegarlah gunung tersebut dan jatuhlah
semua pegawai-pegawai raja ke dalam lurah yang tinggi itu.Kembalilah budak tadi
kepada raja dengan selamatnya dan memberitahu akan mengenai apa yang menimpa
pegawai-pegawai bersamanya tadi.
Selepas gagal cubaaan pertama, lalu dihantar pula ke tengah
laut untuk dihumbankan ke dasar lautan jika dia masih enggan kembali ke agama
asalnya . Maka berdoalah budak tadi kepada Tuhannya. Doanya dimaqbulkan yang
mana kesemua pegawai tadi ditenggelamkan oleh Allah s.w.t. Budak tadi kembali
semula kepada raja dengan selamatnya.
Suatu peringatan yang penting di sini ialah mengenai
tindakan budak tadi yang mana dia tidak terus melarikan diri setelah diselamatkan
oleh Allah s.w.t tetapidia tetap kembalikepada raja tersebut. Ini adalah kerana
dia tidak berniat untuk menyelamatkan dirinya semata-mata tetapi bertujuan
untuk menzahirkan agama Allah s.w.t dan meninggikan kalimahNya.Tidak syak lagi
orang ramai selalu mengikuti perkembangan perjalanan budak tersebut sehingga
mereka mengetahui apa yang berlaku kepadanya . Setiap perbuatan budak itu
menjadi buah mulut di majlis-majlis dan perayaan-perayaan terutamanya berkaitan
dengan keberanian budak tersebut dalam menghadapi pemerintah yang zalim itu
tanpa rasa gentar dan takut.Sebenarnya orang ramai tidak mempercayai segala
dakwaan raja mereka tetapi oleh disebabkan kezaliman raja menyebabkan mereka
menyembunyikan perkara ini.
Raja menyedari akan kelemahannya untuk membunuh budak
tersebut maka akhirnya budak itu sendiri memberitahu mengenai satu cara yang
membolehkan dirinya dibunuh. Walau dengan apa cara sekalipun yang dilakukan
oleh raja itu namun ia tidak dapat membunuhnya kecuali dengan cara yang akan
diberitahu oleh budak tadi. Budak tadi meminta raja tersebut supaya
mengumpulkan orang ramai di suatu tempat dan mengikatnya pada suatu batang
kayu. Kemudian mengambil anak panah daripada simpanannya dan memanahnya dengan
berkata:” Dengan nama Allah s.w.t Tuhan budak ini!”. Laluraja pun memanahnya
sebagaimana cara yang di suruh oleh budak itu.
Begitulah peristiwa
yang terjadi yang mana tatkalaanak panah itu terkena ke dada budak tadi, maka
raja itu telah memeriksa dengan meletakkan tangannya pada tempat anak panah
tersebut bagi mengesahkan bahawa dia telah mati. Kematian budak tadi setelah
menunjuk cara kepada raja cara untuk membunuhnya apabila raja tersebut tidak
mampu membunuhnya melainkan dengan cara memanah dengan anak panah yang diambil
dari simpanan budak itu sendiri dan bukan menggunakan anak panah yang lain
sambil melafazkan dengan nama Allah s.w.t Tuhan budak ini .Jika tidak, makaraja
tersebut tetap menemui jalan kebuntuan di dalam membunuhnya.
Jika perkara ini terjadi pada zaman kita maka sudah tentu
menjadi satu perbalahan dan perbahasan kepada sesetengah orang yang tidak
mendalami dalam bidang agama tentang sejauh mana kebenaran perbuatan budak tadi
. Adakah ia patut menunjukkan jalan kepada raja tersebut cara yang boleh
menyebabkan ia mati ?Atau bukan cara itu akan membunuhnya. Sesetengah orang
yang cetekilmunya pula mendakwa bahawa perbuatan budak tadi termasuk di dalam
perbuatan membunuh diri. Sebenarnya membunuh diri adalah perbuatan orang yang
berputus asa dan mahu lari daripada kehidupannya yang sebenar. Sedangkan budak
tadi dan orang yang sepertinyaadalah orang yang sanggup berkorban jiwa raga
mereka untuk menyebarkan dan mempertahankan keIslaman dan keimanan mereka
.Merekalah yang menentang kejahatan orang yang berbuat kerosakan dan ini
merupakanherdikankepada orang kafir.
Bukanlah budak tadi seorang yang bodoh menuntut kematian
tetapi sebenarnya dia begitu berharap dengan kematiannya itu dapat mengajak
orang lain ke arah keimanan kepada Allah s.w.t dan mengajak orang lain supaya
menentang taghut tersebut. Kadang-kadang ketakutan yang ada pada manusia
menyebabkan mereka terhalang daripada mengikuti kebenaran dan dalam
memperkatakan kebenaran tersebut. Tampilnya budak tadi dengan mengorbankan
dirinya tanpa menghiraukan raja dan pegawai-pegawainya adalah merupakan satu
contoh kepada orang ramai dalam menyatakan kebenarannya.
Setelah budak tersebut hampir menemui ajal ,dengan perasaan
lega raja tersebut merasakan bahawa telah berakhir fitnah terhadapnya dan telah
selesai urusannya dengan mengikis punca dan akar umbi lawannya itu.Tiba-tiba
datang pegawainya dengan tergesa-gesa dan memberitahu bahawa terjadi
perkarayang paling ditakuti oleh raja itu sendiri iaitu berimannya orang ramai
kepada Allah s.w.t . Maka dengan ini tercapailahsegala hasrat dan tujuan budak
tadi dengan mengikis perasaan takut orang ramai tanpa menghiraukan raja
berserta pegawainya dan menjadikan pengorbanan dirinya dijalan Allah s.w.t
sebagai suatu wasilah atau jalan untuk orang ramai beriman dan
mentauhidkanAllah s.w.t .
Kemarahan raja tersebut sampai ke kemuncaknya yang mana
dengan segera dia mengarahkan semua pegawai dan sekutu-sekutunya menggali parit
dan menyalakan api ke dalamnya dengan menghumbankan setiap orang yang tidak
mahu kembali kepada agamanya yang asal. Namun semua orang lebih rela
dihumbankan ke dalam api tersebut kerana api neraka di hari qiamat lebih
ditakuti oleh mereka daripada api dunia yang jauh bezanya, begitulah mauqif dan
pendirian orang mukmin yang sebenarnya.
Suatu peristiwa yang penting di dalam kisah yang bersejarah
ini adalah peristiwa seorang wanita yang masih mempunyai anak kecil di dalam
pangkuannya yang masih menyusu apabila dia menghampiri jurang api tersebut
hampir-hampir dia mahu kembali ke agamanya yang asal lalu dengan izin Allah
s.w.t menjadikan anak yang kecil itu dapat bercakap kepada ibunya supaya
bersabar kerana ia berada di dalam kebenaran dengan kata-katanya yang berbunyi:
?bersabarlah ibuku sesungguhnya kita berada didalam kebenaran?. Itulah
kebesaran Allah s.w.t untuk mengukuhkan kedudukan dan keimanan orang mukmin.
Allah s.w.t telah merakamkan peristiwa dan sebab pembakaran mereka tersebut di
dalam ayat 8 hingga 9 surah al-Buruj yang bermaksud :” Dan mereka tidak
menyiksa orang-oeang mukmin itu melainkankerana mereka itu beriman kepada Allah
yang maha perkasa lagi maha terpuji yang mempunyia kerajaan langit dan bumi dan
Allah maha menyaksikan segala sesuatu” .
Begitulah kezaliman dan sifat melampau mereka kerana sanggup
membakar kaumnya sendiri diatas sebab tidak mengikut jalan dan cara yang
diciptakan oleh mereka sendiri.Bagi mereka perkara yang penting ialah dapat
mengekalkan raja dan mempertahankannya jika tidak semua orang akan di bakar
hidup-hidup
PENGAJARAN KISAH
1. Allah tetap menyempurnakan agamaNya sebagaimana Dia
menolong budak dalam kisah ini. Kaum yang selama ini berada dalam kesesatan dan
kezaliman mendapat hidayah Allah apabila melihat peristiwa yang berlaku kepada
budak itu.Allah taala senantiasa membantu mereka yang menegakkan dan memelihara
serta mempertahankan agamaNya
2. Allah mampu membangkitkan pendakwah pada agamaNya
daripada kalangan org yang mana pada mulanya dianggap pengukuh kepada kerajaan
Thaghut sebagaimana budak di dalam kisah ini, pada mulanya budak itu menjadi
murid kepada tukang sihir tetapi akhirnya beriman kepada Allah melalui
pengajian yang di perolehi daripada Abid dan akhirnya dia menjadi penentang
paling kuat kepada kerajaan yang zalim itu.
3. Iman tidak memerlukan masa yang panjang setelah diberi
hidayat oleh Allah didalam hati manusia sebagaimana yang terjadi kepada kaum di
dalam kisah ini.
4. Allah mengurniakan karamah (kemuliaan) kepada
wali-waliNya didalam memperkukuhkan lagi keiman adan keyakinan.
5. Orang kafirn sentiasa bermusuh dengan orang beriman
sebagaimana di gergaji rahib dan pegawai raja yang telah beriman kepada Allah.
6. Kita wajib bersabar di dalam menempuh ujian sebagaimana
sabarnya rahib, pegawai dan budak itu serta kaum yang telah dihumbankan ke
dalam lubang api.
7. Di bolehkan membuat helahn dalam peperangan dan perkara
yang bertujuan menegakkan kebenaran.
8. Orang yang jahat sentiasa mahu kejahatan mereka diwarisi
kepada orang lain sebagaimana tukang sihir mahu mengekalkan ilmu sihirnya
kepada orang lain untkn menyesatkan manusia.
9. Mereka yang benar-benar yakin, Istiqomah, dan ikhlas
dalamperjuangan sahaja yang akan mendapat kemenangan.
Kesimpulan
Sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT kita hendaklah
yakin akan kebenaran agama Allah dan sentiasa berdoa serta bergantung kepadaNya
Serahlah segala urusan dan penentuan hanya kepada Allah. Barang sesiapa yakin
kepada Allah maka Allah akan menolongnya dan jika dia terkorban sekalipun
pegorbanannya itu akan menjadi titik tolak kepada kebangkitan ke arah
kebenaran. Kita hendaklah berjemaah kerana ia akan membawa kepada keberkatan
dan kebahgiaan. Sesiapa yang menolong dan membantu agama Allah di dunia maka
Allah akan menolongnya di dunia dan di akhirat serata menetapkannya di dalam
islam.
Bibiografi :
1)Al-Quran Al-Karim
2)Ma’a Qisosu Sabiqin ,Dr Solah Al-Khalidi
3)Qisosu An-Nabawi, Dr Umar Al-Asyqar
No comments:
Post a Comment